Ha MOOC tu apa?
Bunyinya macam satu permainan je kan? tak eh bukan sama sekali. Nak jadi senang cerita lah kan, MOOC ni kiranya satu platform pembelajaran secara online. Sebenarnya dah banyak dah IPTA buat MOOC ni, cuma politeknik ni baru nak mula
MOOC merupakan singkatan dari Massive Open Online Course yang bererti sebuah sistem pembelajaran berupa kursus secara online besar-besaran dan terbuka untuk siapa saja dengan tujuan agar pengguna dunia maya melibatkan diri dalam bidang pembelajaran tak terbatas dan dapat di akses melalui web.
MOOC dan pengecualian kredit
MOOC merupakan singkatan dari Massive Open Online Course yang bererti sebuah sistem pembelajaran berupa kursus secara online besar-besaran dan terbuka untuk siapa saja dengan tujuan agar pengguna dunia maya melibatkan diri dalam bidang pembelajaran tak terbatas dan dapat di akses melalui web.
MOOC dan pengecualian kredit
Ini lah dia blueprint dari kementerian pon.. Siapa yang penuhi dan dapat sijil dari MOOC boleh dapat pengecualian kredit bila sambung belajar...maknanya boleh belajar sendiri dari rumah..bila sambung tak payah dah amik kursus ni lagi.. tapi ada lah panduan dia.. yang kasha buat ni, cuma 1 topik je.. jadi pengecualian 1 topik la ajar dalam kelas.. #jumpadialammaya
Pengalaman MOOC kasha
Pengalaman MOOC kasha
ini antara quick guide untuk MOOC yang kasha bangunkan.. haha benda kursus 2 hari je.. cubaan demi cubaan nak bangunkan platform ini. Masa tu masih bertugas di Politeknik Ibrahim Sultan.. (ha poli tersayang sangat tu) sebenarnya dah tak ajar dah kursus ini. Masa kena bangunkan tu, dah pertengahan semester Jun 2017 pon. Sempat lah buat pilot test untuk platform ini bagi pelajar semester 1, DUP1C.
Dengan bersumberkan dari nota Asmahani, berjaya masukkan nota2 dalam platform tersebut.. kehadiran anna dalam kursus sekejap2 membantu gak tengokkan ayat2 nak letak kat front page.
ada rupa macam ni kah masa buat tu |
2 hari berjuang akhirnya pegang badge the mooc warriors.. Plus bonus, best student award. Alhamdulillah.. Sesekali pulak jadi student..Try utk chapter 5: customer service and Satisfaction.. Layankan aje..
Nampak tak yang berbaju kurung biru tu, itulah SIFU MOOC PIS yang ajar |
Cikgu nya catherine boleh tahan laju mengajar dan masa ni baru paham perasaan bila orang selalu cakap kasha ajar laju.terkial2 gak mengejar.. Haha maafkan saya..
Badge builder |
badge best student award |
ini pulak markah.hehe |
Dalam berkursus, terus siap 1 platform wei.. dan platform tu boleh terus pakai. Takde lah kursus tu membazir. Nama kursus MOOC Waririors, so penyediaan kursus pon ala2 permainan juga sebenarnya.. bila kita dah selesai satu2 task kita dapat badge.. hah kan?
So, cite panjang2 mana MOOC Kasha?
Rileks jap, panjang rupanya post kali ini.. sebenarnya MOOC ni di pautkan bawah www.openlearning.com/pis
setakat ini bagi sesi Dis 2017, ada 216 pelajar |
Tak boleh challenge lah dengan sifu MOOC PIS, pelajar dia 2197 orang tu oi, berpeluh nak kejar.heheh.. sebab apa jadi gitu? sebab kursus english semua jabatan amik kat PIS.. so kebarangkalian tu takkan berlaku untuk kursus kasha yang cuma ditawarkan bagi pelajar Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti aje.. Kira ok lah tu bagi seorang beginner eh? 3 program yang terlibat tu pelancongan, hotel dan acara.
2 platform MOOC yang berjaya create |
Bila kita buat 1 pilot test, maknanya dah 2 la platform MOOC kasha.. satu masa sesi Jun 2017 (pilot test) dan satu lagi sesi Disember 2017 (completed)
Boleh rujuk Link kat sini
Ini quick guide bagi MOOC |
ini front page MOOC tu kalau dah berjaya enrol |
ha nampak tak yang 4 gambar tu.. itu lah badge yang kasha reka.. haha tiru dinner dash.. nanti kalau owner dinner dash tau, boleh kena saman tak? Bila belajar macam main game, seronok lah diorang kan? badge tu kita edit pakai power point je.. itulah syaratnya power point 2013 lah, mati kutu bila kat sini pakai power point 2007.. (please..please do something)
by stage, (percent of task completion) , student will be able to get the cute badge..
(haha cute sangat)
sijil MOOC |
sebenarnya view ni sebagai admin, jadi nama tu automatic keluar nama sendiri.. patutnya nama pelajar lah.. bila dah layak terima sijil, bermakna 100% tugasan dalam platfrom dah berjaya diselesaikan..
Dah pindah, tak buat dah ke?
Bila pindah platform tu masih bawah PIS, tapi kasha usha gak content nya yang pelajar post.haha
Hujung2 petang jenguk MOOC platform yg da siap tapi kena tinggal tu,serius betul sampai jadi perbincangan hangat.heheh..emo plak masing2 |
yg lagi satu plak video pasal jatuh..jatuh..jatuh.. mcm sesuatu nih.. heheh..yang ini ada tulisan.. tapi masih2 terngiang2 pasal jatuh tu.. xboleh fikir dah..
korang tengok le.hehe
Terkini video first impression yang agak baik.. dah macam pengacara TV dah.. bagus budak ni.. pandai dia berlakon.. self confident pon sangat tinggi..dan objektif pasal first impression tu tercapai
Pengubat hati sebelum pindah
entah lah tak tau ubat ke tak? bukan ubat kot, cuma gula-gula.. Manisnya sekejap tapi lepastu nak kena cari air sebab haus balik.. dapat hadiah pon senyum separuh aje.. sebab pindah tetap pindah.. #kenanganjelah
It's never done because of the award,
but it's completely achieved because of passion
(akashah, 2017)
Penyampaian sijil dan hadiah oleh Pengarah PIS, Tn Hj Rosli |
Antara sebab dapat sijil dan hadiah tu sebab :
- satu2 nya jabatan yang dah complete 100% bagi pembangunan platform MOOC dan dah berjaya test run pon.
- Best TECC Innovator, (Technology Enabler Collaborative Classroom) haha apa tuh?
Rasanya entry kali ini agak panjang lah, sebab nama pon bercerita.. selamat membaca dalam bahasa rojak ni.. haha #adakukisah..
No comments:
Post a Comment