2015 - corEtan akAsHah

Saturday, November 07, 2015

Kenapa pakai jam belah kanan?
November 07, 2015 5 Comments
Kita pakai jam belah kanan.. maybe 50% daripada apa yang ditulis kat belah tepi tu betul kot. Haha da lama tak pki jam.. tak jumpa lagi jam yang selesa betul.. tp tetiba jumpa dan cak.. hehe..tp kan mcm tak selesa aje.

Jom kita go through satu persatu..

Pertama:Keras kepala... hmm kjap.. cukup keras tak kepala ni.. nak try hantuk kjap kat dinding..hehe.. utk satu2 benda keras kepala tu penting tau.. huu giler tau.

Kedua:kuat memberontak..hahah kjap eh fkr..haha kuat hentak kaki ada ye.. kot..ms kecik2 dulu kalau tak puas hati.mcm kawat kaki tu.protes ar tu..haha

Ketiga: tak suka diarah: haha ni bertentang ngan SYMP nii. Tak suka pon kena buat jugak.eleh.. apa tak suka.. layan aje la..

Keempat: setia u alls. Haha setia .tu mcm mana ye.. ada cth setia ye.. setia minat Hafiz hamidun smpi skarang..dr zmn diploma dulu smpai skarang.. sampai tahap semua kengkawan geleng kepala je.. hehe.. eleh knapa org lain boleh minat macam2..kita minat satu pon.xbole. 

Kelima:hati kering.. haha susah nak nangis. Walaupon sedih mcm mana pon situasi.. sbb kita nangis dari hati bukan dgn air mata.. tapiii kalau tgk cite hindustan ke.feeling2.menghayati cite. Tetibe je mencurah2 air mata kalah pelakon dalam tv tu..bole gak nangis.haha

Keenam;garang. Hmm ada yg cakap kita garang..ha ko ni garang sgt la kasha..eh ceh... manja? Oooi hai no komen.

Ketujuh:suka menyendiri? Hmm depend...ada yg tak kna ni.

Kelapan:tlg org dlm kesusahan..kalau mampu bole la tlg.. hehe..sbb kita berpegang pada prinsip ni.. stiap kebaikan yg kita buat tu, satu hari akan dibalas bukan dr org yang sama..tp dgn lancarnya perjalanan hidup kita.. kan? Hmm 

Kesembilan:pendiam..sbb apa.. sbb diam2 kita edit gambo.. hehe menyusun ayat..pegang hp je kejenya..da addicted to hp . Xpon baca novel.. kita kna bawa bekalan isi kesepian ni..bekalan novel ataupon data intrrnet

Ke10:pantang dicabar; cabar apa eh.  Haha depend. 




Reading Time:

Thursday, November 05, 2015

Meow The Series
November 05, 20150 Comments
Sejak g cat cafe baru2 ni dapat hobi baru la.edit gambo kucing comel.. semenjak dah tinggalkan batu pahat ni, takde bela kucing dah.. ye la klu bela kucing kat kg, pandai2 sendiri la die nak membuang kat tanah kambus sendiri.. siap elok je die duduk depan pintu tak masuk umah pon.. selalu beli makanan die je..
Duduk kat taman leceh nak bela, so kita menumpang kasih kucing orang je. Kat opis pon selalu ada je kucingnya tapi tak comel cenggini.jom tengok ni kat bawah.
Ni kucing ain. Nama die pyro..Baru 5bulan usia nya.. :)

Ni pulak nama die belle...nasib die baik.. sally jumpa kat kompleks psr gudang masa kecik2..pastu bela bawa balik dan cantik macam ni.



Yang bulu kuning ni .nama die edward.kucing sally jugak.. hmm pemalu kucing ni.asal datang je meluru die lari naik tangga atas.. kalah anak dara.hehe.. tapi dah dok tangga tu, main cak2 pulak ngan kita
P/s:agak2 berbakat tak kalau buat meow the series comic?
Hehe..bkn main berangan


Reading Time:

Thursday, July 16, 2015

Salam Aidilfitri Salam Kemenangan
July 16, 20150 Comments
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Segala Puji bagi Allah,
Tuhan Semesta Alam
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Yang Menguasai hari pembalasan

Hanya kepadaMu (Ya Allah)
kami menyembahMu (Ya Allah)
hanya kepadaMu kami mohon pertolongan

Tunjukilah kami jalan yang lurus
(yaitu) jalan orang-orang yang Kau kurniakan ni’mat kepada mereka,
bukan (jalan) mereka yang dimurkai
dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat


https://youtu.be/AL6pyElhPSs

Terngiang-ngiang dalam kepala lirik lagu erti alfatihah..dgn budak2 qari jr yg sura ala2 comel..sepatah kata iza ahmad..comel sgt rasa mcm nak sepak? Eh hahah.. surah yang biasa kita baca tapi kadang2 tunggang terbalik juga maknanya.. jadi kat tv masa sahur sebulan selalu keluar lagu erti alfatihah ni.. dah naik hafal sebijik2 maknanya dia.. besar pahala sape yg melagukan erti surah ni.hehe

ok lah dalam meninggalkan Ramadhan dengan kesedihan..kita juga menyambut Syawal hari kemenangan bagi umat islam.. saje juga la wat satu entry khas sempena syawal  setelah sekian lama terbiar blog ni tidak berhuruf menari-nari di jemari ..tak sabar juga nak tggu hari kemenangan yg lagi satu sempena syawal.. dengan kesabaran hampir 2tahun bertungkus lumus.. ala2 lagu black tu..ketawa bersama menangis pon bersama.. apa dia? Nanti  tggu next entry kalau dah merdeka nanti

Sempena bulan yg mulia ini
kasha nak memohon maaf sekiranya terguris hati dengan kata..perbuatan atau apa sahaja .. juga berharap diberi kekuatan memaafkan semua orang. InsyaAllah saya maafkan semua orang.. 



Reading Time:

Friday, April 03, 2015

Cd I love Rasulullah
April 03, 20150 Comments
Hari ini tambah koleksi cd HH..
Hari tu da order 23 Mac 2015, dapat respon yg boleh la dikira cepat.tp lg laju dulu masa beli dgn kak anis.haha pastu lmbt sikit lah buat byrn dlm 26hb sbb bz sgt dgn keje + blaja.. dan hari ni 3 April cd sampai rumah.. 
Ha gitu citer dia. cuma tak kesah la tu janji da sampai cdnya dan siap pakej dapat free gift lg single album dia yang jodoh berdua tu.Yang paling penting kali ni beli cd brsama sign HH yang jelas.. hmm cover purple sign kaler hitam..purple lagi cantik...favourite kaler selain merah..ha camni baru betul. penambahbaikan yang bagus. haha rasa mcm komen keje student lak.. huhu.
InsyaAllah cd ni akan jadi koleksi tambahan dalam kete kashah. sebenarnya album ni x launching lagi.katanya nak launch album ni 20 April.sesuai la dgn tarikh kelahiran Rasullullah.. tetiba teringat satu lagu nasyid masa zaman sekolah dulu
Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul’awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah

nak review pasal album ni..tak bole lagi sebab xdengar lagi lagu ni..nanti la da dgr update balik post ni.tu je la. da takde citer best

Reading Time:

Saturday, March 14, 2015

feeling cikgu-cikgi
March 14, 20150 Comments
-Dah lama tak post kat blog ni. sebab setiap kali sibuk tu la nak dok update blog..sebab tu orang ingat kita ni ada je masa lapang.. sebab selalu bertentangan dengan orang lain.
- jarang pakai name tag masa gi keje.. masa mintak keje bukan main name tag siap blazer lagi. tapi bila nak gi majlis rasmi ke apa baru sibuk nak pakai name tag.pastu start la mencari smbil nyanyi...'name tag kat mana? name tag kat mana? haha bila pakai terus feeling macam cikgu. ye la cikgu kan, gi memana pon tak tanggal name tag tu pada hari bertugas.
- tak suka pakai cermin mata. tapi rabun silau. bila da berair mata ke merah mata baru sibuk nak cari cermin mata. pastu cermin mata tertinggal kat rumah. hehe.paling teruk kalau suasana bilik tu pakai lampu kaler kuning..adohai memang seksa.. atau masa kena buat spreadsheet..masa dok mengadap komputer dan paling seksa bila kena drive malam. bila la nak ada driver utk tlg drive malam ek?
-suka sibuk keje orang.keje sendiri tak buat.. last2 kena withdraw..haha.ni paling tak bole blah.. malas komen banyak.
- nampak  x bila tangan dikepala bila bergambar..tu maknamya tgh memikirkan benda lain..arggh.. sakit kepala hanya Tuhan je yang tau. tolong doakan yg baik2 untuk cabaran ini
-gambar hiasan dunia..pinky girls.. baju rewang 

Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.