Teater Muzikal Kg Baru @PIS - corEtan akAsHah

Friday, April 05, 2013

Teater Muzikal Kg Baru @PIS

Mencipta satu inovasi dalam PdP

PASIR GUDANG, 3 April: Siapa sangka pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) sangat berbakat dalam persembahan 'Teater Muzikal Kg. Baru'. Seramai 77 orang pelajar semester 6    dan kumpulan Tari Ujong Tanah PIS terlibat dalam persembahan julung kali diadakan di Politeknik Premier ini. 

Persembahan ini sebenarnya merupakan satu pembaharuan bagi subjek HT619 - Visitor Interpretation Services sebagai satu projek dalam penilaian subjek tersebut. Seramai 7 orang pensyarah terlibat dalam menjayakan persembahan ini dan dengan penasihat bersama 3 orang alumni Sekolah Seni Johor Bahru. 

Ketua Jabatan Pelancongan & Hospitaliti, Tn. Syed Sheikh Bin Syed A.Kadir, berpendapat ini merupakan usaha yang baik dalam pembelajaran dimana ia dapat melihat keyakinan pelajar dalam menjayakan sesuatu event. 

Pensyarah dari INSTEDT yang turut bersama menyaksikan persembahan teater ini, Cik Faridah Ahmad menyatakan bahawa ia merupakan persembahan yang baik, pelajarnya sangat berbakat dan satu cerita yang baik
  
Kejayaan projek ini sangat membanggakan dimana dewan dipenuhi dengan kemeriahan hampir 300 orang pelajar. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar semester6 sebagai perintis dalam inovasi pengajaran dan pembelajaran di politeknik.
barisan pelajar yang menjayakan teater muzikal Kg. Baru

dari kiri: Surayahanim, Farida Ahmad, Farra


antara gambar di belakang tabir












No comments:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.