February 2019 - corEtan akAsHah

Monday, February 11, 2019

Puisi BN: Takdir yang mengelirukan
February 11, 2019 2 Comments
Takdir itu sering mengelirukan!
Saat kita bersungguh mengatur masa depan tiba-tiba boleh saja bagai tiada masa depan.
Bagai sia-sia segala perancangan kalau akhirnya tak dapat dilunaskan.
Kadang serasa putus asa mahu merancang apa-apa. .

Sungguh.
Buat apa kerja kuat kalau jalan akhirnya cuma sekerat? 

Buat apa dibazirkan kederat kalau tiada hasil yang ku dapat? 
Tanyakan sahaja soal usia;
Esok masih berbaki 
Atau esok sudah tiada lagi? .

Alahai.. Kadang mahu saja aku bertanya;
Tuhan, usiaku ini tinggal berapa? 
Kalau masih panjang, aku ingin terus merancang. 
Kalau matinya esok lusa, aku mahu tinggal di atas sejadah sahaja.
Tidak lagi mahu peduli hal dunia yang seringkali menyesakkan dada.

Tapi mana mungkin aku beroleh jawapan saat hidup sangat memerlukan persoalan?
Mana mungkin ku tahu cerita saat rahsia berlapis rahsia?
Begitulah takdir
Lagi-lagi rahsia
Lagi-lagi misteri yang tiada sudahnya.
Lagi-lagi Allah menyuruh kita terus berharap 
Lagi-lagi disuruhnya kita bergelap lalu diam-diam sujud meratap.

Allahurabbi 
Tak mengapa kalau semuanya masih menjadi rahsia-Mu
Tapi pimpinlah aku 
Tunjukkan aku jalan menuju ke syurga itu.
.
Jangan ada dosa yang tak sempat ku lafazkan taubat,
Jangan ada usaha yang tidak berpahala hingga penat lelahku berbayar sia-sia,
Jangan ada yang buat-Mu murka saat jasad ini terpisah dari nyawanya,
Jangan ada! 
Pada usia berbaki yang angkanya masih misteri, 
Aku pohon.. Tunjukilah diri ini.
 (Bonda Nor , 2019)
_______________________________________________________________________________
Bonda Nor mentioned you in a comment

Bersantai petang ahad.. tiba-tiba ada notification pada Instagram. wah apakah? Nervous nak baca apa agaknya. selak punya selak rupanya hadiah gambar yang kasha kirimkan di aplikasi telegram pada cikgu penulisan kasha sebelum ni. Seronok tengok digunakan.

Tambah dengan ayat puisi yang macam kena-kena aje dengan waktu sekarang.  Jemput baca.
Reading Time:

Sunday, February 10, 2019

Entri BGB: Matang

Saturday, February 09, 2019

entri BGB: bila tika waktu
February 09, 20190 Comments

Februari entri mungkin dipenuhi dengan entri BGB
*BGB = Biar gambar berbicara
Reading Time:

Friday, February 08, 2019

Entry BGB: nukilan Hamidah Haron
February 08, 2019 2 Comments

 seronok tengok geng blogger dah kembali semula ke laman blog. so entri dia kasha grafikkan. Buat hadiah tahun baru. ceh dah masuk bulan kedua pon. layan je la kan?
#rindu
Reading Time:
Aktiviti Berenang di Kolam Akuatik MPK
February 08, 20191 Comments
Mood nak hajak berenang dah lama simpan dan disebut-sebut. Tapi tahun 2019 baru berjaya Dilaksana. Kalau tak, aktiviti selepas balik keje cuma main badminton je. Sekarang dah boleh rotate sikit. ceh ye ke tu?
Sejenis kerinduan yang telah lama ditinggalkan
Belajar 🏊 memang banyak kenangan.. Penuh emosi bermula
🙆Tarik nafas dan bertenang. Hakak cuba..
😵Balik kerja sampai sini dalam 5.30pm ..pastu 6.15 dah kena keluar. Pendek sangat masanya. Baru nak recall cara 🏊 dan bernafas di air, guard 👮 dah soh naik.
Waktu operasi:
⌚8:30 am - 12:30 pm | 2:30pm - 6.30pm
Harga per entry:
 rm4 (dewasa) | 👦👧rm2 (kanak-kanak)
👉Di Kompleks Akuatik Wisma Belia Kuantan
🙅hari isnin dibuka untuk perempuan sahaja
Bila tiba musim aktif, biasanya dalam bulan 3 dan bulan 9, keje Kasha banyak bergerak. Perlu outstation maknanya tak mereput di pejabat. Semua aktiviti ini akan menyebabkan sakit-sakit badan. (masa taip ni macam ayat iklan je rasanya)
"Haih dah tua macam tulah agaknya " mengeluh sendiri. 
Padahal aktifnya bukanlah macam orang lain. Laju, pantas, dan ligat. (eh macam sinonim je tu semua?) Main badminton sangkut jaring, mendaki bukit pon terkial-kial. 
TIPS HILANGKAN SAKIT BADAN LEPAS BUAT AKTIVITI LASAK
Selalunya penyelesaian yang akan dibuat adalah cari tempat mengurut. Yang mana pergi sekali belum tentu terus sembuh.TAPI baru discover satu benda baru-baru ini
Alhamdulillah. BERENANG dapat menghilangkan sakit-sakit pada badan lepas mendaki bukit hari tu. Mendaki bukit pelindung hari sabtu petang, hari isnin masuk keje macam orang tua. semua pergerakan terbatas, sakit oi.
"alah kasha, kita tak pandai berenang pon"
"kasha pon tak berenang sangat, cuma berendam je dalam kolam tu. Hmm cubaan nak berenang tu ada lah. cuba recall teknik-teknik tapi macam tak menjadi je?haha"
Sakit-sakit badan hilang keesokan hari lepas berenang (baca berendam dalam kolam). Wah jimat arr lepas ni. 
Waktu operasi terkini bermula Feb 2019
sesi 1 : 9.00 pagi - 12.45 tengahari & sesi 2 : 3.00 ptg hingga 7.45 malam. 

tak pandai berenang lagi?
banyak kali belajar pon, kalau tak praktis selalu jadi tak pandai juga.
so amik inisiatif buat kursus je la. Kat kolam MPK ni ada offer juga.
4jam = RM80
8jam = RM120 
Ada juga ex-student yang mengajar berenang
nama dia jyacherrychia klik sini dia ada offer belajar berenang juga. tapi jauh la sikit dari sini.

sebenarnya hakak rindu nak berendam kat Pulau SIbu
Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.