Kali ini kayuh bukan sebarang kayuh. Kayuh nak ambil parcel tumpang kat rumah Sada. Huhu gigih mengayuh bawa beg dibelakang. Selalu bawa beg kecil je. Yang ni kena standby beg besar sebab parcel tu dalam kotak. Okay macam biasa mulakan kayuhan selepas asar. Setakat ni, belum ada kekuatan lagi nak kayuh lepas subuh. Huhu.
Jom join merentas desa. Nak merentas negeri tak boleh lagi.
"Kemain laju dah kayuh eh sejak tinggikan seat"
"Itulah mana kau tahu pasal kena tinggikan seat ni? aku bukan apa risau tak boleh naik bila seat tinggi sangat ni"
"Oh masa cycling dengan geng berbasikal hari tulah dia tegur. Bila kayuh kaki kita mesti tegak. Kalau tak tegak kena tinggikan seat. Barulah betul posisi kaki kita tu."
"Ooh patutlah sebelum ni, rasa berat je kayuh. Siksa betul nak mengayuh. Bila dah betulkan ni barulah ada rasa macam tenaga nak kayuh tu ada."
"Tapi aku rasa ko kena naikkan lagi tu. Tak cukup tinggi"
Haa tu tengah berbasikal pun kita sibuk berbual. Hahah. Kadang dengar tak dengar je berbual tu.
Faham tak? Meh kasi gambar visual pulak untuk lebih jelas. Semoga ada manfaat perkongsian cerita berbasikal kali ini.
Laraskan tempat duduk
Haa sumber gambar centrodeprensa.org
Ingatkan bawa kereta je kena laras tempat duduk. Basikal pun kena. Itulah bawa basikal main taram aje. Rupanya kena ada ilmu. Hehe. Mujurlah Hanim kongsi. Rasanya dah lama dia tegur, hari ni baru buat. hehe.
Cara untuk laraskan seat basikal, sila rujuk video di bawah
Jadinya masa bawa basikal minta kawan, keluarga tengokkan, bila mengayuh kaki lurus tepat ke tidak? kalau masih bengkok maknanya kena tinggikan lagi seat basikal tu.
Apa yang pasti selepas laraskan tempat duduk tu, lebih selesa mengayuh. Rasa tinggi sikit badan tu dan lebih dapat posisi badan yang betul. Serius, memang tak tahu pun pasal ni sebelum ni. Pasal laras tau. Pasal posisi kaki kena tegak tu baru tahu. Main langgar je asal basikal bergerak. Hehe.
Cakap panjang-panjang, nak juga tengok bukti kan? Bukti ya tengok maximum speed. Sebelum ni paling tinggi pun11km/j. Memang beza lah kan 1 kali ganda lebih tu dapat speed sampai 31km/j. Kalau kereta 30km/j tu slow sangat. Hahah masih tak capai lagi ni standard orang mengayuh.
Ahaa rekod macam biasa kena up sikit dari sebelum ni kepada 7.35 km. Rekod tak seberapa tapi ada. Hahah selagi bernyawa.
Jadi, jangan jadi macam Kasha. Sila tuntut ilmu.
Ok sebelum mengakhiri entri kali ni, belanja sikit snap kali ni. Hmm tak cantik sangat, boleh la buat ada-ada.
blog ini wujud hasil inspirasi pemilik blog ini sejak tahun 2009. mula berjinak-jinak dengan penulisan dibuku tulis sekolah rendah, beliau mengambil inisiatif memaparkan dalam alam maya. bukan mereka cerita, apalagi berniat menempa nama. sekadar mencoret apa yang terbuku di minda dan jiwa. boleh dihubungi melalui email akashahkassim@gmail.com.
Macam mana nak join kursus-kursus best secara bersemuka, Kashah? Sebenarnya Politeknik METrO Kuantan sebagai pusat latihan HRDF memang ada m...
Aksi Foto 3D
Aksi 'Underwater'
Aksi Suka-suki Jurufoto
Aksi Serikandi
Kurang ajarnya masih bersantun, Lembutnya cukup jantan (eh?), Dajalnya cukup selamba, Nakalnya bersulam jenaka, Menikam dengan pantun, Menyanggah dalam senyum, Marahnya dalam tertawa, Merendah bukan menyembah, Meninggi bukan melonjak
Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
2 comments:
Lama dah tak mengayuh ni..Seronok tengok orang kayuh basikal. Balik kampung je dapat kayuh basikal, tapi pkp takde buat ape la
Dari belum PKP sampai dah PKP 2.0 nak beli basikal tak terbeli-beli lagi.
Post a Comment