December 2013 - corEtan akAsHah

Wednesday, December 18, 2013

puisi maafkan aku 2
December 18, 2013 2 Comments
maafkan aku
mungkin kataku tidak selembut baldu
nadaku tidak berlagu merdu
bukan qariah dunia
bisa bertarannum indah 
apa lagi penyanyi 
pakar berirama syahdu

maafkan aku
satu masa aku lebih menerima
dari memberi
terlebih memuji
dari menasihati
dalam luar sedar
aku lancang mengeji
dari memperbaiki

maafkan aku
tiada harta berjuta
nak memberi biaya
cuma sedikit ilmu
berkongsi buat panduan diri

maafkan aku
saat gembira aku alpa
saat bahagia terlalu memuja
tanpa sedar ada hati terluka
ada insan berendam air mata

maafkan aku
hanya dengan puisi aku bersuara
bukan berpandang muka
apa lagi berbicara
bertentang mata
bimbang niat hati
tidak seiring bicara

maafkan aku
jika esok hari
tiada sapaan mesra
jika satu hari nanti
hilang senyuman diwajah
kerna kita insan biasa
emosi bercelaru tak tentu masa

maklumnya Maha pemaaf itu
adalah pencipta yang Esa tiada dua
yang sangat pemaaf itu kekasihnya
Nabi Muhammad Rasul akhirnya
berdoa agar aku juga berteladankan baginda
bersikap maaf tidak bersyarat
tidak kira masa...

nukilan asli; akashah : 23:04 waktu malaysia 15 Disember 2013

p/s : puisi maafkan aku 2 terhasil susulan puisi maafkan aku yg jadi post yang paling tinggi view dalam blog..



Reading Time:

Friday, December 13, 2013

Kursus Inovasi ICT dalam PdP
December 13, 20130 Comments
10-13 Disember 2013

kursus kursus kursus
induksi..ppk..cpcm..

Kursus CPCM yang tak bosan punya..
fasilitator / penceramah : +Eimiza Faisha Azmi 

actually mana2 kursus yg kami pergi jarang dapat yang bosan.  kenapa mention kami ? sbb hampir semua kursus ada kasha dan k.lin berasama..
Nak tahu kenapa x bosan?hah ni petua-petua yang boleh di ikuti:
  1. duduk bahagian paling depan..ni kak +Lynn Nadzari  bagi motivasi. cikgu kata dulu makin dekat ngan cikgu makin berkat ilmu.
  2. datang dengan niat yang betul. walaupun kita ada sedikit ilmu, jangan berlagak pandai sebab kita datang dengan niat yang betul..nk belajar bkn nak cari salah orang
  3. Kalau mengantuk, RESET MINDA semula.. hehe dan pilihlah kursus yg betul dan betul2 kita minat..huhu

Dalam kursus ni ada group presentation.. ahli group yang sempoi dan sporting


yg kat atas ni penggunaan padlet.com http://padlet.com/wall/eventwall2
website ni actually bole guna sebagai course outline alam maya.. 
kira ni course outline versi orang muda la..
at least paper less kan..
jimat.. xpayah sibuk print.
bole click link.. upload nota ..tgk youtube direct kat situ je


ni pulak blendspace..
nama pon blend kan abis kita campur semua dalam satu..
macam tu jugak dgn blendspace.com ni
kena daftar as student or lecturer
masukkan je semua:
  1. prezi - cara baru buat slide presentation
  2. sparkol - bole wat montaj
  3. youtube
  4. padlet 
  5. youtube
  6. drive google -simpan document dlm internet.. no more handwriting bro.. sy suka sy suka
nak masuk cidos pon boleh...


juri sedang khusyuk memberi markah.. paper less sgt kan.. 



penutup kursus dengan pulut .. serawa dan kek.. Alhamdulillah rezeki hari ini
Reading Time:

Thursday, December 12, 2013

my first sparkol
December 12, 20130 Comments


seminggu kursus inovasi ict dalam pdp.. permulaan kursus dengan flu yang teruk..
ni je la hasil asal bole.. ok la kot.

baru je selesai kursus , penggunaan sparkol sbg montaj. Apa yang perlu ada:

  1. sign up dulu guna email
  2. akan automatic download dalam komputer .. lama sangat proses download ni, sbb internet x bape laju.. 
  3. yang tak bestnye kena guna free trial 7 hari je bayangkan la kalau poli bagi at least satu program satu user free da ok da.. huhu untunglah kalau dapat.. tggu dia unblock youtube dulu pon susah.
  4. pastu bole lah explore.. 
  5. perlu kesabaran yang tinggi nak publish jadi video.. kalau komputer slow gi la bawa upgrade dulu,. hahah buang la program yg da xguna dlm komputer tu
  6. kreativiti n daya imaginasi yg tinggi.. 


Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.