October 2017 - corEtan akAsHah

Monday, October 30, 2017

AMADEUS COURSE
October 30, 2017 2 Comments
Ha duduk depan Cikgu,  kalau tak paham jugak tak tahu le.. . 
Hai cikgu..  Nama cikgu Lee Soo li.. (eh betul ke ni eja?) 
Dah lama rasanya amik lesen gds amadeus ni.. Tahun 2013.. Tetiba nak kena mengajar pulak.. Sebenarnya sebelum ni,  mengajar sistem sabre@ dulunya dipanggil abacus.   Hampir 4 tahun dah tinggalkan sistem penempahan tiket  AMADEUS ni..  
Mari lah kita mengulangkaji dan recall balik mana2 step yang penting.. Dengan harapan mudah ajar student nanti.. 
Eleh berkerut2 kak wan nani dok depan pc.  Ramai cikgu nak mengajar dia. 
Ni paparan skrin 5 entri wajib untuk sebuah reservation.  Ok dah tu..  Sebenarnya berbeza sikit dengan masa ambil lesen dulu sebab sistem ni hanya untuk training aje.. Dia guna web based berbanding dulu install software dalam pc..  Live tapi tak direct ke IATA sana..  So kalau booking tak cancel,  tak menjadi masalah.

Updated hari kedua
alhamdulillah..Nampaknya dah boleh jalan smooth 5 mandatory item dalam reservation. Dan juga tambahan special request,  remark,  osi dan lain2..  Muka2 bersedia nak masuk kelas fare and ticketing pulak lepas ni.. kita dilepaskan awal jam 12.30 sebab semua da siap exercise cepat..huhu
Updated hari keempat
Ha dah kenapa hari keempat?  Mana hari ketiga?  Wei stress buat pricing sampai tak terkata.. Balik terus collapse  padahal esoknya kena exam. Haha
Ok muka nervous naik crs dulu..  
Part pnr ok.. Part reissue dan validate masih terkial2.. Fuhh

Semua tengah sibuk menelaah buat kali terakhir..  All the best guys..
Jadinya dengan penuh tekad,  masing2 masuk awal sempena exam.  Huhu kasha confident je wat siap awal.  ๐Ÿ˜‚..  Tapi siap awal yg penuh cerita..  Last2 kena tambah baik. Haha
Macam biasa buat kenangan ambil group photo. Ha kak rut dah gerak awal sebab ada hal.  Jd xdpt bergambo..
Dan tak lupa sesi selfie wefie..  Haha..  Baru lah lengkap.. Lulus ke tak belakang kira.. Sbb kasha da ada sijil lulus amadeus. Haha
Sijil tahun 2012 ada markah dan lebih trendy sikit๐Ÿ˜Š

Reading Time:

Sunday, October 29, 2017

Topeng duniawi
October 29, 20170 Comments
Gambar sendiri edit kat insta story. Jgn termimpi

kehidupan didunia ni
Kita memegang pelbagai watak
Menutup satu wajah dengan topeng tersendiri
Tanpa kita sedar sendiri
Membawa peranan berbeza
Walaupon jasad dan roh kita  satu

Topeng anak/ibu/bapa
Apabila berada bersama keluarga
Ada kasih yang perlu diberi
Kadang terleka terlepas sendiri

Topeng seorang hamba
Lantikan khalifah dimuka bumi
Yang pastinya sejak roh ditiup lagi
Besetuju Mematuhi perintah Ilahi

Topeng pekerja/pemimpin
Lantikan duniawi
Kadang melebihi apa yang sepatutnya ukhrawi.. 
Kuasa dan pangkat kadang dikaburi

Topeng seorang sahabat/saudara
Memang tak boleh dinafi
Sentiasa perlu disisi
Menyokong dan memberi motivasi

Yang mana topeng pilihan hati
Biar apa pon 
Yang pasti
Suatu ketika nanti
Topeng jenazah akan dikuburi
Bakal menghadap azab atau nikmat dialam kubur
Meniti satu titian siratul mustakim
Ke syurgawi
Atau
Sebaliknya? 

(akashah,  2017, 11.27 malam) 



Reading Time:

Monday, October 23, 2017

Yasin @pondokbatu with DUP5A & DUP4
October 23, 20170 Comments
Setelah sekian lama berniat nak adakan Majlis bacaan yasin akhirnya terlaksana jugak.  Kita jadikan niat yang dihajat itu bagi beberapa tujuan dengan menjemput kelas Penasihat akademik,  DUP5A dan DUP4A seperti berikut:
1)bermulanya final exam jun 2017
2)masuk rumah baru. (dah 5bulan pindah, tak buat2 yasin oi)
3)sampaikan sedekah kepada arwah ayah,  kakak, dan atuk. (yg ini wajib sebab kenduri arwah ayah belum pernah buat kat pasir gudang ni)
Bacaan diketuai oleh ustaz hamdan, pensyarah JPA..  Alhamdulillah. Ada ustaz nak datang dihari cuti. Kalau tak nanti kasha yang lead student lelaki,  nampak macam ajaran pelik plak kan.

Antara gambar memeriahkan suasana majlis bacaan yasin di pondok batu kita..

Lagi satu cerita,  Tahun ni tak ada Majlis pra graduan ngan PA macam tahun sebelum ini.  Jadi amik la inisiatif sendiri,  kita wat majlis makan kecik2 aje untuk diorang..  DUP5A sebab diorang dah Last semester di PIS..  Sem depan dah latihan industri,  insyaAllah.lagipon tak kpernah pon keluar makan ngan budak2 ni dari sem 1.. Sebab cikgu dia ada huruf M yg besar..  MALAS. hahah. Ini kira jamakkan lah.
Sambil itu,  Salina Sipellizan dan Nur Hidayah Zulkifli turut mengambil kesempatan menjamu student ekspedisi dia,  dup4 merangkap student VIS Kasha , k. Lynn Nadzari dan kak Mek WanRosnani jugak..

diorang nilah penat mengurus ekspedisi langkawi dan bertanggungjawab terhadap kemunculan laman jauhar.. Kalau tak tak merasa lah jejak pulau lagenda tu
Selain pelajar,  ajak la sekali kawan2 yang berkelapangan pernah mengajar budak2 ni..  Kita segan nak ajak ramai sebab jamuan biasa2 je panggil budak2..

Alhamdulillah,  tercapai semua hajat yang diniatkan.. Terima kasih kepada semua yang sudi bertandang.  Doakan dimurahkan rezeki boleh la jemput yang tertinggal..
Reading Time:

Tuesday, October 17, 2017

Comic Cat 2017
October 17, 20170 Comments

 memperkenalkan watak baru dalam comic cat iaitu kucing baru sally namanya GARA..


Reading Time:

Saturday, October 14, 2017

We @langkawi sky cab
October 14, 20170 Comments

Sky Cab ini sinonim dengan lagenda Gunung Mat cincang. Bukan setakat naik sky cab tapi bila dah turun dapatlah masuk beberapa permainan dengan tiket yang dibeli..  Eh nak tau lebih tonton video amatur ni ha..  Cuma agak menceceh dalam skycab tu..  Haha apa entah di cecehkan.. Macam mak nenek.. Apapon Enjoy!!!
SebenaRnya video ni kena bagi kredit pada fb dayah dan sally jugak.. Kita main download aje.. Dan tak lupa pada kak lin jugak.. ๐Ÿ˜Š
Reading Time:

Friday, October 13, 2017

Kasha dan 3M
October 13, 20170 Comments
3M BUKAN MENULIS MEMBACA MENGIRA TAPI
3M YANG INI IALAH
MISI MENCARI MAHSURI
menyusuri lagenda mahsuri di Langkawi
1. Makam Mahsuri
Menurut tour guide trip ini,  jasad mahsuri tidak ditanam dibawah batu tanda kuburnya tetapi di.... (masih area perkuburannya.. 
Ha kenapa ye jadi gitu?  Diceritakan banyak aktiviti penyembahan atas tujuan memohon hajat dikawasan dianggap keramat.. Jadinya untuk mengelak perkara ni lah dia buat lagu tu..  Jadi siapa yang buat penyembahan dia sembah batu la katanya.. Wallahualam..

2. Telaga Mahsuri
Telaga mahsuri ni samalah macam telaga biasa.. Cuma kat rumah taman jangan kan kata telaga kolah pon tak menemu.. Pakai shower aje kita.. 
Disebabkan seharian perjalanan agak kepanasan la masing2.. Kena lah merasa kesejukan dari sumber semulajadi air telaga..
Kasha try menimba.. Haha lepas lah gaya orang kampung..  Basuh muka sikit kasi aura mahsuri ke muka.. Tu yang basah baju tu..  Minum direct aje dari timba telaga..  Kalau nak beli sebotol rm7.. Kat sini takde amik gambar sebab khusyuk sangat main air. 
 Ha ni bukti baju tu basah main air telaga tu

3. Tapak rumah mahsuri

Feeling2 je dok bawah rumah tu .. Ada beberapa cerita dirungkai
-kesah di tiang seri, (wei tengok gambar atas tu,  bukan main erat kasha peluk tiang tu ta.. Tetiba dia bole cite...  Hampeh)
-kenapa ada kawasan lantai yang jarang kayunya
- kisah menumbuk padi.  (heh tumbuk ke)


4. Dewan tempat acara berendoi yang dilangsungkan oleh keturunan ke 7 mahsuri,  Aisyah utk anak sulungnya (bulan 8).maknanya anak aisyah tu adalah keturunan yang ke8
- macam tu lagu dia.. Dengan yang datang pon nak tidur sekali ni.. Apa cite? 



5. Muzium
Tak dapat snap.  No camera katanya.. Dia tunjuk barang2 tinggalan mahsuri.. Macam gelang kaki,  keris yang digunakan untuk menusuk mahsuri..  Hmm dan ada la beberapa gambar dan tinggalan kat situ.. 
Hilangkan penat sekejap menonton video pengenalan lagenda mahsuri
Haa tak lupa juga masa permulaan masuk tu ada persembahan kebudayaan iaitu chak lempong dan gamelan.. 

Cuma yang jadi persoalan kenapa ada interpretasi pasal matahari?  Hehe.. Menjadi tanda tanya hingga sekarang.. Haha
Reading Time:

Monday, October 09, 2017

Me with serindit @wildlife park Langkawi
October 09, 20170 Comments
Saje share video pasal burung serindit yang super duper cute ni ha.tak tau nape kualiti  video jadi teruk bila upload dalam youtube.. Layanzzz aje ok.. Orang terlebih excited bila burung datang kat tangan..

Nak masuk tempat ni hari tu dapat harga Promosi hari rabu..  Rm24..
Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.