2011 - corEtan akAsHah

Thursday, December 22, 2011

Transformasi PoliJb ke Politeknik Ibrahim Sultan

Sunday, December 11, 2011

Sekadar di pinggiran...
December 11, 20110 Comments
Sekadar Di Pinggiran

Tiada guna kau berpatah arah
Jika niatmu meyambung kasih
Apalah ertinya disebalik
Tangisan atau rintihan

Untuk apa kau kembali lagi
Sekadar hanya untuk menyakiti
Cukuplah sudah di sini saja
Biar aku pendam duka

1
Hati sedih, hati pedih
Mengenangkan keindahan
Bersamamu...

Tidak kusampai
Ke puncak sana
Apalah daya
Ku bertahan cuma
Di pinggiran
Yang memilukan...

Jauh sekali di sudut hati
Menyimpan dendam yang amat mendalam
Akan kusahut namamu oh! sayang
Sewaktu ku kesunyian...

 Tetibe touching dgn lagu ni..alahai.. tp xpe..mungkin ade hikmah besar disebaliknye...lmbt rasanye masa berlalu..haha (^_^)/  
Reading Time:

Tuesday, December 06, 2011

kursus teknik pemandu pelancong 2011 - polijb
December 06, 20110 Comments
Lentok lak dgn baby buaye ni


Duduk di serambi muzium nelayan
             Kursus sehari ni sebenarnya dibuat betul-betul sehari sebelum pergi induksi. Sabtu pagi datang ofis dulu. Kursus teknik pemandu pelancong ni mula kat bilik seminar je. Sejam dua dengar kata2 dari pn azila, n en.zul.  lebihnye kita makan nasi lemak pepagi buta...tapi kek coklat lagi best..hehe yg tu pn. aklimima bawa dari rumah..

           Dalam pukul 10.30 gitu, naik bas nak wat praktikal pemandu pelancong.. ala2 zaman belajar je rasenye.. tp lebih santai2 gitu.. memula ke desaru... ala lalu highway baru tu.. pastu mcm bese le tmpt yg mesti pergi ke muzium nelayan tg.balau.  Oleh kerana da pernah bawa student time tgh semester aritu dan juge pernah gi time zaman blajar dulu, xde la excited sgt gi sana.. so, jd kelebihan la ble lead je masuk setiap muzium (ada 6 galeri x silap)..
Sesi kenangan bersama encik buaye pasir gudang


 
             pas abis round kt situ, sesi memenuhkan perut yang kosong.. katanya bawa kat tempat makan best, tp malangnye makanan blom ready lagi.. so makan je la apa yang ada.. so x merasa la ke special lan kedai tu (anim ckp tmpt ni best).. 

              Dah abis mkn, patah balik pasir gudang, gi sarang buaya.. lokasi die dkt ngan kawasan tmpt simpan gas yang besar2 tu.. adoi macam mana die bleh pilih tmpt ni utk tarikan.. xde jawapan.. mungkin ada strategik planning?haha itu kite tak tahu... mcm kesian je.. tp tu kite xyah fikir dulu...

kat sarang buaya ni, mcm bese le ada buaye,
  • tgk buaye makan
  • tau la sikit2 info mcm mana nak kenal buaye jantan ngan betina....
  • macam mana buaya mengurat/ mengawan
  • dapat pegang buaye (anak je la)..  tp itu pon mulut buaye tu kena seletip dulu..lau x mau putus jari...
da tu, time kat situ, da start hujan lebat, so dkt pk 4.30 gerak le balik...









Reading Time:

Wednesday, November 23, 2011

PUISI INDUKSI KUMP.1 BIL 18 2011 TERAKHIR
November 23, 20110 Comments
10 hari kita bersama di kursus induksi,
Mencipta identiti, mencetus inovasi,
Jangan ada lagi antara kita,
Yang tersekat mindanya,
Yang terikat akalnya,
Dengan rantaian alasan yang tak bertali.

10 hari penuh dengan slot ceramah induksi,
Perundangan KPT, Mengenali organisasi,
Pengucapan awam, Pengurusan Integriti,
Kalau nak disenarai tak cukup sehari,
Penuh lemparan pelbagai informasi,
Kata bersambut bersama provokasi,
Gelak tawa, air mata, atau puas hati,
Segalanya penuh akauntabiliti.

10 hari mengharungi liku-liku induksi,
Melaksana ucapan awam, giliran menanti,
LDK, tak lupa juga senaman pagi,
Tercabar sudah mentaliti, mata, dan juga hati,
Jangan ada lagi antara kita,
Yang rendah diri, memandang sepi potensi diri.

10 hari di kursus induksi,
Mungkin bukan kata sahaja mahu berpuisi,
Bak kata akauntan KPT, angka juga mampu berpuisi,
Makan dan minum 6 kali sehari,
Di atas meja, 7,8 biji gula-gula sebekas terisi,
Kurang-kurang 3,4 gelas air suam dek proses hidrasi.
berpuluh soalan perlu dijawab, ilmu di berkati,
Insya Allah semua lulus induksi ini.

10 hari berakhirnya induksi,
Andai urusetia perlu kembali ke KPT,
Andai penceramah menjalankan tugas hakiki kembali,
Begitu juga dengan peserta induksi,
Jangan ada yang tersinggung hati,
Maaf juga menjadi penawar diri,
Dan jika ada yang terjatuh hati,
Semoga selamat, kad jemputan kami nanti,
Doakan berjumpa di lain kali.

Reading Time:

Thursday, October 20, 2011

Musim itu datang lagi
October 20, 2011 2 Comments
Bila musim itu datang lagi,
Jari mula menari,
Kaki mula berlari,
Otak mula fikir bersiri...

Saat musim itu datang lagi,
24 jam tak cukup sehari,
Makan minum mula dipandang sepi,
Bahananya sakit lain menanti...

Tika musim itu datang lagi,
Baru sibuk menyusun diari,
Sedar mukaddimah pun belum diseri,
Dakwat pena pon kering tak berisi...

Waktu musim itu datang lagi,
Langkah diatur kanan ke kiri,
Rangkap kata disusun buat penyeri,
Kelengkapan tak habis guna, eh..tambah baru lagi,
Tapi adakah minda tersedia rapi?

Musim itu datang lagi,
Biar langkah, biar rencana,
Biar kata, biar pena,
Simpulakan setiap ia menjadi ikatan,
Jadi tunjang buat teguhkan minda,
Buat kekuatan jati seorang insani...



Luahan dari hati .. 11.11 pm..20 oktober 2011
akashahkasssim
Reading Time:

Sunday, August 14, 2011

Ada dan Tiada
August 14, 20110 Comments
ada suara tapi tidak bercerita,
kurangkan bicara di bulan puasa,


ada cerita tapi tidak ingin diteroka,
elak mengundang fitnah dunia,


ada rindu tapi tidak diluahkan,
mungkin ia lebih baik dipendamkan,


ada pantun tapi tidak diseloka,
dek ilham tak kunjung tiba,


biar ada atau tiada,
harapan bijak mentafsir makna,


adanya rasa adanya jiwa,
di situ terletaknya iman di dada,


tiada kata seindah bicara,
kerna tak semua dapat dikota,


kadang yang dikota tak seindah bicara,
kerna manusia tidak sempurna,


lumrah manusia tidak sempurna,
bersama memperbaiki setiap yang tiada,


doa dan taqwa teman setia,
agar setiap langkah diberkatinya..


amin...


dah lama rasanya tak update blog ni dgn hasil asrtistik sentuhan kreatif insan yang bernama akashah ni kan..seronok tengok kawan2 lain update blog..pada diri ini, tidak lah sesibuk mana, cuma sedang menyesuaikan diri pada suasana baru. 


Salam ramadhan buat semua. mungkin ada jemputan berbuka puasa bersama, tapi tak dapat disemprna..maaf jua dipinta. ye lah, x semua yang kita kehendaki akan dpt trlaksana dek kekangan2 yang tak dpt dielakkn.mungkin doa dr kejauhan buat mereka..


sekian sahaja..sama2 la kita mengimarahkan bulan mulia ini dengan kerberkatan..agar mendapat rahmat darinya. Jangan dilupa amalan2 sunat di bulan mulia ini. Peluang kita mendekatkan diri dengan pencipta. Insya Allah, smoga amalan diterima..

Reading Time:

Saturday, July 16, 2011

TAZKIRAH: Hukum puasa selepas nisfu Sya'ban

Tuesday, June 28, 2011

'Rumah Kita
June 28, 2011 9 Comments
Mari kita cari titik persamaan,
Jangan dibesarkan titik perbezaan,
Di situ bermula perpaduan kita,
Di situ bermula perpecahan kita...

Benarkah ini rumah kita,
Memang benar dek oi,
Duduklah di kerusi,
Jangan duduk di lantai saja...

Rumah ini rumah kita,
Memang benar dek oi,
Sudah terang lagi lah nyata,
Jangan sengketa,
Sesama kita jangan sengketa...

Rumah ini rumah kita,
Jangan biarkan orang yang jaga,
Ditangan kita,
Buruk baik ditangan kita...

Benarlah ini rumah kita,
Makan la isi,
Jangan hanya hirup kuahnya...

Baru tentu hala tujunya,
Anak cucu terpelihara,
Berbaik berpada-pada,
Jangan cacing naik ke mata.

Buat kali ni, entry adalah salah satu lagu penyanyi yang terkenal dengan lagu yang agak patriotik, Nd Lala. Kalau dulu, beliau terkenal dengan lagu Assalammualaikum YB sekarang keluar dengan lagu PM kitacdan Rumah kita.

Dah hari2 terpaksa mendengar lagu ni sebab kat rumah asik dok bukak fmjb, berulang2 lagu ni sehari. Sebenarnya ada mesej sendiri dlm lagu ni yang nak dismpaikan untuk renungan kita..fikir-fikirkan..tak nak hurai pon.Cuma nak kita sama2 fikir sendiri..

sekian...
Reading Time:

Sunday, June 19, 2011

hAti
June 19, 2011 2 Comments
salam.tengah sbuk tgk tweet timeline,tibe2 trbace la blog lunaqiszara.x ingat lak nama blog die,tp entry dia kt situ dah mmberi ilham untuk berseni iaitu:

andai hati setajam pisau,
lukalah pd siapa yg cuba mencuri...

andai hati sekeras batu,
pasti teguh berdiri pasti tanpa pasrah dlm nurani...
Reading Time:

Thursday, June 16, 2011

TerKenaNg HAsiL KerJa tiMe study DuLu
June 16, 20110 Comments


Saje ingin berkongsi hasil kerja time study kat UiTM dihatiku dulu. Masa ni kena hasilkan brochure pelancongan. So, kasha pilih lah Bukit Merah Laketown Resort untuk itu. Cantik tak? Ni kalau compare ngan brochure tmpt ni sendiri pon kalah kot, diorang guna fliers je time kasha gi aritu. Mesti terharu sampai menangis2 pihak theme park ni kalau tengok.hehe..terlebih plak, astagfirullah riak plak.

Bab buat benda2 mcm ni memang minat. Cuma tengok time la, lau mood masa tu ok, ok la jadinya. Kalau keadaan terpaksa, kasha yang menangis akhirnya. Sabar je la.




Maybe entry lain kali kasha tunjuk yang lain plak. ok, terima kasih kerana berkunjung ke blog kasha walaupun sebenarnya tersesat je kat blog ni. Wassalam...<[^_^]/
Reading Time:

Wednesday, June 15, 2011

Dedikasi Khas Buat Teman Akashah
June 15, 2011 2 Comments
Buat tatapan temanku,
Puisi ini bkn biasan indah bicara,
Harap mampu menjadi pantulan cahya ukhwah bersumbu keimanan,
Biar utuh dlm prisma persahbtn kita...

Buat ingatan temanku,
Jgn di cerna mem0ri dulu,
Dek percikan hasad,iri mahupun benci,
Biarkan ia bersatu dgn indahnya pelangi kenangan,
Kerna suatu tika warnanya jadi penghibur di layar sanubari...

Pesanan buat temanku,
Suburkanlah rantaian persahabatan kita,
Saling memberi juga membantu,
Dari rantaian menjadi siratan, lalu membentuk ek0sistem dlm hubungan,
Mungkin ada masanya terjadi k0ndensasi air mata mahupun gerhana seketika,
Itu membuat kita smakin kuat,
Agar tidak trlalu leka,
Ucapan maaf peneman setia,
Insya Allah, sem0ga di berkatiNya...

15 Jun 2011, 8.14pm
Nukilan Akashahkassim a.k.a serikandi

'Entry' kali ini, kasha buat khas untuk teman-teman yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan dalam menghasilkan karya.. k0rang memg best! sekian...
Reading Time:

Tuesday, May 24, 2011

kata makrifatku
May 24, 2011 2 Comments
Usah terlalu mengharapkan sesuatu yang mungkin tidak akan tercapai dek tangan,

tapi hargailah apa yang telah berada dalam genggaman.

Janganlah terlalu mengagumi pelangi,
Kerana ia sekadar ilusi,

Sebaliknya bersyukurlah apa yang ada pada diri,
Kerana ia akan menjadi lebih beerti...



kata-kata akashah aka serikandi

Reading Time:

Tuesday, March 29, 2011

JALAN CERITA INTERVIEW SPP -PPPT DH41
March 29, 2011 13 Comments
Assalamualaikum, buat kali ini nak citer sikit pengalaman masa pergi interview kat spp pada 29hb Mac 2011 di Putrajaya. Lama betul tak pergi sana sampai sesat-sesat terbabas. Ditambah dengan terminal bas yang baru di Bandar Tasik Selatan. Memang luas giler, jenuh gak nak berjalan, pastu mengada-ngada tak  nak naik lift, naik tangga, dapat la nikmat kesakitan kaki sekarang kan. Yang paling tak boleh tahan, boleh lak terlepas stesen, macam orang baru masuk bandar jer, hehe.Pastu gelak kat diri sendiri. Malam tu, penginapan dan makanan ditaja khas oleh kak Laily kat presint 9.huhu terima kasih ye.Selesa dan enak sekali. Tidur pon lena jer.Perut pon kenyang lepas sesat2 barat.


Esok pagi sebelum bergerak pukul 6.45pg, dapat lagi tajaan sarapan pagi milo panas.hehe.yang penting masa tu dah start sakit perut sebab nervous sangat. Interviewnye pukul 10, so lepak dulu kat JPA, tempat k.laily kerja, sempat online dan tengok berita terkini sambil menyuap karipap.(yg ni pon ditaja)hehe. Hati rasa nak pergi ke tingkat 2 bahagian kaunter (jenguk tempat keje lama) tapi rasa nervous nak interview mengatasi segalanya, so biarkan je la. Sebelum ni pernah kerja kat bahagian pencen menguruskan fail-fail pesara kerajaan (khidmat singkat)

Akhirnya, dalam pukul 9 gitu sampai kat kompleks JPM, amik pass terus gi kat blok b3. sampai je, die soh susun sijil ikut surat. Nasib baik dah susun siap-siap kat rumah, kira tak banyak nak kena buat sementara tunggu die semak. pastu jumpe Nas, die pon interview jugak tapi bilik lain. Kasha dapat bilik 10 dan ditemuduga oleh Tan SRi (die tak bagi tau nama) dan Tuan Syed Sheikh.Dapat tau plak just bilik tu je interview dalam bahasa inggeris. ok..bertenang.
Untuk sesi pukul 10, giliran no.2, masuk biase la, bagi salam dan die akan suruh duduk. (Jangan lupa senyum sikit walaupun senyumanmu palsu belaka)
Pastu bila dah duduk, Tan Sri tu terangkan sikit la pasal tujuan dan jawatan interview ni. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi a.k.a pensyarah politeknik. Ok la tak nak citer banyak sangat dan meleret2, ini adalah antara intipati soalan:-
  1. introduce diri
  2. working experience(ni memang sangat penting sebab kite mesti tau ape yang kite wat, so besedialah dari awal. Untuk bekas pelajar politeknik, kelebihan disitu sebab praktikal 5bulan di industri. Buat bisness online pon cerita je, dropship ke apa ke? Kasha ada je cerita jual bahulu online masa tu. Zaman tu bisness online baru lagi tak macam sekarang)
  3. Politeknik (komen sikit pasal pembelajaran di Politeknik sebab kasha lulusan poli jugak. Jadi sekarang, pembelajaran politeknik berkaitan TVET, baca sikit lah TVET dalam bidang masing-masing)
  4. Penyelesaian masalah (dia bagi situasi masa jadi pensyarah nanti, macam mana nak selesaikan)
  5. Sanggup ke posting jauh (yang ni sume tau kan jawapan yang paling tepat patut diberi. Walaupun 😨 bakal bahagiamu deritaku😂😂)
Time last nak balik, punyalah berjaga-jaga ingat ambil folder sijil, tapi bole lupa pula ambil handbag, haha so clumsy kan? Tan Sri tu tegur soh amik.Hehe malunyer.Insya Allah dah buat yang terbaik, sekarang hanya berdoa dan minta dimurahkan rezeki.
Bila keluar dari bilik, masing-masing pandang. Kenapa? Wei! Kena cakap english ke?kuatnya sampai ke luar dengar. Dah, kena mock teaching dalam tu dalam english.. Berdiri depan pintu. Berlagak macam dalam kelas. Jangan cakap slow2 katanya. Hadap aje lah.

Ada jugak kawan2 yang lain masuk bilik temuduga,
- kena tanya pasal Tourism Planning yang bayak step tu. Class en. Hafiz tu, memang favourite soalan time exam.
- Pasal produk pelancongan pon ada jugak.
- Kesimpulannya, takde pon pasal isu semasa. (tapi bersedia je la, just in case kan).
Persaingan ramai, kekosongan kita tak tau, so tunjukkan apa yang terbaik. Berdebar jugak, tak boleh yakin sgt, walaupun kita macam yakin jer dapat kan.
Doa je la banyak-banyak.Yang baca ni nanti doakan jugak yer.terima kasih dan Assalammualaikum.(skrg ni da ada kat bp, pk 5 tadi smpi, nak stay lama2 kat sana tak tau nakwat apa,baik balik)

Pesanan penaja:
- rajin2 le jenguk pengalaman orang lain sebelum temuduga. at least ada gambaran awal tentang temuduga. 
taklah terkejut dengan cerita org lain bila dah tibe kat putrajaya
- join forum khas ni. baca, sangat membantu:
pegawai pendidikan pengajian tinggi
- nak lagi baik, cuba dapatkann isu semasa, kabinet-kabinet Malaysia, pentadbiran,. lagi satu mesti la pasal politeknik @ kolej komuniti. 
- cer test sikit, Berapa jenis politeknik? ada berapa politeknik premier? ada berapa politeknik metro? Politeknik konvensional? heheh..

- nak pakai baju apa ye? ni biasa sangat orang nak tau. pakai la baju kurung bagi perempuan, sebolehnya tag nama pakai (tulisan putih, latar hitam), kasut tutup, blazer kalau ikut tatacara pakaian baju kurung tak sesuai dengan blazer. umpama macam pakai baju melayu ngan blazer. so, up to you lah.
Bila pakai macam tu aura pekerja kerajaan tu dah ada, sampai pegawai yang semak fail tu kata.. Awak dari jabatan mana? Huhu saya pernah berada di Jabatan Pencen. Tapi cerita lama encik😂😂. Jadi jangan malu2 nak ber OOTD macam pegawai kerajaan. 

Update 2019
Wah ini post kasha masa 2011.. Sekarang da berlalu 8 tahun pun. Alhamdulillah post ni antara entri popular menjelang temuduga SPP PPPT 41 Ya.

Alhamdulillah Kasha pon dah 8 tahun berada di sistem politeknik dan telah berkhidmat di 2 Politeknik berikut:
1. politeknik Ibrahim Sultan, Johor (2011-2017)
2. Politeknik Metro Kuantan, Pahang(2018-kini)
Semoga menjadi rujukan dan bekalan pahala untuk kita akan datang.

 lekat sini gambar interprem bersama pelajar. Bukan karoke.

Reading Time:

Monday, February 14, 2011

PUISI: MAAFKAN AKU
February 14, 2011 2 Comments


Maaf tika kataku berbisa,

Menoreh hati membekas luka,


Kerna aku bukan pujangga,

Alpa tika berbicara.



Maaf tika aku diam seribu bahasa,

Lenyap tanpa balas suara,

Enggan menghakis cerianya suasana,

Menyimpul rapat sukma di jiwa.



Biar kata mahu bicara,

Hiasilah ia dengan warna nasihat,

Berbahan akal sebelum hidangan,

Agar bunga kata itu berteraskan akhlak mulia.



Buangkannista dalam bicara,

Lenyapkan taut umpatan,

Ghaibkan kail hasad dan iri,

Bakal memancing mazmumah diri.


14/02/2011
nukilan asli
akashahkassim

kesinambungan puisi ni, cer click sini puisi maafkan aku 2







Reading Time:

Thursday, January 20, 2011

Akhirnya
January 20, 20110 Comments
Awal2 tahun ni, sibuk pila kasha posting tajuk akhir kan, hehe.takpe la kadang2 kite terlalu taksub dengan awal dan baru hingga lupa dgn akhir dan lama. tapi takde la dlm posting kali ni, kasha nak bagi definisi awal dan akhir mahupun nak berleter panjang lebar maksud baru dan lama. tapi cuma nak senaraikan jer apa yang kasha rasa melalui kata akhirnya...

  • akhirnya, sedar yang azam lalu tak dpt disempurnakan.
  • akhirnya, kasha tau Tuhan sedang menguji diri ini dengan ketidaksempurnaan itu, samada bersyukur ats apa yang ada.
  • akhirnya, soalan2 yang sepatotnya diajukan dan ada dlm kotak fikiran kasha sebelom ni dah pon ditembakl bertubi2.(pedihnya, Allah je yang tahu). Sedang belajar menerima dan untuk menjawab.
tu je la kot wat masa ni, tak de yang menarik lagi untuk diceritakan. berjumpa di post yang lain yer.salam awal dan akhir.



Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.