November 2010 - corEtan akAsHah

Thursday, November 11, 2010

PUISI -PANDANG PERTAMA
November 11, 20100 Comments
sumber gambar:theinterns.net
Kadangkala,
aku suka pada pandang pertama,
Mampu mengundang cahaya ceria,
Tak padat dililit selendang hipokrit,
Tak menipu, apa lagi meniru,

Di lain tika,
Aku benci tanggapan pertama,
Mengundang juraian air mata,
Bakal dikelabui fitnah dunia,
Membuku gelapnya mazmumah diri,
Haru-biru,menambah sendu...

Di saat itu pula,
Aku bersyukur dengan pandangan pertama,
Menyelamatkan diri dari kekal peritnya neraka, Walau bukan itu daku impikan,
Memimpin daku meniti titian indahnya syurga, dimartabatkan sebagai umat Muhammad...
Berkatnya pandangan, tanggapan pertama...


Dalam hidup ini, tak terlepas dek penangan pandang pertama,
Terpulang lah pada cara untuk menerimanya,
Diambil, dicicah menarik jadinya,
Dibuang, dijaja buruk padahnya,
NUKILAN asli dari akashah kassim.

alhamdulillah, stlh skian lama tdk brkarya, ktandusan ilham, trhasl juga sajak ni, trcipta akhrnya pandang pertama untuk renungan semua.
Reading Time:

Tuesday, November 09, 2010

PUISI KOTAK HATI
November 09, 20100 Comments
andainya hati ini petak,
inginku susun kemas,
rapat, tiada ruang..
agar tak retak,

Namun hakikatnya
hati sentiasa berubah,
Senang g0yah,
kiranya tidak dikukuhi dengan pentag0n iman.

bayangi jiwa ini
berbentuk sfera,
kubina teguh kakinya,
agar tak melayang, tak g0yang.

Kerna pastinya
Pada jiwa yang tenang
Bila disulami bulatan zikrullah,
JanjiNya dilindungi zon kasihnya Allah.

Jika nurani itu pula bersegi,
Perlu dijaga tiap penjuru,
biar tetap tak lopong..













-satu benda yg plg lemah bila cpta sajak ke puisi adlh nk letak tajuk nya.
-last2 redah je la.
Reading Time:

Thursday, November 04, 2010

weee
November 04, 20100 Comments
Dimulakan dengan lafaz bismillah, Alhamdulillah disaat ini masih sihat dan bernafas lagi hamba-Mu ini. Rasanya sudah lama tidak berganti huruf dan 'posting' yang baru. Sebelum itu, rasanye mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog ini yang sudi melapangkan masa menatap blog yang tidak seberapa ini.
Hari berganti hari, ramai rakan2 yang akan menukar status diri mereka sebagai isteri, suami. Almaklumlah, diri pon masing-masing dah stabil, eloklah dipercepatkan apa yang baik ini. Tumpang gembira buat rakan-rakan yer, semoga bahagia hingga ke akhir hayat dan selamat menjalankan tanggungjawab baru.
Tak kurang 2 hari lagi, Nurhidayah akan menamatkan zaman bujangnya, jadi posting kali ini dengan khasnya mengucapkan selamat pengantin baru buat dayah. Untuk dayah, jumpa di majlis kat kluang ye. Bestnyer, tunggu dayah upload pic yang kat Perak, tak dapat gi L.
Yang ini plak pic edit.Hmm masa ni, makan kat sek7 ngan dak2 class HM221. Cantik kan..kan..hehe baru abis presentation gak masa ni malam2. MAkan2 dan yang penting ada the ais. Rindu la jugak.
Buat masa ni, jual bahulu online jer. Tolong promote kat blog, FB, dan apa2 laman web yang difikirkan ssuai. Yang part paling best ialah masa packing ngan penghantaran. Hehe, memang best sangat rasa mcm businesswoman pon ada. Alhamdulillah jugak sebab bahulu ni dah smpai ke Sabah atas order dr Ana. Kebetulan die kat sana.
Tu je la buat masa ni, nak berkarya belum ada idea lagi
Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.