July 2022 - corEtan akAsHah

Wednesday, July 13, 2022

Laa itu pun tak tahu
July 13, 20220 Comments

Awak, 

Kadang yang asyik menebar soalan itu kerana memang niatnya yang berkobar ingin tahu, 


Cubalah raikan dengan jawapan, 

Jangan semudah itu memancung niat baiknya dengan ucapan "Laa takkan itu pun tak tahu?"


Andai kita pun tak tahu,

Berilah jawapan yang meredakan jiwa,

Awak tahu itu lebih beerti,


Kesian... 

Letakkan awak andai di kasutnya.  

Di saat semangat membara api tadi padam bersama luluhnya sekeping hati,


Laa itupun nak sentap?

Awak ...  Memang jawabnya pendek tetapi tajam menghiris,

Pedih pada luka paling dalam,


Semangat?

Terkubur bersama semangat yang pernah datang,

Belum lagi berkisah tentang entah ke mana mahu disorok muka ketika itu,

Dek mata-mata yang memerhati,

Seperti diraikan bodoh sedunia,


Lalu perlahan pergi ...

Dan berhenti tanpa peduli lagi,


Awak ...

"Ingat! Entah apa yang dia tahu, belum tentu lagi kita yang kononnya serba tahu ini mengetahuinya. Malu ..." 


Tulis buat peringatan diri sendiri,

Jika bermanfaat buat bacaan, silakan guna sebagai panduan.


Coretan Cikgu Online di malam yang beku,


#AllahMahaTahu

 

-gambar hiasan - bukan tahu tapi popcorn-

Reading Time:

Thursday, July 07, 2022

Seven eleven until seven twenty two
July 07, 20220 Comments

Subhanallah 
Alhamdulillah 
Allahuakbar 

Diam tak diam sudah 11 tahun seorang Akashah menyusun langkah dalam dunia pendidikan TVET. Jadi belanja dia bau bunga. Terapi sangat!

Banyak ilmu dapat diserap,
Tapi kadang-kadang banyak lagi yang perlu hadap,
Banyak pengalaman dapat ditimba,
Namun entah apa yang akan muncul tiba-tiba buat diri ini perlu bersedia?

Tak banyak yang nak diharap,
Semoga platform ini menjadi satu jalan menyebar manfaat sebaiknya,
Kelak nanti mampu menjawab ke mana dan bagaimana usia yang diberi oleh-Nya di dunia.

Buat mereka yang mengenali,
Baik yang lama atau baharu,
Sama-samalah berdoa agar kita istiqomah menjalankan amanah sebagai hamba Allah, anak kepada ibu bapa kita, insan dalam keluarga, agama, bangsa dan negara. 

Doa yang baik-baik
Tulislah yang cantik-cantik
Semoga direzekikan yang terbaik

Coretan Akashah
a.k.a Cikgu Online

I love teaching!




Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.