Jangan monyet! Jangan ... - corEtan akAsHah

Saturday, February 06, 2021

Jangan monyet! Jangan ...

Memandang pada lukisan alam seperti ini membawa ingatan saya pada satu cerita kanak-kanak yang sering dimainkan sewaktu kecil.
Ada seekor monyet yang sangat kelaparan terpandang sepohon pokok yang rimbun dengan buahnya yang kemerahan. Ia mahu makan tetapi dihalang oleh sang Kancil.
"Jangan monyet! Nanti kau menyesal."
"Aku tak kira. Dah berhari-hari aku tak makan."
Tanpa membuang masa, si monyet pun rakus memetik semua dan terus menelan buah tersebut dengan sangat gembira. Manakala sang Kancil hanya menggelengkan kepala.
Si monyet mula berasa tidak selesa. Panas dan pedih. Lalu menjerit dan dengan kelam kabutnya mencari air.
****
Haha bab dialog jangan monyet tu terngiang-ngiang tau dalam kepala. Sebenarnya ceritanya cuma pendek dan ringkas tapi ingin membawa pengajaran kepada yang menonton. Memang melekat dalam kepala cerita ni sebab berulangkali ditayang di kaca televesyen kotak masa tu. Haha dulu mana ada astro nak tengok Didi & Friends ke? Yang ada Barney & Friends atau cat & dog aje. Layanlah juga kartun anak-anak sidek, Usop Sontorian tu semua. Sape geng? Maknanya kita dah tua. Ok bye!
Beberapa pengajaran dalam kehidupan kita,
1. Jangan terlalu memandang yang hanya cantik luarannya.
Betullah lumrah manusia sukakan kecantikan. Tetapi ingat kadang kecantikan itulah yang melemahkan kita.
2. Jangan melihat siapa yang menyampaikan, tapi apa yang disampaikan.
Kurangkan perspektif memilih dalam menerima nasihat. Nasihat yang baik adalah dilorongkan keihklasan ketika menyampaikannya manakala diterima seadanya oleh yang mendengar.
Sekadar ingatan pada diri sendiri. InsyaAllah jika perkongsian ini baik dan bermanfaat, semoga menjadi satu asbab ke arah kebaikan.
Akashah Kassim
Februari 2021

#coretanakashah 

No comments:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.