Penerbitan buku seni dan alam - corEtan akAsHah

Friday, July 05, 2013

Penerbitan buku seni dan alam

Alhamdulillah, hasil penulisan selama ini berbaloi. Terhasil juga sebuah buku seni dan alam karya sulung terbitan PIS.. Lama juga tunggu buku ni siap dicetak. Banyak proses da dibuat. Semakan oleh dewan bahasa dan pustaka pon bukan sekali dan berperingkat. Pemilihan gambar dan caption bersesuaian pon ambil masa agak lama. Perkara paling penting. Kena rujuk dengan taman negara johor tg.piai buat saat2 akhir sbb sumber penulisan dtg dr tg piai..sbb confuse masa tu.jadi nak citer jugak la serba sedikit ttg buku ni.

Sebenarnya tujuan buku ini diterbitkan sempena untuk dipersembahkan kepada Raja Zarith Sofiah permaisuri Sultan Ibrahim. Buku ini telah pun dipersembahkan ketika majlis Malam Kurnia (Raja Zarith Sofiah Award) bertempat di PERSADA convetion centre. Bertepatan dengan latarbelakang baginda yang meminati bidang seni, politeknik mengambil inisiatif untuk menghasilkan penulisan seni dan alam dalam pelbagai subtopik.

Antara subtopik yang terdapat dalam buku ini ialah:

  1. Seni Persekitaran
  2. Perspektif Alam melalui SImpulan Bahasa
  3. Seni Ukiran Kayu Tradisional
  4. Penggunaan Seni dan Alam dalam Bahasa
  5. Tenaga Suria dan Kelestarian Alam
  6. Seni dan Pelancongan bercirikan Kelestarian Alam
  7. Seni dalam Air
  8. Nilai Seni Bunga Siti Fatimah
  9. Matematik dalam Seni
Antara sutopik yang tersenarai, Seni dan Pelancongan bercirikan Kelestarian Alam merupakan hasil penulisan bersama Akashah dan kak azila . Terima kasih kepada kak ila sebab memberi kepercayaan sepenuhnya untuk menulis bersama. Penggunaan sumber Taman Negara Tg. Piai diketengahkan dalam aspek penulisan yang lebih menonjolkan konsep interpretasi awalnya.. Tapi nak memudahkan pembacaan, interpretasi terpaksa diubah.. hmm sedih..

Penulis lain turut terlibat khasnya dalam JPH ialah Jan, Yati dan Faizal.. Tahniah untuk semua.

Buku Hijau Sangat kan?
Overview Seni dan Pelancongan
 
                 

6 comments:

Abang Menaip said...

wah, semua subtopik dia menarik la :)

Lieza Nordin said...

tahniah.. smga buku tu bermanfaat utk y lain :) smga terus bjyaa :DD

Akashah Kassim said...

Tq aisya..insyaAllah

Akashah Kassim said...

:-) cubaan pertama

Nuranuraniku said...

asalamualaikum
menambah wawasan tentang seni dan alam
semoga makin sukse penerbitan bukunya

Akashah Kassim said...

Wasalam +Nuranuraniku . Br blaja sbnrnya.terima kasih ..

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.