Skip to main content

Ertinya ikhlas..




Ikhlas itu sukar ditafsir,
Memberi tanpa meminta ibarat si fakir,

Ikhlas itu bukan untuk dipuji,
Dijulang orang ke sana ke mari,

Ikhlas memberi menambah bakti,
Menuju rahmat Ilahi,

Biar ikhlas itu tersimpan rapi,
Usah dirakam, dikalung anugerah insani,

Ikhlas hati membina rohani,
Belajar untuk sedia memberi,

Memohon pada Ilahi,
Agar sentiasa berbakti seikhlas hati,
Semaikan niat sesuci murni untuk insani,
Yang pernah terpahat dalam nurani,
Biar cuma seketika nanti,
InsyaAllah dikekalkan, mohon diberkati...

Nukilan:akashah kassim 12.25 am, waktu Malaysia

Comments