Coretan Februari - corEtan akAsHah

Wednesday, February 10, 2021

Coretan Februari

Assalammualaikum,
Apa khabar semua? Didoakan semuanya di dalam lindungan Allah. Pejam celik pejam celik sekejap sahaja Januari melabuhkan tirainya. 2021 dibuka tirainya dengan kisah-kisah suka duka hidup kita dalam menjalani kehidupan di dunia.

Bak kata Ebit Lew, Allah uji kita tanda Allah sayang. Ujian yang kita hadapi hari ini semoga menjadi asbab mendekatkan diri pada Dia. Kita kena yakin pada setiap kesulitan pasti akan datang kemudahan.

Kawan-kawan ...
Setiap malam Allah memegang jiwa-jiwa manusia ketika sedang tidur. Ada yang hilang giliran meneruskan kehidupannya. Innalillahiwainna ilaihirajiun. Manakala ada yang masih diberi peluang kedua. Jadi apabila setiap pagi diberi nikmat peluang bernafas, ucaplah Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran.
“Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berpikir.”
(QS: Az-zumar: 42).
Kawan-kawan ...
Jika semalam kita pernah berasa putus asa, mulakanlah untuk reset semula minda kita hari ini untuk lebih bersemangat. Setiap masalah dan ujian ada jalan penyelesaiannya.

Jika semalam hidup kita dipenuhi dengan air mata, Ia tak menjadi salah. Cuma janganlah membiarkan ia berlama-lama. Kerana akhirnya nanti akan membuat diri kita yang merana. Jadi jalan terus!

Jika semalam kita berasa tidak bahagia, lakukan reset semula button hidup kita. Jangan biarkan kita meletakkan syarat dalam mencapai bahagia kita.
Memetik kata-kata dari tulisan PAGI! - Peluang Kedua oleh Bonda Nor
"Relakan apa-apa yang sepatunya pergi, hargai apa-apa yang masih kita miliki"
Kawan-kawan ...
Jadi hari ini
Jom sama-sama kita gunakan peluang kedua ini sebaiknya
Fikir elok-elok
Tulis cantik-cantik
Baca baik-baik

Sekian, wassalam.
Coretan Akashah
10 Februari 2021




No comments:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.