March 2018 - corEtan akAsHah

Saturday, March 17, 2018

Misi ke Bukit Panorama
March 17, 2018 4 Comments
Misi lah sangat kan?
Plan nak jelajah alam semulajadi dah lama fikir..  Lepas semua pasaraya, hampir semua tempat makan viral kita dah sapu kat Kuantan tu. Nampak macam banyak jalan2 sini. .Bukan lah sebab seronok sangat duduk sini. Tapi cuba untuk hiburkan hati.  Snap2 gambar mana yang cantik kita kongsi..  mana info yang berguna kita cerita..  (huh itu pon dah ada yang sakit hati baca eh?) tapi dah itu je cara kita hiburkan hati..  Kalau tak suka scroll down aje lah. Hidup ni mudah wei..
Nanti kalau diri sendiri yang tak hiburkan hati, siapa lagi?  Suka kot tengok status sedih2.. Cerita sedih2.. Nak mogok bagai..  Lepas tu hati kita yang sakit juga..  Lama2 boleh stress.  Dapat penyakit lain pulak.  masa tu sape yang susah?  Diri sendiri jugak kan?  So whatever lah!
Jauh dah menyimpang dari tajuk.. 
Meh patah balik.  jarak perjalanan dari kuantan rumah sewa sekarang lah.. Dalam 45 minit..  Pesanan penaja baik isi minyak siap2 sebab start dari felda panching ke bukit panorama,  kasha tak jumpa pon stesen minyak.. (ini hanim soh tulis bila kasha post kat blog.  Sebab dia paling nervous bila nampak minyak kete kasha tinggal 1 bar. . Nak gi teluk cempedak boleh lagi ni) Gamble, wei minyak 2 bar pergi sana..  Masa pusing2 dalam area sungai lembing ada lagi 1 bar bersamaan 103km.. Boleh lagi tu. Sebab kete manual tak makan minyak sangat. Lagi kalau tak pasang aircond. Huhai turun berpeluh2 takyah aircond lah. Bercampur2 kang bau.. Pengsan
Ok jom baca plannya
Rancang Masa bertolak pukul 7 pagi.  memang takde sunrise lah time tu. .Ni kes nak cuba sampai sana je. Tapi ending pagi tadi.. Pk 7.30 baru kuar rumah..dan plannya nak beli roti n air buat alas perut kat shell.. Tapi shell tak jumpa langsung. Haha naik dengan perut kosong.. Dan secara automatiknya naik tak bawa air.  Tak perasan plak kat bawah sebelum naik ada jual air. Hehe.
pengalaman first time @bukit panaroma
Dah lama rasanya tak hiking.. Rasanya last naik gunung ledang 2009, naik bukit soga 2011.. Pastu naik tingkat asrama 10 tingkat 3 kali berturut2 2017(kategorΓ­ hiking ke ni?) pastu takde dah. Kali ni pancit gak lah seperti kebiasaannya situasinya bila kasha hiking😝.cuma takde scene tolak2, tarik2 dan mengantuk sebab makan ubat.. πŸ˜†πŸ˜† nice view kat atas.. Sejuk je sebelum sampai puncak..dah sampai puncak panas dia tak boleh nak cakap. 8.30 start naik 9.30 baru sampai. Itu pon ramai dah yang turun.. Diorang naik jam 6.00pagi -6.45pagi. Tak pasti ketinggian sebenar bukit panorama ni.  Banyak versi cakap pasal ketinggian bukit panorama antaranya 320m, 291m, 271m.Yang penting memang rasa jauh la bila hiking..

Setiap kali berselisih dengan hikers yang rata2 nya dah nak balik.. Banyak kata2 diorang. Bagus diorang ni. Dan tak boleh Percaya kata2nya bila selisih dengan orang.. 
Sikit lagi kak..(nasib baik dia panggil akak bukan makcik.huhu) Sikit je lagi je dah nak sampai.5minit lagi sampailah tu.
Tak kurang jugak yang bagi semangat dan tips..  
Ada uncle tu tegur..  
Pernafasan tu betulkan..  Tarik dalam2 lepas kuat2. Haha pakcik sy tengah laut ke atas darat ke memang fail pernafasan ni. Heheh layan je. 
Ada jugak yang positif
Rileks2 je jalan.  Slow2 buat apa nak laju2. . Tengok keliling.. Dengar macam2 bunyi.. Enjoy aje.. 
Dan ada juga yang sakarstik
Abeslah kalau gini gaya jalan.. Esok la baru sampai..  
(amboi gurau kasar nampak?) 
Ada jugak yang bagi real situation
Sekarang ni akak baru sampai 1/3 jalan. . Ada lagi 2/3 lagi nak sampai..  Ds sampai atas nanti ada jalan 2 cabang..  Pastu naik tangga sikit. .sampai. clear instruction adik tu bagi.. 
Reaksi kasha? 
Kalau tak senyum..  Jawab ye lah aje..  Tak larat nak buka mulut.  Fokus menapak 5tangga 5 tangga berhenti amik nafas. Dah ok sikit 10 tangga 10 tangga  berhenti amik nafas..  Kadang2 berhenti amik gambar. Hehe. Bila dah tak ok sangat berenti kat pondok. Haha. Tu yang orang biasa naik 30 minit.. Kita jadi 1jam tu
Cerita misteri
Dah sampai tangga terakhir dalam 5 anak tangga gitu. Dengar pulak budak mengaji.. Baca fatihah.. Nervous ada rumah ke kat sini. Kita terikut sekali baca.. Bila dah sampai atas tengok.. Ooh rupanya ada hikers ajar anak die baca fatihah kat pondok rehat. Huhu misteri selesai.
Lama gak lepak kat puncak.. Teruja tengok kehijauan alam. Sempat gak sally video call atas tu dari pulau sibu..
Dan yang pastinya snap kat atas mesti lah ada..  Bila turun laju lah sikit dari mendaki tadi.. Cuma masa ni baru perasan lutut kiri tak berapa baik sangat.  Jadi lebihkan turin lutut belah kanan..
Masa naik tu,  terfikir juga kenapa la susahkan diri panjat tinggi2 ni. Rasa nak turun balik pon ada.. Tapi semangat first time nak sampai tu ada. Yang pasti berbaloi sampai atas.  Puas tengok keindahan alam.  Subhanallah.
Sampai bawah baru nampak.. 
Ooh ada beberapa kemudahan
-tongkat kayu utk disewa rm1
- toilet rm0. 30
-jualan air mineral & 100plus
(kasha cite ngan hanim dalam beg takde air untuk power diri sendiri.. Yang ada cuma power bank untuk handphone.sebab xjumpa mn2 kedai spnjg jln ke sini td.  Nasib anim bawa air,  tapi bila mendaki kasha xbole minum banyak sangat pon..  Sebab nanti sakit perut kiri nanti..  Ataupon nak g toilet mana ada tengah2 hutan tu.)
Abes turun mendaki.. Bawa round area sungai lembing.. Dan turun jap kat jambatan gantung.  Ramai yang tegur jambatan tu macam dalam drama.  Tajuknya aku naak pergi new york. Hah,  ye ke?  Tak tengok pon citer tu.
Balik pulak singgah makan.
MEE JAWA POK YEH
Masa komentari dalam bas gi sg lembing hari tu..niatnya nak makan tengahari kat sini..tempat glamer katanya.. Tapi tak sempat. So hari ini, layan jap signature dish dia.. Redah je.. Rasa dia.. Ok bole masuk..  banyak rasa kerisik.. Part pedas gilee kat bunting dia tu..  Kna pedas lagi kot bagi nak serasi dengan tekak orang Johor ni.hanim belanja..  Huhu katanya harap2 93km minyak tu boleh sampai ke stesen minyak seterusnya. . InsyaAllah sempat tu.  Heheh. 

Reading Time:

Tuesday, March 13, 2018

Setting 1govuc kat handphone
March 13, 2018 4 Comments

  • Kali ni kasha nak kongsi cara setting email govuc dalam handphone.. Sebelum ni (masa kat PIS dalam kenangan, buat2 tanya plak bila) pernah lah cuba tapi tak berapa berjaya. silap teknik la kot agaknya. tetiba kali ini cuba berjaya. Tapi kan? Ini untuk adroid punya setting.  Kalau anda pemilik IPhone sila ke link ini.


Punca nak setting sebab aturan password untuk email govuc yang complicated.. tinggi jugak tahap security password dia, sampai buat orang lupa..  Sebab password email govuc ni ada 5 polisi:
camne kasha tau? kasha ajin masuk kuiz uji minda dia, tapi tak pernah menang pon.
Jadi nak tau step @ langkah-langkah nak setting macam mana?
Bila da setting, tak kisah dah password yang panjang dan berbelit tu.. boleh buka email macam gmail je kat handphone.. Tapi kalau storage handphone tu rendah, jangan salahkan kasha lah kalau handphone hang. hahah.mana tau email govuc ni pon boleh tahan banyaknya email dia.

Langkah 1; Buka apps Gmail kat handphone kita
tak kenal lagi ke icon yang mana? tu yang sebelah kamera tu..
Langkah 2; Buka bahagian setting kat gmail tu
ini tutorial masa sally tanya kat wassap lepas kasha post kat status wassap.. jadi guna aje la..tu yang siap anak panah bagai.
cari perkataan setting tu pada bahagian bawah ..kena scroll down sikit..
Langkah 3; Pilih add account
Bila pilih setting tadi dia akan paparkan senarai email yang kita ada..jadi pilih add account yang bawah sekali tu.
Langkah 4; Setup email
Bila keluar setup emailni, pilih jenis yang keempat iaitu exchange. tak nampak pi tengok gambar kat bawah ni. 
Langkah 5; Masukkan email address
Tau tak email address govuc.kalau tak tahu, tanya lah pegawai ICT anda. format dia biasanya camni: nama.institusi@1govuc.gov.my. nak bagi clear punya pasal, kasha kasi screenshot bagi tengok ni ha bawah.Klik Next

Langkah 5; Masukkan password
Lepastu masukkan lah password 12 aksara yang mencabar tu.. kalau takut salah taip, klik kat simbol mata tu. nanti akan terpapar passwordnya, bukan bintang2 gitu. Untuk bahagian client certificate biar je, takyah kacau. Klik Next
Langkah 5; Tukar setting
ok bila keluar incoming server setting ada 3 benda kena tengok:
  • Domain\username: tukar kepada 1govuc\nama.institusi. Cth ; 1 govuc\akashah.poli
  • Server : asalnya 1govuc.gov.my tukar kepada webmail.1govuc.gov.my
  • security type; tukar pilihan accept all certificates. nanti port u auto tukar 443 cam gambar bawah

Langkah 6; klik ok , next dan activate
ada 3 paparan berturut macam kat bawah ni.. klik ok, next dan activate.. sama macam setting gmail dulu
Langkah7; Set nama
dah nak siap tu nanti.. boleh set nama kesukaan kita.kalau tak biar je ikut email address.pastu klik next
dan dia akan keluar paparan maacam ni, tanda anda berjaya
ok lah itu je..harap2 pertanyaan yang keluar cenggini terjawab:
Eh email govuc bole setting kat handphone tak? Susah lah nak ingat password.. 
Oklah dah ngantok..nak tido.. gaya blog ging macam esok tak keje pulak kan?🐼

Dah berjaya tak?  Cer komen sikit..  😝
Reading Time:

Friday, March 09, 2018

Sepetang di pantai kempadang
March 09, 2018 2 Comments
Salam 1 Malaysia..
Dan salam penuh kekalutan

Serabut benar gayanya setiap kali ada pengumuman macam ni.. Kejap buka frp.. Kejap ke hulu ke hilir mesin fotokopi dan printer..  Kejap kacau orang sebelah,  belakang depan..  Yg jauh2 tak sempat kacau..
Dan kejap buka, spmp. . Kejap cidos.. Kejap lagi tanda quiz.. Huhu mcm sotong.. Semua tetiba siap time audit.. Biasanya lah..  Tapi adakah? Lebih nervous lagi auditor dok belakang kita.
Dan nak tambah lagi satu sekejap2 tiba2 ada taklimat pasal sistem rekod peminjaman kunci guna qr code. Kasha dah pernah cerita pasal benda ni kat facebook minggu lepas. Hari ini baru buat taklimat.
Nanti kasha free,  buat special entri pasal qr code la..kalau rajin lah. Haha
Ok patah balik pasal tajuk post kali ini..
Jadi balik keje,  singgah tempat yang boleh melarikan diri dari fikir benda2 gini..
Rupanya ada pantai yg betul2 dekat dengan rumah sewa ..itu pon jiran bagitau 4minggu lepas.. Ni baru sibuk nak jenguk
Ada bole horseride lagi
Basahkan kaki
Dengar bunyi ombak
Rasa angin laut
Dari dok hadap frp aje dari tadi. Huhu

pantai kempadang -- tengok gmbr2 pantai kat sini
Sumber video dari iphone Hanim dan die lah yg rakam video part awal2 tu.yg sebenarnya rakam time lapse tp x berspa menjadi.. So edit jd slow motion.. Hmm sikit2 je pki hp oppo cot..sbb lps tu dah 0% bateri.
Ada 1 warung kt tepi tu. .namanya d pantaa..  Ada mee kari sedap,,  teh ais sedap..  Mee kari tu ada udang,  termakan plak.. Habes tanggung alahan mlm ni.. 😭]😭Ha lepas ni dekat lah nak melepak..
Haha.. Sesekali quiz game kat facebook ni menghiburkan hati. .Yg lg tua.. Erm tua ke? 
#andamudamana? 

Reading Time:

Saturday, March 03, 2018

Bila ada geng makan
March 03, 20181 Comments
Menu hujung minggu
Udang Galah,  hanim beli masa dia pergi praktikal marine kat rompin.
Tomyam sponsor by Lia,  lect kat opis
Pastu rasmi periuk ikea kak Irah bagi time pindah..  Kata dia soh kitorang masak2.  
Disebabkan kasha alergic udang,  tak berani dah nak makan menu diatas..  Sebab haritu makan 2 ekor pon gatal muka dan mula aktiviti menggaru kat tangan..  Jadi buat lah menu sendiri.  Ikan selar kuning ni. Memang sedap goreng gitu aje.  Tapi ada lada.. Jadi kan samal kasi rasa pedas.. Pon Layanzz.. Tak sedap macam chef pon kalau lapor,  bolehlah jadi chef untuk perut sendiri. Haha
Jemput makan.. 
πŸ˜‹

Reading Time:

Friday, March 02, 2018

Makan @ Beanz & Co
March 02, 20180 Comments
destinasi makan kali ini
yang diviralkan tempat mesti pergi kali ini
A-892, LORONG SRI KUANTAN 2, PERKAMPUNGAN SERI KUANTAN
25200 Kuantan

Cafe ini tak jauh dari tempat keje. 
Ini lah rupa bentuk dekorasi dalam cafe ni. 
Dia buat belah ke dinding kelabu tu ala2 bar table.. Cantik.. tapi sebabkan gelap kurang cahaya dalam gambar jadi macam xcantik
Duduk tepi cermin.. dapat kerusi empuk sikit..
yang bahagian luar tu..konsep hijau2 gitu.. adalah kipas..tapi kitorg nak gak dok kerusi empuk dgn aircond. huhu

makan apa kat situ
disebabkan duduk sini. banyak benda lah kasha dapat alahan pada makanan. bukan hati je tak terima..perut pon xnak terima makanan heheh (mcm2 allasan ko kashah.jemu dah orang dengar)
pilihannya oglio olio vege je.haha
boleh lah dari takde menu
harga dia harga makan gaji punya
maksudnya patutnya makan harga2 mcm ni, time baru dapat gaji boleh le..
RM18.
ni namanya time lapse video yang tak menjadi
sebab terlalu singkat masa dia
die patutnya kena buat 10minit ke baru ok kot

yang bawah ni pulak grill chicken chop with mushroom sauce
pilihan menu hanim
kita tanya adik waiter tu, selalu orang oder aper kat sini
dia kata ini lah menunya..
harga dia dalam RM25

waffle
 

Reading Time:

Thursday, March 01, 2018

Boleh tak?
March 01, 20180 Comments
Post bulan Mac..  Rasanya post bulan februari macam banyak sangat je kan? Ada nampak mami happy?  Eh eh opps. . Post tu semua cuma untuk menghiburkan hati sendiri.. Jadi Maknanya dah hampir  2 bulan berada kat sini.
Boleh tak, nak cepat2 pindah keluar dari sini..  πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘
Ada baca ni ha satu artikel antara tanda2 perlu tukar kerja.. Macam kena2 aje.huhu sabarlah selagi boleh.
Sape tak suka hari jumaat? 
Lambatnya jam berpusing
Eh melampau nya
So layaknya nak jadi apa? 
Ataupon mana tau ada company nak hire untuk lariskan majalah dia..  Tapi pastikan area jb lah.. (demand sikit)
Tapi pada yang nak cari majalah ni harap maaf.. Edisi ni laku sangat,  takkan jumpa di pasaran.  😝😝

Antara benda2 yang boleh release kan stress kita.. Jangan petik. .Biarkan dia berkembang dan menghias pandangan bagi yang memandang. 
Tumbuhan pon berzikir..  Sebab tu tenang je bila kita pandang.. 



Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.