#bukanmenangis - corEtan akAsHah

Sunday, January 06, 2019

#bukanmenangis


Bukan aku menangis
Tapi asyik tak henti
Mengalir si air mata

Bukan contact lens
Rasa sentiasa Berpasir
dan rupa merah menyala

Bukan nak berfesyen
Berkaca mata hitam
Tak kira siang malam
Menyembunyikan mata yang
Semakin membengkak

Bukan tak kawan
Aku kena mengelak
Bimbang ramai menjangkit

Bukan bagi alasan
Cuma masanya yang dah tiba
Terpaksa berkuarantin sahaja

Labuhnya tirai 2018
Dengan peritnya diarrea
Pembuka tirai 2019
Ujian nikmat penglihatan pula

Jika ya yang dikata
Penyakit penghapus dosa
Alhamdulillah aku redha

Oleh itu mohon maafkan saya
Andai ada keterlanjuran
Gaya,  perbuatan mahupun bicara
Biar sengaja atau sebaliknya

Cerita yang cantik-cantik
Cakap yang elok-elok
Doa yang baik-baik
InsyaAllah Allah ada jaga kita
(akashah kassim,  2019)

Bila diri sendiri pon takut nak merenung mata sendiri dalam cermin.  Mula berfikir yang entah apa-apa. Macam cerita seram pon ada.  Mana tau tiba-tiba..

Ubat dah topup kali kedua
Esok nak kna follow up kali ketiga
Petua letak teh pon dah dicuba
Yang rasa sekarang hujung mata dah terluka
Pedih je rasa lebih-lebih lagi bila basuh muka
Nak tidur pon jadi tak kena gaya

Doakan cepat sembuh
Jenuh aih berkurung dalam rumah sewa
Nak balik pon mata tak berapa awas nak bawa kereta.  Hari tu sikit lagi nak langgar kereta sebelah.

"ok janji dah tak nak pegang phone tengok skrin dah.  Lama sangat rasanya tak baik-baik" gigih azam baru pada diri sendiri.  Tak cukup dengan itu,  semua akaun sosial media pon dinyahaktif.  Fuh.. Kau mampu? Tapi kan tak lama pon..  Kejap je da on balik.  Angan2 palsu. 
Cuba menyelak 1 demi 1 helaian buku-buku untuk dibaca, telinga tak betah mendengar gegaran handphone  bertalu-talu tanda ada kiriman pesanan yang perlu dibaca..
"argh!  Sabar kasha.  Mata tak elok lagi tu...  Sabar 1, sabar 2, sabar 3" tewas hakak dengan semua bunyi-bunyian yang tak henti memanggil
Satu demi satu kiriman dibaca.  Semuanya penuh cerita sakit.
"alahai,  macam sama je nasib kita.  dugaan awal 2019"
Kak yung..  Sakit mata berjemaah..
anak buah demam selsema..
Shufiah  kena chicken pop (weh,  da besar panjang baru kena eh?)
En Azam PMM ke IJN
Amalina diarhea
Ustaz Bakti surgery kat hospital UIA
Kak Del operation kat HTAA

musim dugaan dan ujian di awal tahun secara berjemaah.  Nampak tak?
Saje bergurau
"ni semua kena mandi bunga ni.  Biar cepat sikit baik. " Eh ye je aku bantai cakap mandi bunga. Haha hentam. Lain macam...

Apa pun semoga semuanya dipermudahkan, dipanjangkan usia yang bermanfaat dan diberi kesihatan yang baik untuk meniti satu tanggungjawab sebagai hamba Allah dimuka bumi...  Termasuk yang membaca ni.




No comments:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.