coret-coret ramadhan - corEtan akAsHah

Thursday, July 17, 2014

coret-coret ramadhan

fuh.. kalau blog ni macam bilik dah berhabuk dan bersawang dah kot..hehe.. sebelum tu jom kasi bersih sikit..
hmm okay sikit kot tu. alhamdulillah tahun ini diberi kesempatan dan peluang untuk menikmati keindahan bulan mulia ini, Ramadhan al-mubarak. (hehe excited sgt le tu smpi tukar header jd gitu)
sempena bulan ini, juga merupakan bulan kelahiran saya ikut tahun islam. nak tau check tarikh lahir ikut bulan islam, cer check kat link bawah ni

ha, dr situ lah tahu, yg rupenye kasha dilahirkan dalam bulan Ramdhan.. , 3 Ramadhan. Jadi, ini tandanya lah kasha penyebab ibu kasha terpaksa ganti puasa sebulan la kan? ok, cerita bulan ni jgk adalah beberapa perkara yang biasa kita buat masa bulan Ramadhan je, bulan lain takde.

sAtU: Sahur & berbuka
confirm kalau puasa bulan lain, perasaan nak sahur tu takde melonjak-lonjak macam masa bulan Ramadhan.
Mesti makan siap2 dah mlm tu, kira sahur awal lah. malas die bukan main.. tapi bulan puasa mesti nak sahur sebab rasa macam tak lengkap..


dUa: Terawikh
solat terawikh ini pon cuma ada dalam bulan puasa ni je.. Biasanya orang pergi terawikh lepas berbuka, tunggu waktu isya' dan terus tunaikan solat terawikh. Nak rasa feel lagi, gi la wat kat masjid. Tapi tak setiap hari boleh gi masjid, lagi2 bila takde geng nak gi. kalau lelaki senang je keluar sorang2 pon tak kisah. Tapi bab perempuan ni, kalau gi terawikh tu jadi dosa dan punca orang lain dapat dosa, baik takyah gi. Buat je kat rumah. Nak tau kenapa cakap macam gitu. Kadang-kadang kita tak perasan pakaian kita dari kereta ke masjid tu tak menutup aurat, macam belengan pendek, kaki (hah nampak kaki tu dosa tau). Dari kita tambah dosa, buat diam2 kat rumah la terawikh tu.

tiGa: Tadarus Al-Quran

Sekarang da ada smartphone, jadi tak susah nak capai khatam Quran dalam masa 30 hari ni sebab kita bawa hp ni ke mana2.. senang dan mudah..download je mana2 apps al-quran kat google play tu.. bukannya tak baca al-quran masa bulan lain, cuma rasa nak khatam dlm sebulan tu memang sgt kuat. InsyaAllah semoga diberi kesempatan untuk tahun ini khatam 30 juz di 30 Ramadhan nanti. 

eMPat: Zakat Fitrah

Zakat fitrah dah kena bayar sendiri la bila dah bekerja ni. Tu dia nilai paling tinggi antara negeri kat Malaysia rupanya , RM8. Harapnya sampai la kepada penerima zakat yang sepatutnya. Sekarang ni kaunter zakat fitrah kat man-mana je ada, kat bazar ramadhan, shopping kompleks. Takde la alasan terlupa ke apa ke kan?

LiMa: Bazar Ramadhan
Dah lama x gi pasar lambak(org johor kata) atau pasar malam sebab tak suka sangat orang ramai-ramai berhimpit-himpit tu..so masa bulan puasa balik keje pkl 6.15ptg hampir setiap hari, so mem bazar la kita.HUu orang kata masa bulan puasa boleh jimat banyak..tapi kalau tak kawal nafsu.. membazir lagi ada
masa ni lah, kita patut fikit nasib umat islam palestin kat gaza tu yang tak aman, x cukup makan, minum pon susah.. kita kat sini terlalu mengikut nafsu. Apa kata wat 1 hari 1 menu.. takdelah membazir..kan ada 30 hari, dapatlah merasa menu berbeza tetiap hari. x lari ke mana pon bazar tu. 

Banyak sebenarnya aktiviti, tapi cukup kot 5 ni yang dikongsi. maca berbuka ramai-ramai kat kedai ke, dok depan tv sambil tunggu azan, dan macam2 lagi

No comments:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.