January 2020 - corEtan akAsHah

Thursday, January 30, 2020

Review Bahagia Tanpa Syarat
January 30, 20200 Comments
 
Bismillah. Seronok dapat tengok review pasal buku kita di facebook bila rakan penulis, Pn Rozilawati tag kita pada satu posting facebook.
Review oleh  Puan Haizora,  kandungan review buku tersebut ialah.

💚
Buku terbaru yang saya baca ialah kumpulan antalogi cerpen " Bahagia Tanpa Syarat". Terbitan Bonda Nor Resources.

Membaca tajuknya saja sudah terasa bahagia. Mungkin aura bahagia penulis -penulisnya  tinggi. Tulisan yang digarap dari hati nan bahagia. .💛

Buku ini saya beli melalui salah seorang penulisnya iaitu kak Rozilawati Mohamed.
Tahniah dan terima kasih ,teruskan menulis. Banyak pelajaran dan ingatan buat diri ini.

Sedikit perkongsian dan Nota buat diri :

1.Definisi bahagia bagi setiap orang adalah berbeza.

2.Allah memberi rasa bahagia mengikut kadar, kemampuan, keperluan seseorang.

3.Takdir dan kisah hidup setiap kita  berbeza.

4.Redha menerima aturan Ilahi dan jalani kehidupan masing- masing.

5.Bahagia itu letaknya pada hati yang bersyukur.

6.Mohonlah petunjuk/ istikharah daripada Allah sebelum membuat keputusan. 

7.Apa yang kita fikir baik, belum tentu baik untuk kita.

8.Apa yang kelihatan buruk,
rupanya ada hikmah indah sebaliknya.

9.Berlapang dada dengan takdir Allah, pelangi indah akan muncul akhirnya.

10.Ketenangan dan kebahagiaan dihati apabila hubungan dengan Allah dan manusia dijaga dengan baik.

11.Bahagia itu datangnya dari hati, bukan harta, pangkat,tempat dan manusia.

12.Bahagia semakin bertambah apabila kita boleh memberi.

13.Raikan perbezaan pendapat. Hormati cita rasa dan cara masing -masing.

14.Bersangka baik selalu, hakikatnya ahli keluarga juga tetap individu berbeza yang punya pendapat sendiri.

15.Berbeza pendapat dan cara, bukan tanda tidak menyokong. Kasih sayang tetap utuh walau ada perbezaan.Besarkan jiwa terima seadanya.

Buku ini santai, ringan, mudah difahami dan jelas penyampaiannya. 

Sesuai untuk bacaan semua peringkat umur buat bekal menjalani kehidupan yang bermacam rencah.

Tahniah dan tulis terus buat semua penulis. Masing masing ada gaya penulisan dan keunikan tersendiri.

Moga bermanafaat.

#misi1bukuseminggu.


***********
Alhamdulillah, semoga setiap tulisan bermanfaat untuk dibaca.  
Feeling sangat kan baca buku Bahagia tanpa Syarat di halaman rumah sambil ditemani kuntuman merah. Ceh!
Sajelah nak bagitau,
ini  merupakan buku swaterbit, jadi tiada kat kedai buku.
Kalau nak beli?
direct terus kepada penulisnya. Ada 40 penulis dalam buku ini.
Siapa penulisnya?
Kashah lah salah sorang penulis buku itu. Salah satu tajuk dalam antologi ini iaitu Bukan Kerana Pujian.




Reading Time:

Tuesday, January 14, 2020

Aku tak pandang ...
January 14, 2020 2 Comments

Aku tak pandang
Tak bermakna aku tak dengar
Cuma ada masa aku perlu lebih masa 
Untuk mendengar dan memahami
Aku tak pandang
Bukan sebab aku tak sedar
Cuma ada ketika aku cuba berfikir
Untuk respon yang terbaik agar tiada yang tersakiti
Aku tak pandang
Bukan kerana aku mula membenci
Cuma ada masa lebih baik berdiam diri
(Coretan Akashah, 2020)

Aku tak pandang tapi aku follow
Eh tibe

Yang dok pandang aje, tak nak komen?



Reading Time:

Tuesday, January 07, 2020

Untuk pil tenang sebelum tidur
January 07, 2020 2 Comments
ده داتڠ باليق زمان سوسه نق تيدور۔ ماچم بياسا بيليق بلوڬ دان ڤنوهكن اڤ يڠ اد۔ والاوڤون انته سياڤا٢ يڠ باچ۔ هها ايت ڤون داتڠ ترسست۔ 

Ini adalah bait -bait kata dari FB rakan penulis yang diletakkan di status beliau, Ana Rohani. Selalu follow hasil tulisan Ana ni, untuk kali ini jari ni laju je mengedit bagi feel sebelum tidur.
Awak!
Jom nangis berjemaah.
.
عكاشة قاسيم
Reading Time:

Sunday, January 05, 2020

Jom Lunch @ hitamputeh cafe, Kuantan
January 05, 2020 2 Comments
Nak rasa makan kat kedai tapi feeling balik kampung zaman dulu-dulu?
Bolehlah cuba makan di Hitamputih Cafe ini. Port barulah ni untuk slot lunch jauh sikit dan berasa masakan dia.  Slot Yangjauh sikit biasa hari Jumaat. Dan paling penting ada pilihan menu selain ayam.
Ini makan kali ketiga
 Kenapa kasha cakap macam tu?
- tengok je la menu dia, menu ala kampung
- cara hidangan atas pinggan legend tu. Mak oi memang ingat lah pinggan ni masa dulu-dulu. Selalu makan kat kedai pinggan plastik je.
- ada ulam dan sambal belacan.
Menu dia tak banyak
Nampak ke tulisan dalam menu tu,. Kalau nampak harga dia pon nampak lah kan?
Ulang-ulang datang makan lebih kurang je.
Kasha suka set daging salai masak cili api
Kalau dah bosan makan set ikan kerisi.

Ini masa makan kali pertama
Kedai dia kat mana?
Jalan Haji Abdul Aziz, Kuantan 25200 Malaysia
Sebut alamat je
Sebenarnya cafe dia betul-betul seberang bangunan umno yang bersebelahan dengan pejabat pos kuantan. Nak parking payah. Kasha pernah park sebelah pejabat pos dan dan menyeberang jalan untuk ke cafe ni senang melintas sebab depan cafe ni ada traffic light utk pejalan kaki. 
Kalau hari Jumaat, ada free jemput-jemput. Cekodok
kredit gambar dari rofidza,
dengan tak malunya bertambah-tambah ambil jemput-jemput garing ni,
hahah boleh le kunyah-kunyah sementara tunggu makanan sampai.
Tambahan
Kedai ni ada ada jual roti lembut kat kaunter dia.bolehlah beli juga buat kunyah-kunyah pukul 4 bila lapar nanti. Adeh.
Tak berapa cafe sangat le,  kapasiti pelanggan pon kecil je dalam satu masa

Gitulah wei, mana nak turun kalau misi cari makan tak pernah berhenti.
Bersenam + makan. Lebih kurang je timbangnya. Neutral.
Reading Time:

Saturday, January 04, 2020

Terpulang ...
January 04, 20200 Comments
Takde apa nak ucap
Cuma bila dah makin bertambah usia
Bukan lagi masa nak fikir
Orang suka atau tak suka
Orang jawa cakap
#oraksukoorakopo
Cuma harap setiap apa yang kita buat
Masih dalam rahmatNya
Tolong doakan ya
Bukan apa, kadang-kadang tersadung juga.
#akumanusiabiasa
Reading Time:

Thursday, January 02, 2020

MPH weekly Top 10 bestseller September
January 02, 2020 6 Comments
2019 telah pun melabuhkan tirainya
Yang pasti setiapnya tersimpan beribu memori
Jadi, nak throwbacks memori yang buat hati berbunga-bunga ni 
Sewaktu buku Seadanya Kuterima masuk senarai best seller. Buku antologi Bonda Nor dan rakan-rakan penulis BDC. 
.
Kena simpan sini buat kenangan.
Karya pertama, buku pertama.

Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.