Kisah belajar online dan berjaya amal - corEtan akAsHah

Saturday, July 20, 2019

Kisah belajar online dan berjaya amal

  
Alhamdulillah, harini ini Kashah terima 1 notification di media sosial tentang kejayaan seorang rakan FB/penulis hasil tutorial online yang kasha pernah post.  Mungkin ada pihak yang berasa 'quite annoying' 
"apalah yang ko sibuk posting kat facebook setiap hari tu kasha? Nak glamorlah tu?"
Taklah bukan macam tu. Bila kita pandai buat sesuatu, kita share dengan orang lain. Nak ajar face to face macam lama je lagi kan? Jadi kita share secara online. 
"benda mudah wak, buat apa susah-susah?"
Kata industri 4.0. Benda mudah pon kadang-kadang membantu orang yang benar-benar memerlukan macam kisah di bawah.
Boleh klik link bawah ni untuk proceed tutorial di facebook 
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10219630196413399&id=1470930482
Atau ke 
entri kasha sebelum ni pasal macam mana urus online order guna google form

 Cik Pae. Cik pae, kasha pon tak sempat buatkan time tu nak hulurkan pertolongan. Sebab dah start masuk kelas. Yang boleh bagi link tutorial. 😊😊
Taklah buta IT.. Rabun sikit aje.. Dah dapat rentak cantik je dah tu.
Part sabar tu, ok je kalau tanya bab yang kasha tau. Kalau bab yang kasha tak tahu.. Mungkin sama-sama lah kita berpeluh nak jawab. 
Alhamdulillah syukur dan bahagia rasanya bila kita buat tutorial dapat beri manfaat pada orang lain. Yang penting faham dan dapat buat. Mungkin dalam sistem pembelajaran formal kejaan pelajaran atas ukuran gred. Tapi kasha selalu ingatkan student, kalau skill @ outcome yang diajar dapat sampai dan diamalkan itu lebih bermakna. Secara tak langsung akan effect pada gred kan? 

Tahniah cik Pae.. Saya bangga dengan awak! Semoga perkongsian ini memberi semangat kepada orang lain pula untuk belajar online. Memang tak mudah belajar secara online ni. Tapi perlu ada semangat. InsyaAllah dipermudahkan

.

2 comments:

A m m i said...

ilmu jangan kedekut untuk dikongsikan.

pada kita buat telur dadar tu simple...pada orang yang memang taktau mesti rasa susah sangat nak buat telur dadar. susah nak bagi telur tu masak cantik. ajar tutorial buat telur dadar pun memabantu. betul kan?

eh apsal kasi contoh telur dadar ni?? takde contoh lain ke ammi?

Akashah Kassim said...

betul tu..
sekecil-kecil perkongsian boleh jadi sebesar-besar makna pada individu

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.