sambutan maulidur Rasul PIS 2013 - corEtan akAsHah

Friday, February 08, 2013

sambutan maulidur Rasul PIS 2013

DEWAN PIS: 8FEB - Majlis Sambutan Maulidur Rasul dengan tema wasatiah tunggak kesatuan ummah berlangsung dengan perarakan dari masjid PIS ke dewan serbaguna PIS. Perarakan dan selawat nabi ditambah dengan sepanduk memeriahkan sambutan tersebut.

Wasatiah bermaksud pertengahan atau sederhana dari segi istilahnya. Ummah yang saling melengkapi dalam pelbagai sudut kehidupan mampu menjana perpaduan.

Majlis tambah diberkati dengan majlis ilmu yang disampaikan oleh Dato' Nooh Gadot sempena memperingati Nabi Muhammad, Rasulullah s.a.w. Semoga ilmu yang disampaikan mampu menambahkan sayangnya kita kepada nabi Muhammad junjungan besar.

gambar ehsan (fb Uchu Hassan)
ceramah oleh dato' nooh gadot tak kering gusi dengar ceramah dr ustaz nooh gadot ni, kalau perasan die ketawa beria tapi tak lebih 2 kali. teringt dulu ustaz kat sekolah penah cakap nak elak lupa jgn gelak lebih2, 2 kali memadai..
selawat nabi, hafal jgn x hafal.. baru nak focus baca sekali dah abis.. sikit je die baca reramai kat dewan aritu.. masuk bilik sendiri baca sendiri le akasha..hehe


Ni pulak, gambar selepas majlis, cik ros dating gak rupanya dengan baju hadiah dr kak ton dan kak ila, snap sikit. masa ni ramai da xde kat opis sbb ada yang kursus dan ada gak yg da cuti awal.. beraya la katakan


macam raya tapi iza lari tema










No comments:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.