CV grafik versi Kasha plak

Baru-baru ni viral kat facebook tunjuk CV grafik..siap buat bisness lagi.. dengan bayaran sekian..sekian, anda boleh dapatkan grafik CV yang menarik..haa cenggitu iklan dia.. tercetus dari situ lah,dok buat CV cenggini.. dekat separuh hari jugak lah mengerjakan dia.. baru dapat siap macam hasil dibawah.

hello adik2.. keje belum dapat.. buat CV da nak keluar modal ke upah orang.. gi buka komputer ke desktop sana.. buka power point pi edit sana.. tak payah nak anta upah sana-sini.. membazir..
 "sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada TuhanNya"
itu belum cerita nak print, tambang intebiu ke? so pernah dengar DIY? Do it yourself ..meh hakak nak ajar sikit. ceh tutorial orang sebut.

step 1: setting kan page power point kepada A4
Resume kan selalu buat dalam saiz a4..
bila dah create new blank presentation, 
pilih tab DESIGN (kat belah kiri dalam gambar) ..lepastu cari SLIDE SIZE.. kemudian pilih yang bawah sekali CUSTOM SLIDE SIZE

bila dah klik custom slide size tu, akan keluar paparan seperti dibawah ni.. comel je dalam kotak tu.
klik anak panah kat slide size for tu dari WINDSCREEN kepada A4.. pastu belah kanan tu pastikan POTRAIT.. sebab kita nak A4 tu menegak.. dah kalau melintang pelik plak CV tu.. kot ye pon nak rare.. hahah
ok lepas tu dia akan keluar 2 pilihan ni, pilih maximize, yang pertama tu.. next gambar tu, dah berjaya jadi kan slide tu A4 menegak.. ok senyum sikit sebab step nak jadikan saiz a4 dah berjaya..



step 2: ha bila masuk step dua ni memerlukan daya creativiti..
kalau rasa tak creative sangat. senang je.. gi cari google..
taip creative CV template.. kalau nak download kat situ lagi senang.. edit je.. klu nak design sendiri jadikan template tu sebagai rujukan... jom g google jap..
lepas google tetibe terberkenan dengan template ni.. ha kan cantik kan kalau dapat cenggini kan?
ok jadikan layout tu blank dulu.
lepastu insert shape yang petak tu.. ha susun tempat lebih kurang sama macam contoh kat atas..
tukar shape fill ikut warna kesukaan kita.
Untuk CV ni guna shape pink ni petak dan bulat aje.. susun exactly ikut dalam contoh kat atas..
perasan tak bentuk bulat tu kita susun je kat hujung petak.. ha..kan dia dah nampak kan? ok sekarang kita cari shape yang untuk letak separa bulat panjang di bawah bulatan tu  pulak

amik shape yang ditunjukkan kat atas ..rotate 90 darjah..lepas tu tarik jadi panjang...
dan kemudian tukar colour jadi kelabu

maka, hasilnya jadi lah seperti ini...
ha banyak kan dah jadi tu... sekarang kita pilih background jadi hitam plak
Step3 isi kandungan
 Bila background da siap..  Insert text box
Dan tulis detail yang sesuai utk letak dlm CV

Step 4
Save as PDF
And tara..  Jd lah CV grafik yg dikehendaki

*xpandai eh nak online tutorial bagai ni.. Susah nk tunjuk...  Korang paham ke?  Haha.. 

Comments

  1. Terbaikk๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

    ReplyDelete

Post a Comment

:) tinggalkan komen yang molek2.. Eleh takkan baca aje.. Nampak benor stalker..

Popular Posts