Okay hari ini Kasha nak share satu tarikan baru di Kuantan ni. Kebetulan hari ini 21 FEBRUARI 2021 merupakan hari perasmian menara setinggi 180 meter ini sempena pemahsyuran Kuantan sebagai bandaraya. (Mahsyur huhu tanda-tanda kos hidup bakal meningkat di sini)
Cantik gambar dia (Pahang Media). Tak berpeluang lagi nak ambil gambar cantik macam ni
Menara Kuantan yang bermula pembinaannya pada Ogos 2017 siap pada September 2019. Manakala Sijil Penyiapan dan Pematuhan dikeluarkan pada November tahun lalu. Konsep rekabentuk tegak dan meruncing diinspirasikan daripada bentuk hujung bilah lembing, seperti di Jata Negeri Pahang. Rekabentuk dek tinjau pula diinspirasikan oleh bebunga dan dedaun pokok Teruntum Putih.
Tarikan lain termasuk restoran pada aras 98 meter di atas tanah, . dek tontonan terbuka, ‘skywalk’ dan ‘guided fall platform’ pada aras 104 meter di atas tanah.
Untuk rekod, menara ini secara automatik menjadi kedua tertinggi di Malaysia selepas 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫. Menara KL dengan ketinggian dibina pada tahun 1995, digunakan untuk tujuan komunikasi dimana antena komunikasi menara ini setinggi 𝟰𝟮𝟭 𝗺𝗲𝘁𝗲𝗿
Jika nak dibandingkan fungsinya sama seperti 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚 𝐀𝐥𝐨𝐫 𝐒𝐞𝐭𝐚𝐫, 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 pula yang berketinggian 𝟏𝟔𝟓𝐦𝐞𝐭𝐞𝐫 sebagai menara telekomunikasi dan tarikan pelancongan di situ.
Manakala 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚 𝐓𝐚𝐦𝐢𝐧𝐠 𝐒𝐚𝐫𝐢, 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢𝐚𝐧 𝟏𝟏𝟎 𝐦𝐞𝐭𝐞𝐫. Manakala pelancong boleh melihat suasana kota Melaka dengan pusingan 360 darjah pada ketinggian 80 meter.
update: harga tiket untuk yang berminat. Sedikit perkongsian tentang pelancongan. Mana tahu lepas ni ada yang nak singgah sini?
Kenapa 188? Haa itu kena tunggu pihak yang sebenar reveal sebab macam tak jumpa je fakta tu. Mungkin ada kena mengena dengan ketinggian dia
2 comments:
tahniah orang kuantan dah jadi bandaraya
best org kuantan.. harga tiket pun tak mahal..
Post a Comment