puisi maafkan aku 2 - corEtan akAsHah

Wednesday, December 18, 2013

puisi maafkan aku 2

maafkan aku
mungkin kataku tidak selembut baldu
nadaku tidak berlagu merdu
bukan qariah dunia
bisa bertarannum indah 
apa lagi penyanyi 
pakar berirama syahdu

maafkan aku
satu masa aku lebih menerima
dari memberi
terlebih memuji
dari menasihati
dalam luar sedar
aku lancang mengeji
dari memperbaiki

maafkan aku
tiada harta berjuta
nak memberi biaya
cuma sedikit ilmu
berkongsi buat panduan diri

maafkan aku
saat gembira aku alpa
saat bahagia terlalu memuja
tanpa sedar ada hati terluka
ada insan berendam air mata

maafkan aku
hanya dengan puisi aku bersuara
bukan berpandang muka
apa lagi berbicara
bertentang mata
bimbang niat hati
tidak seiring bicara

maafkan aku
jika esok hari
tiada sapaan mesra
jika satu hari nanti
hilang senyuman diwajah
kerna kita insan biasa
emosi bercelaru tak tentu masa

maklumnya Maha pemaaf itu
adalah pencipta yang Esa tiada dua
yang sangat pemaaf itu kekasihnya
Nabi Muhammad Rasul akhirnya
berdoa agar aku juga berteladankan baginda
bersikap maaf tidak bersyarat
tidak kira masa...

nukilan asli; akashah : 23:04 waktu malaysia 15 Disember 2013

p/s : puisi maafkan aku 2 terhasil susulan puisi maafkan aku yg jadi post yang paling tinggi view dalam blog..



st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.