November 2020 - corEtan akAsHah

Friday, November 27, 2020

Saje-saje
November 27, 2020 5 Comments




Nak cuti panjang ... Jom hujung tahun nanti

Nak covid19 lenyap ... Kitajagakita

Nak balik kampung ... Jom!



Reading Time:

Thursday, November 26, 2020

Santai di Jeti lama Starcruise Awana Kijal
November 26, 2020 4 Comments

Cantikkan? Ada langit biru, awan berkepok macam ABC ...(eh? Hahah), ada air laut, lengkap pantai dengan pokok menghijau. Macam tu lah gambaran lukisan masa kecil dulu. Tinggal matahari, rumah petak dengan satu pintu, dan burung 3 calit je takde. 

Ikut psikologi, warna biru ni menenangkan, ke arah kesempurnaan, melambangkan keseimbangan mental serta mengurangkan tekanan. Mungkin sebab tulah ramai orang suka tengok suasana pantai. Ada langit biru, laut biru. Lukisan semulajadi yang bukan dibuat-buat. 

Alhamdulillah, masih diberi rezeki menatap keindahan alam sewaktu dunia masih berselubung dengan bayang-bayang virus Covid19. 

Nak tahu tak, apa yang tak pernah mengecewakan? Sewaktu mata sebenar yang melihat ciptaan Allah dalam realiti dapat dipancarkan dalam visual untuk dikongsi. 

Daun yang jatuh tak pernah membenci angin.Dia membiarkan dirinya jatuh begitu saja. Tak melawan, Mengikhlaskan semuanya. -TereLiye-

Subhanallah. Semestinya kita perlu belajar dari pokok tentang perkara yang satu ini. Nak diterangkan secara ringkasnya, hidup kita ni tak perlu menuding jari pada mana-mana pun atas perkara yang tidak beres menghadapi ujian.  Jalan terus, supaya ia lebih membahagiakan. 

InsyaAllah, jom ubah. Tulis memang mudah, nak melaksanakan payah tapi cuba pelan-pelan. 

Eh banyak dah menulis, sehingga terlupa nak bagitahu gambar-gambar cantik ni di mana kan?

Lokasi: Jetty Starcruise Awana Kijal, Kemaman. 

Sebenarnya jetty lama. Masa datang suasana nak masuk dari simpang luar pun sunyi je. Tak ramai orang. Masa datang ty, ada lah 2 orang baru mula nak memancing. Nampaknya ada hasil.

Angin kat sini kuat, waktu datang tu tengahari buta pukul 12. Panas pulak. Bawalah payung tapi sudahnya bergaduh dengan payung.
Ketahuilah bahawa gambar di atas saat payung berjaya dijinakkan. Rasanya kalau silap aturan mahu tuan melayang bersama payung. Cerita pertarungan dengan payung tidak ditunjukkan di sini.

Payung ni kuat juga melawan angin. Kecil-kecil cili api berbanding payung besar tadi. Hancus dah. Haha kena shopping payung cantik arr pasni. Kaler merah ke lutsinar ke kan? Ke ada warna lain yang menarik.
Gambar bertiga - yang dua sebelah dah slim melim. Jangan tanya kenapa kasha tak?  Sejenis M yang besar nak bersukan. Lama dah stop. Hehe
ini pulak model of the year trip 'Kembara Coffee @Kemaman'. Nantilah kalau terlebih rajin Kasha share pasal tu. 
Cerita ni pun dah cukup rajin dah rasa sepanjang-panjang entri ni. 

Anyway nak bagi kredit kat Deyana Hatazad sebab share pasal tempat ni kat Facebook dia. Hehe berbaloi-baloi datang. Katanya nak gi tempat baru yang lain pula. Ok kita tunggu ya..🤗🤗
Reading Time:

Wednesday, November 18, 2020

Santai di Pulau Ular
November 18, 2020 6 Comments

 𝙋𝙚𝙧𝙜𝙞 𝙢𝙖𝙣𝙖 𝙝𝙖𝙧𝙞 𝙞𝙣𝙞? Sejenis suka terjebak weh!

Semuanya dek penangan video orang. Macam ni la perangai bila sejenis #taknakkalah nak juga terjah memandangkan jaraknya yang dekat, jadi rasanya tak jadi masalah besar. 

Perjalanan menaiki kereta hanya mengambil masa 30 hingga 40 minit dari bandar Kuantan.  ( bergantung pada cara pemanduan, sejauh mana ko tekan minyak kereta tu dan tahap kebijakan baca waze ke Pulau Ular). 

Pulau Ular 

Lokasi terletak di kawasan, Kampung Sungai Ular Kuantan, berhampiran jalan ke kawasan tarikan pelancongan  Cherating. Untuk info, pulau ini bukanlah seperti pulau komersial yang lain kerana masih tiada sebarang pembangunan dan infrastruktur dibina dikawasan sekelilingnya.

𝐉𝐮𝐦𝐩𝐚 𝐮𝐥𝐚𝐫 𝐭𝐚𝐤?

Sejenis bukan kerana nama. Walaupun namanya Pulau Sungai Ular, pengunjung tidak perlu risau untuk berekreasi di sini kerana ia bukanlah kawasan habitat haiwan berbisa tersebut. 

Untuk yang berminat, ini ada sedikit perkongsian info untuk lokasi percutian day trip ni.

Booking boat awal-awal, operasi bot paling awal bermula jam 7.30 pagi dan perlu keluar dari pulau paling lewat pada jam3.30 petang. 10 minit naik boat ke Pulau dari pengkalan nelayan. Caj RM150 -boleh memuatkan 10 penumpang di dalamnya untuk trip pergi dan balik.

Untuk tempahan bot, boleh hubungi En Rauf +60 13-272 7248

Kalau lebih masa,  bolehlah berkhemah di pulau tersebut. Cerita dari En. Burn, snorkeling waktu malam dapat tengok coral cantik. Siang boleh snorkeling, tapi air keruh sebab ramai orang. 

Parking kereta akan di caj RM2 untuk sebuah kereta.

Suka snap sana sini. Anyway, heaven jugalah bagi mereka yang minat ambil gambar sebab tak ada masalah line telefon. Mobile network ok, port gambar banyak giler. Nak video call pun ok.

𝐀𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐝𝐚𝐢 𝐭𝐚𝐤?

Kedai minuman - air tin, teh ais balang! Hahah

Sewaan alat rekreasi - life jacket rm5, snorkeling set rm5.

Makanan lain, sila bawa sendiri dan paling penting sampah bawa balik juga. Oklah sejenis aktiviti yang menjana pendapatan penduduk kampung Sungai Ular.  Dari aktiviti bot,  life guard, jualan semuanya dikendalikan oleh JKKK kampung itu sendiri. Terbaik.

𝐀𝐝𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚𝐬 𝐭𝐚𝐤?

Haha sila lakukan urusan anda sebelum masuk pulau. Ada satu tandas di pengkalan nelayan. Jadi nak tukar baju basah pun sesuai selepas balik dari pulau. Semoga keindahan alam ini terus terjaga.


Oleh Akashah Kassim

19 September 2020


#akashahkassim


Reading Time:

Tuesday, November 17, 2020

Virtual Reality pertama
November 17, 20200 Comments

Virtual reality merupakan sebuah teknologi yang membuat pengguna atau user dapat berinteraksi dengan lingkungan yang ada dalam dunia maya yang disimulasikan oleh komputer, sehingga pengguna merasa berada di dalam lingkungan tersebut
Day 1: 
Cubaan penggunaan kamera 360

Agak celaru dan serabut juga masa permulaan nak guna kamera 360 ni.

Nak connect, hilang Nak preview, tunggu lama Gila tak gelabah dah tangkap tapi gambar tak keluar. Tapi hakak okay aje
Enjoy belajar benda baru ni sebenarnya dari buat kerja-kerja mengurus. Bukannya boleh kurus. Eh, tibe 😊

Waktu slot lepas magrib.

Kursus sampai malam. Haha macam gi kelas tusyen rasanya. Bila dah malam kena buat aktiviti praktikal iaitu cara-cara menggunakan camera device 360. Satu demi satu cikgu ajar kat depan

Macam mana teknik jadi ninja
Cara nak connect kamera dengan hp
Macam mana nak setting frame yang betul
Cikgu tanya maksud HDR. Confident bagitau high resolution. Rupanya salah wei.
Haha yakin kita selama hidup ni tu lah jawapan dia.
HDR ialah High Dinamic Range
Kombinasi beberapa frame gambar (dari imej terang dan gelap untuk mewujudkan imej yang terbaik)
Haa gitu lebih kurang penerangannya.

ok nak share sikit ilmu baru ni.
Nak guna kamera 360, kena install satu apps di telefon pintar sendiri.
Namanya :insta360
Tak ada kena mengena dengan instagram. Haha download jap kat playstore
Apps ni berfungsi mengawal camera. Nak set untuk video atau foto berbentuk 360 dari kamera yang kita ada

Bila dah berjaya download,
Nanti kena on wifi, bluetooth dan GPS
Haa time tu barulah boleh connect dengan kamera 360 tu.
Waktu cikgu terangkan cara nak shoot video ikut area, barulah nervous bertambah. Cita-cita tinggi shoot satu Cherating, bila diterangkan teknik, masing-masing terkedu.
Redah ajelah! Yang penting jalan.
Seronok sebenarnya belajar ilmu baru ni.
Cuma ...
Telan air liur bila dengar harga kamera 360 ni

Nak jaga dia pun kena teliti. Tak guna kena sarung balik kameranya.
Nervous pula nak guna esok.
Semoga dipermudah urusan. Jadi semangat kawan-kawan.

Day 2: bermula shooting 360
Memang cari pasallah bila orang lain shoot 1 kawasan, tapi kumpulan kami buat sepanjang Cherating. Mujurlah start shoot awal pagi. Menapaklah kami dekat 6000 langkah dari hotel ke pantai demi berkeping-keping imej 360.
habis 6000 langkah, shoot green screen pula,
Day 3: editing time
eh malas plak nak tulis tapi waktu editing ialah di poli je. 4 jam editing mengajar kita erti "serah je lah kerja2 360 video ni ke orang pakar" banyak lagi keje lain boleh buat haha.



habis editing, terus kena present. Gasaklah wei. Macam tulah, sisi lain seorang Akashah. Hidup sekejap present benda gini.
Macam biasa, habis belajar kena ada penyerahan sijil tanda dah grade. Haa yang tengah tu lah Cikgu Mahadir yang bagi ilmu baru tu.
VR BOX- Hadiah peserta terbaik katanya. Alhamdulillah. Nampak beria benar agaknya.
Terima kasih, cikgu. Entah bila akan pakai tu. hehe


Cerita panjang-panjang dari tadi, nak tengok hasil video dan kejadiannya? Silakan.
Post yang dah lama tergendala.

****************************************
Sekejap je dah bulan November kan?
Dah nak habis dah tahun 2020.
Semoga penghabis bulan tahun ni melenyapkan virus covid19 dari dunia.

Jaga diri semua.









Reading Time:

Monday, November 16, 2020

Bacalah walau belum memahami
November 16, 2020 2 Comments

"Tidak guna baca al-Quran kalau tidak memahami dan menghayatinya"

"Tidak guna bertudung kalau perangai tak semenggah"

"Tidak guna solat kalau hati tak tenang"

Pernah tak dengar statement klise macam ni apabila kita mula melakukan perkara yang baik-baik.

Kawan-kawan ... Jom ubah.

Membaca al-Quran mendapat pahala yang besar.

Jangan meletakkan syarat atas apa sahaja perlakuan kita sekarang.

* Abu Umamah r.a menyatakan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: 

Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Sahih Muslim, kitab Solat Al-Musafirin Wal Qasruha, Bab Fadhlu Qiraat Al-Quran Wa Surah Al-Baqarah, No hadith 252)

* Ibnu Mas’ud r.a. Meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda 

“Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud: Alif, Lam, Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Sunan Tirmizi, Kitab Abwab Fadhail Al-Quran, No hadith 2910, status hadith ini hasan sahih)

Banyak lagi hadis lain yang menjelaskan fadhilat membaca al-Quran

Pahala membaca tetap besar, meskipun tidak difahami- 

Namun sewajarnya sebagai orang Islam yang wajib beramal dengan setiap apa yang diarahkan oleh Allah SWT dalam al-Quran mestilah berusaha memahaminya 

Setiap langkah kehidupan juga berpandu al-Quran

Kesimpulannya, Membaca al-Quran walaupun tidak memahaminnya tetap dapat pahala. Setiap ayat datipada al-Quran itu zikrullah

Al-Quran itu panduan umat Islam: perlu difahami dan diamalkan


Sumber: FB Prof Siti Rugaiyah

Reading Time:

Sunday, November 15, 2020

Lupa cara untuk bertenang?
November 15, 20200 Comments

Normallah kan ada rencah rasa rindu, sedih, gelisah dan segala kata yang sinonim dengannya dalam hidup kita

Dalam keadaan sekarang, terlalu banyak situasi yang boleh buat emosi seseorang turun naiknya. Ada yang membiarkan diri sendiri yang rasa - pendam sendiri.(ini bahaya sikit sebab takut sampai satu masa, jadi barah dalam diri). Ada pula yang memilih untuk berkongsi. (Tak ada masalah nak share, cuma timbang tara kepada siapa atau tahap mana yang boleh dikongsi). Tak terlepas juga yang cuma melampiaskan rasa tersebut kepada orang lain. (bab ni bahaya, tak ada angin ke hujan terus ribut. Fuh kesian orang sekeliling).

Awak ... 

Kadang kita lupa.

Sebaik-baik amalan yang Allah suka kita buat ialah mengingatiNya. Solat, mengaji, sedekah, doa dan paling mudah berzikir.

Banyak zikir-zikir yang boleh kita amalkan. Semudah zikir Allah pun dah mengingatkan kita kembali kepadaNya.
Berzikir kemudian berdoalah, agar Allah menerima permintaan kita.
Kita boleh memilih mana-mana zikir yang disukai antaranya mengucapkan 
1) tasbih (SubhanAllah),
2) tahmid (Alhamdulillah),
3) takbir (Allahuakbar),
4) tahlil (La ila ha illAllah), istighfar (Astaghfirullah)
 dan lain-lain.

InsyaAllah, kita baca, tulis dan kongsi baik-baik. Bukan sebab kita dah baik tapi perlahan-lahan didik hati kita supaya cintakan kebaikan. 
Amin. 
Doa untuk semua 🤗

Reading Time:

Saturday, November 14, 2020

Tentang kenangan
November 14, 20200 Comments

Culik gambar cantik hasil lens Kak Haryati dengan izin. Lamanya rasa tak menulis panjang dek kesibukan hal yang satu lagi. 

Penat - makan- tidur - gemok

Banyak perkara tertangguh sewaktu PKP muncul menghantui. Siapa aje yang tak terasa, dan akhirnya diri sendiri yang sakit.

Bermakna lama jugalah tak dapat terapi. Jadi kita kena cepat-cepat cari terapi sebelum emosi lain datang silih berganti. 

Sentap - geram - marah - sakit

Macam tulah tak elok sebenarnya emosi-emosi tak sihat beraja dalam diri. Takut gejala-gejala penyakit lain mendekat selalu. 

Lari cepat-cepat!

Tengok gambar cantik terapi

Baca ayat cantik terapi

Tulis cantik-cantik terapi

Belajar benda baru (part ni tak buat lagi)

Orang sebelah kata, kalau nak stress bawa mengaji, zikir, doa banyak-banyak.

Ada yang kata dah lemau tu, bawa-bawa bersukan. Kasi keluar peluh. 

Tak kisahlah macam mana caranya, semoga semuanya bakal kembali normal. 

Jom jaga kesihatan diri, baik dari jasmani atau rohani. InsyaAllah sama-sama kita doa yang terbaik untuk kita semua. 


 

Reading Time:

Friday, November 13, 2020

TABAYYUN - SIASAT SEBELUM SEBAR
November 13, 2020 2 Comments
𝗠𝗮𝘁𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗰𝗮𝗿𝗮
Ini bukan kisah Robin Hood, 
watak ikon itu dengan perwatakan lebih gelap, 
namun kekal menjadi adiwira buat masyarakat tertekan di sebuah bandar yang kacau-bilau.

Begitu juga dalam tindak tanduk dalam kehidupan seharian kita
Penyebaran informasi memang mudah dengan adanya platform media sosial di hujung jari,
Cepat, pantas dan terus sampai.

SAAT ITU BUKAN LAGI RAHSIA ...
Ahh! Tak kira nak cerita juga!
Kisah tentang engkau yang tertindas, tersiksa atau teraniaya
Tindakan melulu mengikut kata hati, 
Akhirnya yang terpendam dapat diluah akhirnya, 
Engkau memilih untuk menggunakan kuasa tular di hujung jari,
Lalu yang engkau rasa cuma puas yang sementara,

Namun cuba renungkan ...
Sejauh mana info yang tersebar
 itu jelas dan telah difahami 
setiap incinya satu persatu.

TABAYYUN - SIASAT SEBELUM SEBAR

Fikir -Saat engkau boleh memilih
platform benar yang terbentang
Lalu engkau pilih yang mudah dan tular

Bukan tak tahu cuma tidak mencuba,
Teliti, tapis dan yang paling penting
Di mana letaknya akhlak kita sebagai hamba-Nya
Tersenyum dengan beribu likes dan komen
Berbangga dengan award trending
Ingatlah ia akan menjadi tanggungan 
suatu yang dipersoal di akhirat kelak
Nauzubillah ...

Dikongsikan pentingnya konsep tabayyun
1) Mencari tahu kebenaran informasi
2) Tidak mudah termakan isu
3) Terhindar dari buruk sangka pada seseorang atau sesuatu kaum
4) Turut serta menjaga suasana yang kondusif di tengah masyarakat

Dari seorang aku,
Yang nyata masih belum sempurna,
Mengingatkan sendiri yang selalu terlupa.

13 November 2020
#CORETANAKASHAH
Reading Time:

Saturday, November 07, 2020

PKPB 4 Minggu sekali lagi
November 07, 20200 Comments

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan selama selama 4 minggu bermula 9 NOV-6 Disember 2020


PKPB di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Sabah dan Labuan secara automatik bersambung lagi 4 minggu.

****

Rekod sini. Hampur tutup seluruh Malaysia. Sekali lagi. 


Allahu ....

Doa baik-baik. Semiga beransur kembali pulih

Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.