Banyak dah berubah. Bila dah tahun 2021. Majlis Reunion online, jadi ada sesi tukar hadiah pun online. Siap ada website cabutan hadiah lagi. Saje kongsi di sini buat rekod peribadi. Ada 8 step situ. Bukan main canggih ya. Tak terjangkau akal fikiran ada aplikasi seperti ini. Tahniah AJK. Hadiah dah pun dipilih, Kasha memilih hadiah bertema. AJK pesan, kalau boleh biar hadiahnya sampai sebelum 20hb februari dan dengan nilai RM30.
- senaraikan kriteria pilihan
- kemaskini alamat sendiri
- sesi swap nama pemberi dan penerima
- dapatkan alamat penerima
- shopping dengan medium pilihan yang ada
Bab shopping untuk orang lain ni yang kita nak kongsi dalam entri ni. Ada beberapa kriteria diambil kira semasa pemilihan barangan secara online untuk sampai tepat pada masanya
1) pilih barang ready stok
- Kalau tiada remark ready stock, sila rajinkan diri tanya seller.
- Kalau barang luar negara mahu 10 hari baru sampai. Kalau masa banyak lagi tak apa lah.
2) pastikan alamat seller dan penerima berhampiran
-ini penting untuk kemudahsampaian tu tinggi.
-Contoh kita nak bagi hadiah kat kawan yang dekat Kuching, Sarawak. Takkan nak guna seller kat Terengganu kan? Alamatnya basi lah hadiah sebelum majlis.
- Jadi filterkan carian seller tempatan (Sarawak juga lah)
3) lihat testimoni dan rating penjual
- biasa setiap barangan dijual ada remark rating bintang. Semakin banyak bintangnya semakin bagus servisnya
- rajinkan diri baca testimoni bawah barangan yang dipaparkan. Biasanya testimoni ni dia jujur lah dari customer. Yang tak elok ada yang elok pun ada.
- Jadi, kalau dah berpuas hati, teruskan pembelian.
4) pilih dan tukar alamat kepada penerima hadiah
- biasanya sistem shopping online dah defaultkan alamat kita yang dah isi sebelum ni.
- jadi jangan lupa tukar alamat. Semak sebelum teruskan bayaran. Kalau tak jadilah macam beli hadiah untuk diri sendiri.
-kalau dah terlepas biasanya masih boleh tukar alamat tu dengan fungsi change address dengan segera. Atau lebih pm je seller dengan segera. Jangan dah 2-3 hari baru nak bagitahu, Tak dapek den nolong.
5) Last sekali pm seller (ini pilihan)
- mohon tanggal price tagging ya. Sebab ni hadiah. Hehe. Terima Kasih.
Akhir sekali jangan lupa tukar default address ya. Takut next shopping salah alamat. Hehe tak pasal kan? Hehe merana tau tunggu barang tak sampai-sampai. Sekali salah alamat rupanya.
Sekian tips shopping hadiah online dari cikgu online. Jadi nak tanya, ada yang masih TEPU PILIH HADIAH KE?
-Akashah Kassim-
4 comments:
Zaman Covid ni lebih selesa beli online sajalah.. baca review tu penting
Rodiah Amir, betul tu. mcm2 boleh buat bila online shopping
Memang sekarang orang beli online je, senang. Nak bagi hadiah ape google je, boleh dpaat murah
Cari hadiah kat luar penat. Online juga yang senang.
Post a Comment