May 2023 - corEtan akAsHah

Saturday, May 20, 2023

Online Class Canva bersama pelajar PERSADA USIM
May 20, 20230 Comments

Cikgu Online kembali gais!

Sesi kali ini pada hari Sabtu. Risau juga pada mulanya. Almaklumlah sejak balik kembara Haramain, suara cuma keluar waktu jumpa student je. Habis kelas terus hilang. Hahah. 

Magik kan?

Sebab semangat cikgu tu kuat sangat. Nak juga bercakap. Cuma alhamdulillah, hari Jumaat ada trip kembara ke alam semulajadi di Cherating dan Kemaman, memujuk suara kembali. Haa gitu. 

Antara barisan urusetia.
Ready!

Sesi cubaan teknikal suara, sharing function zoom dan lain-lain. Jelas semuanya. Syukur, nampaknya Allah izinkan suara ini menyebar lagi manfaat. lagipun mic levalier membantu. Sebut slow je, tapi dapat pantulan suara profesional.

Sebiru hari ini...

Haa muka cikgu online apabila dah bersedia. Berdebar tetap ada. Risau internet bergurau pula tengah live nanti. Cuma selfie tetap selfie, buat kenangan. Susah benar nak cari gambar sendiri.

Semangat!
Ada beberapa peserta yang ada asas penggunaan Canva. Cuma mungkin beberapa fungsi belum digunakan sepenuhnya. Jadi kita pandu sahaja untuk memudahkan kerja. 
Apa yang penting, menjimatkan masa.

Maklumbalas 

Alhamdulillah... 

Berbaloi rasanya apabila sesi perkongsian bersama pelajar-pelajr PERSADA USIM dapat dimanfaatkan sebaiknya. 

Nak 2.0? 

Entah kenapa macam pendek sangat masa perkongsian. Eh.. eh kejap je dah habis. Mungkin sebab dah lama Cikgu Online tak beraksi atau memang tak cukup masa. 

Siap terlajak waktu rehat. Betul sebenarnya Canva semakin hari semakin banyak features menariknya. Jadi 2 jam adalah jangka masa pendek untuk tabur semua ilmu. 

Tapi rasanya asasnya tetap dapat disampaikan. Syukur, buat mengubat rindu.

 

Reading Time:

Thursday, May 11, 2023

Andai rindu bertamu
May 11, 20230 Comments

Kata-kata daripada seorang perindu,

"Kalau rindu bertamu, tak dapat tengok tuan badan, dapat tengok bumbung rumah pun jadilah. Cukuplah buat pengubat hati."


30 April 2023 mencatat sejarah.

Begitulah sedikit kata terdetik saat pertama kali diri ini menjejakkan kaki di hadapan kubah hijau yang terletak di Masjid Nabawi, Madinah al-Munawarah. 

'Inilah kubah hijau yang di bawahnya terdapat makam Rasulullah s.a.w, dan kedua sahabat baginda, Saidina Abu Bakar r.a. dan Saidina Umar al-Khatab.'

Belum masuk tetapi seakan punya suatu perasaan seakan menyambut kehadiran kami. 

Sampai di hadapannya, disunatkan memberi salam dan sampaikan salam buat baginda, kemudian salam kepada kedua sahabat baginda. 


Salam Sejahtera atasmu wahai Rasulullah. Rahmat Allah dan berkah-Nya untukmu. 

Salam sejahtera atasmu wahai Nabiyullah. Salam sejahtera atasmu wahai Kekasih Allah.


Terus terngiang-ngiang bait-bait lagu,

Ya rasullullah ya habiballah,

Tak pernah ku tatap wajahmu,

Ya rasulullah ya habiballah,

Aku rindu pada-Mu,


Bak kata mutawif, Ustaz Zulfikar kita bagi salam pada nabi, baginda dengar dan jawab salam kita. Bagaimana? Jangan difikirkan kerana di luar kuasa kita.

Ziarah nabi ...

Andai belum rezeki sampai di sana, 

Jangan pula bermuram durja,

Perbanyakkan selawat ke atas baginda terutamanya pada hari Jumaat,

Semoga beroleh syafaat di hari akhirat,

Semoga dikenali sebagai umatnya yang hampir dengan baginda. 


Insya-Allah,

Sambil itu tanamkan azam dan usaha dapat menjejakkan kaki ke sini. 


Kita doa baik-baik.

Kita mungkin bukan umat yang terbaik, tetapi usahalah dari kudrat yang ada sebaiknya.


Rasai sendiri jiwanya. 


#kembaraharamain

#coretanakashah

Reading Time:

Wednesday, May 10, 2023

 Tips luggage beg
May 10, 20230 Comments
Nak bercerita pengalaman kembari ke bumi haramain pada Mei yang lepas. Akhirnya cita-cita destinasi pilihan tercapai juga akhirnya. Alhamdulillah.

Nak tahu? Ketika itu, hampir 250 orang jemaah Andalusia Travel & Tours menaiki pesawat MH156 memiliki saiz dan warna beg yang sama. Semuanya biru semuanya atas lane bagasi. Seragam gitu. Maknanya, makan masa juga nak mencari beg sendiri setiap kali naik turun flight atau bas. Kiranya boleh teleng jugalah kepala nak mencari yang mana satu beg kita sepanjang line track bagasi.
Sebenarnya sebelum trip, Kak Hani ada berkongsi beberapa tips kepada Kashah dalam pengembaraan ke tanah suci ni. Antaranya ialah bagaimana cara mudah untuk membezakan beg kita daripada orang lain. Beliau pergi umrah berderet-deret dalam beberapa selang masa ni. Rasa macam gaya dekat sangat je kan.

Antaranya ikat reben. alahai comel benar dia ikat.
Nak tengok tak?
I is terpegun ok tengok benda comel gitu. Katanya getah rambut je tu buat ikat kat atas beg.
Yes memang nampak lah kan. ala-ala girlish gitu bila tengok dari jauh.
Kreatif kan?

Sekarang jom tengok cara Kasha pula buat luggage
Luggage tag
Mula-mula gigih juga nak cari getah comel gitu. Tapi bila pergi ke DIY jumpa pula tagging beg comel ni. Mur mur je pula harga dia. Ada design vector gini memang tak tahan tengok. Terus grab 2. Belakang design tu boleh lah tulis.
Ingat nak cari sama kaler, tapi tak ada. ni pun ok juga kan. cuma still tak puas hati sebab dia macam kecil sangat untuk dilihat dari jauh. Jadi apa lagi nak buat?

JOM KACAU SADIAH
Sadiah ni keje kat KLCC, jadi nak kacau dia jalan2 kat sana cari apa patut senang sikit.
Sejenis rajin merayau. Ada tak nampak reben comel cenggitu.
ha kau, dia wasap selambak ok reben, pilih je nak macam mana.
Merah tu juga yang jadi pilihan. Masa tu dah rasa relaks dah lah. Ok la tu buat ada2.

Tibe-tibe ada orang meracun sarung beg umrah dalam group
Nampak tak sejenis mudah terpengaruh.
tapi tak nak la sarung tu ada tulisan umrah nanti tak fleksibel untuk guna lain kali.
Kacau sadiah lagi. Dah dia keje KLCC tu, cover luggage berlambak lah. Laju je dia send gambar. Cun.
solusi mudah pakaikan sarung rare sikit kat dia.
Tu dia haa bagi dia catwalk elok kat situ. Senang hati tuan dia, sebab dari jauh dah nampak.
Ada juga yang memilih untuk letakkan tagging nama bersulam, hiaskan reben pada pemegang beg, dan bermacam teknik. Tapi hati-hati tau, takut terpasang reben sama ngan orang. Confident bawa balik salah beg.
Terpulanglah nak buat macam mana.
Setakat ni, beg sarung rare ni Kashah sorang je pakai. Senang.
Mungkin kalau terlebih rajin travel, beli tag bag macam kunci kete. Tekan je menyala & berbunyi. NFC tag, smart GPS tracker? Tengoklah cemana.
Kalau awak pula, kenal beg macam mana?


Oklah begitulah sedikit sebanyak cerita buat cam beg sendiri. Yang pasti jemaah lain pun dah kenal beg kasha la. Tu pelik-pelik sangat.layan
Reading Time:

Tuesday, May 09, 2023

Novel komik Sweet 17
May 09, 20230 Comments

Alhamdulillah, hari ini Bonda Nor dah umumkan kaver projek novel teen squad yang ke-4, sweet 17!

Sinopsis Sweet 17
Hidupnya sarat dengan cabaran. Hidup dalam kesempitan kewangan, membesar pula dalam keluarga yang terlibat dengan perceraian, ternyata hidup Afiya tidaklah seindah impian.
Di sekolah pula, teruji dengan lamaran cinta, terpaksa berdepan pula dengan fitnah yang mencemarkan nama baiknya.
Sungguh, kemelut hati yang terpaksa ditanggung Afiya bukan sembarangan! Luka hatinya bertimpa-timpa! Mampukah Afiya menikmati kemanisan fasa Sweet Seventeen seperti gadis-gadis lain seusianya?

2023 mencatat satu lagi sejarah Akashah Kassim dalam dunia penulisan kreatif. Kali ini cabaran menulis novel remaja plus komik. Haa gitu...
Kali ini Akashah berkolaborasi dengan dua orang lagi penulis feeling sweet, feeling remaja iaitu,
1) Intan Suraini, seorang pelukis pelan yang memang penuh dengan idea gila-gila beliau dalam menghasilkan novel kali ini. Haa sebenarnya dialah wujudkan kumpulan sweet 17. Kashah join je. 
2) Hanisah, seorang doktor perubatan. Idea beliau dalam mencipta impian dengan pengalaman menulis Dr Cinderella memang membantu mencorak perjalanan penulisan sweet17. 
3) Akashah, eh eh. Beliau ni relaks-relaks aje. Mengajar bidang pelancongan tapi sibuk eksplore kecanggihan teknologi. Ahaa boleh tahan berangan menulis dalam novel komik sweet17.
Eh eh macam kenal je draf ni. Gambar asli daripada Bonda Nor sendiri jadi kaver Sweet17. Haa gitu. 
Apa yang pasti novel terbitan Bonda Nor Sdn Bhd ini akan menemui pembaca sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023. 
Novel ni bukannya terbit sendirian, dia ada geng tau. Haha. Jom tengok.
Harga dia 1 buah RM20, 
Kombo geng (4 buah): RM70. 

JOM! DAPATKAN SEKARANG
Klik sini

0




Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.