April 2022 - corEtan akAsHah

Wednesday, April 27, 2022

Puisi lebaran 2022
April 27, 20220 Comments



Alhamdulillah ... Simpan sini puisi lebaran tahun ini. Jemput baca.


Mungkin kali ini tiada lagi dendangan murung,

Ratap duka tak berpenghujung,

Terlepas bebas berkurung,


Cuma ...

Kadang terbit rasa berkira -kira,

Andai tamu yang ini pergi,

Mungkinkah bisa bertemu lagi?


Atau mungkin juga,

Kita bersama menahan gerakan rembulan,

Agar tenangnya dalam kepungan Ramadan dapat dirasakan berpanjangan,

Mahu masa diberhentikan,

Supaya sentiasa dalam keberkatan,


Hakikatnya,

Kita cuma seorang insan,

Sampai masa hari berganti bulan,

Takbir Syawal mula didendangkan,

Tanda kemenangan umat islam!


Indahnya,

Saat ucapan dan senyuman bergantian,

Sebagai tanda kemaafan,

Terpancar sinar kegembiraan,

Syukur! 


Cuma ...

Jangan kita lupa,

Saat kita melangkah,

Di satu sudut sana,

Ada yang berterusan kelaparan,

Masih ada insan berjuang,

Bagi meneruskan kehidupan,


Jadi,

Selagi dengan sisa yang berbaki,

Sisihkanlah sedikit yang betul-betul memerlukan,

Jadikan sedekah Ramadan bermakna menanti Syawal bakal menjelma,

Semoga mendapat redhaNya,

Insya-Allah ...


#coretanakashah

#puisilebaran

#senipeluahan

#bengkelpenulisanbondanor



Reading Time:

Friday, April 15, 2022

Buku pertama cetakan daripada Canva
April 15, 20220 Comments

Pertama kali buku yang dihasilkan menggunakan software Canva dicetak. Dia punya excited tu sebab ada lah beberapa koleksi e-book telah dihasilkan guna Canva tapi satu pun belum dicetak. 

Alhamdulillah diterima panas dari kedai pencetak pada hari Jumaat penghulu segala hari. Rezeki kali ini terbitannya dalam bulan Ramadan. Ianya merupakan terbitan di bawah Politeknik METrO Kuantan.

Road to excellent Internship. 

Sebuah buku panduan latihan industri yang direka khas bagi pelajar Pelancongan dan Hospitaliti. 

Buku ini merupakan hasil garapan pegawai latihan industri yang berpengalaman, dan pensyarah program Pengurusan Pelancongan dan Perkhidmatan Makanan Amalan Halal.



✅Konsep bukunya lebih kepada info-grafik.
✅Job scope latihan industri.
✅ Contoh penulisan yang baik 
❌ Contoh penulisan yang tidak baik
✅ Panduan penilaian presentation secara online dan banyak lagi.

Wah! Bestnya guna Canva. Bukan setakat poster dan video. Buku pun boleh cetak.

By the way, tahniah juga diucapkan kepada Ng dan Sadariah 


#kashabuku

Reading Time:

Wednesday, April 13, 2022

Webinar Teknik Menjadi Kreatif - Cikgu Online
April 13, 20220 Comments

Ini namanya sambung roadtour Politeknik.
September 2021 - PTS
Oktober 2021 - PHT
April 2022 - PSIS
Next ... ada jadualnya tapi belum confirm tak nak tulis lagi.
13 April 2022. Alhamdulillah selesai amanah Cikgu Online membuat perkongsian bersama pelajar Diploma  semester 5 Politeknik Sultan Idris Shah yang dianjurkan oleh penyelaras projek, Pn Aklimima. 

Tu dia gambar poster dihasilkan penganjur kemain. Ada rasa aura kreatif datang tak ni?
"Hehe akak ambil gambar FB. Tu dia penangan letak gambar di Facebook Kashah"
Hui. Mujur dah tukar gambar separuh manusia, separuh kartun hari tu. 

Sebenarnya berdebar juga nak mulakan. Lama juga rasanya Cikgu Online tak beraksi. Last hari tu perkongsian bersama pensyarah Politeknik Hulu Terengganu, PHT.  Selebihnya tutorial dengan #kashahtutorial di Facebook sahaja. 

Kena ss muka tak pandai senyum lagi. Aduhai Akashah

Susah sangat ke jadi kreatif?

Ni bukan nak tunjuk casing, tapi tengah tunjuk teknik merakam video kalau tak ada gimbal camera stabilizer. Sekadar share apa yang biasa buat

"Kalau nak menjadi kreatif, perkara pertama kita perlu buat ialah berdoa. Gunalah masa banyak berdoa dengan keberkatan bulan puasa

Iyalah kan?
Kalau kita ni tak minta laluan,
Manakan boleh jumpa jalan keluar,
Macam tu juga dengan Tuhan,
Minta lah walau untuk sekecil-kecil perkara,

Pastinya kemahiran kreatif bukan muncul tiba-tiba,
Ini bukan cerita lagenda atau magik,

Apa yang penting lebih pasakkan kemahuan dan selubungkan kesungguhan dalam diri,
Baru sekali mencuba lalu berdepan kegagalan?

Semangat kongsi pasal canva.
Buat poster tiba-tiba boleh jadi video dan koleksi e-book. Haa mudahnya

Jangan pernah berhenti di tengah jalan,
Cuba dan cuba lagi,
Ingat, destinasi akhir yang mahu kita capai.

Kreatif bukan berbekal usaha kita,
Balutan semangat kawan-kawan mampu menjadi mata kedua untuk kita,
Memberi pandangan dan selautan idea,
Insya-Allah ada jalan untuk kita.

Alhamdulillah,
Biar permulaan webinar buat jantung berdebar,

Peluh mula membasahi wajah biarpun kipas dah dihalakan di hadapan,
Syukur tim penganjur berjaya mengatasi masalah. 

video youtube ada. Time Cikgu Online batuk. Kita tayang video youtube CIkgu Online. Kalau bukan bulan puasa boleh juga minum seteguk dua.

Perancangan awal 2 jam membawa ke 3jam,
Begitulah stail cikgu online,Dapat microphone tak mahu berhenti,
Walau kadang berdepan batuk tak berhenti,

Setia menyebarkan manfaat,
Semoga yang menerima dapat menyumbang bakti melalui landasan projek inovasi,
Gunakan sebagai nilai tambah dalam diri,
Dalam masa sama mampu menambah bekalan di sana nanti,

Terima kasih atas jemputan Pn Aklimima Awang ,
All the best buat semua penyelia,
Teruskan berjuang buat semua pelajar,

Jika terhalang oleh apapun halangan,
Ingat Allah ada untuk kita.
Doa baik-baik.

Alhamdulillah,

Looking forward for their innovation project - music video clip.
Wow! Dikhabarkan muzik disusun oleh seorang komposer lagi. Satu usaha yang menarik

Semoga berjaya.
Aktiviti wajib apabila kelas online, time to wefie

#cikguonline

#webinarmenjadikreatif




Reading Time:

Friday, April 08, 2022

Kenapa nama tak keluar semasa live streamyard?
April 08, 20220 Comments

Assalamualaikum
Apabila kali pertama menggunakan  streamyard bagi kelas online, banyak perkara yang Kasha belajar. Semuanya sebab hikmah PKP. Ilmu bertambah mencurah-curah.

Sewaktu Kasha bertindak sebagai host atau backstage program online di bawah Akademi Bonda Nor, tugas sanpingan adalah pin komen peserta di skrin.  

Tapi nama peserta hanya dipaparkan sebagai 'facebook user'. Kenapa?


Rupanya berpunca daripada peserta tersebut tak klik link di bawah ini untuk paparan di gambar 2.


I'm going live using StreamYard! Before leaving a comment, please grant StreamYard permission to see your name at streamyard.com/facebook


****

Kasha belum pakar bahagian ini. Jadi, bila sendiri atau orang lain buat perkongsian, ada ilmu baru dari respons kawan-kawan facebook. 


Jadi seronok raikan perkongsian dengan tambahan ilmu baru. Semalam nampak posting siapa ya? Kasha lupa tapi nak ucap terima kasih banyak-banyak.


Ini ialah contoh video rakamn yang Kashah pernah buat tutorial live semasa program.

Simpan sini semoga menjadi panduan kepada yang memerlukan.
Insya-Allah

Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.