April 2019 - corEtan akAsHah

Wednesday, April 24, 2019

Menjelang Pelancaran BDC (seadanya kuterima)
April 24, 2019 2 Comments
Biarlah video dan infografik ringkas menjalankan tugas mereka membuka tirai cerita.
Info grafik:Timeline Bercakap dengan Cermin, BDC

Macam mana kasha terjebak dalam projek penulisan BDC
Hujung tahun lepas (lebih tepat November) nekad juga pergi menuntut ilmu dengan guru penulisan, Bonda Nor dalam seminar Bonda Nor. gi sorang tapi Hanim terjebak juga meneman dari Kuantan ke Bangi. Heheh. Terima kasih Hanim.
Di penghujung seminar, semua peserta seminar diberi kejutan dengan penerimaan surat Tawaran menulis buku bersama Galeri Ilmu untuk siri Buku muhasabah diri. (Siri Antologi Bercakap Dengan Cermin)

Fakta ringkas siri Bercakap dengan Cermin
memuatkan kisah benar muhasabah diri 
πŸ’214 orang penulis.
πŸ’9 buah buku
πŸ’231 bab
😊harga RM20 sebuah
Berkonsepkan dakwah sentap!
Royalti? 
100% akan di sumbangkan kepada anak-anak yatim Baitul Saadah, Kedah yang dikelolakan oleh Cikgu Abu Hassan Morad dan Prof Muhd. Kamil. 
Nantikan pelancarannya pada 4 Mei 2019
Ada terfikir tak nak jadi penulis
Dulu la bila cikgu tanya cita-cita. kasha jawab, "saya teringin sangat nak jadi penulis, cikgu."
Cikgu tanya.. "Awak nak tulis pasal apa kashah? Novel cinta ke?"
Masa tu masih terpinga-pinga lagi nak jawab apa..

Alhamdulillah tercapai selepas 22 tahun kasha tulis impian tu dalam buku bibliografi (ala buku comel2 yang kita simpan semua biodata kawan2 kita tu.jadi hari ini kasha dah boleh jawab lah bahawa tulisan ini berbentuk muhasabah diri. #dakwahsentap.
Cerita menjelang Pelancaran BDC
Hari-hari dapat perkongsian promosi sempena pelancaran buku ini pada 4 Mei 2018. Seronok tengok. masing-masing dengan kreativiti masing-masing dalam mempromosi buku sebaik menerima amanat dari cikgu

Dalam group whatsapp pon mentor ada menyampaikan pesanan dari CIKGU.

Assalamualaikum. Kita ada 2 tugasan😍

a. Wujudkan poster dan video mengikut kreativiti group kalian berkaitan BDC.

Postkan di FB dan IG.

Bermula minggu ini sehingga sebelum hari majlis BDC.

Mohon meriahkan di media tentang BDC.

b. Cadangkan satu idea untuk memeriahkan majlis pada hari kejadian.

Ini (mungkin) perlukan dana minimum daripada setiap ahli sebagai komitmen.

Contohnya beli bunga ros kepada semua tetamu.

Target anggaran tetamu 250 (Dewan auditorium 260 pax).
Keterujaan penulis
Fuhh.. Gitulah kejadiannya.. Memang keterujaan tu dah nampak bila masing2 post di FB masing-masing. Tak terkecuali dengan kashah juga.. Layan feeling dia memang menjadi-jadi.
Bila cerita kat ibu pasal keterujaan tu.. Akhirnya ada 1 ayat Ibu tanya..
"ada ke orang nak beli?"
"ibu doakanlah ramai orang beli.dapat pahala sebab royaltinya jadi sedekah pada anak yatim"
Ehek korang tolong jawabkan sikit. Nak beli tak?
Reading Time:

Sunday, April 21, 2019

Cerita Jamuan Orang Berpencen
April 21, 20190 Comments
Hujung bulan 3,
BerTemakan Gold + Black
Kena buat backdrop untuk event ni 
Layankan aje..

Bila pergi jamuan pengarah yang dah pon berpencen
Dalam kereta dok berkira dengan Hanim
Kita bila lagi? Cer kira Nim..
puluh tahun lagi wei.. Jangan nak berangan lah
Kerja pon baru 9-10 tahun..
Jauh lagi perjalanan wei.. haha
Ucapan akhir:
Untunglah dah pencen..

(ini pon kes nak clear phone storage)
Reading Time:

Friday, April 12, 2019

Cerita ke Konvo Orang
April 12, 20190 Comments
10 Mac lepas, bila dijemput ke Konvo PIS.. atas urusan rasmi mewakili Pengarah
bagai orang mengantuk disorongkan bantal. 
Ala-ala tajaan bercuti balik Kampung sendiri. Alhamdulillah mengubat hati sekejap. Selebihnya biarkan gambar berbicara. 
baju maroon sama pulak dengan langsir.. adoihai
tapi takpe kasha suka ngan baju ni.. (rekaan akak kita, kak ngah) order je kat whatsapp
kak ngah, nak gi konvo..buatkan baju boleh tak?
zup zap.. siap.. heheh tq kak ngah..
tapi sekarang akak da bz jadi tauke ikan dah kurang menjahit.
Cik Hajah Rosnah (mantan KJ) dan Encik Hatta (Mantan Pengarah) pon ada. layankan aje
Sebenarnya nak clearkan memori HP ni. Nak buang sayang. jadi simpan gambar kat sini lah ye.
Reading Time:
Hutang wajib dibayar walau tak ditagih
April 12, 2019 2 Comments

Hutang wajib dibayar walau sedikit.

Kadang2 kita tangguh nak bayar hutang konon nak tunggu ada rezeki lebih atau nak setelkan hal2 peribadi dulu baru nak bayar. Tapi tau tak sebenarnya lagi lama kita tangguh lagi sempit rezeki kita dan lagi susah urusan harian kita.

Sebab apa?

Sebab kita dah guna hak orang lain. Sebab kita dah susahkan hati orang lain. Sebab kita abaikan kepayahan orang lain yang dah tolong kita tu.

So bayarla hutang walaupun sikit sikit. Moga pintu rezeki kita diperluaskan dan urusan harian dipermudahkan.

InsyaAllah. Amiin

#copynpaste
#semogabermanfaat
#sharingiscaring
Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.