August 2016 - corEtan akAsHah

Wednesday, August 17, 2016

Bila..
August 17, 20160 Comments
Bila orang kata
Eh banyaknye ko minum air
Tinggilah bil air bulan ni
Tanpa sedar air itulah
Raja segala penawar penyakit didunia
Dan tiada setanding ubat termahal dunia
Bila orang sebut
Hah, nanti kad kahwin ko senang
Pakai kertas a4 je lah
Nah, sekarang bukan takat kertas a4
Macam2 design kad kahwin dicipta
Bila orang perli
Wah makin gemuk eh sekarang
Senang hati agaknya makan gamaknya
Alhamdulillah nikmatilah hidup ini
Makan sempurna dan normal melalui mulut bukan tiub umpama orang yang sakit
Bila yang bercerita
Gaji kan tinggi
Kenapa pakai kereta murah
Bolehlah beli rumah mewah segala
Bersyukur dengan apa yang diberi
Bukan mengiyakan yang dikata
"Biar papa asal bergaya"
Bila yang bertanya
Kenapa tak kahwin lagi
Memilih sangat ni?
Cuba lembut sikit sopan sikit
Kenapa tidak perlu memilih?
Kerana sekali berkahwin akan menentukan masa hadapan kita
Bukan untuk setahun dua?
Jika bukan jodoh didunia
Itu tandanya Allah izinkan kita lebih masa untuk berbakti pada ibu bapa
Lebih cantik dan indahnya
Bila ada penyataan
Kerja kerajaan kan
Gaji mesti tinggi.. mewahnya
Bila keluar berita
Senang la kerja..Boleh mengular sana-sini
Apa pula ceritanya overtime tanpa gaji
Semoga Allah mengizinkan hambaNya ini menjadikan kerja ini sebagai satu ibadah
Bila berbual
Alah background tourism je
Patutlah boleh skor tinggi
Satu subjek bagi tolong selesaikan
1 ticketing reservation guna 3 sistem berlainan.. meh kita tengok tinggi tak skornya?
Bila buat kesimpulan
Senanglah hidup bujang
Boleh kesana-sini
Ye tiada tanggungan katanya
Tak nak cerita, Hanya tuhan yang tahu..
Bila dihujani kata dan persoalan
Ada kala boleh menjawab bersahaja
Terkadang buat kita terdiam, terpana seketika
Tanpa sengaja mengundang air mata
Dalan diam terbit satu rasa dijiwa
Tidak sengaja mengundang keresahan diminda
Entah kenapa agaknya
Cuba untuk bertahan sado katanya
Tapi suatu saat yang terpendam
Tak mampu ditahan lagi
Mungkin ia akan menghilang
Seiring dengan apa yang terluah
Kerana itu
Allah kurniakan air mata
Bagi menjernihkan apa yang terasa
Kerana itulah
Setiap apa yang berlaku
Ada hikmahnya
Sesuatu ujian ada kesenangannya
Hanya menunggu saatnya sahaja yang tiba
Ibarat kata biasa
Allah turunkan hujan ditengah panasnya mentari
Tapi kita lupa yang selepasnya ada warna pelangi yang membuat bahagia..
Coretan akashah, 2016 ..18.29
Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.