Terima Kasih, Tuhan - corEtan akAsHah

Friday, March 19, 2021

Terima Kasih, Tuhan


Kawan-kawan. 

Adakala banyak perkara yang kita minta belum mendapat jawapan dari Allah. Mungkin bukan yang terbaik untuk kita atau belum sampai masanya. Mungkin ketika itu segala perasaan berkecamuk, berperang dalam diri. 

Namun begitu, dalam masa yang sama kita terima nikmat yang lain pula. Ia sebagai tanda bahawa Dia tidak melepaskan hambaNya begitu sahaja. Allahuakbar. 


Kawan-kawan,

Saat kita sedih, minta Allah pujuk kita.

Waktu kita rasa kehilangan, mengadulah hanya dengan Allah.

Apabila kita merajuk, banyak-banyaklah mendekatkan diri dengan bersujud kepadaNya. 


Hidup kita tak mudah, kan?

Tapi kita boleh memudahkan ia. Kecilkan perkara yang merumitkan dan besarkan ruang dan peluang di hadapan. Boleh kan?


Hidup kita penuh ujian, kan?

Hadaplah ia satu persatu. Mungkin ada ketika kita tersungkur lemah tapi jangan cepat mengalah. Adakala kita berasa penat dan lelah. Jadikanlah lelah yang berbaloi.

Pastikan kita lulus ujian itu. Jumpa di syurga.


Kita tak sempurna, kan?

Bukan setiap saat kita dapat memelihara iman kita. Selalu juga terkehel di sana sini dan kadang memalukan diri sendiri. Tapi kita boleh cuba berubah dan lakukan perlahan-lahan.  Insya-Allah semangat!


Kawan-kawan,

Seorang Akashah bukanlah seorang yang sempurna segala-galanya. Mungkin dia lebih laju merakam cerita dalam aksara. Namun kurang bicaranya buat ada yang terasa. Sungguh ini bukanlah pilihannya. Tapi itu bukan sebab untuk dia masih dalam takuk yang lama. 


Jadi bantulah diri kita berubah. 

Berilah peluang bagi kita berhijrah. 


Insya-Allah. 


Memilih untuk menulis merupakan mujahadahnya. Bakal muncul dengan karya ke-4 dalam antologi Siri Bercakap Dengan Cermin 2.0 iaitu Terima Kasih, Tuhan menjelang Ramadan tahun ini. Bulan mulia dengan penuh keberkatan.  


Buku ini merupakan terbitan Bonda Nor Resources dengan kerjasama Akademi Bonda Nor. Alhamdulillah atas peluang yang diberi oleh Bonda Nor selaku pengetua Akademi Bonda Nor.


Doakan dan mohon sokongan semua yang mendoakan. Terima kasih.



#coretanakashah

1 comment:

norhidana said...

Terima kasih Allah untuk segalanya

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.