October 2022 - corEtan akAsHah

Saturday, October 29, 2022

5 info menarik tentang Pintasan Saloma
October 29, 20220 Comments
Setelah sekian lama lalu je bawah pintasan ni sebab nampak dari highway, akhirnya trip feeling tourist seharian di Kuala Lumpur berjaya menjejakkan kaki seorang Akashah di kawasan tarikan ini. Masih menjadi tumpuan penduduk tempatan, kawasan ke pintasan ini dipenuhi dengan kereta di kiri dan kanan jalan. Agak sesak kerana berdekatan kawasan kampung tetapi ada bantuan dari sukarelawan.

1. Rekabentuk Sirih Junjung
Sirih junjung menjadi gubahan
Direka indah Pintasan Saloma
Sila berkunjung sambil berjalan
Carilah arah untuk ke sana

2. 4,100 lampu LED dipasang di pintasan berkenaan
Hiasan lampu berwarna-warni
Bertukar warna menjadi tarikan
Jikalau lalu puaslah hati
Indah memukau buat bidikan

Dihiasi lampu LED yang akan bertukar aneka warna setiap malam dipercayai sama seperti Bridge of Peace di Tbilisi, Georgia. Pencahayaan pelbagai warna tersebut termasuk imej bendera Malaysia dapat dilihat pada sebelah malam dan ia jelas memukau pandangan pengunjung

3. Jarak 370 meter
Dengan jarak 370 meter merentasi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Sungai Klang, manakala sebahagian 69 meter lagi dibina merentasi Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH).


4. Penghubung kawasan lama dan baharu di Kuala Lumpur
Pintasan unik itu menghubungkan kawasan di Lorong Raja Muda Musa berdekatan Transit Aliran Ringan (LRT) Kampung Baru dan Jalan Saloma di Jalan Ampang.

Sementara itu, dengan adanya pintasan berkenaan, orang ramai hanya memerlukan tujuh minit untuk melintasi Jalan Saloma ke Jalan Raja Muda Musa 3.

Ia berbeza berbanding sebelumnya kerana pejalan kaki biasanya mengambil masa lebih 30 minit dari Menara Berkembar Kuala Lumpur untuk ke Kampung Baru.

5. Tidak dibuka 24 jam
Dibuka Isnin hingga Sabtu, bermula jam 5 pagi hingga 1 pagi, manakala Ahad dan cuti umum dibuka jam 5 pagi hingga 12:30 pagi

dibuka Februari 2020
Reading Time:

Thursday, October 27, 2022

e-book: Tourism & Interpretation
October 27, 20220 Comments

E-book
Specia Guide for Visitor Interpretation Services

Selepas buku marketing bercetak 7 tahun lalu, tahun ini barulah kembali dengan penghasilan buku ilmiah. 

Cuma kali ini hanya berbentuk e-book sahaja. Pengalaman baru apabila mengumpul bahan, menyusunatur bahan pdp menggunakan aplikasi Canva sahaja. 

 Alhamdulillah selesai juga akhirnya. 
Cuma masih ada beberapa bahagian yang perlu ditambahbaik bagi rujukan pada masa akan datang .
Ceritanya dari 10 tahun lepas nak menulis, tapi apabila wujud situasi terdesak sediakan e-book untuk PdP, eh boleh je kan jadi. 
Benarlah kata guru penulisan Kashah, Bonda Nor apapun cabaran dan halangan takkan tercapai selagi kita tak wujudkan situasi terdesak tu. 

Semoga menjadi ladang pahala yang mengalir buat semua yang terlibat secara tidak langsung. Sebenarnya ada juga sumber-sumber.terkumpul sepanjang 11 tahun mengajar bersama rakan-rakan pensyarah di politeknik. Cuma Kashah garap semula sesuai dengan kandungan yang disusun dalam handbook. 
Ya ini lebih kepada handbook. Tak banyak mengarang, lebih kepada panduan.

Berkenan betul design sijil Canva kali ini. Once dah kembali beraksi dalam pentas e-learning, of course Cik Akashah design terus sijil sesuai dengan e-learning kan. Dapat pula cetakan kedai. Menyerlah terus lah. Jadi simpan sini sebagai kenangan. 

Reading Time:

Sunday, October 02, 2022

Ulasan naskah grow up
October 02, 20220 Comments

Pagi ini Kashah mencapai naskah grow up hasil nukilan Kak Nafisyah Ibrahim . Beliau merupakan geng penulisan semasa kali pertama Kashah menyertai Seminar Penulisan Mega empat tahun lalu. 


Selain melihat kaver buku, perkara kedua yang menarik perhatian Kashah menerokanya ialah dengan melihat isi kandungan naskah ini. 


Baru membelek tiga bab pertama. 

Jadi Kashah terhenti pada bab ketiga berjudul Ta'awun. Apa agaknya? Dalam bab ini, ada satu perenggan di dalamnya menarik minat Kashah untuk meneruskan pembacaan.


Allahu. Bergetar hati saya apabila tiba-tiba ditegur begitu. Nak pula teguran itu datangnya daripadanya Sarah yang baru berusia lima tahun.


Tipulah kan kalau tak pernah rasa berbeza saat orang yang lebih muda menegur kita? Kadang panas muka, nak melenting rasa.

Penulis membawakan reaksi, dan cara penerimaan nasihat tidak mengira usia. Akhirnya membawa pembaca secara tidak langsung kepada makna tajuk cerita. 


Taawun - tolong menolong ke arah kebaikan. 


Teguran yang dituturkan oleh Sarah membuatkan ibunya iaitu penulis sendiri berasa dejavu. 

"Nanti kalau ibu nak cepat, ibu boleh letak elok-elok, macam ni ..." Katanya sambil mengulang kembali apa yang pernah diajar oleh ibunya. 


Indahnya teguran bersama perkara yang betul perlu diperbuat. Bukan sekadar menuding jari mengira kesalahan. 


Menyelami konsep Ta'awun, jika dikaitkan dengan hidup Kashah sendiri sebagai tenaga pengajar, ada masanya pelajar yang membetulkan kesilapan kita. Jangan mudah melenting. 


Taa'awun,

Dengar apa yang disampaikan,

Jangan lihat siapa yang menyampaikan. 


Best baca naskah ini,

Walaupun pada mulanya kita rasa ia cuma cerita biasa seorang ibu tentang pembesaran anaknya tetapi sebenarnya banyak perkara kita boleh pelajari secara tidak langsung. Entah kadang rasa kena tampar pun ada.


Santai seorang Sarah dan ibunya, memberi sentuhan berbeza. Nak baca lebih lagi?

Klik link di bawah

AKSBOOKSTORE

Reading Time:

Saturday, October 01, 2022

Idea hadiah untuk kawan
October 01, 20220 Comments

Baru-baru ini, ada yang menghubungi Kashah mahu mengirimkan buku sebagai hadiah persahabatan. Katanya mahu meraikan tautan ukhuwah untuk tahun ke-empat. 

Kashah pernah terbaca perkongsian,

Memilih hadiah buku sesuai untuk sahabat pencinta buku. Pastinya menjadi satu kegembiraan buat mereka yang suka membaca.

Manakala di lain ketika,

Seorang kawan yang bukan sejenis ulat buku, menerima hadiah buku menjadikan naskah pertama yang dibacanya mampu memujuk hati yang sedang berhadapan ujian. 



Jadi tidak salah menghadiahkan buku sebagai pilihan buat yang tersayang. Kalau malas singgah kedai buku secara fizikal, jom shopping online


Jom klik AKSBOOKSTORE

Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.