April 2020 - corEtan akAsHah

Saturday, April 25, 2020

Biar gambar berbicara

Friday, April 24, 2020

Kita dah sampai pada 1 Ramadhan
April 24, 2020 4 Comments
Alhamdulillah hari ini, kita masih dikurniakan oleh Allah usia dalam Ramadhan pertama.
Ramadhan kali ini berbeza, semoga menjadi asbab supaya kita lebih dekat dengan Allah.
Sahur tak tadi? Bangun sahur pon dapat pahala. Minum air secawan pon ok. Tapi biasanya hari pertama mmesti semangat lagi sahur kan?
Jangan lupa, sempat lagi nak sediakan checklist Ramadhan kita
1. Terawih
2. Puasa /sahur/berbuka
3. Tadarus /khatam Quran
4. Sedekah
5. Zakat Fitrah
Dulu terawih, ikut je kat kat masjid kan? Sekarang dah beza.
Jadi nak share 1 video simple dari PU Azman ni ha.
Sumber:instagram PU Azman

Selamat menjalani ibadah puasa semua.


Reading Time:

Monday, April 20, 2020

Macam mana nak lancar baca Quran?
April 20, 2020 6 Comments
Tengah scroll instagram, nampak posting pasal ni. Tiba-tiba rasa nak share sesuatu semoga bermanfaat juga pada orang lain. Ye la asyik post benda lagha je kat blog ni. Apa nak jadi?
Takkan nak rasa jelous sampai mati?
Waktu sekolah rendah dulu la, biasanya tiba bulan Ramadan mesti ada tadarus. Jenis baca kemudian sambung dari sorang ke sorang yang lain.
Masa tu setakat nak surah lazim bolehlah lancar masa umur-umur gitu. Tapi bila kena baca surah dalam Quran yang kita tak biasa baca jadi slow juga bacaannya. Merangkak-rangkak sepatah-sepatah buat yang dengar pon tak sabar. Sudahnya dapat baca 3-4 baris je.  Lepastu dah kena potong. Dan orang lain sambung at least 1 helai @ 2 muka surat. Ye la satu kumpulan dengan qariah wakil sekolah.
Ko nak rasa apa? Tak boleh nak salahkan diorang juga sebab nak khatam dalam tempih 3  minggu dan waktu bacaanya cuma masa rehat dalam 30minit. Jadi sedar diri dan bagi laluan.
Sedih, malu memang ada masa tu. Rasa macam semua pandang rendah pada kita. Kata kau dah khatam Quran, tapi baca pon merangkak. Khatam dibuat cuma sebagai melunaskan hajat. Macam tulah.
Dalam masa sama rasa seronok dengar orang lain baca laju. Bila agaknya boleh pandai macam tu?

Awak!Kita bila lagi?
So takkan selamanya nak rasa jelous dan akhirnya mati dalam tak lancar membaca Al-Quran?

Waktu doa mustajab
Tak ingat macam mana, dengar atau baca dari mana tah masa tu. Masa tu mana ada ada facebook, twitter, instagram bagai. Dapat info macam mana nak pandai baca Quran. Dia kongsi, Kashah amal
  1. Rajinkan berdoa - selalu submit doa sungguh-sungguh waktu azan, dan waktu hujan. 
  2. Kemudian baca selalu -  merangkak pon tak apa janji baca. Keinginan kita yang kuat tu InsyaAllah akan dipermudahkan.
  3. Pegang Quran tu hari-hari. Kalau tak pandai baca sekalipun, renunglah ayat-ayat di dalamnya. Berazam supaya dapat lancar baca juga satu hari nanti. 
Serius ini memang amalan yang Kasha buat dari sekolah rendah bermula dari kisah tadarus di sekolah yang cerita kat atas tadi.
Alhamdulillah sekarang boleh baca lancar. Kunci dia kena rajin dan yakin 
Awak!
 Bila kita selalu amalkan membaca Al-Quran, jiwa kita rasa tenang. Bunyinya macam ayat klise kan? Cubalah. Kita akan mula rasa rindu sangat nak baca bila terlepas buat dalam sehari. Lagi-lagi waktu cuti wajib kan, dengar orang baca kita akan jadi cemburu. 

Berapa helai nak baca?
Kalau boleh sehari 100 ayat. Amalkan setiap habis solat. Biasanya 3 solat yang tenang masanya macam subuh, magrib dan isyak. Kita dah tak kejar apa-apa masa tu.
Nampak macam banyaknya 100 tu. Bahagilah biasanya kita ada 5 waktu dalam sehari. Selepas solat bacalah 20 ayat. Cukup sehari dapatlah 100 ayat.
Lazimkan juga bacaan surah-surah berikut:
Lepas Subuh - Al-waqiah / assajadah
Lepas maghrib - yasin/al-kahfi
Lepas isyak - al -mulk
cuma bahagian tajwid kena selalu ulangkaji lebih lagi bab hukum segala mad yang ada. Bahagian ini kena menuntut dengan guru. kalau tak syok sendiri. 
Bukan tak pernah tinggalkan konon sibuk
Ya lah tak cakap baik sangat pon. Kadang tewas juga dengan godaan teknologi yang ada ada dihujung jari.
Itulah, bila dah mula jauh sangat dari Quran jiwa dah hati rasa tak tenteram. Akan mula timbul rasa Sedih, nak marah,  dan jadi pendendam, nak cari gaduh dan sewaktu dengannya.
Jadi cepat-cepat kena sedarkan diri sendiri. Apa yang tak kena sebenarnya.
Hakak bukan puji diri sendiri tau. Tapi kawan kita yang cakap. Asal boleh wei. Melayankan aje, jangan caya sangat part gemersik tu.
Rindulah, Iza Ahmad
Semoga sahabat kita ni dirahmati Allah dan dan berjaya dalam pengajian PHD nya. graduate on time.
Ok 
Itu sahaja perkongsian ilmu  ini buat kali sempena menyambut kedatangan Ramadan Jumaat ini. semoga ada umur untuk khatam Quran sebulan nanti. InsyaAllah.

Doakan kita semua juga tidak jauh dari Al-Quran. Dan jangan lupa doa semoga COVID19 cepat berlaly pergi. Amin...

Mohon maaf jika ada keterlanjuran kata sepanjang kita bersua secara langsung atau di platform ini.
Ekslusive lagi zikir untuk pengunjung blog seorang akashah

Reading Time:

Sunday, April 19, 2020

Cara tukar font di status facebook atau caption instagram
April 19, 2020 4 Comments
🅲🅰🆁🅰  🆄🅱🅰🅷  🆃🅴🅺🆂
Untuk yang masih tak tahu dan geram tengok orang lain post status tulisan lain dari orang lain. 
Jom!
1. Pergike link
https://lingojam.com/BoldLetters

2. Taip ayat yang kita nak tulis di kotak pertama

3. Copy style yang kita nak di kotak kedua

4. Paste kan font yang kita copy tadi kat post kita. Dah siap!

Bold (serif):
𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐔𝐁𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐊𝐒 𝐃𝐈𝐒𝐓𝐀𝐓𝐔𝐒

Bold (sans):
𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗨𝗕𝗔𝗛 𝗧𝗘𝗞𝗦 𝗗𝗜𝗦𝗧𝗔𝗧𝗨𝗦

Italic Bold (serif):
𝑪𝑨𝑹𝑨 𝑼𝑩𝑨𝑯 𝑻𝑬𝑲𝑺 𝑫𝑰𝑺𝑻𝑨𝑻𝑼𝑺

Italic Bold (sans):
𝘾𝘼𝙍𝘼 𝙐𝘽𝘼𝙃 𝙏𝙀𝙆𝙎 𝘿𝙄𝙎𝙏𝘼𝙏𝙐𝙎

Medieval Bold:
𝕮𝕬𝕽𝕬 𝖀𝕭𝕬𝕳 𝕿𝕰𝕶𝕾 𝕯𝕴𝕾𝕿𝕬𝕿𝖀𝕾

Double-Struck:
ℂ𝔸ℝ𝔸 𝕌𝔹𝔸ℍ 𝕋𝔼𝕂𝕊 𝔻𝕀𝕊𝕋𝔸𝕋𝕌𝕊

↓ᵐᵒʳᵉ ᵗᵉˣᵗ ᶠᵒⁿᵗˢ↓

CARA UBAH TEKS DISTATUS 王オキー

CΛRΛ░UBΛH░TΞKS░DISTΛTUS (王オキー)

【CARA UBAH TEKS DISTATUS】

ℭ𝔄ℜ𝔄 𝔘𝔅𝔄ℌ 𝔗𝔈𝔎𝔖 𝔇ℑ𝔖𝔗𝔄𝔗𝔘𝔖

𝕮𝕬𝕽𝕬 𝖀𝕭𝕬𝕳 𝕿𝕰𝕶𝕾 𝕯𝕴𝕾𝕿𝕬𝕿𝖀𝕾

🐯🐠  ς𝕒𝐫A υβάⓗ 𝐭𝐞к𝓼 ∂ίŞŤⒶţⓤⓈ  🏆💝

𝓒𝓐𝓡𝓐 𝓤𝓑𝓐𝓗 𝓣𝓔𝓚𝓢 𝓓𝓘𝓢𝓣𝓐𝓣𝓤𝓢

𝒞𝒜𝑅𝒜 𝒰𝐵𝒜𝐻 𝒯𝐸𝒦𝒮 𝒟𝐼𝒮𝒯𝒜𝒯𝒰𝒮

ℂ𝔸ℝ𝔸 𝕌𝔹𝔸ℍ 𝕋𝔼𝕂𝕊 𝔻𝕀𝕊𝕋𝔸𝕋𝕌𝕊

CARA UBAH TEKS DISTATUS

🍪 ⋆ 🍰  🎀  𝒞𝒜𝑅𝒜 𝒰𝐵𝒜𝐻 𝒯𝐸𝒦𝒮 𝒟𝐼𝒮𝒯𝒜𝒯𝒰𝒮  🎀  🍰 ⋆ 🍪

ᴄᴀʀᴀ ᴜʙᴀʜ ᴛᴇᴋꜱ ᴅɪꜱᴛᴀᴛᴜꜱ

S∩⊥∀⊥SIᗡ S⋊Ǝ⊥ H∀ᙠ∩ ∀ᴚ∀Ɔ

C⃣   A⃣   R⃣   A⃣    U⃣   B⃣   A⃣   H⃣    T⃣   E⃣   K⃣   S⃣    D⃣   I⃣   S⃣   T⃣   A⃣   T⃣   U⃣   S⃣

C⃞    A⃞    R⃞    A⃞     U⃞    B⃞    A⃞    H⃞     T⃞    E⃞    K⃞    S⃞     D⃞    I⃞    S⃞    T⃞    A⃞    T⃞    U⃞    S⃞

🄲🄰🅁🄰 🅄🄱🄰🄷 🅃🄴🄺🅂 🄳🄸🅂🅃🄰🅃🅄🅂

ꙄUTATꙄIᗡ Ꙅ⋊ƎT HAᙠU AЯAƆ

C̵͈̋̂͊̓̔̎̈́̈A̶̡̳͉̮̜̻̫͂̌̆R̷̨̥͔̬̻̝̣̃͐̊͂̿͊̚A̸̱̯̪̼͈̿͂̽̔͆̈̋ ̸̢̡̛̥̲́̇̆̒̀̒͝U̷̫̓̄͂̓́B̵̨̙̜̣͚̺͎̤̻͗̐̆̐͒͋̚ͅA̸̝͍̳̦̗̠̿͑̃̍͜H̶͈̠͖͇̐͐͝ ̶̨̭͎̻̻̞̦͕͇̆͆̿̚T̴͍̞̫͙̞͐́̅̈͛̂͑̓̇̕Ę̵̜͎͎̋̈̂̈͋̈́̌K̵̻̳̻̘̙̹͍̬̳͒̽̑́̔̄̎̀S̵̠̮̻̙̟̙͈̏̊͂̚ͅͅ ̵̫̣̈́̇̌̿̂́̕͝D̸͕̱̗̒̔̔͒̊̓͒̓̚Ḭ̷̱͕̲̓̊̒̒Ș̴̥͖̖̝͋̀T̴̢̢̮̦̩̩̭̫̙͇̃̉Ȁ̵̙̟̭͚̯̳͓͆̈́̅͗T̷̪̤̣̣͎͚̤̲͈̍Ū̸̬̭͍̳͒S̷̗̹̖͓̲̦̭̺̬̒̀̍̀̾͗ͅ

🅲🅰🆁🅰 🆄🅱🅰🅷 🆃🅴🅺🆂 🅳🅸🆂🆃🅰🆃🆄🆂

Cₐᵣₐ ᵤBₐₕ ₜₑₖₛ Dᵢₛₜₐₜᵤₛ

ᶜᴬᴿᴬ ᵁᴮᴬᴴ ᵀᴱᴷˢ ᴰᴵˢᵀᴬᵀᵁˢ

ⒸⒶⓇⒶ ⓊⒷⒶⒽ ⓉⒺⓀⓈ ⒹⒾⓈⓉⒶⓉⓊⓈ

ςคгค ย๒คђ Շєкร ๔เรՇคՇยร

CARA UBAH TEKS DISTATUS

ƈǟʀǟ ʊɮǟɦ ȶɛӄֆ ɖɨֆȶǟȶʊֆ

ፈᏗᏒᏗ ᏬᏰᏗᏂ ᏖᏋᏦᏕ ᎴᎥᏕᏖᏗᏖᏬᏕ

ƈąཞą ųცąɧ ɬɛƙʂ ɖıʂɬąɬųʂ

¢คrค น๖คh tēkŞ ໓iŞtคtนŞ

𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐔𝐁𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐊𝐒 𝐃𝐈𝐒𝐓𝐀𝐓𝐔𝐒

𝘊𝘈𝘙𝘈 𝘜𝘉𝘈𝘏 𝘛𝘌𝘒𝘚 𝘋𝘐𝘚𝘛𝘈𝘛𝘜𝘚

𝘾𝘼𝙍𝘼 𝙐𝘽𝘼𝙃 𝙏𝙀𝙆𝙎 𝘿𝙄𝙎𝙏𝘼𝙏𝙐𝙎

𝙲𝙰𝚁𝙰 𝚄𝙱𝙰𝙷 𝚃𝙴𝙺𝚂 𝙳𝙸𝚂𝚃𝙰𝚃𝚄𝚂

≋C≋A≋R≋A≋ ≋U≋B≋A≋H≋ ≋T≋E≋K≋S≋ ≋D≋I≋S≋T≋A≋T≋U≋S≋

░C░A░R░A░ ░U░B░A░H░ ░T░E░K░S░ ░D░I░S░T░A░T░U░S░

(っ◔◡◔)っ ♥ CARA UBAH TEKS DISTATUS ♥

˜”*°•.˜”*°• CARA UBAH TEKS DISTATUS •°*”˜.•°*”˜

[̲̅C][̲̅A][̲̅R][̲̅A] [̲̅U][̲̅B][̲̅A][̲̅H] [̲̅T][̲̅E][̲̅K][̲̅S] [̲̅D][̲̅I][̲̅S][̲̅T][̲̅A][̲̅T][̲̅U][̲̅S]

😝🐝  ℃A𝕣𝒶 ยβᵃⒽ 𝐓𝒆𝐊𝓈 đⒾ𝓼tAŦ𝓊丂  🎯✊

♟💢  𝕔𝓪𝓻𝐀 Ữ𝓫卂Ħ т𝐄Ҝ𝐬 Đι𝐬ţάt𝐔𝕊  🐻🍓

🍮♛  𝒸𝕒ⓡΔ 𝐔𝓑Ã𝐇 ᵗⓔк𝓢 𝓭isᵗ𝔸Ŧᑌ𝕤  ✌🐒

🍭👹  ςάʳ𝔞 Ⓤ𝔟𝕒н 𝕥ⓔ𝕂ⓢ ᗪⓘ𝓼𝓣αŦⓊⓈ  🏆♚

👹👻  ℂ𝕒𝓇A Uⓑ𝔸ħ tẸ𝕂𝕊 Ⓓ𝓲𝕊ţ𝐀ᵗⓤS  🐊♙

#kashahtutorial
Reading Time:

Saturday, April 18, 2020

DUKA TANPA DERITA
April 18, 2020 4 Comments
Takde keje sangat ke asyik edit video ni?
Haha banyak keje. Cuma tak tunjuk dah siap. 2 markah PB untuk 2 kelas dah siap. Dan ada lagi yang menanti.
Biasalah, lain orang lain cara dan hobi.
Ada yang suara sedap, dia suka menyanyi.
Tangan sejuk, dia suka bercucuk tanam.
Ala-ala wanita kebanggaan keluarga, suka memasak
Yang ada kemahiran FBI dia akan terus menjadi stalker. 
Jadilah apapun, asalkan tulisan ini membawa kebaikan dan bermanfaat. jika tidak tegurlah. Email ada ada boleh rujuk atas.
Kita biasa-biasa aje, inilah yang buat menenangkan hati.
HOBI EDIT VIDEO.
Ramai tanya edit video guna apa?
Mungkin sebab kebanyakan video kasha takde watermark. Memang tak berkenan kalau ada, confirm kasha tutup watermark tu.
Ok menjawab soalan tadi.
Untuk video ini, Kasha guna
1. Power Director
- aplikasi ini dimuatturun melalui playstore. Tapi sayangnya kalau dari situ confirm ada watermark power director kat bawah video.
- Kasha dapat software ni dari rakan Akademi Bonda Nor masa retreat di Kelantan
- Alhamdulillah, bagus juga apps ni sebab boleh gabung muzik, audio, teks, background lebih sebab layer dia banyak.
-Siap boleh buang background. Cuma tu kasha belum cuba sebab takde greenscreen

2. Viva video pro
- ini dah pakai lama dah. Kasha beli sebab ada pro kat belakang tu. Bayar sekali je dalam belas2 ringgit je.
- berbaloi lah banyak berjasa promosi buku seadanya kuterima.
- tukar hp takde masalah sebab pakai playstore kan. Dia akan ikut account gmail kita.
- best function animasi dan teks dia.

3. Microsoft Power point 2013
Ini kalau terlebih rajin buka komputer wei.
Pakai lah power point. Pon senang edit video.

4. Biteable.com
Ini dah siap template dalam web macam powtoon tapi lebih ringkas.  kita tukar teks aje. Paling mudah jika nak hasilkan video animasi comel macam video peluang kedua dan apa yang kita sayang minta Allah jaga
http://tiny.cc/peluangkedua
http://tiny.cc/MintaAllahJaga

Minggu ni ada lah 4,5 buah video siap tapi 1 je ekslusif dari Kasha iaitu video peluang kedua.
Ini video buat semalam.
DUKA TANPA DERITA
Sambil buat, sambil berjuraian air mata 
Aduhai dah lama tak buat peel eh hati ni. Bukan biasa-biasa sebak dia. 
Macam tulah tak nak cakap banyak, cuba  je lah play video di atas.
Serius, entah berapa kali ulang tayang, sebanyak itu jugalah tewas.
Jangan tanya lagi
Kenapa mata bengkak
Untung PKP dok rumah, tak perlu nak reka jawapan.

Reading Time:

Friday, April 17, 2020

PELUANG KEDUA
April 17, 20200 Comments
𝙋𝙀𝙇𝙐𝘼𝙉𝙂 𝙆𝙀𝘿𝙐𝘼

𝑯𝒂𝒓𝒊 𝒊𝒏𝒊 
𝑨𝒅𝒂 𝒊𝒏𝒔𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒆𝒍𝒂𝒉 𝒑𝒆𝒓𝒈𝒊 𝒃𝒖𝒂𝒕 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒏𝒚𝒂
𝑻𝒂𝒑𝒊 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒎𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒅𝒊𝒃𝒆𝒓𝒊 𝒑𝒆𝒍𝒖𝒂𝒏𝒈 𝒌𝒆𝒅𝒖𝒂
𝑻𝒆𝒍𝒂𝒉 𝒎𝒂𝒕𝒊 𝒔𝒆𝒎𝒆𝒏𝒕𝒂𝒓𝒂 𝒅𝒂𝒏 𝒅𝒊𝒉𝒊𝒅𝒖𝒑𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒎𝒖𝒍𝒂

*****
· بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Nah ...
Terimalah persembahan ekslusif video deklamasi puisi 
Entah berapa kali cubaan di sunting
Entah berapa puisi telah dicuba dan dirakam
Entah berapa kali juga main sorong tarik dengan diri sendiri
Entah berapa orang menjadi penapis

Untuk puisi yang ini
Bagai disentap-sentap hati untuk setiap yang diberi peluang kedua, 
Nak tunggu dah hilang masa lagi
Takut diri sendiri yang disalahkan

Namanya pun cabaran kan?
InsyaAllah semoga cabaran ini dapat memberi kekuatan pada yang memerlukan

Pernah tak? 
Kita rasa nak cuba lagi perkara yang dah tak boleh ulang lagipun dalam hidup kita.
Kita nak cuba perbetulkan keadaan. Kita nak perkara tu jadi lebih baik, lebih cantik mengikut kemahuan kita.
Bila dapat hasil tak menarik, kita cuba ubah disana- sini supaya puas hati sendiri.
Senyum. Diam. Tenang

Tahu tak?
Ada satu perkara yang kita tak boleh ulang biar berapa ribu yang kita nak bayar.
Iaitu kehidupan. Nak kembali kedunia, nak patah balik perbaiki amalan, ibadah dan dan segala yang telah dipikul sebagai khalifah dunia.
Tak de dah ruang tu. Tak de pujuk rayu.
Apabila nafas kita telah ditarik, tiada lagi apa yang mampu menyelamatkan seorang mukmin itu kecuali 3 amalan
Sedekah jariah - maka yang paling baik amalkan sedekah sekecil-kecil yang kita mampu. Berebutlah untuk itu.
Tak mampu juga. Sedekah senyuman pon mampu menenangkan suasana.
Malah ada perkongsian dari rakan penulis, sedekah like dan komen dalam status pon, jika boleh memberi motivasi bagi meneruskan dakwah boleh dijadikan amalan. Mudah kan.
Ilmu yang dimanfaatkan - walau kita tak jadi cikgu, sekecil ilmu pun kalau dimanfaatkan boleh jadi bekalan di akhirat nanti. Cara dia macam mana? Tulis! Tulis sesuatu yang bermanfaat kepada  mana-mamanusia dina platform.
Semudah cara bagi kita, tapi masih ada yang tak tahu. Tulislah rukun iman pon membantu waktu ada ada yang lupa bila dapat soalan cepu emas ni.
Doa anak yang soleh. Kalau bukan kita jadi anak yang mendoakan, mungkin kena didik anak-anak untuk mendoakan ibu-bapa.
Jangan sampai, satu hari nanti apabila ibu bapa telah pergi. Anak-anak nak sedekahkan yassin pon tak pandai.


Reading Time:

Sunday, April 05, 2020

Zoo Negara Malaysia :Adopt An Animal
April 05, 2020 4 Comments
Sejenis mudah terpengaruh lah Kashah ni. Semalam nampak posting kak Ezatul Marini tentang adoption animal anjuran Zoo Negara Malaysia. Rasanya dah 2 kali dalam minggu ni terpengaruh dengan posting dia dan berturut-turut entri ni lah hasil pengaruh beliau. huhu

Nampak menarik sebab ada sijil gigih juga kita mencuba. Sesekali bersedekah kepada haiwan pula. Sustainable tourism.ada je sedekah kepada manusia, tapi tak yah tunjuk sangat sebab dah biasa. Jadi kita share yang luar biasa ni pula.
 
Dah ready nak try ke? Jom kasha share cara-cara dia. Mudah je. Kasha sertakan paparan screenshot sekali sebagai contoh
1. Klik link ni
https://www.ticket2u.com.my/event/18171/zoo-negara-adoption-package
Lebih kurang gini lah paparan dia akan keluar. Pilih buy now ya. Button purple tu.

2. Ikut step macam dalam gambar bawah.
a) pilih haiwan yang berkenan dimata. 
Ada orang dia teringin nak bela bela harimau atau singa. Baru rare katanya. Bila belek-belek rupanya masing-masing ada nama timangan masing-masing. Aloloh comel nau nama-namanya. Choki, Panjang, Yiyi. eh eh geram tengokkan.
Hahah antara display haiwan yang boleh dijadikan pilihan. So, agak-agak dah berkenan mana satu?
Kasha pilih si comel OMI ni.tak patah tanya kenapa? 
Ko tengok mata dia hitam tu. Hahah. Lu fikir la sendiri (eh pinjam ayat Nabil)

b) pilih pakej ikut kemampuan. 
Kita nak cuba jaya mampu bayar serendah RM26.
Ha gitu, kalau yang mahal mahal-bawah tu  campur dengan entrance fee ke Zoo Negara. Zaman PKP tak sesuai lah nak amik yang tu kan? Jadi mari kita mulakan

Pilih yang pertama tu yang nilai 0 tu tukar kepada 1. Kemudian scroll down dan cari button 'buy ticket now'

c) isi detail 
tak banyak pon kena isi - nama,email, ic. Penting bahagian certificate tu sebab nanti paparan nama kita akan keluar situ.
d) buat bayaran secara online .
maaf yang ini tak tak dapat nak share sebab private and confidential.
Tapi kalau dah biasa shopping online, mesti dah pandai kan.

e) QR CODE dan nombor tiket  akan dihantar ke email yang kita daftar tadi macam paparan di bawah ni.
Ok scroll down email dan cari pdf fail die. Dapatkan nombor tiket, dia ada kat bawah qr code.salin siap-siap

f) download e- certificate guna nombor tiket tu.
https://www.ticket2u.com.my/event/18171/zoo-negara-adoption-package
Pilih e-certificate. Ha tadi ada salin kan no tiket
Dah taip? Klik kat get certificate tu.
Ok dah siap... Senang je kan?
Awak! Saya sudah, awak tu bila lagi.
Tak yah tengok orang sebelah. Yang dok terkebil-kebil baca ni. Hehe

Cubalah sehingga 31 Mac 2021.

Penuhkan le sumbangan luar tu ha. PKP ni kan? Mana ada aktiviti boleh buat. Taklah kosong nanti

Sambil tu, jom submit doa
Semoga wabak COVID19 cepat berlalu pergi dan dan jangan datang lagi
Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.