July 2019 - corEtan akAsHah

Sunday, July 21, 2019

Kenapa saya pilih menulis di blog?
July 21, 2019 3 Comments
Memilih untuk menulis di blog sejak tahun 2009 dan sehingga kini masih selesa menulis disini.
10 tahun
Jika saya berani menulis disini, bermakna ia boleh di akses oleh sesiapa sahaja di dunia ini. Bukan satu rahsia lagi.
Sebagai manusia biasa,
ada masa mood tak menentu.
Waktu happy,
mestilah cerita yang indah-indah sahaja.
Waktu sedih,
Ekspresi sedih turut tergambar dalam penulisan ini
Waktu kecewa,
Ada perkara yang kita bataskan
Bimbang ada yang terasa
Sesekali berkongsi gambar yang tak dimuat naik di media sosial. Sejenis akashah yang suka tangkap gambar tapi ramai yang berteka-teki mana agaknya gambar-gambar tu pergi.

Sebab apa?
Menulis ini bekalan pahala, salah tulis boleh mengundang dosa.
Macam mana nak jadikan tulisan kita mencambah pahala? Semudah kita buat orang tersenyum bahagia dengan kata-kata kita. Atau berkongsi tips-tips menarik untuk kegunaan bersama.

Kalau tentera ada senjata berperang,
Penulis senjatanya tulisan dan ayat-ayatnya
Bukan cuma menulis dihujung pena (sebab tulisan tak cantik), media sosial, blog dan buku menjadi medan suara seorang penulis.
Ada tak tu rupa/gaya penulis. Takde ke?

Takde siapa paksa!
Memang dari keinginan diri.
Jadi kenapa nak takut?
Bila ada yang cuba menggunakan senjata penulis sebagai senjata untuk mengadu domba?
Terpulang!!

Saya menulis
Anda membaca
Bacaan kita serupa tapi
Mungkin interpretasi kita berbeza
Semuanya terpulang kepada anda

Jaga hati sendiri
Nak sakit hati? Atau
Nak senyum sendiri?
Terpulang
Sebab hati milik masing-masing
Ni muka tak tahu nak cakap apa dah?

Jadi terpulang kepada yang membaca
Terpulang kepada yang menulis
Ya memilih menulis di alam maya memang pilihan saya. Tak pernah rasa menyesal atau perlu berpura-pura.

Saya tulis ikut apa yang saya rasa
Ya tak semuanya indah belaka
Sebab saya bukan maksum
Sentiasa terjaga.. Selalu ada khilafnya.

Lama sangat blog ni menyepi, sebab asyik menulis di Instagram.
Reading Time:

Saturday, July 20, 2019

Seadanya Kuterima @Tamu Hotel & Suites KL
July 20, 20190 Comments
Alhamdulillah.. Diberi rezeki bercuti 3hari 2malam (baca bekerja sambil duduk hotel cantik) di Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur. Ketinggian hotel sehingga paras 27 membuatkan hakak tidak melepaskan peluang untuk bergambar cantik-cantik disini. Hari-hari usha kat mana boleh pose buku kesayangan.
TQ sudi dapatkan buku kasha kepada Dr. nurul, Salina, Mazlina
Background belakang ini dining hal- breakfast, lunch dan dinner di aras 27.. Feeling-feelinglah makan sambil pandang cermin sebelah nampak menara landmark ibu negara. Pasti setiap kali tu jugak nak duduk tepi tingkap. 
Dalam hati pula terfikir
"eh kenapa aku sorang je ke yang excited.nape orang lain macam tak teruja pon?" abaikan kasha. Bagus juga takde la penuh seat tepi tingkap.
TQ juga kepada Norli yang turut sudi mendapatkan buku kasha
Ini pulak di aras 14, sebelah bilik seminar. Bila pk10 pagi, 4.30 petang dan 10.30 malam dapatlah lepak sini sambil minum air panas. Haish penat-penat menghadap laptop keyin koding..nampak kolam rasa nak berenang aje. 
"aduhai nape ko tak bawa baju renang?" tengok aje lah.
Sebenarnya kolam dia macam S Shape.. Ada  ruang tersorok sikit. Amik gambar pon cantik kat kolam. 
Ini berada di bilik seminar  aras 14. Dari pagi bawa ke malam. Habis kerja, kena lah selfie jap ngan buku. Kasi up mood sikit. 
Keje tak pernah habis, kan?
Ini view dari meja makan, aras 27. Sambil tunggu makanan siap. Kita selfiekan buku. Tapi tak dapat area terang.. Camera kita tak canggih.
Sebenarnya cita-cita nak bawa je buku ini kemana-mana. nanti bila orang tanya, tadaa. Ada je ni ha.. Gitu..
Itupon belajar dari rakan penulis yang sentiasa standby buku dalam bonet kereta. so hakak follow je lah. Setiap kali outstation mesti nak bawa sekeping dua.
Menginap di aras 16. Itupon naik lift rasa goyang juga. 1st Day pon kejap2 rasa puyeng aje kepala. "jakon" sangat rasanya duduk tinggi-tinggi ni.
Tak dapat swimming, posing pon jadiklah
Sebenarnya bangunan hotel ni ada sampai level 40. Ada sky lounge kat level 40. Wah bestnga. Tapi minimum price die pon dah tahap 4 angka.. Hakak berangan sampai tingkat 27 je la. Itupon JPPKK belanja. Fuh berpeluh tengok harga dia.
Anyway siapa yang nak stay sini. Government rate untuk sebilik ialah RM220. Boleh lah layan sambil tengok view kota raya.
Cantik ke viewnya? Tak cantik sangat. Sebab ada pencemaran bangunan tak siap. Bangunan sape tu? Opps no komen.
Kan.. Jadi bangunan jagung tak nampak penuh. Pengalaman yang tak best bila call grab kat area KL ni. Demand wei. Grab driver cancel trip sampai 2x. Lain macam grab kotaraya. Hahah. Tak pernah lagi experience macam ni kat tempat lain.
Reading Time:
Kisah belajar online dan berjaya amal
July 20, 2019 2 Comments
  
Alhamdulillah, harini ini Kashah terima 1 notification di media sosial tentang kejayaan seorang rakan FB/penulis hasil tutorial online yang kasha pernah post.  Mungkin ada pihak yang berasa 'quite annoying' 
"apalah yang ko sibuk posting kat facebook setiap hari tu kasha? Nak glamorlah tu?"
Taklah bukan macam tu. Bila kita pandai buat sesuatu, kita share dengan orang lain. Nak ajar face to face macam lama je lagi kan? Jadi kita share secara online. 
"benda mudah wak, buat apa susah-susah?"
Kata industri 4.0. Benda mudah pon kadang-kadang membantu orang yang benar-benar memerlukan macam kisah di bawah.
Boleh klik link bawah ni untuk proceed tutorial di facebook 
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10219630196413399&id=1470930482
Atau ke 
entri kasha sebelum ni pasal macam mana urus online order guna google form

 Cik Pae. Cik pae, kasha pon tak sempat buatkan time tu nak hulurkan pertolongan. Sebab dah start masuk kelas. Yang boleh bagi link tutorial. 😊😊
Taklah buta IT.. Rabun sikit aje.. Dah dapat rentak cantik je dah tu.
Part sabar tu, ok je kalau tanya bab yang kasha tau. Kalau bab yang kasha tak tahu.. Mungkin sama-sama lah kita berpeluh nak jawab. 
Alhamdulillah syukur dan bahagia rasanya bila kita buat tutorial dapat beri manfaat pada orang lain. Yang penting faham dan dapat buat. Mungkin dalam sistem pembelajaran formal kejaan pelajaran atas ukuran gred. Tapi kasha selalu ingatkan student, kalau skill @ outcome yang diajar dapat sampai dan diamalkan itu lebih bermakna. Secara tak langsung akan effect pada gred kan? 

Tahniah cik Pae.. Saya bangga dengan awak! Semoga perkongsian ini memberi semangat kepada orang lain pula untuk belajar online. Memang tak mudah belajar secara online ni. Tapi perlu ada semangat. InsyaAllah dipermudahkan

.
Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.