May 2020 - corEtan akAsHah

Sunday, May 31, 2020

SOALAN LAZIM KELAS DALAM TALIAN
May 31, 2020 15 Comments

Alhamdulillah, dah seminggu pun kita berada dalam bulan Syawal. Mood bekerja dah mula sampai bagi yang bekerja hari ahad.
Masanya dah sampai walau tahap malas engkau setinggi gunung. Jalan terus! -Akashah Kassim- 
Bila mood dah sampai, banyak kali dapat soalan sama dari rakan sejawat berkenaan online class. Yelah bagi politeknik, pengajian akan bermula bulan Julai ini dan sesetengah pelajar dari pengajian akan dilakukan secara online khas bagi kursus teori sahaja. Manakala praktikal akan berlaku secara face to face seperti biasa. Untuk lebih lanjut, tunggu kenyataan media dari Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti beberapa hari lagi.
 

Jadi sebagai cikgu online, kita jadi kaunter pertanyaan jap. Tak arif  tapi ada input boleh dikongsikan bersama.

KELAS DALAM TALIAN @  ONLINE CLASS
Nak tanya ni, 
1. Kasha selalu buat online class guna apa ya?
2. Antara yang banyak-banyak medium online tu, mana yang paling mudah digunakan? Nak cari kaedah yang mudah dan user friendly
3. Pc di pejabat dan di rumah tu tiada kamera, jadi boleh cadangkan nak beli apps apa untuk guna bagi online class. Lebih-lebih lagi untuk nak mudah adjust2 kamera utk tunjuk jalan kira ke?


pening mikirnya😔😔

Jawapan
SOALAN 1
1. Untuk alat yang digunakan, biasanya Kasha guna dua ni je. Laptop dan smartphone. 

Tambahan accessories untuk nampak lebih pro ialah 
- lampu bagi lighting visual cantik, terang dan jelas
- microphone. Penting bagi audio yang jelas. Sekurang-kurangnya earphone yang biasanya kita dapat masa beli smartphone sudah memadai. Kalau ada bajet lebih beli la external microphone untuk audio lebih berkualiti.
- Meja khas untuk meletakkan laptop dan alat tulis. Meja tu elok untuk  diselaraskan paras mata kita dengan kamera laptop
- Green screen untuk tukar visual camera background. Nanti takde lah Serabur background bersepah kat rumah
Ini contoh visual background pink yanh kasha guna. Tak guna pon green screen tapi cuma perlukan dinding warna plain.

- Tripod atau pemegang smartphone. Tujuan dia supaya camera kita stabil dan elak scene camera jatuh. Sudahnya kemurungan sebab screen pecah sewaktu live.


SOALAN 2
2. Medium online
Bagi perlaksanaan penilaian bergantung la kesesuaian

a)portal online institusi
- gunakan sahaja platform ipt yang dah tersedia. Kalau politeknik, dia ada CIDOS. Gunakan sahaja semua aktiviti yang ada dalam tu.
- beri instruction, nota, video, quiz dan sebagainya menggunakan medium tersebut.
- Pensyarah dan pelajar dah biasa cuma kadang tersekat sedikit oleh limit data capaian. Boleh kemurungan khasnya bila semua user politeknik login pada tempoh masa yang sama. Haha

b) Google classroom

- Bila kita ada account google, boleh la linkkan dengan google classroom ni.
- boleh simpan nota, bagi arahan dan sebagainya.
- perasan cikgu sekolah banyak guna platform ni 
- cuma gunakan lah akaun gmail khas untuk ni, sebab limit kapasiti bagi 1 account cuma 15Gb. Kalau nak beli la google suite. Kapasiti lebih tinggi.
- ha google ada 1 apps lagi untuk live conferences iaitu google meet. Cuma macam tadi limit penggunaan nya hanya pada trial 7 hari.

c) Padlet.com

- konsep dia macam whiteboard tapi lebih interaktif
- sesuai untuk tugasan forum yang mana kita perlukan pelajar untuk bagi respon bagi sesuatu topik.
- pensyarah dan pelajar boleh upload dokumen dan apa sahaja sumber dalam padlet termasuk video, pdf, external link
- pelajar juga boleh komen posting pelajar lain. Lebih kurang kat facebook la, boleh like, comment, emoji gitu.
- Kasha pernah tulis berkenaan padlet ni di http://akashahkassim.blogspot.com/2018/02/padlet-class.html?m=1

d) Kahoot -
- sesuai untuk buat quiz online
- biasa buat live kan dalam kelas tapi ramai yang tak perasan kita boleh setting buat as homework.
- cara bina soalan kahoot, kasha pernah rakamkan dalam youtube di link ini
https://youtu.be/Y72BYx5AmIg

3. Telegram
- ini pon boleh khasnya untuk video submission atau file bersaiz besar.
- nak bagi info pon boleh sebagai reminder.
- cuma bila kita guna apps ni, bersedia untuk data tersimpan dalam smartphone.
- ya memang semua tu tak terpapar dalam galeri sebenarnya dia akan tersimpan dalam file manager. Jadi smartphone akan jadi slow dipenuhi video dan media file lain.
- Jangan kemurungan sudah.

4. Closed group facebook / instagram
- ni boleh buat live, simpan nota
- sesuai untuk khas by class subjek 
- Ig live tu elok lah sebab student memang suka media sosial yang satu ini 
- ye la, account facebook ni untuk orang-orang tua katanya. Hahah 
#seadanyakuterima

5. Live conference
Ada banyak cara untuk buat live conference mengikut kesesuaian. Sesuai untuk buat presentation
- zoom 
- microsoft team
- webex
- big blue button (ini dah ada dalam cidos activity)
- dan banyak lagi

Masa awal-awal PKP ramai sangat guna zoom ni sehingga ada isu security apabila sign-up menggunakan facebook. Google je isu zoom ni mesti ada.

Tapi sebenarnya semua apps yang kita guna ada potensi untuk diceroboh sebab kita dah allow dia buka kamera, galeri dan sebagainya semasa memulakan penggunaan.

Jadi apa-apa sahaja penggunaan, boleh gunakan tips ini
1) sign-up menggunakan email bukan akaun media sosial
2) klik button log out sebaik tamat penggunakan
3) baca setiap apa yang kita nak klik tu betul-betul. 
4) jika anda admin, approve hanya orang yang dikenali sahaja untuk masuk ke dalam meeting room.
5) kalau ada laptop, gunalah software laptop.

Tambahan bagi penggunaan web apps
Jangan lupa clear cache history dan tickkan password lebih-lebih lagi bila menggunakan device orang lain.

SOALAN 3
untuk PC yang tak ada kamera, boleh beli external web cam untuk dipasangkan bersama pc tersebut.

Banyak je dekat online ada serendah rm30 tapi kalau tak pandai guna baik terus beli di kedai.  Orang kedai boleh ajar cara guna dan kalau ada kerosakan boleh terus ganti.

Ok, banyak sebenarnya apps dan tips online class ni. Boleh jadi novel kalau tulis semua. Mungkin ada yang nak tambah boleh komen di bawah untuk sama-sama kita kongsi.

Sini senarai online tools lain yang boleh guna
1. Google form (jawab survey, buat soalan) 
Lihat sini http://akashahkassim.blogspot.com/2019/06/jom-urus-order-guna-google-form.html?m=1
2. Anyflip - jadikan pdf seperti majalah boleh selak
3. Qr code - buku program
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221918524540172&id=1470930482

Ok itu sahaja. Rasanya dah panjang entri hari ini.Terima kasih sudi singgah



Reading Time:

Wednesday, May 27, 2020

Salam Aidilfitri 2020
May 27, 2020 2 Comments

Lebaran kali ini 
tidak serupa seperti sebelumnya
Malah Ramadhan kita 
yang baru lepas juga berbeza dirasa

Saban hari
Satu demi satu nikmat 
yang biasa kita amalkan mula ditarik
Puluhan larangan 
mula di bangunkan 
Antara paksa atau rela
Keresahan bercambah 
kebanjiran statistik dan fakta 
kematian merundung kesedihan
tersiar di kaca televisyen 
bukan lagi perkara mengejutkan

Ah! 
Penuh ...
Biar beribu pun kisahnya
Baik dalam tangis dan tawa
Pahit ... Perit yang dirasa
Kerana rindu ini bukan sedikit
 Apalagi mahu di buat-buat

Tapi
perlu diingat yang rasa ini
Bukan cuma kita sahaja yang rasa
Betapa ramai yang terluka
Malah ribuan barisan hadapan
Berkorban dan merindui keluarga
Demi kesejahteraan berjuta nyawa

Namun bila tiba saatnya
Seia sekata
Hari kemenangan tetap kita raikan
Saat Ramadhan berlalu 
Syawal mula mengganti tempatnya

 Walau apa apa terjadi
💓Tunggu dan bersabarlah
Doa dipanjatkan- Jangan pernah berhenti
Semoga ada yang baik menanti kita.💓

Percaya
Moga ada cahaya bila waktunya tiba
Yang pasti
Kekallah di rumah
Kekal selamat dan
Kita jaga kita


nukilan
Akashah Kassim
Mengharap Covid19 berlalu pergi
Dan jangan pandai datang lagi.

__________
Salam Aidilfitri diucapkan
Dengan rasa rendah diri, mohon diampunkan segala kesilapan baik sengaja mahupun tidak sepanjang perkenalan.

Maaf atas apa yang tertulis di blog ini atau lain-lain medium. 
Maaf juga jika ada ada yang buat jiwa terusik atau adakala menjengkelkan.

Sekalung penghargaan buat yang sudi membaca tulisan seorang Akashah Kassim baik di media elektronik mahupun buku Seadanya Kuterima, Relakslah! Dan Bahagia tanpa Syarat.

Terima kasih atas ukhuwah yang terjalin sepanjang perkenalan baik secara langsung mahupun cuma di alam maya.


Reading Time:

Monday, May 25, 2020

Duit Raya Online
May 25, 20200 Comments

𝗗𝗨𝗜𝗧 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗢𝗡𝗟𝗜𝗡𝗘
Sebelum PKP, langsung tak ambil kisah tentang Online Duit Raya ni. Ya, dah lama pun diperkenalkan cuma benda boleh bagi by hand kan?

Namun disebabkan kekangan yang ada, perlahan-lahan kita mula menerima norma baharu duit raya. 

Habislah penuh komen nombor akaun jap lagi.
Itu kes transfer bukan online duit raya.

Tapi jap jap. Itu cara lama. 

Pernah tak terfikir kita bagi duit raya, dapat balik duit raya?

Kiranya dapat 'cashback setiap kali kita buat sedekah.
 
Sejenis nak explore dan kena pula masa musim perayaan, jari tu laju je nak mencuba.

Mungkin ada yang dah tau, tapi kita suka share. Dah lama tak menulis tutorial.Meh kita cerita sikit. Kalau tak yakin, boleh mula cuba dengan orang sebelah. 

Step dia.

1. Mesti ada akaun TnG e-wallet.
- install apps ewallet dan daftarkan akaun dan nombor telefon.

2. Pilih icon Duit Raya
(Rujuk gambar)
👆takde ke orang nak up balance tu. Huhu lemau tol

3. Pilih nama dalam contact 
- senarai nama tu akan terpamer dari senarai no telefon dalam hp sendiri
- jadi kena pastikan penerima register e-wallet guna nombor yang kita simpan
- sama konsep macam duit raya Maybank gak.


4. Tulis jumlah dan ucapan
- ikutlah nak bagi berapa
- bahagian ucapan tu siap ada list. Boleh pilih.

5. Pilih confirm transfer
- dah selesai dan popup akan keluar dan bagitau cashback yang kita terima. 
- kadang dapat 10 sen,  kadang rm5 , rm1.50. ikut suka dia nak bagi berapa. Hahah.

Sebenarnya, TnG e-wallet ni memang dah ada transfer duit ni lama dah. Tapi malas nak ambil tahu. 

Selalu guna bayar bil pun boleh dapat cashback. Bayar bil rm10 dapat balik rm5. 
Layankan?

Kalau guna untuk toll pula kadang biasa dapat cashback. Ok la kan? Kalau campur segala cashback berbaloi lah. 

Kau nak shopping pon sekarang dah banyak ada e-wallet pay.

Cuma, bila penerima takde e-wallet, terpaksalah patah balik transfer di hujung jari. 

So dah berapa baki e-wallet? Hehe kalau nak rm0.10 bolehlah ... #kedekut. Sebenarnya duit raya online yang bonus 500 tu dah 80% selamat digunakan waktu 29Ramadhan. Mengamalkan bagi duit raya bulan puasa lebih afdhal. Huhu.

Selesai sudah 1Syawal hari ini. Seronok like gambar sedondon orang di timeline. Semoga semua sentiasa mengekalkan kehidupan sihat.

Sebenarnya banyak je duit raya online dari bank dan aplikasi lain macam maybank, cimb, shopee, dan lain-lain. Cuma part cash back, hakak tak pasti ada ke tak.


Selamat hari raya semua.
Maaf zahir dan batin
Dari Akashah Kassim 

#kashasharing
Reading Time:

Saturday, May 16, 2020

16 Mei versi PKP
May 16, 2020 2 Comments
Detik sejarah 16 Mei saban tahun disambut meriah oleh guru-guru seluruh Malaysia kini dilakarkan cuma di media elektronik. Norma baharu kan?
HARI GURU VERSI PKP. 
Jika tidak, mesti meriah dengan video versi guru-guru sekolah berpakaian pelajar di timeline media sosial. Sebenarnya seronok tengok cikgu-cikgu sekolah sambut Hari Guru. Dia punya feel tu meriah sungguh. Macam-macam gaya.

Jadi, kita melayankan anak saudara yang asyik request nak main Kahoot! setiap 15 minit. Pergi ambil kertas A4, dan melayankan si kecil yang seorang ini 
Hobi dia melukis, jadi kita cari cari lukisan doodle buat contoh dan cuba jadikan untuk sempena Hari Guru tahun 2020. Bolehlah dia hantar kepada cikgu-cikgu dia.
Sudahnya kita sekali terjebak melukis walaupun tak berapa pandai, layankan aje.
Yang pasti, ralit juga buat benda ni.
JOM SUBMIT DOA
Jom sama-sama kita kita doakan kesejahteraan dan pengampunan bagi semua guru-guru yang pernah mengajar kita.
Semoga Allah mengampuni dosa-dosa guru-guru kami..Sesungguhnya mereka telah banyak berjasa kepada kami. Amin ya rabbal alamin.
KEPUTUSAN VERSI PKP
Ok tahun ni juga PdP versi PKP jadi 16 Mei  kali kali inim keputusan pelajar politeknik versi PKP. 

Jadi rasanya keputusan kali ini memihak kepada pelajar yang betul-betul bijak mengambil peluang melaksanakan penilaian secara dalam talian.

Peningkatan bilangan Anugerah Ketua Jabatan bagi setiap kelas (3.5 ke atas) menunjukkan prestasi pelajar ketika belajar dirumah. Namun perlaksanaan kali ini cuma 20% sahaja daripada keseluruhan 70% penilaian semester dijalankan secara online.
Jadi, adakah Pensyarah mahupun pelajar bersedia untuk perlaksanaan sepenuhnya penilaian online untuk sesi akan datang?

Fuh! Yang 20% pun bagaikan nak gugur jantung nak mengejar setiapnya. 
SEMPUT!

Apapun segalanya perlu dihadapi dengan norma baharu. Semoga perlaksanaannya tidak membebankan dan dipermudahkan.

Sama-sama berdoa semoga wabak COVID19 berakhir segera.

PESAN GURU.
TULISLAH!
BINA BEKALAN UNTUK KAU TINGGALKAN...



Reading Time:

Sunday, May 10, 2020

Social media vacation
May 10, 2020 6 Comments

Berada di pertengahan Ramadhan, saje lah deactivated satu demi satu akaun media sosial sementara.

KENAPA?

Tak ada rasa nak menulis,mengintai atau membaca di facebook. 

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilanjutkan. Semua peraturan & SOP yang dilaksanakan sekarang akan kekal berkuatkuasa sehingga 9 Jun 2020.

Apapun
Semoga kita dipertemukan dengan malam lailatulqadar.
Amin.
Reading Time:

Saturday, May 02, 2020

Bacaan Nun Wiqayah
May 02, 2020 4 Comments
Maksud bacaan Nun Wiqayah
Nun yang ditambah pada bacaan apabila mana-mana kalimah yang berakhir dengan Tanwin (baris dua) bertemu dengan mana-mana kalimah yang bermula dengan Alif Lam ( ال ) atau Hamzah Wasal ( ا ) . Nun ini juga disebut dengan Nun Wasal atau Nun 'Iwadh, atau Nun Pengganti. Nun Wiqayah dibaca dengan baris bawah (kasrah).

Kena tanda 
Siap tanda 33 tempat yang perlu dibaca dengan huruf nun. Kenalah tanda semula sebab takut lupa.

Dulu time sekolah ada belajar tapi itulah dah tukar-tukar Quran ni lain lah jadinya.

Dulu ingat lagi time baca surah, ustaz offer (lupa lah nama ustaz tu kat SMKPD, Keratong, Pahang)

"Siapa dapat baca ayat ni dengan tepat, saya bagi seringgit!"

Wah riuh masing-masing mencuba tapi sayang semuanya salah. Maka berlalu begitu je offer tu. Jika diikutkan, nilai macam tu mewah juga la makan kat kat kantin.

Quran Muslimah cantik dari kak Liza Suhana. semangat nak baca. TQVM
Purple sepasang pula dengan telekung pemberian Kak Ros baru-baru ni. 1 set sangat. Layanzz.
Sejadah hijau dari iza ahmad, masa dia pergi umrah aritu. Sempat bagi juga.

Eh patah balik citer tadi
Yang Kasha tunjuk ni tempat ke 32 & 33. Jadi kalau nak tengok lagi sila rujuk Tutorial dari Zulkifli Che Noh di url berikut
Sumber :https://youtu.be/HfnnlHGXy_A
Reading Time:

Friday, May 01, 2020

Tengok hp lama-lama jadi cepat tua
May 01, 20200 Comments
Selamat hari pekerja.
Buat pertama kali tak ambil kisah pasal hari cuti sebab WFH kan.
Jadi nak share satu artikel ni sikit
KECENDERUNGAN duduk menghadap komputer atau telefon pintar akibat terkurung di rumah elak pandemik COVID-19 terlalu lama, membawa kesan kulit muka bakal cepat nampak tua.
Macam tulah petikan artikel oleh Razik Chik, Astro Awani 2 April lalu

Channel News Asia yang memetik kajian global 2019 oleh kumpulan pemasaran 'We Are Social' mendedahkan, warga Asia menghabiskan lebih tujuh jam menguna kemudahan Internet sehari. Ini ditambah dengan lebih dua jam berlegar-legar di laman sosial.

FAKTA LAIN YANG DIKONGSI 

Cahaya biru ini bukan sahaja membawa kesan tegang kepada mata tetapi juga merosak kulit yang cepat menua dan mengalami pigmentasi.

Lain dari cahaya ultra ungu (UV rays), cahaya biru mampu menembus kulit hingga menjejaskan lapisan kolagen dan elastin. Pendedahan pada kadar yang melampau mengakibatkan hilangnya ketegangan kulit dan timbul garis kedut.

Macam-macam hal
Jadi, jika group whatsapp krik-krik atau mesej lambat jawab. Mungkin masing-masing sedang melakukan penjarakan teknologi sebagai usaha awet muda. 


Baca artikel penuh

http://www.astroawani.com/berita-dunia/lama-menghadap-telefon-pintar-boleh-percepat-tua-merosak-kulit-muka-240778
Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.