May 2025 - corEtan akAsHah

Friday, May 02, 2025

Sesekali
May 02, 20250 Comments


Jarang Kashah nak deep talk dengan student.
Tapi hari tu… ada sesuatu dalam nada suara dia yang buat Kashah tak sampai hati nak diamkan.

"Miss… semua saya dah cuba."
Dia tunduk. Main-main hujung lengan baju.

"Tapi tak kira apa saya buat… semuanya salah di mata dia. Saya senyum, dia marah. Saya diam, dia makin jauh. Saya buat baik pun… macam tetap tak cukup."

Kashah diam sekejap. Bagi ruang.

"Lepas tu awak buat apa?"
"Saya… saya try sabar. Tapi kadang rasa macam… sia-sia."
"Awak penat?"
"Penat sangat… Tapi saya tak nak benci dia, Miss. Saya cuma… nak difahami."

Kashah pandang mata dia. Dalam mata tu, ada luka yang diam.
Luka yang tak berdarah… tapi pedih.

"Awak dah cuba minta dengan Dia? Yang pegang hati manusia tu?"

Dia senyap.

"Belum lagi, Miss..."
Nadanya perlahan. Macam mengaku kalah.

Kashah senyum nipis.
"Bila kita usaha dengan manusia, kita letih. Tapi bila kita mula minta pada Tuhan, kita lega. Awak tau tak... hati manusia ni lembut sebenarnya. Tapi kita tak ada kunci dia. Tuhan yang ada."

Dia angguk perlahan.
"Miss pernah rasa macam saya?"
Kashah ketawa kecil. "Selalu. Kadang kita rasa macam, eh dah cukup ni… kenapa dia tak nampak? Tapi tu lah… bila kita sandarkan harapan hanya pada reaksi manusia, kita akan kecewa."

"Jadi saya kena doa?"
"Ya. Tapi bukan sekadar doa… doa yang betul-betul percaya. Bukan sebab nak dia berubah, tapi sebab nak awak tenang."

Dia pandang jauh. Mungkin memikirkan sesuatu.

"Miss..."
"Ya?"
"Kalau saya doa… tapi tetap dia tak nampak saya, tak faham saya…?"
"Maknanya Tuhan nak ajar awak… yang penghargaan sebenar bukan datang dari manusia. Tapi dari ketenangan yang tak boleh dibeli."

Catatan ini Kashah tulis di sini.

Untuk dia.
Dan mungkin… untuk kau yang sedang baca sekarang.

Ingat…

Kalau dah usaha dan tak dihargai,
jangan terus paksa.
Mungkin Tuhan nak awak belajar reda.
Mungkin Tuhan tengah bawa awak keluar dari luka yang tak kau nampak.

Dan doa…
ia bukan untuk ubah dia saja.
Tapi untuk lembutkan hati awak juga. 💌
Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.