2019 - corEtan akAsHah

Thursday, December 26, 2019

Riadah @ Zoo Johor
December 26, 20190 Comments

Cuti seminggu dengan harapan nak bermalasan dalam pondok batu nampaknya terpaksa dilupakan apabila deretan anak buah-buahan  buah ko mula merengek.
"Bosanlah, bila nak jalan?"
Tak boleh fikir nak bawa pergi mana bila dapat soalan cenggitu. Pergi mall kang risau tambah statistik kanak-kanak hilang. Masing-masing tu kemain panjang langkah. Nak pergi pantai, leceh pula kalau hujan, hadap air naik.
"Okay, esok kita pergi jalan"


Setelah tengok post Ustazah Rohamiah yang bawa family ke Zoo dalam facebook, hakakdecide, bawa pergi zoo je lah. 
Snap sikit depan pintu masuk sebelum bergerak ke dalam. Jemaah dalam kereta 1(hakak yang pandu).
Berjemaah 2 kereta, dari Pasir Gudang bawa barisan serikandi dan hulubalang dan 1 kereta dari Batu Pahat. (Yang ini tiada dalam gambo) sebab belum sampai masa. Halim amik gambo pon xde dalam ni

Waktu Operasi Zoo Johor
8.30 pagi-5 petang.
Duduk lah selagi sanggup seharian berkenalan dengan haiwan yang ada dalam zoo.
Kanak-kanak seronok lah, hakak layanz aje. Cuma bab kena menapak naik tangga kita biarkan mak dia jadi tour leader. Hahah.

Sesuai je bawa pelawat berkerusi roda. Ada laluan yang boleh tolak kerusi roda. Kecuali bahagian yang kena naik tangga tak semua kawasan tapi cukup untuk buat beratus kaliri terbakar. Hahah.
Entrance fee
Rm1- kanak-kanak
Rm2- dewasa
Antara harga tiket zoo paling murah dan berbaloi untuk bawa seangkatan rombongan. 
sebab bila dah penat pusing dalam tu, perut dan tekak mula minta diisi. Adalah beberapa gerai makanan dalam tu  Yang gedik-gedik punya makan cucuk-cucuk pon dah dekat rm60. Layanz je la. Rezeki dikongsi bersama.
Aktiviti
Dengan keluasan 13.5 hektar, cukup untuk menghiburkan hati kanak-kanak dengan telatah haiwan-haiwan disitu. Nama je pergi zoo tapi tak ambil pon gambar sangat dengan haiwan kat situ. Nak tengok pergi sendiri.
  1. Sesi fotografi dengan burung rm5. Ada nampak hakak macam nature guide situ. Tengah buat sesi penerangan kepada adik-adik. Haha.
  2. Menunggang kuda rm6. Ada lah 2 ekor kuda bergilir menjalankan tugas.  Rupanya ada masa rehat 20 minit untuk kuda lepas bawa beberapa penunggang. Malas tunggu, jadi takde rezekilah diorang naik.
  3. Menaiki bot ditasik RM10 1 bot bolehlah muat dalam 4 orang penumpang. Yang ini memang tak nak bagi dia naik takut sibuk nak terjun kang kang tengah-tengah tu. Hahah. 
  4. Ada masa, dia keluarkan si ular untuk bergambar juga. Tapi kali ini datang tak jumpa plak.
  5. Ada taman permainan buaian, gelongsor, jongkang-jongkit. 
  6. Ada wakaf rehat di beberapa kawasan berdekatan gerai dan taman permainan.  
  7. Toilet pon boleh bawa bincang kebersihan dia.
Masing-masing tengah teruja nak suap makan unta. Haa masa ni ngah dari Batu Pahat dah pon sampai. Semakin meriah lah diorang. Unta ni makan kacang panjang. Bayar RM2 untuk secekak comel kacang panjang mampu memeriahkan lawatan anda. Masa tu je pon kepala dia akan tunduk elok dekat untuk sesi klik klik.
Kesimpulannya adalah perubahan dari zaman dulu dengan sekarang keadaan zoo tu. Bila eh last masuk zoo Johor ni?dah lupa dah.

Gambar kenangan
Ok, di pintu masuk ada sesi fotografi memang dia hajak pengunjung bergambar dan nanti bila nak balik boleh collect gambar yang yelah siap diedit berlatarbelakang grafik zoo.
Harga sekeping saiz separuh a4 gitu RM30(hard copy)sahaja.
Kalau combo 3, RM60 baru dapat soft copy. Ahaa. Begitulah kalau mampu silakan menyumbang pendapatan.
Benda boleh selfie, tak ralatlah tak ambil gambar tu. layanzz
Anyway, entri ini tiada la info sejarah atau fakta sangat tentang Zoo tertua di Malaysia ni. Jadi, nak tahu lebih mengenai zoo negeri Johor, sila follow facebook zoo ini di sini.

Okay bye!
Reading Time:

Wednesday, December 25, 2019

#pepatahmelayu
December 25, 20190 Comments
Bila musim cuti tiba, ramai model kat rumah. Yang peliknya suka sangat duduk main kat area tangga. Kita pula yang ngeri takut jatuh ke bawah. Jadi jari ni gatal nak tekan untuk klik-klik. Cantik dan menjadi gambarnya (ha bagi... puji diri sendiri). Sesuai pula dengan satu pepatah melayu nak kongsi hari ini. 
Hidup ini jangan terlalu asyik mendongak ke langit. 
Ada ketika, kita perlu tundukkan pandangan ke bumi. 

Setiap dari kita juga bermula dari bawah. 
Jadi tidak mustahil jika suatu ketika kita akan jatuh.
Sakit dan peritnya kita yang tanggung sendiri


Terjemahan
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
Translation
Turn not thy cheek in scorn toward folk , nor walk with pertness the land . Lo! Allah loveth not each braggart boaster .
翻译
你不要为藐视众人而转脸,不要洋洋得意地在大地上行走。真主确是不喜爱一切傲慢者、矜夸才的。
Reading Time:

Sunday, December 22, 2019

Buku relakslah! kini di bookstore
December 22, 20190 Comments
Satu kegembiraan apabila menulis bila buku tulisan kita dah elok tersusun di kedai buku.
Wah! bestnya. 
Masing-masing dah mula teruja selfie di kedai buku cuma hakak tak menyempat lagi.
JOM! tengok keterujaan kawan-kawan bergambar dengan buku ini.
Popular Bookstore Kuantan

  • Yang sebenarnya buku antologi relakslah pelancarannya kembar 3 bersama si purple ChaiYok! dan si buru Check it Out!

Popular Aeon Taiping


  • Terselit juga barisan buku Bercakap dengan Cermin di rak pertama iaitu 'Seadanya Kuterima. Untuk info, buku itu hadir bersama kembar 9. Heehe. Buku pon pon r adik beradik. Tengok bawah ni adalah barisan buku bercakap dengan cermin teratur je dia duduk.

Kedai Buku Popular Sunway Pyramid


Reading Time:

Monday, December 09, 2019

I miss the old of me!
December 09, 2019 4 Comments

Malam semalam
Ibu send gambar ini dengan ucapan
Baru betul senang hati terbang ke sana ke mari
Nak terbang, terbanglah!
Tiada siapa yang larang!
♥️
Ha sedap juga dengar ayat ibu. Macam tahu-tahu je apa yang kita tengah rasa
♥️
Tapi kan yang sebenarnya
I'm really miss the old of me
🤗
Hidup yang sebenar-benarnya
Dikatakan bahagia tanpa syarat.
Awak ...
🧐 Kita terlalu asyik memerhati
Sampai terlupa ada yang
MAHA KUASA di atas sana
memerhati hambaNya
Pada setiap lakunya
✍️
Tolong doakan semoga langkah seterusnya
2020 bukan langkah yang membawa derita.
🦸🦸🦸
I need to change something
Dah tua Kashah...
Gambar sekadar hiasan

Reading Time:

Tuesday, November 12, 2019

Nak makan mana?
November 12, 2019 4 Comments
Soalan nak makan mana biasa timbul bila nak cari makan lain dari biasa.
Begitulah kita bila yang diluar sana sibuk fikir nak masak apa
kita yang bekerjaya (cewah!) sibuk fikir nak makan kat mana?
"Kashah, kenapa tak menulis review makanan?"
"Ada sebab kenapa. Risau pula yang ibu-ibu mengandung teringin jauh pula nak mencari. Itu kalau ada bajet nak cari. Yang takde bajet. Ha nak wat cane?"
So kita tak nak lah post kat facebook, post blog kurang sikit audiencenya.
ok hari ni, nak share breakfast kat kedai rnr bertentangan betul dengan Sentral Hotel Kuantan. Area jalan besar. Sederet lah dengan Kula Cakes tu.
cukup jelas dah tu gambarnya. 
Kedai owner melayu. Boleh parking depan kedai atau parking sebelah kedai Lian Lee tu, banyak parking situ. 






 Kashah nak highlight 2 menu kat sini iaitu
 roti bakar kaya dan lempeng kelapa
 Sebenarnya Kashah bukan peminat lempeng kelapa.
 Biasa makan lempeng tampal ke?
 Tapi sini takde pula. Jadi Kashah tak order yang ni.
Merasa sikit dari pinggan Kak Dayah.
 Hehe ye ke sikit :)
 Lempeng kelapa dia cicah sambal telur, sambal sardin dan kuah kari
Rasa dia?
Nak bagi 4 bintang
Garing dan tak tebal sangat. Elok je lawan dengan sambal telur tu. 
Cuma kalau kashah, nipis lagi pon sedap.
Hah. Inilah roti kaya dia,
Menu pilihan pagi ini lawan kopi O
Kalau tak makan menu lain tak cukup 1 set gini, kena lah order lagi 1.
hehe.
 Merecik tak?
Cukup garing. Katanya kaya tu owner ni buat sendiri.
Inilah menu kedua Kashah. Nasi impit, Kuah Kacang + Ayam Goreng
Boleh tahan rasa kuah kacang dia. Layanzz.
Kalau ada lontong kering ke lontong goreng lagi best.

Harga?
Alamak tak tahu harga, sebab Kak Dayah belanja. Hehe
Semoga dimurahkan rezeki.
Tapi kalau makan bertiga
Nasi Air
Nasi impit, kuah kacang, ayam goreng
Lempeng Kelapa
Roti Kaya
Air Kopi
Air milo kosong
Air Teh O
semua sekali rm19.50
Reading Time:

Monday, November 11, 2019

Kursus PPK MICE
November 11, 2019 2 Comments
Kursus Program Peningkatan Kemahiran

Meeting Incentice Convention & Exhibition (MICE) @ PSMZA


Acara wajib, bukti ya dah complete PPK. 
Penerimaan sijil PPK dari Puan Gee Hassan. 
Senyum-senyum juga, mata mana mata 

Nak 'throwback' tugasan kumpulan MICE pada hari terakhir kursus. 
Ini adalah satu perkara 'unsangkarable' yang berjaya terhasil dalam 4 hari.
Bermula dengan site visit, discussion dan jadilah mock-up event gitu.

Salah satu kriteria penilaian peserta dimana tugasannya adalah untuk melakukan 
simulasi penganjuran event dan telah memilih untuk menganjurkan 
"Majlis Pelancaran Produk Madu Kelulut - Bee 🐝 with You" - 
produk inkubator PSMZA 

Layan aje lah ... Sporting je semua melayankan event adhock.
Biasalah sinonim poli pon dengan event ad hock. hahah
apapun 
Syabas kepada semua ahli kumpulan

Setiap orang punya kelebihan masing-masing dan telah dipergunakan sepenuhnya.

Nia Ilyani, Akashah Kassim, Lynn Nadzari, Leen Hassan, Najiha Kamdi, Rina Ilyana Zainal, Amizah Bt Mohamed, Salina Sipellizan, Rahimi Shahimi, Faizul Norudin, Junainah Johari, Helen Lau, Effa Izzati, Asyraf, Kayzie Rahman, Nurul Izzah,

dan tidak lupa kepada penceramah kursus 3 hari

Gee Hassan
Reading Time:

Monday, November 04, 2019

3 PENYERI 2019
November 04, 2019 5 Comments
Alhamdulillah ...
Penutup 2019 bakal berakhir dengan kelahiran 2 lagi 'baby' melengkapkan kepada 3 hasil karya seorang akashah kassim. Ketiga-tiganya masih buku berbentuk antologi iaitu gabungan kisah-kisah penulis yang disatukan dalam 1 buku.
Asyik fikir macam mana nak susun 3 buku ni. Sebenarnya nak tukar header facebook. Akhirnya berjaya dan beginilah rupa bentuknya.
Feeling-feeling sangat kan? 
Untuk seorang Akashah, tak apalah klu tak dapat jalan jauh-jauh sebab ada 3 penyeri ni menghiburkan hati. 
Ini buku pertama
Hasil Seminar Penulisan Mega Bonda Nor 2018.
Menulis 1 bab dalam buku ini berjudul
 'Sabar Tahap Tinggi'
Alhamdulillah rezeki Allah beri
 antara MPH weekly bestsellers.
Tangga ke 10 terlaris.
Tak apalah ke 10, tapi buku ini tetap nombor 1 dalam hati
Rasa apa? 
Manis sangat. Istimewa betul.
Terima kasih atas sokongan semua pembaca dan pembeli buku ini.
Terbitan Galeri Ilmu
Buku ini merupakan 
SIRI BERCAKAP DENGAN CERMIN
jadi ada 9 beradik macam dalam gambar diatas
Buku kedua Kashah
Hasil menghadiri Bengkel Suntingan Karya Bonda Nor 31 Ogos yang lalu
Buku kali ini, semua penulis menghasilkan karya dengan memegang topi 'editor'.
 Agak tebal berbanding buku 'seadanya kuterima'.
Ada kisah dan tips dikongsi bersama. 
Menarik dan boleh jadi panduan bersama.
Ya. Memang kata-kata ini nampak seperti mudah membuai emosi kita. 
Tapi dengan kata-katalah buat penguat semangat seseorang dalam hidup.
Kali ini tajuk yang kasha tulis ialah
'Kilauan Tekad'
Relakslah!
Benda boleh setel, buat apa nak menyerah
Tunggu tau! Pelancaran akan berlangsung pada
16 NOVEMBER 2019
dalam Seminar Melentur Hati Profesional
Terbitan Galeri Ilmu
Jom tengok video promosi sikit, 11 hari je lagi tu.
dup dap dup dap.
Pelancaran bersama 3 beradik buku bertemakan
Inspirasi Dai'
Ada 3 tangan comel pada setiap cover buku bersiri ini.
RELAKSLAH : RM27
CHAIYOK : RM25
CHECK IT OUT : RM20

Ini penulisan magik nampaknya.
26 Oktober berbengkel Penulisan di Kuantan,
dalam masa 1 hari kena hantar draf idea kepada penyelaras
dan ada lagi berbaki 4 hari untuk siapkan karya.
Satu hasil karya bertemakan Bahagia Tanpa Syarat,
agaknya apalah kisah yang kasha bawa agaknya.
Memang sangat dekat dan dah sebati dalam diri.
 Masih dalam proses suntingan lagi sebenarnya
 dibawah penyelaras, encik bomba Tn Zulkifli Che Noh.
Berbeza dengan 2 buku sebelum ini,
 buku ini merupakan projek swaterbit bawah Bonda Nor Resources.
Pelancaran akan berlangsung pada
 30 November 
dalam Seminar Penulisan Mega Bonda Nor 2019 
buku ini pon ada adik beradik juga lagi 2 
cuma tak reveal lagi cover buku dia
dengar kata cover ni yang pertama siap berbanding 2 buku seterusnya

Alhamdulillah. Ada penawar dan penyeri
 tahun 2019 menutupi kisah 2018 pada setiap kesakitan yang kita tanggung.
Tapi harap penawar yang sebenar akan muncul satu hari nanti
Doakan yang baik-baik buat diri kita.
Reading Time:

Tuesday, October 22, 2019

Kursus Renang
October 22, 20190 Comments
Sebelum ni Kasha ada share pasal aktiviti renang di Kolam Akuatik MPK, Kuantan.Tak baca lagi? rujuk sini.  
Jadi, dah setahun berlalu baru nak laksana kursus renang mengikut teknik yang betul.
Kursus kompetensi renang. Belah kiri tu coach Alias, jurulatih renang. Yang belah kanan tu sebenarnya dah layak jadi jurulatih dah. tinggal takde sijil je.

Eh, bukan Kasha dah pandai berenang ke?
Dulu mula-mula kerja, ada je kursus asas renang dengan Wet Station. 4 hari siap ada test lagi. Tapi tulah lama tak buat, lupa. heheh Kemahiran macam ni, selalu cepat lupa cara. Lebih- lebih lagi bila dah lama tak praktis. Ye la rumah takde kolam renang. Setakat gaya bebas atas katil je tak ke mana. hahah \(,")/. Snorkeling kat pulau pon pakai life jacket. Diving pakai Portable Float Device, PFD. 


Belajar kat mana?
Kompleks Akuatik Majlis Perbandaran Kuantan
ada coach yang boleh ajar kita berenang. (sebenarnya boleh request coach perempuan dan sesinya adalah pada pagi isnin)
4jam = RM80
Sijil   = RM10
video kursus renang 2 hari
Hari pertama buat sesi pagi, jadi kolam renang tu kami 10 orang yang punya.
Hari kedua terpaksa buat waktu petang sebab pagi ada jaga exam. Jadi meriah lebih la kolam tu. Masa tu lebih pada menyelamat.
Video ambil atas darat je lah sebab takde kamera air. Kalau tak dalam air pon jadi under water photography. heh?bila nak ada ni.
Anyway kat sini tak boleh ambil gambar pon. tapi coach ada tanya ok x kalau rakam gambar. Semua kata ok, so dia on je.
Dapat sijil, jangan sampai lupa berenang lagi
letak susun sijil renang kat sini. 
4 jam latihan berenang - asas renang dan latihan asas menyelamat.
2 jam pada 22 Oktober, 2 jam pada 24 Oktober, sebenarnya macam lebih je duduk berendam dan 'kecebur' dalam kolam tu. Selesai kursus KUDAP untuk 10 orang. 
Ok sekian sahaja perkongsian kursus renang yang sekian lama paperwork lulus tapi kali ini baru berjaya nak laksana. itupun terpaksa menyelit dalam sibuk isi markah Penilaian berterusan.
Reading Time:

Sunday, October 20, 2019

Blogger dashboard baru
October 20, 2019 2 Comments
Bismillah ...
Lama dah tinggal blog tak berposting bila sibuk dengan kerja-kerja duniawi yang tak pernah habis. 
Tup tup
Tengok dashboard blog dah bertukar rupa.
Bagi yang tak tau, sebenarnya dashboard ialah platform pengguna blogger untuk mengurus posting dan setting blog masing-masing.
  1. Boleh tengok posting terbaru berapa view. Ni kes malas nak promote. Gitu laa ... 
  2. Status terkini viewer masuk blog kita ikut hari, minggu, bulan dan selama blog ni hidup. (hai semua jenguk je, tak komen pon. Ok bye!)
  3. Post paling popular pon boleh tengok. (nampaknya pengalaman interview jadi PPPT paling banyak viewer. Selamat datang bakal pensyarah Politeknik)

Ahaa itulah dia rupabentuk dashboard baru tu.
Dalam 1 minggu, ada 429 view. Walaupun blog bukanlah sepopular blogger ternama Malaysia, ada juga orang sesat masuk.
Cuma bezanya blog ni 429 view 7 hari, blogger hebat 429 dalam 7jam,  atau 7 minit.

Harap-harap kehadiran tersebut memberi manfaat kepada pembaca bukan sebaliknya. Sebab cara penilaian kita berbeza.

Apapun chill aje lah korang. Tak payah nak serius sangat. Penat weh!!
Reading Time:

Thursday, September 12, 2019

Tak suka? scroll down je
September 12, 2019 2 Comments
Tak semua yang kita buat orang suka
Kadang disindir-sindir, dijaja merata
Tak suka tak apa
Scroll down je 

Tak semua yang kita post kena mengena
Dengan diri kita
Ada masa suka-suka merekacipta
Berdasar apa-apa sahaja
Tak suka tak apa
Scroll down je

Tak semestinya mengayat
kena berjela-jela dan berbunga-bunga
Straight forward aje
Tak suka tak apa
Scroll down je

Tak semestinya bergelar penulis
Sentiasa bertindak sebagai penglipurlara
Asyik berbahasa melere-leret jadinya
Tak suka tak apa
Scroll down je

Tak semestinya menulis biasa-biasa
Tanpa ada mesejnya
Dikurniakan idea dari Yang Esa
InsyaAllah guna sebaiknya
Alhamdulillah semoga istiqamah

Tak suka tak apa
Kita santai-santai aje
Bahagia kita yang pilih
Nak terlalu fikir apa orang kata
Atau biar serah segalanya pada Pencipta
Allah kan ada

(akashah, 2019)
Reading Time:

Sunday, September 08, 2019

Posting pembaca Seadanya Kuterima
September 08, 20190 Comments
Bismillahirrahmanirrahim

Sekali lagi entri dibawah #kashabuku. 

Siapa yang biasa jengah blog Kasha ni boleh perasan, entri yang ada ni kasha kategorikan kepada beberapa bahagian. Jadi pergi sahaja ke tab berkaitan untuk yang berminat membaca entri mengikut kategori-kategori tertentu seperti dibawah. Jadi #kashabuku boleh klik kat tab Ulat Buku
Jadi kali ini Kasha nak kongsi beberapa gambar menarik untuk karya Kasha. Ala-ala testimoni punya gambar lah. Seronok rasanya bila ada pembaca yang post mengenai buku kita kan? Lebih-lebih lagi apabila gambar cantik dikepilkan bersama. Perasaan teruja tu akan berganda-ganda.

Sejenis yang pantang tengok gambar cantik, bila dah terjumpa tu. Sekejap-sekejap itu juga kita guna snipping tool buat modal menulis di blog yang lama menyepi ni. 

Kredit kepada Kak Norlaily Ibrahim - kenalan semasa Kashah kerja sementara di Bahagaian Pencen Putrajaya.

Alhamdulillah, ada tulisan-tulisan kita yang boleh dijadikan pegangan bila berhadapan ujian. 

Yang ini memang special delivery kat beliau. 

Kredit kepada En Shahrul Azman - satu tempat kerja. Suka tengok gambar tempat dia pose kan buku tu. hehe

Quote dari naskah 'Seadanya Kuterima' dikepil bersama Masjid Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu

Buku 'Seadanya Kuterima' posing cantik atas basikal


Agak- agak terjumpa lagi lain kali, insyaAllah Kashah update lagi sebagai koleksi peribadi. Atau ada sesiapa yang terjumpa, boleh emailkan terus ke alamat email kashah akashahkassim@gmail.com


Reading Time:

Friday, August 09, 2019

Feeling Ahli Sains @ 10 Gram Cafe, Kuantan
August 09, 2019 2 Comments
hasil order kat kedai.


Petang semalam selespas habis kerja, hajat hati nak buat balancing tayar tapi bila hajat lidah nak rasa coffee kat cafe hipster ni ha. Jadi hakak ketepikan tujuan sebenar tadi. hahah. tiba-tiba steering kete elok je membelok ke arah Air Putih. 
Alamat dia kat bawah ni, tapi kalau da ada waze tak pandang dah alamat tu. Taip je elok-elok kat apps tu 10 Gram cafe
10 GRAM
B-2, Jalan Air Putih, Kampung Air Puteh, 25300 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi 8.30am - 11.00pm
Kafe berkonsep semi-self service. 
BAYAR dulu baru makan. Dia bagi kita menu, bawa SENDIRI order ke kaunter dan tungu di meja untuk order yang dipesan sampai. Sambil tu tengok la dekorasi kedainya. Hipster katanya.
banyak lah hiasa dinding dia boleh buat port bergambar selain seekor rusa buatan di muka pintu
Menu kedai ni ada western dan eastern. tapi tak tahu lah signature kedai ni apa sebab kat menu dia takde thumb signature atau chef choice ke. Cuma yang menarik air ala-ala ahli saintis dalam balang-balang silinder yang biasa jumpa dalam makmal kimia.

air ala-ala makmal ni harga dia harga makan gaji RM18

hah dia susun tu.. dari kiri (eh kalau tengok video dari kanan susu, cokelat, ketulan ais coffee, soda, hazelnut, kelapa. Bagi berangan konon-konon ahli sains. masuk sana sini..sudahnya pahit. haha
ketulan ais coffe + susu = latte
ketulan ais coffee + susu + cokelat = mocha
tapi dicadangkan letak coffee + susu je la + hazelnut ala2 picagari tu nak bagi manis sikit
soda dan kelapa pada kasha rasa pelik. tapi dah terletak sikit. tunggu dia turun. minum yang atas je

Kes nampak orang post.kasha pon sibuk nak rasa gak.
bole #sayasudah.

Reading Time:

Sunday, August 04, 2019

Bukannya Kuat Sangat Kita Ni
August 04, 2019 2 Comments
Bukannya kuat sangat kita ni. Kita sedih, kita kecewa, kita marah, kita menangis. Biasa! Sebab kita manusia biasa.
.

Tapi apa yang boleh menghalang kita daripada terus bangun setiap hari, mandi, makan, solat, bekerja dan meneruskan segala rutin harian seperti biasa?
.

Tak ada pilihan! Kita akur saja menyeret luka yang masih berdarah menjejes ke tanah. Kita pura-pura tidak nampak parut semalam yang sudah kering lukanya tetapi ngilunya masih terasa.
.

Kita ketap bibir kuat-kuat sambil cuba melangkah lagi penuh semangat.
.

Bukan sebab kita hebat. Tapi sebab kita ada iman. Sebab kita penuh percaya bahawa kematian bukanlah penamat segala kedukaan. Kita tahu bahawa sebaik sahaja mati, kita bahkan mungkin berdepan dengan sesuatu yang lebih dahsyat daripada ini.
.

Dengan amalan kita, dengan dosa-dosa kita selama hidup di dunia, kita pun tahu apa yang mungkin menanti di alam sana. Ngeri!
.
Sebab tu kita terus bertahan hari ini. Bukan sebab kita kuat, bukan sebab kita tabah dan bukan sebab kita hebat. Tapi sebab iman. Sebab rasa percaya pada Tuhan. Pada pembalasan!
.
Justeru hari ini, kita bangkit dan berjuang lagi. Mencari-cari apa yang boleh kita sumbatkan ke dalam lohong dosa itu agar tidak lagi berbau. Mencari-cari bunga pahala paling harum di dunia untuk menjadi tiket masuk kita ke sana. Ke syurga. Selagi bernyawa, kita terus mahu perjuangkannya! .

#BondaNor

Copy paste dari facebook Bonda Nor
Reading Time:

Saturday, July 20, 2019

Seadanya Kuterima @Tamu Hotel & Suites KL
July 20, 20190 Comments
Alhamdulillah.. Diberi rezeki bercuti 3hari 2malam (baca bekerja sambil duduk hotel cantik) di Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur. Ketinggian hotel sehingga paras 27 membuatkan hakak tidak melepaskan peluang untuk bergambar cantik-cantik disini. Hari-hari usha kat mana boleh pose buku kesayangan.
TQ sudi dapatkan buku kasha kepada Dr. nurul, Salina, Mazlina
Background belakang ini dining hal- breakfast, lunch dan dinner di aras 27.. Feeling-feelinglah makan sambil pandang cermin sebelah nampak menara landmark ibu negara. Pasti setiap kali tu jugak nak duduk tepi tingkap. 
Dalam hati pula terfikir
"eh kenapa aku sorang je ke yang excited.nape orang lain macam tak teruja pon?" abaikan kasha. Bagus juga takde la penuh seat tepi tingkap.
TQ juga kepada Norli yang turut sudi mendapatkan buku kasha
Ini pulak di aras 14, sebelah bilik seminar. Bila pk10 pagi, 4.30 petang dan 10.30 malam dapatlah lepak sini sambil minum air panas. Haish penat-penat menghadap laptop keyin koding..nampak kolam rasa nak berenang aje. 
"aduhai nape ko tak bawa baju renang?" tengok aje lah.
Sebenarnya kolam dia macam S Shape.. Ada  ruang tersorok sikit. Amik gambar pon cantik kat kolam. 

Ini berada di bilik seminar  aras 14. Dari pagi bawa ke malam. Habis kerja, kena lah selfie jap ngan buku. Kasi up mood sikit. 
Keje tak pernah habis, kan?
Ini view dari meja makan, aras 27. Sambil tunggu makanan siap. Kita selfiekan buku. Tapi tak dapat area terang.. Camera kita tak canggih.
Sebenarnya cita-cita nak bawa je buku ini kemana-mana. nanti bila orang tanya, tadaa. Ada je ni ha.. Gitu..
Itupon belajar dari rakan penulis yang sentiasa standby buku dalam bonet kereta. so hakak follow je lah. Setiap kali outstation mesti nak bawa sekeping dua.
Menginap di aras 16. Itupon naik lift rasa goyang juga. 1st Day pon kejap2 rasa puyeng aje kepala. "jakon" sangat rasanya duduk tinggi-tinggi ni.
Tak dapat swimming, posing pon jadiklah
Sebenarnya bangunan hotel ni ada sampai level 40. Ada sky lounge kat level 40. Wah bestnga. Tapi minimum price die pon dah tahap 4 angka.. Hakak berangan sampai tingkat 27 je la. Itupon JPPKK belanja. Fuh berpeluh tengok harga dia.
Anyway siapa yang nak stay sini. Government rate untuk sebilik ialah RM220. Boleh lah layan sambil tengok view kota raya.
Cantik ke viewnya? Tak cantik sangat. Sebab ada pencemaran bangunan tak siap. Bangunan sape tu? Opps no komen.
Kan.. Jadi bangunan jagung tak nampak penuh. Pengalaman yang tak best bila call grab kat area KL ni. Demand wei. Grab driver cancel trip sampai 2x. Lain macam grab kotaraya. Hahah. Tak pernah lagi experience macam ni kat tempat lain.
Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.