2022 - corEtan akAsHah

Monday, November 21, 2022

Kamera Perakam Kereta
November 21, 2022 3 Comments

Ini sekadar pendapat individu - seorang Akashah 

Sebenarnya fungsi camera recorder semasa memandu sudah menjadi keperluan berbanding membeli peranti kayangan saat kita telah memiliki peranti yang biasa-biasa. Haha ayat feeling victim aku.

Macam nilah apabila gadget kamera perakam dah tersedia dalam kereta, legalah sikit. Memanglah kita doa agar terlepas dari sebarang kejadian tak diingini. 

Tapi benda ni dah kena ada.

Inilah yang disebut-sebut. Banyak je jenama di pasaran. Terpulang nak pilih yang macam mana. Kena beli juga memori kad untuk storage rakaman. Ikutlah nak beli saiz berapa. Ikut bajet. 

Bahan bukti dah tersimpan andai kata insiden yang tidak diingini berlaku. Lebih-lebih lagi saat kau memandu sendiri tanpa saksi, atau di kawasan sepi.


Gadget baru tapi dah guna lama. Terang juga lens kamera dia. Rakaman pun stabil, audio pun ada. Ni kalau pusing depan lens dia, boleh selfie berjemaah. Boleh tengok rekod rakaman melalui HP. Senang nak transfer, hanya guna wifi sahaja. Jadi kalau nak delete memori pun mudah. 




Bak kata pepatah, kita perlu sediakan payung sebelum hujan.

Apapun tepuk dada tanya selera. Kalau ada kepok-kepok dalam wallet, beli je semua, peranti kayangan plus Camera recorder. Puas hati. Tak ada la masuk mimpi.

Boleh baca tips pemilihan kamera perakam dari https://careta.my

Resolusi video ini sangat penting.
Pastikan ia mempunyai resolusi minumum HD 720p kerana jika lebih rendah, anda akan mempunyai masalah untuk membaca nombor plet kereta, jenis kenderaan atau muka pemandu wanita yang comel itu.
Dashcam dengan resolusi HD 1080p dan 2K memang ada tetapi fail video terlalu besar dan memakan memori.

Kapasiti simpanan memori
Ini penting ketika anda hendak membeli kad microSD untuk dashcam anda.
Contohnya, satu jam video HD 720p memerlukan ruang memori antara 1GB ke 2GB.
Untuk satu jam video HD 1080p, anda perlukan 6GB ke atas.
Jangan beli microSD dengan memori yang terlalu rendah. Paling minimum yang disyorkan ialah 64GB.
Jika anda membeli dashcam yang terlalu murah, pastikan kad memori anda dari jenama yang boleh dipercayai. Jika tidak, kad memori murahan mempunyai kebarangkalian fail video anda rosak (corrupted file).

baca selebihnya di sini https://careta.my/article/tips-membeli-fungsi-yang-perlu-ada-pada-dashcam

Haha meratib nak peranti terkini sebaik model baru dipasarkan, keterujaan meninggi apabila menonton hasil video-video dan gambar dari peranti tersebut di media sosial. Cuma itulah, mimpi je lah sebab itu cuma kehendak bukan keperluan. Lain teringin, lain yang aku beli. Begitulah...

Reading Time:

Sunday, November 13, 2022

Idea hadiah tahun baru
November 13, 20220 Comments
Pernah tak terfikir nak hadiahkan diri sendiri, kawan-kawan, keluarga untuk hadiah tahun baru?

Jadi, nak bagi idea ni,😊 

Boleh guna untuk dipertimbangkan sempena tahun 2023. Yelah dah tinggal  sebulan lebih 2022 bakal berakhir. 

Biasakan dapat planner percuma? Tapi akhirnya tak guna pun simpan je dalam laci sampai tahun depan dan berulanglah kejadian tersebut tahun demi tahun. Jadi kali ini cuba dapatkan planner yang bermakna sikit dalam hidup. 

Beli planner lawa-lawa, tapi akhirnya simpan dalam laci. Lemah!

Memang sesuai sangat dia ada dua jenis tau

KLIK SINI UNTUK BELI

PERTAMA : Planner Buku Semangat
- Bukunya comel je sebab saiz mini, lebih kurang separuh A4 tu saiznya. Senang nak bawa dalam beg. Tak berat sangat.
- kulit kaver dia tebal dan keras. Baca ayat kat kaver pun dah semangat nak buka planner.
- Ada kata-kata motivasi di bawah helaian planner. Terus feeling orang bagi nasihat kat kita tiap-tiap hari. Haa gitu.


                                                                KLIK SINI UNTUK BELI
KEDUA : Planner Meja Semangat
- ok yang ini pula Kasha sebut kalender meja. Letak je atas meja pejabat @ tempat kerja kita
- boleh catat waktu cuti rehat ke appoinment ke atau apa-apa perkara penting di situ
- ha helaian belakangnya kita boleh letak buat pujuk hati tau sebab ada juga ayat best nak baca situ.

Exclusive. Simple. Practical.

Haa gitu katanya.
KLIK SINI UNTUK BELI

📌 Design cover pula dibuat sesuai untuk semua golongan ... perempuan atau lelaki, tua atau muda.
Ceritanya sesuai untuk dijadikan hadiah untuk sesiapa sahaja. Kan? Warna biru gitu, bukan pink. Haha sesetengah perempuan pun kadang ada yang kurang sikit kan guna pink, apalagi lelaki.

📌 Planner Semangat! memfokus pada perancangan mingguan. Ini sangat praktikal sebab biasanya kita tertumpu pada perancangan jangka pendek weekdays dan weekend. Orang bekerja tahu betapa pentingnya jadual secara mingguan. Senang nak atur segala urusan. Eh, penting untuk semualah!
Kalau seorang Akashah tak berapa merancang, harungkan aje. Cuma nak fokus on bila ada outstation je lah.

Kenapa pula sesuai untuk jadikan hadiah

sebab ada set kotak cantik.
Tak payah sampul dah. Bagi je terus. Sesuai kan?
                                                                KLIK SINI UNTUK BELI
📌
Satu lagi yang penting, senarai cuti umum seluruh Malaysia juga disertakan untuk memudahkan sebarang perancangan program atau percutian.

📌
Dan paling best, dalam planner seringkas ini turut memuatkan himpunan surah-surah pilihan untuk memudahkan kita menjadikannya sebagai amalan harian. Ada juga Al-Ma'thurat, himpunan selawat dan doa-doa untuk mengekalkan momentum semangat. Sebelum kerja, baca. Sambil menunggu, baca. Mudahnya!

📌
ada ruangan nota juga! Bolehlah catat apa-apa yang penting juga. Lagi?
📌
Oh, ada ruangan untuk refleksi pencapaian diri.

                                                           KLIK SINI UNTUK BELI



Reading Time:

Saturday, October 29, 2022

5 info menarik tentang Pintasan Saloma
October 29, 20220 Comments
Setelah sekian lama lalu je bawah pintasan ni sebab nampak dari highway, akhirnya trip feeling tourist seharian di Kuala Lumpur berjaya menjejakkan kaki seorang Akashah di kawasan tarikan ini. Masih menjadi tumpuan penduduk tempatan, kawasan ke pintasan ini dipenuhi dengan kereta di kiri dan kanan jalan. Agak sesak kerana berdekatan kawasan kampung tetapi ada bantuan dari sukarelawan.

1. Rekabentuk Sirih Junjung
Sirih junjung menjadi gubahan
Direka indah Pintasan Saloma
Sila berkunjung sambil berjalan
Carilah arah untuk ke sana

2. 4,100 lampu LED dipasang di pintasan berkenaan
Hiasan lampu berwarna-warni
Bertukar warna menjadi tarikan
Jikalau lalu puaslah hati
Indah memukau buat bidikan

Dihiasi lampu LED yang akan bertukar aneka warna setiap malam dipercayai sama seperti Bridge of Peace di Tbilisi, Georgia. Pencahayaan pelbagai warna tersebut termasuk imej bendera Malaysia dapat dilihat pada sebelah malam dan ia jelas memukau pandangan pengunjung

3. Jarak 370 meter
Dengan jarak 370 meter merentasi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Sungai Klang, manakala sebahagian 69 meter lagi dibina merentasi Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH).


4. Penghubung kawasan lama dan baharu di Kuala Lumpur
Pintasan unik itu menghubungkan kawasan di Lorong Raja Muda Musa berdekatan Transit Aliran Ringan (LRT) Kampung Baru dan Jalan Saloma di Jalan Ampang.

Sementara itu, dengan adanya pintasan berkenaan, orang ramai hanya memerlukan tujuh minit untuk melintasi Jalan Saloma ke Jalan Raja Muda Musa 3.

Ia berbeza berbanding sebelumnya kerana pejalan kaki biasanya mengambil masa lebih 30 minit dari Menara Berkembar Kuala Lumpur untuk ke Kampung Baru.

5. Tidak dibuka 24 jam
Dibuka Isnin hingga Sabtu, bermula jam 5 pagi hingga 1 pagi, manakala Ahad dan cuti umum dibuka jam 5 pagi hingga 12:30 pagi

dibuka Februari 2020
Reading Time:

Thursday, October 27, 2022

e-book: Tourism & Interpretation
October 27, 20220 Comments

E-book
Specia Guide for Visitor Interpretation Services

Selepas buku marketing bercetak 7 tahun lalu, tahun ini barulah kembali dengan penghasilan buku ilmiah. 

Cuma kali ini hanya berbentuk e-book sahaja. Pengalaman baru apabila mengumpul bahan, menyusunatur bahan pdp menggunakan aplikasi Canva sahaja. 

 Alhamdulillah selesai juga akhirnya. 
Cuma masih ada beberapa bahagian yang perlu ditambahbaik bagi rujukan pada masa akan datang .
Ceritanya dari 10 tahun lepas nak menulis, tapi apabila wujud situasi terdesak sediakan e-book untuk PdP, eh boleh je kan jadi. 
Benarlah kata guru penulisan Kashah, Bonda Nor apapun cabaran dan halangan takkan tercapai selagi kita tak wujudkan situasi terdesak tu. 

Semoga menjadi ladang pahala yang mengalir buat semua yang terlibat secara tidak langsung. Sebenarnya ada juga sumber-sumber.terkumpul sepanjang 11 tahun mengajar bersama rakan-rakan pensyarah di politeknik. Cuma Kashah garap semula sesuai dengan kandungan yang disusun dalam handbook. 
Ya ini lebih kepada handbook. Tak banyak mengarang, lebih kepada panduan.

Berkenan betul design sijil Canva kali ini. Once dah kembali beraksi dalam pentas e-learning, of course Cik Akashah design terus sijil sesuai dengan e-learning kan. Dapat pula cetakan kedai. Menyerlah terus lah. Jadi simpan sini sebagai kenangan. 

Reading Time:

Sunday, October 02, 2022

Ulasan naskah grow up
October 02, 20220 Comments

Pagi ini Kashah mencapai naskah grow up hasil nukilan Kak Nafisyah Ibrahim . Beliau merupakan geng penulisan semasa kali pertama Kashah menyertai Seminar Penulisan Mega empat tahun lalu. 


Selain melihat kaver buku, perkara kedua yang menarik perhatian Kashah menerokanya ialah dengan melihat isi kandungan naskah ini. 


Baru membelek tiga bab pertama. 

Jadi Kashah terhenti pada bab ketiga berjudul Ta'awun. Apa agaknya? Dalam bab ini, ada satu perenggan di dalamnya menarik minat Kashah untuk meneruskan pembacaan.


Allahu. Bergetar hati saya apabila tiba-tiba ditegur begitu. Nak pula teguran itu datangnya daripadanya Sarah yang baru berusia lima tahun.


Tipulah kan kalau tak pernah rasa berbeza saat orang yang lebih muda menegur kita? Kadang panas muka, nak melenting rasa.

Penulis membawakan reaksi, dan cara penerimaan nasihat tidak mengira usia. Akhirnya membawa pembaca secara tidak langsung kepada makna tajuk cerita. 


Taawun - tolong menolong ke arah kebaikan. 


Teguran yang dituturkan oleh Sarah membuatkan ibunya iaitu penulis sendiri berasa dejavu. 

"Nanti kalau ibu nak cepat, ibu boleh letak elok-elok, macam ni ..." Katanya sambil mengulang kembali apa yang pernah diajar oleh ibunya. 


Indahnya teguran bersama perkara yang betul perlu diperbuat. Bukan sekadar menuding jari mengira kesalahan. 


Menyelami konsep Ta'awun, jika dikaitkan dengan hidup Kashah sendiri sebagai tenaga pengajar, ada masanya pelajar yang membetulkan kesilapan kita. Jangan mudah melenting. 


Taa'awun,

Dengar apa yang disampaikan,

Jangan lihat siapa yang menyampaikan. 


Best baca naskah ini,

Walaupun pada mulanya kita rasa ia cuma cerita biasa seorang ibu tentang pembesaran anaknya tetapi sebenarnya banyak perkara kita boleh pelajari secara tidak langsung. Entah kadang rasa kena tampar pun ada.


Santai seorang Sarah dan ibunya, memberi sentuhan berbeza. Nak baca lebih lagi?

Klik link di bawah

AKSBOOKSTORE

Reading Time:

Saturday, October 01, 2022

Idea hadiah untuk kawan
October 01, 20220 Comments

Baru-baru ini, ada yang menghubungi Kashah mahu mengirimkan buku sebagai hadiah persahabatan. Katanya mahu meraikan tautan ukhuwah untuk tahun ke-empat. 

Kashah pernah terbaca perkongsian,

Memilih hadiah buku sesuai untuk sahabat pencinta buku. Pastinya menjadi satu kegembiraan buat mereka yang suka membaca.

Manakala di lain ketika,

Seorang kawan yang bukan sejenis ulat buku, menerima hadiah buku menjadikan naskah pertama yang dibacanya mampu memujuk hati yang sedang berhadapan ujian. 



Jadi tidak salah menghadiahkan buku sebagai pilihan buat yang tersayang. Kalau malas singgah kedai buku secara fizikal, jom shopping online


Jom klik AKSBOOKSTORE

Reading Time:

Friday, September 30, 2022

Webinar Teknik Mudah Menjadi Kreatif 2.0
September 30, 20220 Comments

 

Selesai sudah siri kedua, Webinar Teknik Mudah Menjadi Kreatif anjuran Politeknik Sultan Idris Shah. 

Surat jemputan seawal 17 Ogos, kemain rupa-rupanya sudah dua bulan lamanya. 

Hehe banyak-banyak gambar, urusetia berkenan gambar pegang buku tu. Eh, lupa yang sebenarnya memang tak banyak gambar seorang. Baru kusedar, masih tiada gambar posing untuk poster. 

'Alamak! Baru pukul 10 pagi? Rasanya sudah habis intipati perkongsian untuk slot kali ini,' detik hati sambil menjeling jam di komputer. 

"Okay, rasanya kita boleh rehat 10 minit untuk slot selanjutnya," terpacul ayat tanda tidak mahu mengalah.

Ini bagi sedikit inspirasi buat peserta tentang kebaikan menyebar manfaat. 

Kali ini ada e-book, mudahlah sikit beri penjelasan dengan rujukan.

Waktu rehat, penganjur pasang lagu best promosi Kuantan.


Percayakah kalau cikgu online diberi slot berkaitan online boleh selesai dalam satu jam? 
Semasa rehat 10 minit, ligat kepala berfikir menyusun semula apa yang perlu untuk memenuhi keperluan dan kandungan kursus supaya dapat dimanfaatkan untuk masa berbaki dua jam lagi. 
Selesai sejam slot perkongsian dengan sharing screen di komputer, sesi kedua cikgu online mula beralih ke sharing screen di smartphone pula. 

Haa buat apa pula?
Smartphone yang canggih tiada maknanya andai manfaatnya tidak digunakan sepenuhnya. Jadi beberapa aplikasi diperkenalkan dalam menghasilkan bahan digital yang kreatif kepada peserta. 

Banyak aplikasi tertera di skrin smartphone. Tinggal pada kita sendiri mahu mencuba atau tidak. Antara yang sempat dikongsi penggunaanya ialah aplikasi Picsart, Canva, dan Capcut. 


Sedikit pesanan buat peserta:
1) Rajinkan diri untuk meneroka fungsi setiap button dalam aplikasi. 
Hasilnya akan memudahkan kita dan menampakkan effect yang lebih menarik. 

2) Visual dan audio adalah elemen penting dalam penghasilan video. 
Kedua-duanya berperanan dalam menjadikan video lebih bermakna. Jadi bantuan alat bantu seperti sistem pencahayaan dan sistem audio yang baik perlu dalam menghasilkan video yang berkualiti. 

3) Teknik pergerakan kamera, angle kamera 
Rajinkan diri follow tutorial dalam mana-mana platform media sosial. Contohnya belajar cepat dan mudah difahami melalui perkongsian percuma yang ada di Tik Tok.

Begitulah berakhirnya tiga jam perkongsian cikgu online dalam teknik mudah menjadi kreatif 2.0 bersama pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan, Politeknik Sultan Idris Shah.


Begitulah... Ceria buat sesuatu yang kita suka. Mohon dijauhkan sesuatu yang buat diri tersiksa.

Reading Time:

Thursday, September 29, 2022

Roti canai ungguli carta dunia (best street food)
September 29, 20220 Comments

Roti Canai Malaysia berjaya mendapat tempat pertama dalam senarai 50 best street food September 2022.

Makanan kegemaran masyarakat Malaysia sebagai pilihan sarapan pagi. Kalau tak, takkan lah banyak kedai viral menyajikan pelbagai gaya masakan roti canai. 
roti canai kayu arang, Melaka
Bagi penggemar roti canai, pastinya memburu pelbagai jenis buatannya seperti roti canai kayu arang, roti canai sarang burung, roti canai kawin. Ahaa macam-macam ada kan? Tinggal sanggup tak sanggup untuk sesi food hunting kan? Apa yang pasti setiap kali kedainya viral, hadaplah beratur sepanjang barisan, sejam atau dua jam lamanya. 

Yang ini pula roti canai tsunami mak jah.

Sedap sampai termimpi-mimpi.Agak-agak lama tak dapat rasa, boleh beli sejuk beku online wei. Haha terbaik.

Selain roti canai, pisang goreng turut mendapat tempat dalam senarai ke-42. Cuma dah di claim sebagai street food Indonesia. Begitulah budaya dan makanan hampir serupa.





Reading Time:

Sunday, September 11, 2022

Sesi Mengenal Potensi Diri
September 11, 20220 Comments


Cerita cikgu online jadi student hari ni

Mengenal potensi diri bersama Deyana Hatazad . Sejenis last minit mendaftar. Rupanya-rupanya Hayati Abu Hassan dah lama mendaftar. 

Kesimpulannya setiap daripada kita punya kelebihan dan kekurangan yang Allah ciptakan dengan keunikan tersendiri. 

Orang sekeliling seperti kawan-kawan, keluarga dan sesiapa yang berdekatan merupakan faktor daya tolak dalam melengkapi kekurangan tersembunyi. 


Ada masa kita diperlukan untuk membantu,

Ada masa kita memerlukan orang lain untuk menyokong. 

Namun mendekatkan diri kepada-Nya adalah yang paling utama. 


Sekian cerita cikgu online jadi student hari ini. 

Seronok mendengar ilmu baharu. Semoga bermanfaat. Boleh kenal dalam diam, faham yang setiap kita memang berbeza dijadikan oleh Tuhan. Terima seadanya.

Amin.


Ilmu ni ada macam-macam jenis. 

Mana yang baik dijadikan panduan, yang tak elok dijadikan tauladan. 

Semoga setiap tindakan kita dipandu ke jalan yang diredhai Allah


Reading Time:

Sunday, September 04, 2022

Walk the talk
September 04, 20220 Comments

Walk the talk, dont just talk the talk

Selalu juga baca ayat ni. Apabila direnung-renungkan macam kena tembak berdas-das pula. 

Macam tulah kita yang tak sempurna. Apapun cubalah yang terdaya selagi jasad dikandung badan. 

Jomlah kita doa bersama-sama supaya dapat menjadi seseorang seperti quotes tersebut. Amin



Reading Time:

Saturday, September 03, 2022

Belajar rakaman  video buku
September 03, 20220 Comments
Macam mana orang boleh buat video lawa-lawa?
Ok ni screenshot video tutorialnya. Skill rakam cuma atas meja je. Pergh, lawa tau!
Sekarang tak attend kelas, banyak je ilmu dapat melalui video online. Nak yang Malaysia ke antarabangsa ke, semua ada. 
Cuma tinggal kita nak luangkan masa untuk mencuba. 

Jadi lepas tengok tutorial apa lagi cepat-cepat capai susunan buku. Dan tengok la ni hasil rakaman asal. Shoot part by part. Kalau sekali jalan memang susahlah sebab malas pi amik stand kat dalam bilik belakang. 
Dan selepas cantum semua video, alhamdulillah inilah hasilnya. Oh Kashah guna apps cap cut untuk menggabungkan semua video dan bab audio tu memang extract je dari video tutorial tersebut. Betul-betul tiruvasi kui kui


Reading Time:

Friday, September 02, 2022

Semangat Hari Malaysia
September 02, 20220 Comments
Katanya ada pertandingan sempena hari Malaysia, jadi kita support je lah. Apapun semoga ada hasilnya. Hakak dah beri jalan, tinggal nak tekan minyak ke tak aje. 
Pertama tim video tik tok
Kedua tim OOTD pakaian kebangsaan
Ketiga tim makeup kreatif

Siapkan video buat motivasi. Selebihnya terpulang pada mereka nak menggayakan persembahan bagaimana. All the best!




Reading Time:

Saturday, August 27, 2022

Demo perkhemahan bersama anak-anak yatim baitul husna
August 27, 20220 Comments

Simpan sini rakaman kenangan aktiviti demo perkhemahan bersama anak-anak yatim Baitul Husna, Kuantan 
Alhamdulillah berpeluang menyertai program bersama anak-anak yatim Baitul Husna di Timur Bay, Kuantan anjuran Deyana Hatazad dan timnya.
Selalunya Kashah cuma follow beliau yang aktif melakukan aktiviti breakfast for free setiap Jumaat dan menyantuni anak yatim hanya melalui media sosial. Akhirnya baru berkesempatan bersama. 
Kita bawa geng aje join menyelit. 

Siap ada mandi kolam. Hah kalau tak sakit belakang, dah lama ikut terjun. Jadi hari ini mampu jeling je lah kolam tu. 

Thanks for them moment.
Meriah anak-anaknya.



Reading Time:

Tuesday, August 23, 2022

Skrin meter kabur
August 23, 20220 Comments
Blur ... Kabur!
Ini bukan tuan dia je kena treatment, dengan Veve pun sama. Barulah tak sakit mata.

Kasha sebut skrin meter kabur je, rupa-rupanya nama dia polarizer. 

Haa gasaklah! Asalkan dah tak berkerut- berkerut kening memandang polarizer berkedut-kedut di skrin situ. Rasa nak ambil iron pergi iron skrin di meter tu. Sadis!

Lama sangat bertangguh. Mulanya nak buat kat Johor je sebab katanya kat Ulu Tiram boleh dapat murah dan siap boleh tukar kaler lampu. Tapi balik sana waktu cuti, bengkel pun mesti cuti juga. Sudahnya terkubur je.
Akhirnya jumpa juga iklan repair meter ni di Kuantan.
Repair di Siko Leyley lepas ngah share link FB melalui whatsapp. Ok la lepas wasap tu, kena tunggu giliran juga dalam seminggu gitu sebab beliau buat kerja repair hanya waktu malam. Part time je. 
gambar kredit : FB tukang repair, En. Affendy. 
Harga caj perkhidmatan: RM70.
Ok simpan sini sebagai rujukan di kemudian hari. Alhamdulillah selesai.

Reading Time:

Wednesday, July 13, 2022

Laa itu pun tak tahu
July 13, 20220 Comments

Awak, 

Kadang yang asyik menebar soalan itu kerana memang niatnya yang berkobar ingin tahu, 


Cubalah raikan dengan jawapan, 

Jangan semudah itu memancung niat baiknya dengan ucapan "Laa takkan itu pun tak tahu?"


Andai kita pun tak tahu,

Berilah jawapan yang meredakan jiwa,

Awak tahu itu lebih beerti,


Kesian... 

Letakkan awak andai di kasutnya.  

Di saat semangat membara api tadi padam bersama luluhnya sekeping hati,


Laa itupun nak sentap?

Awak ...  Memang jawabnya pendek tetapi tajam menghiris,

Pedih pada luka paling dalam,


Semangat?

Terkubur bersama semangat yang pernah datang,

Belum lagi berkisah tentang entah ke mana mahu disorok muka ketika itu,

Dek mata-mata yang memerhati,

Seperti diraikan bodoh sedunia,


Lalu perlahan pergi ...

Dan berhenti tanpa peduli lagi,


Awak ...

"Ingat! Entah apa yang dia tahu, belum tentu lagi kita yang kononnya serba tahu ini mengetahuinya. Malu ..." 


Tulis buat peringatan diri sendiri,

Jika bermanfaat buat bacaan, silakan guna sebagai panduan.


Coretan Cikgu Online di malam yang beku,


#AllahMahaTahu

 

-gambar hiasan - bukan tahu tapi popcorn-

Reading Time:

Thursday, July 07, 2022

Seven eleven until seven twenty two
July 07, 20220 Comments

Subhanallah 
Alhamdulillah 
Allahuakbar 

Diam tak diam sudah 11 tahun seorang Akashah menyusun langkah dalam dunia pendidikan TVET. Jadi belanja dia bau bunga. Terapi sangat!

Banyak ilmu dapat diserap,
Tapi kadang-kadang banyak lagi yang perlu hadap,
Banyak pengalaman dapat ditimba,
Namun entah apa yang akan muncul tiba-tiba buat diri ini perlu bersedia?

Tak banyak yang nak diharap,
Semoga platform ini menjadi satu jalan menyebar manfaat sebaiknya,
Kelak nanti mampu menjawab ke mana dan bagaimana usia yang diberi oleh-Nya di dunia.

Buat mereka yang mengenali,
Baik yang lama atau baharu,
Sama-samalah berdoa agar kita istiqomah menjalankan amanah sebagai hamba Allah, anak kepada ibu bapa kita, insan dalam keluarga, agama, bangsa dan negara. 

Doa yang baik-baik
Tulislah yang cantik-cantik
Semoga direzekikan yang terbaik

Coretan Akashah
a.k.a Cikgu Online

I love teaching!




Reading Time:

Tuesday, June 28, 2022

Melepas batok di tangga?
June 28, 20220 Comments

 P0ernah tak terbaca tentang peribahasa bagai melepaskan batuk di tangga? 


Kenapa batuk bukan selsema? Apa kaitannya batuk dengan tangga? 


Sebenarnya ejaannya ialah batok.

Ia merupakan sejenis alat untuk mencedok air diperbuat daripada tempurung kelapa. 


Ia yang diletakkan berhampiran tangga rumah masyarakat Melayu suatu masa dahulu bertujuannya supaya dapat membersihkan kaki sebelum masuk ke rumah. 


Haa dah cedok air, janganlah campak-campak je kat tangga, letaklah elok-elok. Sekejap lagi orang lain pula nak pakai. Begitulah asal-usul peribahasa tersebut. Masih boleh diaplikasi untuk getah paip untuk zaman sekarang kan?


Hmm kalau orang jawa sebut gayung je. Haa senang. Khabarnya ada yang menyebutnya sebagai cetong, cebok dan banyak lagi. Hmm begitulah kita raikan sahaja perbezaan tersebut. 


Maksud peribahasa;

Bagai melepaskan batok di tangga

Orang yang melakukan pekerjaan dengan tidak sempurna atau tidak bersungguh-sungguh. 


Belajar sesuatu?


Lokasi: The Kasturi Resort, Cherating


Maaf ini bukan teknik fotografi yang elok. Apapun terima kasih kepada model lensa Cikgu Online hari in


i, Sadariah Shadariff

Reading Time:

Saturday, June 18, 2022

Damai, karya Akashah Kassim 2022
June 18, 20220 Comments
Aktiviti seorang Akashah apabila tak boleh tidur - jadi burung hantu. Jadi siaplah satu karangan, jemput baca kalau mampu.😆

Buku Damai berkonsepkan majalah. Penulisan artikel didalamnya penuh rencah dalam kehidupan. 

Penulisan naskah Damai bersama Akademi Bonda Nor dengan tagline - urus hati dan kehidupan.

Ingat lagi tak?
Zaman kegemilangan majalah suatu masa dahulu. Rajin juga layan sisipan dari Nur, Kuntum, Remaja sebab suka membaca maklumat dalam tu. 

Masa tu berangan jugalah satu masa mahu tulisan sendiri di situ. Pernah juga cuba hantar cerpen dan karya puisi. Hampa, satu pun tak melepasi tapisan.

Ah begitulah kan? kenangan majalah semakin hari semakin pudar sebab kemunculan digital news kan? Yelah, sebab semuanya di hujung jari.

Jadi nak bagitahu konsep buku ini begitulah. Suka nak kongsi, Kasha menulis sebagai kolumnis tetap segmen saya suka! Segmen ini Kasha ditugaskan untuk bercerita tentang hobi. 

Kasha pilih untuk kongsikan salah satu hobi sebagai terapi. Haa banyak hobi tu, agaknya yang mana satu? Nak tahu kenalah baca kan?
Sebenarnya, buku ini comel je. Saiz separuh A4. Muat lah masuk beg nak bawa mana-mana. Comel kan? 

Alhamdulillah, my another therapy. Syukur. Terima kasih atas doa dan sokongan semua.

Buku ini mula menemui pembaca pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, iaitu 3 Jun 2022. Beberapa hari buku Damai tersenarai antara buku terlaris di pesta buku tersebut. Alhamdulillah. 

✅Satu naskhah yang menyentuh pelbagai topik dengan layout yang sangat menarik sesuai untuk semua lapisan pembaca

🌺Tentang agama,
❤️soal hati, 
🌺rezeki,
✍️ dekorasi,
💰kewangan,
😋masakan, 
📱teknologi dan banyak lagi!

Sesuai dijadikan bacaan santai ketika travel, tak berat sangat.

Jika berminat untuk dapatkan buku ini, sila ke kedai buku saya

Pernah juga mempromosi buku Damai melalui live di FB haha. Gigih tau. 
Boleh tengok kat sini


Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.