Skip to main content

Ulasan Antalogi cerpen BLUR


Lama rasanya tak membaca melalui cetakan buku, Dah lali rasanya membaca diatas cahaya skrin..
Siap delivery ke opis dgn free gift bookmark.. Oleh salah sorang penulis buku ustazah Rohamiah Muda.. Terima kasih

Cerpen1-Malang yang berbau
Satu cerita realiti dalam mencari kerjaya..
Keterujaan remaja dalam mendapatkan sumber pendapatan..
Kecundang dek alasan kewangan
Dah keje seminggu, takkan nak berhenti tak bergaji?
Atau
Suatu pengunduran demi mempertahankan agama
Boleh kerja sini, tapi buka tudung lah?
Cuma hidang arak je, bukan minum pon?
Namun segalanya ada pilihan
Mungkin kita sedikit terlewat
Tapi penting untuk mencari keredhaan..
-karya bonda Nor-
Kasha memang pernah dulu banyak yang terlewat dari kawan seperjuangan,
Lewat dapat kerja, cari kerja kena buka tudung.. Dapat kerja yang boleh bertudung, dan dapat masa untuk solat tapi gaji kecik.. Tapi kalau kita percaya ada rezeki bagi setiap hambaNya, insyaAllah..sesungguhnya Allah ada bersifat arrahman dan arrahim pada hambanya

Cerpen2- Maafkan sahaja
Penceritaan kisah dibuli waktu orientasi,
Budaya ragging yang dibawa semasa zaman universiti,
Gahnya senior dan tertindasnya junior?
Samada terus berdendam atau leraikan sahaja perasaan kesumat itu,
Siapa yang tenang dan siapa yang menang?
Nyatanya kita yang menentukannya
-Karya Rohamiah Muda-
Kes ragging ini, rasanya dekat dengan semua orang. 
Yang bezanya dibuli atau membuli
Tak nak ceritalah, takut naik balik rasa dendam tu karang..
biarkan ia terkubur.

Cerpen3- Jutawan Segera
Pengkisahan pelaburan MLM
Entahlah kenapa aktiviti pelaburan ini
Semakin hari tak pernah mati penipuannya
Ada yang menipu dan ada yang tertipu
Contoh kes penipuan banyak dah disebar
Tapi tetap ada ceritanya beza cuma pada nama skim..
Karya Ida Hani Ali

Eh, ni lain. Tak tipu banyak dah yang berjaya.tengok ni kami dah muncul dalam akhbar utama, majalah pon ada.. Huu da cukup kuat nak bercerita bagi meyakinkan. Tak cukup itu, siap pujuk dengan ayat agama pon ada. Dunia dunia...

Baru baca 3, nak tido lah..😴 nanti sambung

 Cerpen4- Jejak Berliku
Jika kau terkandas sekali
Bukan beerti gagal selamanya
Setiap insan telah ditentukan rezeki oleh pencipta
Cuma masanya berbeza
Jangan terus mengalah, mengalah erti berserah, berserah beerti pasrah..
-karya Muhd Haniff Hasyim-

Pernah terkandas ketika SPM, bermacam gred dalam sijil tu pastinya tak seindah yang diimpikan.. Ramai yang mengimpikan ke universiti awam tapi kasha dapat tawaran ke politeknik dalam bidang pelancongan, alahmdulillah dapat sambung degree ke UiTM.. Pernah ditegur belajar pelancongan pon sampai masuk universiti?menambah hutang aje.. Biar apa pon bidang, jangan perkecilkan orang lain. Lps setahun lebih kerja kilang, pasaraya dan berniaga online, dapat juga kerja tetap. Dan dalam bidang yang sama menyambung Master.. Itu pon tak lewat sikit grad berbanding yang lain. Memang ada hikmahnya.. Alhamdulillah.

Cerpen 5:Prasangka yang terkoyak
Menilai manusia mengikut pandangan sendiri
Hanya dengan satu perlakuan
Kerjaya cikgu tadika yang nampak mudah 
Hakikatnya hanya mereka yang melalui
Karya Azian Mohamed Isa

Orang kata kalau bergaul dengan kanak-kanak
Nanti kita nampak lagi muda?ye ke?
Penggunaan perkataan ibrah dari awal ayat sampai kesudah tak dapat nak teka apa maksudnya..nanti la kasha check kamus dewan.

Cerpen 6: Ujian Zibalah
Cerita interntional ragging lah ni
Tapi caranya berbeza
Satu titik tolak pada penguasaan bahasa
Pengenalan pada bahasa syurga
Bahasa arab yang kaya tatabahasanya
Karya Abdul Muiez Ruslee

dari kecil belajar bahasa arab ni
sekolah agama Johor, dari tadika, drjah 1 hingga 6 tambah lagi darjah khas
tapi tak juga fasih bahasa arab
yang masuk kepala sampai sekarang
siap berlagu lagi
ra'sun kepala, jum ju matun tengkorak, saubun baju
(sebab masa belajar tu siap menyanyi lagi)

Cerpen7: Aku bukan chaperon itu
Bila kerjaya cuba disalahguna
Andai tiada yang cuba berusaha menjayakannya
Nyata syaitan durjana bakal tumpas jua
Teruskan niat keranaNya
Mencari jalan kebenaran menuju kejayaan
Karya Ezatul Marini

Yeah, banyak betul sukukata baru kasha nak kena buat kajian ni
Kali ini chaperon pulak..hehe
usher rupanya ye maksudnya
Macam dapat agak kot.. (agakan tersasar jauh nampaknya setelah gi tanya en google translate)
Jgn jadikan kuasa sebagai landasan pemuas nafsu kita




Comments

Popular posts from this blog

Jom study 5 : kerangka Pengurusan PdP

Charlotte Danielson (2011)  Apakah 4 domain dalam KErangka Charlotte? Perancangan & Penyediaan Penguasaan isi kandungan & pedagogi pengetahuan mengenai murid Tetapkan hasilan pengajaran pengetahuan ttg sumber (bhn mengajar) mereka bentuk pentaksiran murid (Sesuaikan dgn situasi sebenar) Persekitaran bilik darjah Bentuk persekitran saling menghormati dan bekerjasama bentuk budaya pembelajaran prosedur2 bilik darjah mengurus pelakuan murid mengurus persekitaran fizikal Pengajaran berkomunikasi dgn murid teknik soal dan bincang libatkan murid dlm pmbelajaran pentaksiran dlm pgjaran menunjukkan fleksibiliti dan sifat responsive T/jawab Professional imbas semula pgjaran kendali rekod dgn tepat berkomunikasi dgn kluarga pglibatan komuniti professional perkembgn professionalisme pemaparan professionalisme 

Bahan PdP: Galerry walk dan place mat

Mukadimahnye: kedua-dua kaedah ni memang sesuai utk pengajaran dewasa dan bekonsepkan OBE yang mana pelajar lebih aktif dari guru.

apa yg penting: Gallery walk digunakan utk membincangkan subtopik yang berlainan utk setiap kumpulan, yang place & mat pulak biasanya utk membincangkan topik yang sama utk semua kumpulan.


sesuai digunakan dalam kelas tapi kalau setiap subjek seminggu sume guna kertas majung, takut jadi fobia lak ngan kertas majung.hehe

KAEDAH GALLERY WALK

Cadangan alat yang boleh digunapakai:

- kertas majung ( ikut bilangan kumpulan)
- pen marker ( 3 warna kasi cantik sikit )
- ahli kum yang tulisan cantik, pandai dan suka melukis
- ahli yang bagi idea
- ahli yang berkeyakinan utktlg tampal kat dinding
- dan plg penting gembire :) utk buat presentation

Gambar sebelah ni: proses tgh melorek dan mencantikkan (touch up) peta minda yg dibuat . Ha nampak tak ada tangan2 yg diberi anugerah melorek tu?hehe

Proses:
1. Kump diberi topik mengikut pembahagian subtopik berlainan
2. B…

TerKenaNg HAsiL KerJa tiMe study DuLu

Saje ingin berkongsi hasil kerja time study kat UiTM dihatiku dulu. Masa ni kena hasilkan brochure pelancongan. So, kasha pilih lah Bukit Merah Laketown Resort untuk itu. Cantik tak? Ni kalau compare ngan brochure tmpt ni sendiri pon kalah kot, diorang guna fliers je time kasha gi aritu. Mesti terharu sampai menangis2 pihak theme park ni kalau tengok.hehe..terlebih plak, astagfirullah riak plak.
Bab buat benda2 mcm ni memang minat. Cuma tengok time la, lau mood masa tu ok, ok la jadinya. Kalau keadaan terpaksa, kasha yang menangis akhirnya. Sabar je la.




Maybe entry lain kali kasha tunjuk yang lain plak. ok, terima kasih kerana berkunjung ke blog kasha walaupun sebenarnya tersesat je kat blog ni. Wassalam...<[^_^]/