February 2021 - corEtan akAsHah

Sunday, February 21, 2021

𝗠𝗲𝗻𝗮𝗿𝗮 𝗞𝘂𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 𝟭𝟴𝟴
February 21, 2021 2 Comments
Okay hari ini Kasha nak share satu tarikan baru di Kuantan ni. Kebetulan hari ini 21 FEBRUARI 2021 merupakan hari perasmian menara setinggi 180 meter ini sempena pemahsyuran Kuantan sebagai bandaraya. (Mahsyur huhu tanda-tanda kos hidup bakal meningkat di sini)
Cantik gambar dia (Pahang Media). Tak berpeluang lagi nak ambil gambar cantik macam ni

Menara Kuantan yang bermula pembinaannya pada Ogos 2017 siap pada September 2019. Manakala Sijil Penyiapan dan Pematuhan dikeluarkan pada November tahun lalu. Konsep rekabentuk tegak dan meruncing diinspirasikan daripada bentuk hujung bilah lembing, seperti di Jata Negeri Pahang. Rekabentuk dek tinjau pula diinspirasikan oleh bebunga dan dedaun pokok Teruntum Putih.

Tarikan lain termasuk restoran pada aras 98 meter di atas tanah, .  dek tontonan terbuka, ‘skywalk’ dan ‘guided fall platform’ pada aras 104 meter di atas tanah. 

Untuk rekod, menara ini secara automatik menjadi kedua tertinggi di Malaysia selepas 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫. Menara KL dengan ketinggian dibina pada tahun 1995, digunakan untuk tujuan komunikasi dimana antena komunikasi menara ini setinggi 𝟰𝟮𝟭 𝗺𝗲𝘁𝗲𝗿

Jika nak dibandingkan fungsinya sama seperti 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚 𝐀𝐥𝐨𝐫 𝐒𝐞𝐭𝐚𝐫, 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 pula yang berketinggian 𝟏𝟔𝟓𝐦𝐞𝐭𝐞𝐫 sebagai menara telekomunikasi dan tarikan pelancongan di situ.
 
Manakala 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚 𝐓𝐚𝐦𝐢𝐧𝐠 𝐒𝐚𝐫𝐢, 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢𝐚𝐧 𝟏𝟏𝟎 𝐦𝐞𝐭𝐞𝐫. Manakala pelancong boleh melihat suasana kota Melaka dengan pusingan 360 darjah pada ketinggian 80 meter. 


update: harga tiket untuk yang berminat. Sedikit perkongsian tentang pelancongan. Mana tahu lepas ni ada yang nak singgah sini?
Kenapa 188? Haa itu kena tunggu pihak yang sebenar reveal sebab macam tak jumpa je fakta tu. Mungkin ada kena mengena dengan ketinggian dia
Reading Time:

Monday, February 15, 2021

Tip lighting cantik masa online class
February 15, 2021 5 Comments

Pernah tak online class dalam mana-mana medium online tapi muka malap? 

Ini ialah entri untuk orang yang on camera semasa streaming. Yang sejenis off camera, boleh tengok entri lain. Sejenis stress bila tengok kamera malap, muka gelap. Aduhai memang tak boleh tengok gaya online macam ni. Tolong upgrade gaya sekarang.

Salah satu cara ialah penggunaan alat bantuan luar. Gadget online le tu. Contohnya ringlight. Siapa yang tak tahu lagi rupabentuk ringlight tu, sila rujuk sini.

Jadi, ada yang tanya penting ke guna ringlight ni?

TAK PENTING PUN KALAU AWAK DAH ADA

1) Pencahayaan semulajadi / Cuaca elok
Biasanya ini berlaku untuk yang rajin setting workstation khas di rumah. Lengkap meja dan alat-alat kerja dan yang paling penting dia ada meja duduk menghadap tingkap. Cahaya akan terpancar dalam skrin gadget dengan cahaya matahari semulajadi. Wah! Orang kata nampak natural beauty di situ.
Kita yang menghadap cahaya tau. Bukan cahaya kat belakang. Gambar pinjam dari work station Cikgu Amla.

Tapi kan, lain pula ceritanya kalau meja awak depan tingkap tapi menghadap dinding atau rimbunan pokok besar. Tiada pilihan lain, jawapannya YA MEMANG PENTING GUNA RINGLIGHT. (atau bantuan pencahayaan yang lain)
Lagi satu. matahari tak keluar pada waktu malam, walaupun workstation kita depan tingkap pun tak ada gunanya masa tu. Cahaya bilik pula suram ala-ala hotel atau cuaca mendung pada waktu siang menyebabkan kita perlukan gadget bantuan pencahayaan ini.
2) Kamera PC/LAPTOP/SMARTPHONE yang mantap.
"Saya baru beli laptop minggu lepas. Tak cuba lagi kamera okay ke tidak."
Kalau versi ini, biasanya dah tak perlu ringlight. Laptop zaman sekarang dah canggih dan cantik dah lensnya. Smartphone pun serupa. Lagi canggih. Cukup sempurna untuk nur berlebihan diwajah. Cukup lampu bilik atau ruang yang terang sahaja.
Tapi jika kita sejenis setia dengan smartphone atau laptop lama, kemungkinan besar perlu cari bantuan ringlight ini. Macam laptop Kasha lama (haha nak bagitau setia la tu) jadi visual gelap banyak sebenarnya bila dalam online.
Alternatif lain, upgrade kamera dengan cara beli external web camera. Hahah bahagian ni kita cerita lain kali.
Okay Kasha nak kongsi sedikit cerita pasal lighting yang Kasha guna tu.
#1 Ringlight size sederhana (yang bulat tu)
- Cahaya dia boleh tukar 3 jenis cahaya. (Kuning, putih, dan putih kebiruan)
- Lengkap 1 set bersama pemegang smartphone. Jadi stabillah hp ketika live. Tak adalah video tu bergoyang-goyang bila live.
- harga RM31

#2 Stand ringlight
- Fungsinya untuk memegang ringlight tadi dan ia boleh dilaras ketinggian sesuai untuk orang bercakap sambil berdiri. ( Rujuk gambar bawah ni belah kiri)
- harga RM14
Ini cerita untuk kita yang beginner. Kalau dah tahap pro, lain pula lighting dia. Yang itu tak nak cerita. Bagi yang pakar je cerita.

Tip
Pergi cari di kedai aksesori telefon, bukan di kedai kamera (mahal oi!).
Kalau di Kuantan, beli kat Al-murah, IM5
Kalau di KL, lagi banyak kedai gadget besar. 3 item tu boleh dapat RM50 di lowyat. Haha pernah borong 10 unit selepas sharing di FB hari tu.

Berani lagi? Beli di shopee. Dapt juga murah. Tapi tak recommend sebab risau pecah lampu, usb tak function lah. Satu hal lagi nak return kan? Kena tunggu lagi. Cuma jika kita ada sejenis tahap kesabaran yang tinggi, silakan shopping online. Dapat yang dari China tu, lagi dapat murah.

Tip tambahan : Bagi insan bercermin mata. Elak biasan ring light pada kaca mata.
Tip ni datang dari FB Kak Azian Mohamed Isa
1. Pastikan kedudukan ring light di makam yang tertinggi, at the highest point if possible.
2. Adjust angle appropriately. This is quite tricky. Kena try, test, tengok. Bagus jika ada bantuan daripada orang lain.
3. Untuk extra glow and fair & lovely effect, guna dua ring light. 😅😂
Ini contohnya. Akak ni selalu live. Tu dia work station live dia. hehe Tak yah green screen Guys sebab rumah dia dah cantik. hehe

Ok baru satu part pasal gadget, InsyaAllah nanti Kasha sambung lagi di entri seterusnya. Tunggu tau. Macam ni la rupa antara gadget online seorang Akashah. Hahah. Worksttation kita tak cantik nak tunjuk. huhu


Reading Time:

Saturday, February 13, 2021

Tip beli hadiah secara online
February 13, 2021 4 Comments

Banyak dah berubah. Bila dah tahun 2021. Majlis Reunion online, jadi ada sesi tukar hadiah pun online. Siap ada website cabutan hadiah lagi. Saje kongsi di sini buat rekod peribadi. Ada 8 step situ. Bukan main canggih ya. Tak terjangkau akal fikiran ada aplikasi seperti ini. Tahniah AJK. Hadiah dah pun dipilih, Kasha memilih hadiah bertema. AJK pesan, kalau boleh biar hadiahnya sampai sebelum 20hb februari dan dengan nilai RM30.
- pilih hadiah
- senaraikan kriteria pilihan
- kemaskini alamat sendiri
- sesi swap nama pemberi dan penerima
- dapatkan alamat penerima
- shopping dengan medium pilihan yang ada
Bab shopping untuk orang lain ni yang kita nak kongsi dalam entri ni. Ada beberapa kriteria diambil kira semasa pemilihan barangan secara online untuk sampai tepat pada masanya
1) pilih barang ready stok
- Kalau tiada remark ready stock, sila rajinkan diri tanya seller.
- Kalau barang luar negara mahu 10 hari baru sampai. Kalau masa banyak lagi tak apa lah.
2) pastikan alamat seller dan penerima berhampiran
-ini penting untuk kemudahsampaian tu tinggi.
-Contoh kita nak bagi hadiah kat kawan yang dekat Kuching, Sarawak. Takkan nak guna seller kat Terengganu kan? Alamatnya basi lah hadiah sebelum majlis.
- Jadi filterkan carian seller tempatan (Sarawak juga lah)

3) lihat testimoni dan rating penjual
- biasa setiap barangan dijual ada remark rating bintang. Semakin banyak bintangnya semakin bagus servisnya
- rajinkan diri baca testimoni bawah barangan yang dipaparkan. Biasanya testimoni ni dia jujur lah dari customer. Yang tak elok ada yang elok pun ada.
- Jadi, kalau dah berpuas hati, teruskan pembelian.

4) pilih dan tukar alamat kepada penerima hadiah
- biasanya sistem shopping online dah defaultkan alamat kita yang dah isi sebelum ni.
- jadi jangan lupa tukar alamat. Semak sebelum teruskan bayaran. Kalau tak jadilah macam beli hadiah untuk diri sendiri.
-kalau dah terlepas biasanya masih boleh tukar alamat tu dengan fungsi change address dengan segera. Atau lebih pm je seller dengan segera. Jangan dah 2-3 hari baru nak bagitahu, Tak dapek den nolong.

5) Last sekali pm seller (ini pilihan)
- mohon tanggal price tagging ya. Sebab ni hadiah. Hehe. Terima Kasih.

Akhir sekali jangan lupa tukar default address ya. Takut next shopping salah alamat. Hehe tak pasal kan? Hehe merana tau tunggu barang tak sampai-sampai. Sekali salah alamat rupanya.
Sekian tips shopping hadiah online dari cikgu online. Jadi nak tanya, ada yang masih TEPU PILIH HADIAH KE?
-Akashah Kassim-


Reading Time:
Asas berbasikal: Laraskan tempat duduk
February 13, 2021 2 Comments

Kali ini kayuh bukan sebarang kayuh. Kayuh nak ambil parcel tumpang kat rumah Sada. Huhu gigih  mengayuh bawa beg dibelakang. Selalu bawa beg kecil je. Yang ni kena standby beg besar sebab parcel tu dalam kotak. Okay macam biasa mulakan kayuhan selepas asar. Setakat ni, belum ada kekuatan lagi nak kayuh lepas subuh. Huhu.
Jom join merentas desa. Nak merentas negeri tak boleh lagi. 

 "Kemain laju dah kayuh eh sejak tinggikan seat"

"Itulah mana kau tahu pasal kena tinggikan seat ni? aku bukan apa risau tak boleh naik bila seat tinggi sangat ni"

"Oh masa cycling dengan geng berbasikal hari tulah dia tegur. Bila kayuh kaki kita mesti tegak. Kalau tak tegak kena tinggikan seat. Barulah betul posisi kaki kita tu." 

"Ooh patutlah sebelum ni, rasa berat je kayuh. Siksa betul nak mengayuh. Bila dah betulkan ni barulah ada rasa macam tenaga nak kayuh tu ada."

"Tapi aku rasa ko kena naikkan lagi tu. Tak cukup tinggi"

Haa tu tengah berbasikal pun kita sibuk berbual. Hahah. Kadang dengar tak dengar je berbual tu. 

Faham tak? Meh kasi gambar visual pulak untuk lebih jelas. Semoga ada manfaat perkongsian cerita berbasikal kali ini. 

Laraskan tempat duduk

Haa sumber gambar centrodeprensa.org
Ingatkan bawa kereta je kena laras tempat duduk. Basikal pun kena. Itulah bawa basikal main taram aje. Rupanya kena ada ilmu. Hehe. Mujurlah Hanim kongsi. Rasanya dah lama dia tegur, hari ni baru buat. hehe.

Cara untuk laraskan seat basikal, sila rujuk video di bawah
Jadinya masa bawa basikal minta kawan, keluarga tengokkan, bila mengayuh kaki lurus tepat ke tidak? kalau masih bengkok maknanya kena tinggikan lagi seat basikal tu.

Apa yang pasti selepas laraskan tempat duduk tu, lebih selesa mengayuh. Rasa tinggi sikit badan tu dan lebih dapat posisi badan yang betul. Serius, memang tak tahu pun pasal ni sebelum ni. Pasal laras tau. Pasal posisi kaki kena tegak tu baru tahu. Main langgar je asal basikal bergerak. Hehe.
Cakap panjang-panjang, nak juga tengok bukti kan? Bukti ya tengok maximum speed. Sebelum ni paling tinggi pun11km/j. Memang beza lah kan 1 kali ganda lebih tu dapat speed sampai 31km/j. Kalau kereta 30km/j tu slow sangat. Hahah masih tak capai lagi ni standard orang mengayuh.

Ahaa rekod macam biasa kena up sikit dari sebelum ni kepada 7.35 km. Rekod tak seberapa tapi ada. Hahah selagi bernyawa.

Jadi, jangan jadi macam Kasha. Sila tuntut ilmu.
Ok sebelum mengakhiri entri kali ni, belanja sikit snap kali ni. Hmm tak cantik sangat, boleh la buat ada-ada.



Reading Time:

Friday, February 12, 2021

Bahagia tak sempurna
February 12, 20210 Comments

Pagi semua. Hari ini cuti kan? 

Jika kita selalu sangat tidak mengalah dan amarah, kita jadi stress. Semuanya  hanya kerana ego kita yang meninggi. Penat kan? 

Jom kita latih diri kita tenang-tenang aje. Bila kita mati nanti akan dipanggil dengan 

Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhan kamu dalam keadaan kamu reda dan kamu diredai. Maka masuklah dalam golongan hamba-Ku dan masuklah syurga-Ku. (Surah al-Fajr, ayat 27-30)


Kawan-kawan ...

Kadang kena paksa diri untuk terima apa yang Allah bagi. Pasti ada hikmahnya.

Tiada bahagia dalam dunia ini yang sempurna. Bahagia yang sempurna hanya di syurga. Namun ia bukan asbab untuk kita tidak bahagia.



Jadi di mana bahagia?

Bahagia tu boleh dicari melalui kita menghadiri majlis-majlis ilmu. Mengharung sendiri, bukan terikut-ikut dengan orang lain. Ia cuma bergantung kepada tawakal kepada Allah. Perasaan untuk dekat dengan Allah.

Siapa yang beri bahagia.
Sebenarnya Allah yang campak bahagia itu dalam diri kita. Rasa bahagia adalah anugerah daripada Allah SWT berkat sabar dilalui hamba-Nya.

Jadi telah dikongsikan 4 tanda kebahagiaan dalam hidup
  1. pasangan yang soleh/solehah
  2. tempat tinggal yg luas
  3. kenderaan yang selesa
  4. jiran yang soleh

Jadi bagaimana?
Hari ini ada slot Tarbiah Bahagia Tanpa Syarat oleh Bonda Nor di IKIM. Jadi nasihat darinya, kita perlu kurang-kurangkan kecintaan kita yang pada dunia.
Kita sedih dan rasa berputus asa apabila tidak bersama ahli keluarga kita, kisah kehilangan mereka yang tersayang dan berasa tidak mendapat sokongan dari orang sekeliling.

Kita sayang dengan harta dunia. Rumah baru, kereta baru, HP canggih. Saat ia musnah atau rosak, kita mula rasa kecewa dengan segalanya di dunia. 

Kawan-kawan ...
Allah akan uji dengan apa yang kita cintai. Jadi ingatlah untuk kurang-kurangkan kecintaan kita pada urusan dunia. 

Selami pengajaran dari sirah dan orang terdahulu
Kadang belajarlah menyelami kisah mereka yang pernah berdepan ujian yang perit supaya dapat menanam semangat daripada mereka untuk mendepani hidup yang mendatang.

Rasullullah s.a.w ada bersabda beberapa sahabat nabi yang dijamin masuk syurga. Jadi selami kisah dan akhlak sahabat-sahabat nabi yang disebutkan. Contohi sebagai panduan hidup.

Orang yang paling bahagia adalah orang yang membahagiakan orang lain
Ingat dunia adalah alat, bukan matlamat. Jadikan dunia alat untuk mengejar redha Tuhan untuk mengumpul bekalan ke syurga.

Jika kita berharta, gunakan harta itu sebagai sedekah. Membantu orang-orang yang memerlukan. 
Jika kita punya badan yang sihat dan kuat, gunakan ia untuk menjalankan ibadah yang sebaik-baiknya.
Jika kita punya kemahiran dan ilmu, sampaikan perkara-perkara yang bermanfaat dan baik-baik. 

Belajar untuk terus bersabar untuk mengharapkan reda Allah SWT. Orang yang bahagia, hatinya sentiasa tenang. Walau pernah tewas berulang kali, masih boleh bangun untuk meneruskan kehidupan. Mulakan dengan mempelajari mengawal emosi.

Jangan lupa pohon doa berterusan. InsyaAllah semoga kita mendapat bahagia tanpa syarat

Baiklah kawan-kawan. Malam ini kita dah masuk 1 Rejab. Jadi jangan lupa kita submit doa

" Ya Allah, sampaikanlah kami kepada Ramadhan"

Coretan Akashah

𝓑𝓪𝓱𝓪𝓰𝓲𝓪 𝓲𝓽𝓾 𝓲𝓷𝓭𝓪𝓱 𝓼𝓮𝓵𝓪𝓰𝓲 𝓮𝓷𝓰𝓴𝓪𝓾 𝓽𝓲𝓭𝓪𝓴 𝓶𝓮𝓷𝔂𝓮𝓻𝓪𝓱

12 Februari 2021

Kebetulan lepas tulis entri ni, tengok ada promosi buku melampau murah ni?
Berminat dapatkan promosi berbaloi ini. Saya bantu anda
 http://www.wasap.my/60197148302

Atau terus tekan link di bawah
https://bondanor.onpay.my/order/form/DBN/NadhirahArib
https://bondanor.onpay.my/order/form/DBN/HaryatiHamim


Reading Time:

Wednesday, February 10, 2021

Coretan Februari
February 10, 20210 Comments

Assalammualaikum,
Apa khabar semua? Didoakan semuanya di dalam lindungan Allah. Pejam celik pejam celik sekejap sahaja Januari melabuhkan tirainya. 2021 dibuka tirainya dengan kisah-kisah suka duka hidup kita dalam menjalani kehidupan di dunia.

Bak kata Ebit Lew, Allah uji kita tanda Allah sayang. Ujian yang kita hadapi hari ini semoga menjadi asbab mendekatkan diri pada Dia. Kita kena yakin pada setiap kesulitan pasti akan datang kemudahan.

Kawan-kawan ...
Setiap malam Allah memegang jiwa-jiwa manusia ketika sedang tidur. Ada yang hilang giliran meneruskan kehidupannya. Innalillahiwainna ilaihirajiun. Manakala ada yang masih diberi peluang kedua. Jadi apabila setiap pagi diberi nikmat peluang bernafas, ucaplah Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran.
“Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berpikir.”
(QS: Az-zumar: 42).
Kawan-kawan ...
Jika semalam kita pernah berasa putus asa, mulakanlah untuk reset semula minda kita hari ini untuk lebih bersemangat. Setiap masalah dan ujian ada jalan penyelesaiannya.

Jika semalam hidup kita dipenuhi dengan air mata, Ia tak menjadi salah. Cuma janganlah membiarkan ia berlama-lama. Kerana akhirnya nanti akan membuat diri kita yang merana. Jadi jalan terus!

Jika semalam kita berasa tidak bahagia, lakukan reset semula button hidup kita. Jangan biarkan kita meletakkan syarat dalam mencapai bahagia kita.
Memetik kata-kata dari tulisan PAGI! - Peluang Kedua oleh Bonda Nor
"Relakan apa-apa yang sepatunya pergi, hargai apa-apa yang masih kita miliki"
Kawan-kawan ...
Jadi hari ini
Jom sama-sama kita gunakan peluang kedua ini sebaiknya
Fikir elok-elok
Tulis cantik-cantik
Baca baik-baik

Sekian, wassalam.
Coretan Akashah
10 Februari 2021




Reading Time:

Saturday, February 06, 2021

Jangan monyet! Jangan ...
February 06, 20210 Comments
Memandang pada lukisan alam seperti ini membawa ingatan saya pada satu cerita kanak-kanak yang sering dimainkan sewaktu kecil.
Ada seekor monyet yang sangat kelaparan terpandang sepohon pokok yang rimbun dengan buahnya yang kemerahan. Ia mahu makan tetapi dihalang oleh sang Kancil.
"Jangan monyet! Nanti kau menyesal."
"Aku tak kira. Dah berhari-hari aku tak makan."
Tanpa membuang masa, si monyet pun rakus memetik semua dan terus menelan buah tersebut dengan sangat gembira. Manakala sang Kancil hanya menggelengkan kepala.
Si monyet mula berasa tidak selesa. Panas dan pedih. Lalu menjerit dan dengan kelam kabutnya mencari air.
****
Haha bab dialog jangan monyet tu terngiang-ngiang tau dalam kepala. Sebenarnya ceritanya cuma pendek dan ringkas tapi ingin membawa pengajaran kepada yang menonton. Memang melekat dalam kepala cerita ni sebab berulangkali ditayang di kaca televesyen kotak masa tu. Haha dulu mana ada astro nak tengok Didi & Friends ke? Yang ada Barney & Friends atau cat & dog aje. Layanlah juga kartun anak-anak sidek, Usop Sontorian tu semua. Sape geng? Maknanya kita dah tua. Ok bye!
Beberapa pengajaran dalam kehidupan kita,
1. Jangan terlalu memandang yang hanya cantik luarannya.
Betullah lumrah manusia sukakan kecantikan. Tetapi ingat kadang kecantikan itulah yang melemahkan kita.
2. Jangan melihat siapa yang menyampaikan, tapi apa yang disampaikan.
Kurangkan perspektif memilih dalam menerima nasihat. Nasihat yang baik adalah dilorongkan keihklasan ketika menyampaikannya manakala diterima seadanya oleh yang mendengar.
Sekadar ingatan pada diri sendiri. InsyaAllah jika perkongsian ini baik dan bermanfaat, semoga menjadi satu asbab ke arah kebaikan.
Akashah Kassim
Februari 2021

#coretanakashah 

Reading Time:

Thursday, February 04, 2021

PKP boleh ke berbasikal?
February 04, 20210 Comments

 "Eh PKP tak boleh berbasikal ke?"

"Boleh rasanya, tapi berkumpulan tak boleh. Jap check bagi kasi lega sikit hati."

Laju buka telegram Majlis Keselamatan Negara. Bukan apa, nervous juga kalau tengah elok berbasikal kena saman pula nanti.

Semua aktiviti sukan dan rekreasi dilarang semasa PKP, kecuali untuk berjoging (dalam kumpulan tidak lebih dari dua orang dan dalam lingkungan setempat) dan berbasikal (bersendirian, tidak lebih dari 10km dari tempat kediaman).

Alhamdulillah, lega bila dah check info tu. Adalah rujukannya bila nak buat apa-apa. Yelah selain terapi nak dapatkan udara luar, nak juga menggerakkan kuda besi ni. 

Elok malam tu ibu call tanya, 

"Macam mana? Basikal tu dah jadi tukun ke?"

"Allah. Yelah lepas dah PKP serentak dengan kuarantin. Sudahnya memang belum gerak lagi. Haha bahaya tu. Tengoklah esok-esok. Jadi kebetulan pula, Hanim nak berbasikal, jadi terelak la juga basikal tu jadi tukun. Huhu. Yang pasti gerak lepas pukul 5 sebab BDR. Haha BDR tak boleh keluar rumah untuk urusan personal. 

Pantai ni 3.3km dari rumah

Memang tak ada orang sebab aktiviti pelancongan dilarang. Sedih rasanya dengan nasib pengusaha sektor terlibat. Tersekat  dengan pandemik ini.  Sayu melihat papantanda yang ditampal dengan label ditutup. Allahu! Moga ada harapan dan perkara baik-baik menanti di hadapan. 

Singgah pantai tak lama. Risau gak kena ambush tak pasal.

Tepi-tepi jalan pun sibuk berhenti sambil ambil nafas. Sambil-sambil tangan tak lepas klik lukisan alam. Subhanallah rindunya kan? Menikmati cipataan Allah. Sorok-sorok dan tergesa-gesa nak klik. Entah tak tenang nak ambil gambar lama-lama kan?
Fuh. Ini pecah rekod gak lah jauh sikit ride untuk tahun ni. Cuma bab melintas masih nervous. Mujur PKP, jadi kenderaan tak banyak. Lagipun lebih banyak lalu taman perumahan. Sempatlah menyinggah rumah Sada. Haha.

ok up sikit rekod tu pergi balik 6.34km. Sebab sebelum ni cuma 6.07km.itu pun cuma pusing taman yang sekangkang kera. Kredit to Hanim yang bawa. Haha yang penting dia sabar je tunggu kelajuan kita yang tak seberapa ni. Haha tu bukti maximum speed cuma 11.2 dalam masa 1jam 7 minit pergi balik. 
alhamdulillah.



Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.