October 2020 - corEtan akAsHah

Wednesday, October 14, 2020

Words of the month
October 14, 2020 2 Comments

Daripada menyindir, lebih baik menyendiri.

Daripada mengumpat, lebih baik taubat. 

Daripada mengeji, lebih baik mengaji.

Daripada menyoal, lebih baik berdoa. 


Apa yang kita cakap dengan lidah atau tulis, keduanya dirakam dan bakal dihisab di sana. Allah Maha Mengetahui apa yang terkandung dan dirasakan di dalam hati kita, apa yang terlintas di fikiran dan apa sebenarnya yang kita ingin sampaikan. Ingatlah pesanan Nabi SAW, bahawa lidah adalah penyebab utama manusia dicampakkan ke dalam neraka.


Kita sendiri tak boleh bezakan amal kita ikhlas atau tidak. Namun kita terus sahaja buat, buat, buat.. moga daripada amal yang sedikit ada yang betul² ikhlas kerana Allah swt, itulah yang akan menyelamatkan kita daripada Api Neraka Jahannam 😢

######

kata2 dari Ustazah Asma Harun

#UAHMuhasabahDiri

Reading Time:

Friday, October 09, 2020

Poster Pembelajaran dalam talian
October 09, 20200 Comments

 

Menghasilkan poster promosi untuk tujuan pembudayaan pembelajaran digital dalam menghadapi pasca COVID-19. Sebenarnya tak pernah terfikir nak dokumenkan apa yang dibuat sepanjang pembelajaran dalam talian  ni. Paling tidak pun cuma tulis dalam blog atau media sosial je. Bila tetibe nak submit poster, tangan laju aje buat. 


Haa.. menarik gak kan? kalau dokumenkan pembelajaran dalam talian ni. Buat simpanan peribadi best, atau mungkin akan dibukukan untuk rujukan yang lain. 

Tulis - edit - baca - post.
Lama sangat dah blog ni sunyi


Reading Time:
Handbook lagi
October 09, 20200 Comments

Handbook comel tu disebelah kanan.
Design biru lagi. Gasaklah ya, once kepalanya bernama Akashah Kassim. Mana-mana design buku dominannya berwarna biru. 

Habis semua design layout buku temanya biru. Terbawa-bawa bermula dari digest 2018 dan Pelan Strategik 2018 hari tu. Ketiga-tiganya berwarna biru.

Sebenarnya siap-siap dah buat template untuk handbook ni yang mana designnya dah setup siap-siap dalam power point. Jadi yang diberi tugas hanya perlu copy paste bahagian masing-masing di page terlibat. 

Langkah awal supaya editor akhir nak susun tak perlu fikir sangat nak pecah kepala design macam mana. Cover page semua dah ready. Cuma kemaskini, susun dan tambah header and footer. Dan mungkin beberapa sentuhan magik 2 orang editor percetakan tu untuk menyempurnakan segalanya. 

Ini langkah awal untuk buat benda nak siap cepat. Rasanya contentnya lebih kurang yang lama cuba ada beberapa part yang perlu diperbaharui. 

Jadi, adakah Kashah suka warna biru?

Eh, tak juga. Cuma rasa tenang sikit kot. Mujur lah kita tak buat merah biru. JDT sangat. 

Selesai. Alhamdulillah ... 

Tahniah semua yang bersama menjayakannya. ISBN E-book (Student Handbook) khasnya yang menyumbang dalam proses penyediaan informasi secara langsung dan tidak langsung. 

👆Syabas!

Kalau ikutkan sejarah, ini handbook ke-4 Kashah terlibat dalam penghasilannya. 3 bersama Jawatankuasa khas ditubuhkan bawah politeknik. 

Apapun ... Semoga bermanfaat untuk pelajar. 

STUDENT HANDBOOK

Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.