Pagi semua. Hari ini cuti kan?
Jika kita selalu sangat tidak mengalah dan amarah, kita jadi stress. Semuanya hanya kerana ego kita yang meninggi. Penat kan?
Jom kita latih diri kita tenang-tenang aje. Bila kita mati nanti akan dipanggil dengan
Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhan kamu dalam keadaan kamu reda dan kamu diredai. Maka masuklah dalam golongan hamba-Ku dan masuklah syurga-Ku. (Surah al-Fajr, ayat 27-30)
Kawan-kawan ...
Kadang kena paksa diri untuk terima apa yang Allah bagi. Pasti ada hikmahnya.
Tiada bahagia dalam dunia ini yang sempurna. Bahagia yang sempurna hanya di syurga. Namun ia bukan asbab untuk kita tidak bahagia.
Jadi di mana bahagia?
Bahagia tu boleh dicari melalui kita menghadiri majlis-majlis ilmu. Mengharung sendiri, bukan terikut-ikut dengan orang lain. Ia cuma bergantung kepada tawakal kepada Allah. Perasaan untuk dekat dengan Allah.
Siapa yang beri bahagia.
Sebenarnya Allah yang campak bahagia itu dalam diri kita. Rasa bahagia adalah anugerah daripada Allah SWT berkat sabar dilalui hamba-Nya.
Jadi telah dikongsikan 4 tanda kebahagiaan dalam hidup
- pasangan yang soleh/solehah
- tempat tinggal yg luas
- kenderaan yang selesa
- jiran yang soleh
Hari ini ada slot Tarbiah Bahagia Tanpa Syarat oleh Bonda Nor di IKIM. Jadi nasihat darinya, kita perlu kurang-kurangkan kecintaan kita yang pada dunia.
Kita sedih dan rasa berputus asa apabila tidak bersama ahli keluarga kita, kisah kehilangan mereka yang tersayang dan berasa tidak mendapat sokongan dari orang sekeliling.
Kita sayang dengan harta dunia. Rumah baru, kereta baru, HP canggih. Saat ia musnah atau rosak, kita mula rasa kecewa dengan segalanya di dunia.
Kawan-kawan ...
Allah akan uji dengan apa yang kita cintai. Jadi ingatlah untuk kurang-kurangkan kecintaan kita pada urusan dunia.
Selami pengajaran dari sirah dan orang terdahulu
Kadang belajarlah menyelami kisah mereka yang pernah berdepan ujian yang perit supaya dapat menanam semangat daripada mereka untuk mendepani hidup yang mendatang.
Rasullullah s.a.w ada bersabda beberapa sahabat nabi yang dijamin masuk syurga. Jadi selami kisah dan akhlak sahabat-sahabat nabi yang disebutkan. Contohi sebagai panduan hidup.
Orang yang paling bahagia adalah orang yang membahagiakan orang lain.
Ingat dunia adalah alat, bukan matlamat. Jadikan dunia alat untuk mengejar redha Tuhan untuk mengumpul bekalan ke syurga.
Jika kita berharta, gunakan harta itu sebagai sedekah. Membantu orang-orang yang memerlukan.
Jika kita punya badan yang sihat dan kuat, gunakan ia untuk menjalankan ibadah yang sebaik-baiknya.
Jika kita punya kemahiran dan ilmu, sampaikan perkara-perkara yang bermanfaat dan baik-baik.
Belajar untuk terus bersabar untuk mengharapkan reda Allah SWT. Orang yang bahagia, hatinya sentiasa tenang. Walau pernah tewas berulang kali, masih boleh bangun untuk meneruskan kehidupan.
Mulakan dengan mempelajari mengawal emosi.
Jangan lupa pohon doa berterusan. InsyaAllah semoga kita mendapat bahagia tanpa syarat
Baiklah kawan-kawan. Malam ini kita dah masuk 1 Rejab. Jadi jangan lupa kita submit doa
" Ya Allah, sampaikanlah kami kepada Ramadhan"
Coretan Akashah
𝓑𝓪𝓱𝓪𝓰𝓲𝓪 𝓲𝓽𝓾 𝓲𝓷𝓭𝓪𝓱 𝓼𝓮𝓵𝓪𝓰𝓲 𝓮𝓷𝓰𝓴𝓪𝓾 𝓽𝓲𝓭𝓪𝓴 𝓶𝓮𝓷𝔂𝓮𝓻𝓪𝓱
12 Februari 2021
Kebetulan lepas tulis entri ni, tengok ada promosi buku melampau murah ni?
Berminat dapatkan promosi berbaloi ini. Saya bantu anda
http://www.wasap.my/60197148302
Atau terus tekan link di bawah
https://bondanor.onpay.my/order/form/DBN/NadhirahArib
https://bondanor.onpay.my/order/form/DBN/HaryatiHamim
No comments:
Post a Comment