apa yang kita sayang minta Allah jaga - corEtan akAsHah

Saturday, March 22, 2014

apa yang kita sayang minta Allah jaga









kita boleh bagi kasih
mampu curah sayang
kita boleh jaga
bila dia ada depan mata

bila jauh mungkin beribu batu
cuma boleh bertukar cerita
mungkin mampu mendengar suara
atau sekeping gambar penambah perisa
tapi manakan sama
macam bertentang mata

Sebagai insan, seorang hamba
cuma doa yang kita ada
menjadi senjata, pengubat jiwa
mohon pada Allah
minta jaga dia untuk kita
sebab kita tiada kuasa
untuk muncul sekelip mata

ya Allah..
andai dia berduka
kau hadirkan buatnya teman
yang sekurang-kurangnya mengembalikan senyuman dibibirnya
jika dia diuji kesakitan
maka kau berilah dia kesabaran dan rasa redha
bila dia berdepan delima antara dua
kau pertunjukkanlah jalan terbaik antara semua
saat dia tak mampu menahan kemarahan
kau peringatkan dia dengan istighfar
buat penenang jiwa penyejuk suasana

sesungguhnya tiada aksara mampu disusun
tiada gambar seindah lukisan untuk dilakarkan
tiada puisi indah mahu disampaikan
tiada irama senada mampu dilagukan
bagi menyatakan rasa terhadap dia
yang sekian lama berjasa
yang setiap doanya tidak lupa buatku
yang pengorbanannya tiada terbanding
buat insan yang kita sayang..

Pesanan rindu bakal berkumandang
Sayang takkan penah hilang
Doa usah pernah dihentikan
Kongsikan untuk tatapan
Ceritakan agar tercipta kenangan
Buat insan yang pernah melahirkan kita
Yang pastinya tiada galang gantinya

Lihat versi video plak kat sini

credit utk cik hanis atikah sbg pencetus ilham dr fb.. bermula dgn gmbr kat bawah ni



5 comments:

Unknown said...

apa yang kita sayang..minta Allah jaga..sy ske :)

Akashah Kassim said...

ain/modi, heheh.. ni kes MH370 pon ye jugak ni..hehe

Anonymous said...

For latest news you have to go to ssee world-wide-web and on the web I found this web site as a finest site for
hottest updates.

aizamia3 said...

InsyaAllah.. Aamiin..

Akashah Kassim said...

aizamia :)

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.