May 2021 - corEtan akAsHah

Saturday, May 22, 2021

Terkini 22 Mei 2021
May 22, 20210 Comments

Ok mari kita simpan sejarah PKP 3.0 diperketatkan. Maknanya PKP 3.1 la kan?

Ura-ura yang pada mulanya lock down tidak berlaku. Jadi hari ini 2 menteri telah pun menamatkan spekulasi yang tersebar seminggu dua ini. 

Sedut poster cantik








Macam tulah lebih kurang situasi negaraku. Jangan biarkan diri menjadi panik. 

Jaga diri, jaga SOP
Semoga semua kekal sihat sejahtera.

Letaklah juga suratdari KSU



Reading Time:
Pengalaman Kursus buat e-book sendiri
May 22, 20211 Comments

Kursus bermula jam 8.30 pagi sehingga 5 petang. Katanya penceramah ini merupakan tenaga pengajar Digital Marketing yang mana telah menghasilkan berpuluh e-book.

 Ok letak sikit rupa coach yang mengajar cara buat ebook sendiri. Dengar suara Coach Zul sejenis suara komersial, jadi khusyuk nampaknya semua.

 Apabila teringat masa mengajar, selalu krik krik student tak on kamera. Jadi kita tak nak lah jadi macam tu. Nak belajar kena semangat! Kesian pula cikgu cakap sorang-sorang. Haha bukan apa dah lama teringin nak tahu cara yang betul menghasilkan ebook dengan betul. Inilah masanya.

Kenapa best sangat dapat menghabiskan kursus seharian ni?

✅penerangan dan tutorial dan perkongsian website dan software yang membantu menyediakan ebook menarik

✅Praktis terus dalam kumpulan kecil untuk penghasilan e-book

✅ Platform untuk belajar ni zoom, lebih user friendly. Kasha suka orang mengajar guna zoom. 

Apa yang menarik pada Kasha secara peribadi sebab sebelum ni cuma guna powerpoint. Antaranya ialah

✅ Macam mana nak pastikan edaran ebook kita berkesan. (Ada bukti orang yang download) haa ni best dan mudah.Senang je rupanya guna google form. Ada function kat google form yang boleh auto generate. Wah! Bahagia betul eh.

✅ Gunakan voice to text (bahasa Melayu!) Haa ini menarik. Kadang-kadang idea nak menulis datang masa kita drive. Kita sebut je kat whatsapp nanti, dia akan auto type. 

Pernah buat sebelum ni, tapi tak menjadi sangat. Ini kira 80% accurate lah. Nak senang lagi tengah mengajar on function ni. Terus boleh dapat 5000patah perkataan untuk masuk jadi buku.

✅ Interactive ebook boleh di embed ke website. Haa sebelum ni pakai flipbook tapi apabila guna website ni, apa yang kita present tu jadi sebiji dalam web, Wah! Bahagia betullah.

✅Boleh present with animation and audio. Ini menarik, kasha tak sangka boleh buat ebook se interaktif begitu.

Baiklah kasha kongsikan beberapa website yang boleh digunakan untuk hasilkan interaktif ebook;

1) canva- 

biasa dengar kan? Selalu Kashah buat poster atau video je. Rupanya boleh hasilkan Interactive ebook wei!

2) Visme

- tak try lagi sebab coach kata banyak design kena bayar. Tapi sesuai untuk info grafik mantap. 

3) google form

-untuk menghasilkan ala-ala preorder buku kat onpay. Siap isi detail, popup link buku pun keluar.

Try la tekan ni

https://forms.gle/tpTzNmD36FUbfg3g9

Ada beberapa juga website dicadangkan oleh coach tapi Kasha malas dah nak scroll. Cukuplah 3 tu,. Boleh siap lawa dah.

Seronok dan berbaloi. Layanzz. Terima kasih Coach. Belajar online macam ni pun satu terapi. Alhamdulillah.

Reading Time:

Friday, May 21, 2021

Kita belum menang, teruskan berjuang
May 21, 20210 Comments

 Kita belum menang, jadi teruslah berjuang!Jaga diri, patuhi SOP

* Jarak 1 meter, tak apa kalau orang kata sombong sebab sesiapa dikalangan kita berpotensi mendapat wabak tanpa sedar. Ini termasuk diri saya yang menulis ini.

* Pakai mask dengan betul. Tak apalah walau sampai terpasang sampai dua pun, asalkan bukan cuma tersangkut di dagu. Alamak ingatkan diri juga ni sebab selalu lemas dalam mask.

* Kerap basuh tangan. Kalau tak ada air, jadikan   amalan membawa dan menggunakan sanitizer ke mana-mana. Itulah sanitizer ada tapi susah capai dalam beg.

* Elakkan tempat sesak. Tangguhkan sesuatu pembelian sekiranya tempat tersebut penuh atau beli sahaja secara online. Ha part ni best, tiba-tiba dapat parcel, feeling dapat hadiah.

*Untuk guru, pelajar dan ibu bapa yang mula bertarung dengan PdPr, memang tak mudah kan? Tapi perjuangan perlu diteruskan. Pesanan untuk diri yang bergelar pendidik.

Semoga semuanya dipermudah urusan. 

Teruskan berjuang!

Doakan juga buat saudara kita di Pales. tin


#coretanakashah

#terusberjuang

Reading Time:

Thursday, May 20, 2021

Tekad teruskan apa yang dihadapi
May 20, 20210 Comments

Tuan puan,

Apabila berdepan dengan masalah, jangan gelabah. Pernah juga ada rasa 'Ah! Biarkan jelah' tanda sudah mengalah.

Tapi ... 

Cuba pujuk hati untuk sabar menghadapi semuanya. Minta dengan Allah supaya Dia tenangkan jiwa dan emosi kita sambil kita teruskan berikhtiar. 

Buntu ... 

Bercelaru nak pilih mana satu. Ke kiri salah, ke kanan pun salah. Namun, tiada masalah yang tanpa ubatnya cuma Allah tentukan dia cepat atau lambat sahaja datangnya.

Sekarang itulah yang berlaku ... 

Berkayak atas darat, mengembara secara virtual, mesyuarat, perbincangan, dan belajar dalam talian bukan lagi mustahil dilaksana.

Entah apa lagi norma baharu yang muncul tak lama lagi, Perkara yang tak terjangkau akal manusia suatu masa dahulu namun hakikatnya itu yang kena hadap,

Apa yang pasti,

Genggamlah tekad melepasi ujian ini. 

Untuk barisan frontliner,

Teruslah bertahan dalam kepenatan, semoga dikurniakan kekuatan yang berpanjangan dan diberi ganjaran besar dari Tuhan.


Stay safe negaraku!

Stay strong everyone,

Ingat Allah ada jaga kita


Salam Syawal. 


Dari

Akashah Kassim 


#coretanAkashah

#menggenggamtekad

Reading Time:

Wednesday, May 19, 2021

Coretan Mei 2021
May 19, 20210 Comments

Kawan-kawan...

Luangkanlah masa mendoakan saudara mara, guru-guru&kawan-kawan yang terkesan dengan COVID-19. Kita jauh, jadi jom dekatkan dengan doa.

Tulis & kongsilah gambar positif sebagai semangat buat diri! Kita tak tahu entah bila ia mampu menjadi kekuatan untuk orang lain. Semua kuasa Allah.

Gambar comel google

Kawan-kawan ...

Teruskan berdoa yang baik-baik untuk semua. Kadang kita sendiri tak sedar sedang mengalami kemurungan, tekanan emosi dan tercari-cari sesuatu sebagai terapi.

Jadi, kita punya pilihan.Dekatkanlah diri dengan Ilahi. Jadikan Al-Quran sebagai teman pengganti. Cari sesuatu hobi sebagai terapi.

Ingat tau, 

Sekarang kita kena jaga diri sendiri, Orang lain tak boleh kawalkan untuk kita. Kita! Kita dan Kita sendirilah harapannya. Tapi kita ada Allah. Kalau orang tak boleh jaga, Dia sentiasa menanti hamba-Nya mengadu dan memohon dariNya. Apa yang penting jangan pernah berhenti.


Hasbunaalah wani'mal wakil

Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung.'




Reading Time:

Tuesday, May 18, 2021

Kekuatan Aura Merah Menyala
May 18, 20210 Comments



Suka ambil gambar bunga
Tapi jangan sesekali dipatah tangkainya
Biar sahaja ia mekar pada pohonnya

Cantik kan?
Sebenarnya dah jadi habit tiap-tiap pagi snap gambar bunga, Mujur ada subjek buat terapi. Mungkin yang memandang tersengih-sengih sahaja tengok kita terjengkit nak mencapai view paling lawa.
 
Saje ambil aura merah bunga. Rutin setiap pagi
Yang pasti nak tanam bunga sampai ke sudah tak menjadi. Hahah tumpang je la landscape orang.

Tengok kelopak dia, lepas tu ada embun pula. Subhanallah satu kesegaran sangat dan kepuasan bila dapat membidik gambar begini.

Saat kita mula berasa tidak punya apa-apa
Sebenarnya kita ada Allah
Kerana saat Dia hampir dengan kita,
Maka kita sebenarnya telah punya segala-galanya

Semoga setiap keputusan kita
Baik untuk dunia mahupun akhirat
Sentiasa dalam lindungan Allah
Ingat Allah ada jaga kita
Mohonlah dari Dia

coretan Akashah

Reading Time:

Sunday, May 16, 2021

Pantun Hari Guru
May 16, 20210 Comments

Habis edit, terus tunjuk. Awish dan Medina dah masuk dalam youtube ni. Cuba tengok.
"Tersengih-sengih saya tengok!" Haha suka la tu nampak muka sendiri.
Siapa yang tak ingat 16 Mei hari guru tu? Meh hakak ingatkan. 

Alhamdulillah, sebelum raya ada rezeki melawat ibu yang sakit di Ampang. 

Tiba-tiba jadi bidan terjun untuk shoot dua beradik ni. Bukan main semangat mereka nak menyiapkan tugasan video ni. Katanya untuk pertandingan. Tapi Kasha tolong rakam je, sunting untuk pertandingan orang lain. 

Jadi untuk simpanan sendiri, suntinglah juga versi sendiri. Ikut suka hati mak sedara dia nak edit macam mana kan? Sebenarnya kita ni ha yang teruja bebudak ni boleh selamba bercakap depan skrin dengan gaya masing-masing. 

Macam tulah kan generasi sekarang, macam mana 10 tahun akan datang generasi ini akan masuk ke IPT. Macam mana agaknya gaya pembelajaran ketika itu. Allahu tak nak fikir boleh tak?

Jadi, untuk kesempatan ini Kasha nak ucapkan Selamat Hari Guru buat insan yang bergelar guru. 

Semoga diberi kesihatan yang baik, bahagia selalu dan diperkenankan segala doa yang baik-baik dari keluarga, dan rakan-rakan yang mendoakan. 


Sayang cikgu kerana Allah. 

InsyaAllah semoga Allah memberkati perjuanganmu memberi ilmu kepada anak bangsa.

Reading Time:

Saturday, May 15, 2021

Jangan tunggu orang lain ada untuk kita
May 15, 20210 Comments

Terbaca dari wall Cik Misi , Ana Rohani yang rajin kongsi Kit Motivasi

Katanya:
 Jangan tunggu orang lain ada untuk kita.
Berdirilah di kaki sendiri.

Reading Time:

Thursday, May 13, 2021

Kaktus oh Kaktus
May 13, 20210 Comments

 Asalnya Alim share, ada yang beraya rumah dia. Siap pandai buka seal sendiri ok. Ya Allah rezeki dia lah tu.

Katanya lagi, masa Alim masuk wad pokok dia dah nak mati dah. Sekali bila siram dah ok balik. Ya Allah memang membesar dengan jayanya oi kaktus dia. 

Kasha punya pokok tak gitu pun. Sudahnya tuan dia je yang besar.

Hidup ini macam Kaktus
Dipenuhi dengan duri
Tapi itulah yang mewarnainya dengan indah.

Seperti kaktus
Ia memang berduri
Tapi ia boleh bertahan kerana ia menyimpan air

Walau bunga lain indah dipandang dan mudah disentuh, ia tidak menafikan keindahan dan keistimewaan kaktus yang berduri

Cuba pandang setiapnya dari sisi yang berbeza, pasti kau akan jumpa sesuatu di dalamnya.

Bahasa rindu bukan cuma pada ayat menyapa hang berbunga, kadang terselit ayat yang membuat engkau terluka. Namun semuanya menjadi indah belaka saat engkau mengerti semuanya

Sekian, coretan Akashah di malam hari

Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.