Peluang belajar menulis online - corEtan akAsHah

Friday, June 05, 2020

Peluang belajar menulis online

Baru-baru ini guru penulisan kami membuat pengumuman tentang GOLDEN CIRCLE BONDA NOR. (GCBN)

Kenali AKADEMI BONDA NOR
Akademi Bonda Nor bukan entiti yang bussines oriented. Ia hanya satu perkumpulan penulis yang saya ketuai dan saya anggap sebagai khidmat saya buat masyarakat dalam melahirkan lebih ramai penulis dengan genre dakwah santai. Juga bertujuan untuk meninggikan pandangan masyarakat terhadap elemen dakwah itu sendiri.

Sejak Akademi Bonda Nor ditubuhkan pada 2 tahun yang lalu, beratus-ratus penulis baharu telah berjaya dilahirkan.
Gambar ini merupakan hari pelancaran bagi buku siri Bercakap dengan Cermin. 

Penganjuran SEMINAR PENULISAN MEGA BONDA NOR yang telah menghimpunkan hampir 250 orang penulis dari seluruh Malaysia.

Alhamdulillah antara 250 orang tu, ada terselit seorang Akashah Kassim yang mula dilahirkan sebagai seorang penulis.

Buku Seadanya Kuterima.

Bengkel Penulisan Berterusan

Sepanjang tempoh itu juga, Bonda Nor bersama Tim ABN  terus menerus menganjurkan Bengkel Penulisan yang turut melatih para peserta daripada asas sehingga karya mereka berjaya diterbitkan.

Jika Seminar penulisan mega untuk lingkungan besar sehingga 250, ada juga peluang belajar dalam skala 30 orang dan lebih dekat.

Antara bengkel pernah dianjurkan sepanjang Kashah berada dalam lingkungan ini ialah
1. Bengkel Penulisan Bonda Nor mengikut zon.
Apabila menyertai Kelab sahabat Bonda Nor, ini merupakan aktiviti pertama mengikut negeri. Ahli kelab diberi peluang menganjurkan program penulisan dan menjemput Bonda Nor sendiri ke Pahang.

Dan inilah hasil penulisan dengan pelancaran buku Bahagia Tanpa Syarat.

2. Bengkel menyunting Karya. Bagaimana menjadi self-editor
Gambar ketika bengkel Menyunting Karya. Kursus ini khas bagi yang pernah hadir Seminar Penulisan Mega Bonda Nor. maka terhasil buku Relakslah!

3. Seni peluahan dalam Penulisan 
Ini di Shah Alam

Ini kursus di Kuantan

4. Retreat Akademi Bonda Nor
Alhamdulillah diberi peluang sebagai perantis ABN antara 50 orang barisan Penulis ABN 1 Malaysia pada 17 Januari 2020.

Banyak sebenarnya yang tak tertulis disini sebab ada yang kasha tak sertai sebab di  luar kawasan.

Alhamdulillah. Allah izin. Allah bantu.

Baik mari kita patah balik tentang GCBN tadi

Sempena PKPB ini, Akademi Bonda Nor akan menganjurkan pembelajaran berkumpulan untuk Penulisan atau yang kami panggil sebagai Golden Circle Bonda Nor.

Kini, mentor dan perantis AKADEMI BONDA NOR (50 orang semuanya termasuk Akashah) seluruh Malaysia akan bergerak mengikut zon bagu menyampaikan ilmu penulisan menggunakan modul yang sama, yang terbukti telah berjaya meraih perhatian penerbit dan mendapat tempat di hati masyarakat!

Ada 8 koloni telah ditubuhkan untuk tujuan tersebut.

1 di Zon Selatan
1 di Zon Utara 
3 di Zon Tengah
3 di Zon Timur

Dan kegigihan dan dan keterujaan Kashah edit poster bagi setiap kumpulan. 

Sesi perkongsian semasa PKP ialah secara online dan selepas PKP akan ada secara bersemuka.

Siapa yang join bawah koloni TIMUR 3, dalam poster atas ni. Ada tips istimewa sambil berfikir-fikir nak join atau tak dengan menyertai group khas selangkah ke dunia penulisan. Haa group ni percuma je. 

Info terkini tentang GCBN Koloni Timur akan diberitahu melalui group tersebut. 

hadir bengkel online lagi dapat tips tau dari barisan mentor dan perantis ni. Jom!
Klik link ini ya, jangan malu-malu
https://t.me/joinchat/AAAAAEghRmT5skyN2kWqlw


Haa ini senarai barisan mentor dan perantis dari zon yang lain. Masing-masing mempunyai latarbelakang kerjaya yang hebat. 

Pakar Motivasi, jururawat, dietition, engineer, pensyarah, cikgu, bekas wartawan, pakar dekorasi kediaman, kaunselor dan dan banyak lagi.





Tuan puan di mana? 

Ayuh sertai koloni yang berhampiran lokasi sendiri agar lebih mudah beraktiviti untuk menyemarakkan lagi industri perbukuan ini!

Apa peluang yang ada? 

1. BENGKEL ASAS PENULISAN ONLINE yang dikendalikan oleh para mentor Akademi Bonda Nor mengikut kumpulan kecil koloni masing-masing 

2. SEMINAR PENULISAN MEGA ONLINE BONDA NOR bersama-sama ratusan penulis di seluruh negara. Kali ini, peluang untuk menadah ilmu dan perkongsian pengalaman secara terus daripada Bonda Nor, di rumah anda sendiri! 

2 sesi coaching online bersama-sama penulis bestseller dan pasukannya untuk yuran RM50 sahaja! Subhanallah. 

Yang lagi membuahkan keterujaan, ini boleh menjadi tiket anda menyertai langkah seterusnya ke arah penghasilan buku sendiri dalam Golden Circle Bonda Nor. 

Tamat PKPB, tiket ini boleh digunakan untuk menyertai Bengkel Penulisan Mastery dan Personal Coaching Bonda Nor secara bersemuka, yang kemudiannya turut melayakkan anda untuk berada dalan Golden Circle Bonda Nor. 

Inilah yang kami maksudkan sebagai saluran kedua! Wow! 

Jangan terlepas lagi peluang ini ya! Jom bersama kami.

Bagaimana mahu sertai? 

Boleh hubungi kasha di alamat email akashahkassim@gmail.com atau pm facebook Akashah Kassim bagi kawasan Pahang dan Terengganu.
#takapprovefakeaccount
#silagunagambarsendiribukanpokokbatukayu


Dan boleh hubungi Tim Koloni kawasan anda. Kalau nak contact boleh pm Kasha juga.


Buzzzz! 🐝
Awak ... 
Ada photobook muka kita pun dah mendatangkan keterujaan buat diri.

Apa lagi satu hari nanti, muncul senaskah buku tertulis nama di depan muka buku.

Bukan lagi tulis nama atas batu.
Berhenti cuma bermimpi ...

Jom follow rapat tips dan perkembangan terkini untuk menyertai 

GOLDEN CIRCLE BONDA NOR
BENGKEL PENULISAN AKADEMI BONDA NOR

Hanya Klik (join channel ini secara percuma) untuk langkah seterusnya khasnya di kawasan timur (Pahang & Terengganu)

💬Agar tak terlepas info berkaitan Bengkel Penulisan ABN akan datang jemput sertai kami di Channel di bawah;

https://t.me/joinchat/AAAAAEghRmT5skyN2kWqlw

Special kredit : srikandi Islami

7 comments:

SalinaJohari said...

Sejak dari zaman sekolah rendah lagi Sal suka menulis. Adala jugak cita² nak jadi penulis buku tapi lom kesampaian lagi . Jadi penulis blog je dulu ..hehehe

Akashah Kassim said...

Salina, kalau minat boleh pm. Huhu

dorsett pink said...

Wow! Baru tau pasal akafemi penulisan ni. Menarik! Macam berminat jer nak join. Dari dulu lagi saya ada hajat nak menulis buku sendiri tapi sampai hari ni pun tak de 1 buku pun berjaya tulis.hahahaha

Akashah Kassim said...

Dorsett pink
Utk langkah pertama join group telegram tu ya nanti da start bengkel kita roger situ

Nadia Johari said...

Wah menariknya. Suka tengok.. Dapat ilmu dapat kawn baru. Baru tau ade program macam ni

Akashah Kassim said...

Nadia . Ya jom join

Aisya Ismail said...

Dulu pernah berangan nak jadi writer. Sekarang dah jadi blog writer.

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.