2012 - corEtan akAsHah

Wednesday, December 12, 2012

Bertapa versi Modern
December 12, 20120 Comments
Kalau orang bertapa selalunya kat hutan.. kita bertapa kat tepi laut.. bawa satu bag selempang dgn beg kertas bole la tu

Reading Time:

Friday, December 07, 2012

Sesi melayangkan duit
December 07, 20120 Comments
cool and smart red- baru sambar.. tapi kat laptop x bole pakai sbb laptop punye tmpt tu da longgar..aish..

saman..saman.. melayang le duit kite banyak2...

Reading Time:

Friday, November 23, 2012

Sepetang di Hello Kitty Town Puteri Harbour
November 23, 2012 2 Comments
Perkara yang tak dirancang, macam ni la jadinya.. mengalahkan budak-budak.. kembali ke zaman kanak-kanak ribena. Kat sini ada sikit info la kalau sape2 yang berminat untuk ke taman tema ni.

Surau: Lebih baik bawa telekung sendiri sbb kalau dah ramai orang, ruang pulak kecil, telekung 2 pasang je.. jenuh gak nak menunggu

Waktu operasi: ha boleh main kat sini dr 10 pg sampai 6 petang.. haa kat sini x sampai setengah hari pon..klu org dewasa 2jam da setel da.. kalau bawa budak2 mungkin lama.

Pass/tiket: harga tiket utk satu tempat 50 tapi kalau nak semua lebih baik beli 85 terus.. kalau tak leceh nak kena topup tiket. dah alang2 datang tu jamakkan je semua.

Gambar kenangan: gambar kenangan dari tempat ni agak berbaloi dengan design pada orang yang suka jadikan gambar sebagai bukti pergi kat sini.. sekeping RM30 kalau 3 keping RM70(dapat frame comel hello kitty. pastu boleh dapat softcopy gambar tu sekali. Sape yang nak gambar sendiri jadi puzzle sekeping RM40.

Aktiviti: Dah alang2 datang tu biar la berbaloi walaupun tempat ni tempat budak kecik.. seronok dok amik gambar.. siap ada game dalam ni. macam misteri case file tu. tapi ni misi selamatkan kitty. siap dapat sijil bermarkah lagi.

Cenderahati: Sebelum keluar dari tempat ni ada satu kedai yang kita akan lalu. Bole la pilih apa yang patut. Paling murah RM15 dapat 5 magnet peti ais.. tapi kalau jenama hello kitty tu agak mahal harganya.

Parking: Masa pergi tu parking tak kena bayar lagi.. so seronok je parking kat bahagian bawah (basement tu).mungkin lepas ni kena bayar kot.. tak tau le..

Reading Time:

Wednesday, November 21, 2012

Temasek Trip
November 21, 20120 Comments
Mula2 kena la baca peta, nanti sesat susah

Sebelum masuk umah orang, jgn lupe bagi salam, tapi pelik la tuan rumah ni xnak buka pintu

ehem2..  ride the movies katanye

bukan main besar pokok krismas.. ok lapangkan diri.. malas pikir pape

ahaa.. ni penangan tunggu sejam ok..

transformers - terbaik huhai

ni kat orchard road, : encik merah, tengah baca apa tu, tumpang baca jap

muke orang lapar.. kesian2..

gedk no pegang tiang tu.. seblah blakang tu eye on temasek?

ni ha objek yang jadi tarikan.. marina bay

rombongan cek kiah semangat nak menjelajah

Reading Time:

Friday, November 16, 2012

Tragedi: Preve terkorban di hari raya korban.
November 16, 20120 Comments
BATU PAHAT: Penangan dek terlalu yakin dengan Reverse Camera menyebabkan pemandu Proton Preve telah mengundurkan kereta dengan laju sehingga melanggar sebuah kereta BMW pada hari raya korban yang lalu

Mood: Malas nak citer panjang.. ye memang cuai pon pemandu ni.. haish dugaan sangat..

Cuba bersangka baik: Mungkin ada hikmah disebaliknya.

Perasaan: 
  • sakit hati sbb asik kena toce ngan pemandu BMW tu dr kena langgar sampai ke balai polis..:(..sampai hati.. mentang2 la kite guna proton je..kete die mahal..sampai report kita pon dia nak tukar.. hai macam2 ragam..
  • menyesal sbb nape la bole cuai sgt tak tgk blind spot, klu x patah balik mesti x jadi, tp benda da nak jadi, nak wat cane mana mesin ciptaan doremon masa ni.. bole gak undurkan masa. huh kurafat
  • rindu kat preve sbb dah hampir 2minggu tak dapat pandu.. eh silap preve tu kot da rindu kat tuan die.. heheh..rindu , rindu serindu rindunya, namun apa daya..(^_^)/
  • geram sbb confirm pasni kena saman rm300.. hoi melayang duit tu macam2 bole wat.. saman saman saman.. bila la nak dpt keutusan kena saman ke tak ni..saman ni pon tunggu la duit bonus nanti ke bole tak?
               



p/s: dah 2 minggu masuk bengkel proton, seminggu mohon claim, seminggu claim dah diluluskan, minggu ni tggu turn, mungkinkah minggu dpan da dpt amik seperti yg dijanjikan? sikit je tu kan ?
Reading Time:

Wednesday, November 14, 2012

Makan Malam di singgah selalu dahlia
November 14, 2012 3 Comments
lepas seminggu outstation, rasanye dah lama tak jalan-jalan kat pasir gudang.. malam ni, ajak housemate gi makan kat singgah selalu, Bukit dahlia.

Lokasi GPS org pasir gudang: Ala sederet dgn kfc pizza hut berdepan dengan KIPMart

Menu menarik: Rasanya restoran ni sedap kat western food je.. sbb hr tu mkn nasi ayam penyet ngan nasi goreng dia kurang menyengat.. tapi malam ni makan chicken chop  boleh layan la.. izah pon kata best la chicken chp dia.. Ha kalo tak caya tgk gambar ihsan dari histagram dia kat bawah ni.

Harga: heheh, klu da namanya singgahselalu, xde la kan harga RM5 menunya.. huhai.. ni kira menu Makan Gaji. Maksudnya menu yg mahal sesuai beli time baru dpt gaji.. ha kan masa tu ada duit lebih sikit..

Gambar ehsan: Iza Ahmad
Gambar Macam dah kurus je.. hehe :)

Reading Time:

Thursday, October 25, 2012

Politeknik Ibrahim Sultan menang Anugerah Pelancongan Johor 2012
October 25, 2012 2 Comments

gaya bergaya lah konon nye
Pengarah bersama pensyarah JPH

JOHOR BAHRU, Rabu, 24 Oktober: Penganjuran Anugerah Pelancongan Johor 2012 yang berlangsung di PERSADA International Convention Centre Johor telah menobatkan Politeknik Ibrahim Sultan sebagai pemenang anugerah dalam kategori 'Best Tourism Education and Training Provider' dengan membawa pulang tropi dan sijil tersebut. Politeknik Ibrahim Sultan merupakan satu daripada 3 politeknik premier ini juga sebelum ini dikenali sebagai Politeknik Johor Bahru terlatak di Pasir Gudang.

Kemenangan bergaya dari PIS 

Anugerah yang disampaikan kepada pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, Tn Hj. Azizi Bin Lin dengan pemberian sijil dan trophi Anugerah Pelancongan Johor 2012. Turut hadir bersama adalah Ketua Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Hajah Rosnah Binti Rahmat, Ketua Program Unit Pengurusan Pelancongan, Pn Zaiton Binti Sarman, Ketua Program Unit Hotel Katering, En. Mohd. Amin Bin Zakaria,Ketua Unit Penyelidikan dan Inovasi, Tn. Syed Sheikh Bin Syed A. Kadir, 9 orang pensyarah JPH.
Menurut Tn. Hj. Azizi Bin Lin, pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, anugerah ini akan menjadi satu motivasi kepada Jabatan Hospitaliti dan Pelancongan dalam menubuhkan Polytravel dalam tempoh yang akan datang. Beliau berharap Politeknik Ibrahim Sultan akan menyertai lebih banyak kategori dalam pertandingan pada masa akan datang.

Senarai yang tercalon dalam anugerah pelancongan Johor


YB Datuk Hoo Seong Chang berkata " Penganjuran Anugerah Pelancongan Johor kali ini mempertandingkan sebanyak 22 anugerah dalam 7 kategori. Beliau berharap ia menjadi motivasi kepada penggiat industri pelancongan untuk memartabatkan produk pelancongan di Negeri Johor. Antara pemenang anugerah lain adalah seperti Thistle Hotel Johor Bahru, Pulai Spring Resort, Pulai Desaru Resort, Grand Blue Wave, JB, Grand Sentosa, King Palace, Restoran Rahmat Pasir Gudang, Cahaya Jauhar, CityTour Guide, Tn Haji Sulaiman dan banyak lagi.



Majlis yang turut melancarkan lagu pelancongan Johor yang dicipta oleh anak jati Johor iaitu komposer dan penyanyi popular iaitu Ajai atau Mohd Faizal Bin Maas berjudul Cintailah Johor kita.


 Penutupan majlis dimeriahkan dengan cabutan bertuah yang menarik seperti tiket masuk Legoland, penginapan di hotel-hotel sekitar Johor, Baucer membeli-belah di JPO, dan banyak lagi. Kemuncak cabutan bertuah ialah TV LCD Samsung yang dimenangi oleh Presiden Media.


sy suke pegang kamera, tapi susah pandang kamera.. hik hik
Reading Time:

Sunday, October 07, 2012

Bila Rasa Itu..
October 07, 20120 Comments


Bila rasa itu datang lagi,
Sesaat itu juga aku ingin kembali,
Merakam detik-detik bersama disisi,

Bila rasa itu hadir menghantui diri,
Terdetik dihati mungkinkah ia mampu kembali,
Mampukah aku berdepan lagi,
Adakah impian akan menjadi realiti,

Bila rasa itu menggamit mimpi,
terasa ingin masa itu jangan berhenti,
Tiada nokhtah terus didalam hati..

Namun makin aku kejar,
semakin pantas ia berlari,
semakin aku cari,
Terus hilang bayang tiada lagi..
Ingin ku rakam,
Tiada ilusi mampu ditayangi,

Bagi yang silap mentafsir,
terus meniti di lubuk hati,
bagi  yang terus menghukum,
tiada kalam mahu ditabur,
bagi yang membawa kabar,
kelak nanti bawa bahana..

Mencari hakikat mimpi,
Mencari erti realiti,
Mengenal diri tak rugi,
Berbalik pada ketentuan Ilahi,
Mencari keredhaan, mencapai keberkatan..
Memohon ketenangan, mencapai syurgawi..

nukilan asli: akashah

amik.. haha.. terjumpe post yang jd draft kat previous post yg x sempat publish..actually da siap separuh cuma sambungkan aje.. mungkin agak celaru di situ.. tp ada aku kesah..













Reading Time:

Friday, October 05, 2012

Puisi Hati
October 05, 20120 Comments

Berteladankan ombak memukul pantai,

Menghilangkan cakaran dek tingkahnya lawan,


Berpandukan angin,

Dari barat ia bertandang ke timur,

Titisan hujan tidak dihirau,

Hilang pasang surutnya air,


Yang dicengkam tiba masa perlu diurai,

Yang dipendam tiba masa harus dipadam,


Ibarat orang darat ke pulau,

Tiba masa naik ke darat,

Umpama  penyu bertelur dipantai,

Akhirnya laut juga tempat bermain..

nukilan (akashah, 05 oct 12, 10.20 pm)

ni penangan gi sibu sampai 2 kali dlm sebulan.. 
jd pencetus ilham lak.. stlh sekian lama blog ni berhabuk kot




Reading Time:

Thursday, October 04, 2012

Seloka Rasa
October 04, 20120 Comments
Yang selerak sudah disusun
Beralas cantik bertatah delima
Yang retak sudah meruntun
Hati dicarik duri terluka

Bukan suasa bukan berlian
Hanya meranti berhias mawar
Tersilap rasa dek katamu tuan
Sakit dihati tiada penawar

Meniti jambatan bertali reput
Hati-hati terputus talinya
Rasa terkilan terlalu berlembut
Akhir diri sendiri merana


Cantik tidak bukan puteri
Apa lagi emas untuk berbudi
Hanya berbekal ikhlas dihati
Salah tafsir berkalang benci


Berkaki ayam cuba berlari
Sayang kaki terpijak duri
Hendak diam cuba menyepi
Tapi rasa tak sampai hati




-nukilan akashah, 4 oct 2012, 9;41pm
Reading Time:

Thursday, September 27, 2012

2 trip ke sibu dalam sebulan

Saturday, June 23, 2012

ijazah kelas pertama sblm 2010 tetap dihargai-ptptn
June 23, 20120 Comments
kalau benar bagai dikata.. Alhamdulillah.. bestnya.. klu sebelum ni x tergolong dlm syarat2 pengecualian... skrg dapat pon.. xsia2 usaha slema ni.

tweet ngan Menteri Pengajian Tinggi

Kosmo! Online - Terkini

update: lupa nak update..
memang berjaya dapat pelepasan ptptn degree tu..wee
seawal 4 pagi kasha dan dayah bergerak ke shah alam untuk dapatkan cop pengesahan counselor uitm kat sijil kita. siap terus shoot ke kaunter ptptn kat KL Sentral.
So sekarang ini bayar yang diploma aje lah. lagi 7K nak setel
Nampak kan tu muka ada senyum sebab tak payah bayar loan degree.


Reading Time:

Thursday, June 21, 2012

Seni interpretasi dalam kelestarian sumber alam
June 21, 20120 Comments

Penghujung Selatan Tanah Besar Asia

Penghujung selatan diberi nama,
Konservasi bakau taman negara,
Tanjung Piai tempat ternama,
Menjadi sebutan diluar negara. 


On-site interpretation

Antara kaedah interpretasi yang menarik perhatian pengunjung. Kalau kebiasaannya, "Jagalah kebersihan, Cintai alam sekitar, dan konvensional papan tanda, Tg. Piai mengambil inisiatif mengetengahkan bahasa Malaysia dalam interpretasi ayat untuk mendidik pelancong secara tidak langsung. 
Reading Time:

Monday, June 04, 2012

Man Sewel Datang KL
June 04, 20120 Comments

Jalan2 gi jusco tebrau,
Dapat jugak tengok movie,
ada plak kwn nak merayau,
Man Sewel jd penghibur diri,


Dalam pada semua org sibuk tgk international movie, sibuk gak nak tgk citer Man Sewel Datang KL ni. Apa de hal nak segan sgt tgk citer berbahasa Melayu ni, support sikit industri tempatan. Cewahhh.hehe.

Antara tag line yg ada dlm filem ni,
"Citer sini abis sini je la ekh"

Lagu yg jadi trademark si 'Shuib' lak,
"Bawalah a a aku pergi"

Boleh layan gak citer ni ngan Pn. Nadzlin kite, layan je dok dlm tu. rmi gak yg tgk, gelak pon rmi. tp cm bese la, citer memg boleh diramal. hahah.

K la posting kali ni lebih pd hiburan semata2.. yg pasti pantun tu ttp ada, sastera katanye. 'k bye' (pinjam tag line izah)

Reading Time:

Tuesday, May 22, 2012

hari jadi saya
May 22, 20120 Comments
sewaktu zaman kanak-kanak,
hari jadi dan parti jadi perkara paling seronok,
dapat jajan (ala dlm 1 plastik ada mcm2 la dlm 5 atau 6 jenis mknan),
Masa tu seronok pergi majlis hari jadi kwn2 lain,
ada kek, nyanyi2 sikit, lagi elok ada baca marhaban jugak,
pastu mesti nak kena tiup lilin,
baru la potong kek,

Masa remaja,
disuap pula dgn cerita2 drama,
asal hari jadi je mesti kna bagi hadiah,
kdg2 xde apa nak bagi,
ambil brg2 lama pastu buat jd cantik,
bagi la jadi hadiah,( boleh la kan, dr xde langsung)
suka tgk org dapat hadiah bsar2,
kadang2 terfikir jugak apa la isinya,
jgn2 kotak je besar, dlm surt khbr lg byk dr hadiah (haha da start merapu)

Di IPTA pulak lagi berubah gayanya,
sambut harijadi mesti nak simbah2,
habis telur, air, tepung jadi mangsa,
mcm da jd wajib pon ye,
asal hari jadi je ada je yg terkena,
klu tak join katanya tak open minded plak,
satu hal plak nak kena fikir rancangan jahat nak pekena org
(kdg2 tu ada yg smpi tak tegur seminggu sbb perkara tu)
ye la sentap gak la kawan tu klu simbah air masa tu dia bawa brg elektronik mahal (ipad ke, xke naya pastu nak ganti)

Satu masa memang teringin sgt nak ada majlis khas utk kita,

ada kek yg ada tulis nama kita kan kt ats tu,
Nanti ada org dtg wish kat kita (kdg2 terpakse dtg hehe, xdtg gaduh plak nti)
Nak dpt hadiah banyak2, xkisah la dlm nye apa,
janji kotak bungkus tu besar, hehe..

tapi nak buat apa membazir masa, duit, tnaga utk benda mcm tu,
pernah ke kita terfikir benda yang kita terima tu kan,
bukan dtg ikhlas dari org lain,
mana tau dia terpaksa (bkn kedekut),
terpaksa kumpul duit, terpaksa dtg majlis, terpaksa senyumkan diri wlupun dah terkena teruk dek member2

Mungkin kita kata isk tak kan lah die mcm tu,
tapi kita perlu sedar hakikat itu,
mana la tau bulan tu, duit dia da xde tetibe kna kumpul duit utk mjlis org,
terpaksa plak meminjam dr org lain,
sudahnya, cakap belakang, (satu hal lagi xpuas ati)

Apa2 pon utk hari ulangtahun kelahiranku tahun ni, ucapan dr family (melalui hp), sms kwn2, kwn2 kat FB,stdent pon rajin gak wish dah cukup utk kasha. 


Xpayah susah nak celebrate ke, kalau terlebih rajin. cukuplah sedekahkan al-fatihah buat Rasulullah dan juga buat akashah. x susah kan? xpayah modal pon, cukuplah sedekah yang ikhlas dari hati mendoakan kebahagiaan di dunia dan akhirat.. juga utk semua.. amin...


Reading Time:

Saturday, April 07, 2012

Bila Politeknik Ibrahim Sultan melakar sejarah
April 07, 20120 Comments
kek gulung sepanjang 464.48 meter, sekali gus mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.

Utusan Malaysia Online - Johor


(sumber pon online.time ni takde kat pasir gudang.. so tgk dr berita je. kerja yg sgt bersusah payah dr team hotcat)
Reading Time:

Saturday, March 24, 2012

Da keluar dah pon..
March 24, 2012 2 Comments
Dah lama rasanya tak mengasah bakat buat laporan. Kalau ikutkan masa SPM & UPSR dulu, soalan laporan tu pilihan terakhir la kalau nak jawab. Kira kalau tak wajib jawab, tinggal jeling je la soalan tu. pangkah pangkah. Tak sangka pula time kat poli ni kerja-kerja berkaitan tu la semakin hari macam semakin dekat je dengan kepala (Tambah memori)

Kalau nak ikutkan sejarah, kali kedua terakhir masa buat laporan Makan Malam Perkasa 17 dan kali terakhir adalah masa buat laporan lawatan 3 kali naik turun Pasir gudang-Melaka. Baru-baru ni kena buat tolong S/U Rebranding Politeknik Ibrahim Sultan Akak Maria bersama sediakan laporan penuh. Makin lebam mata ni ha dok menaip sampai 1 pagi.. Semangat katanya. Ni ada link da keluar pon kat website Politeknik Ibrahim Sultan laporannya:

Laporan Penuh Majlis Rebranding

Kat bawah ni gambar di sebalik tabir Majlis yang tak keluar dalam report. Tak payah nak komen banyak sebab memang bukan dalam gambar je nampak gemok, realitinya juga begitu.(amaran.. hahaha)

Sejuk tangan time ni tunggu belakang pentas. Jd usher tok MOU & NOU.

Pengarah: YB, Ni cucuk kt bawah nenas ni ye.. YB Khalid Nordin: Ok.ok hehe

Gimik pelancaran buku 'coffee table' rebranding. Gmbr ni agk kelakar rasenye.. x ble komen byk.

Ha yg tgh tu Ketua Jabatan.. barisan depan tu pakai baju koprat baru Poli. Kak Mima, Kak Ton, Kak Maria ni dulu lecturer kasha time belajar diploma dulu.

Ni semua J/Kuasa dalam JPH bersama wakil IRDA & MATTA.
 Hmm.. setakat tu je la..lepas ni nk sibuk lak dgn konvokesyen.
Reading Time:

Monday, March 12, 2012

Pujangga Bersama
March 12, 2012 4 Comments


Aku menulis bukan niat membangga diri.
apa lagi menjadi pakar falsafah hati..
sekadar meluah isi hati
yg kadg terlalu lama terbuku didlm hati..

Aku menulis bukan niat minta pujian di FB,
kdg memberi ruang nasihat diri sendiri..
agr jiwa tak beku, hati tak mati.. sedar, insaf & ingat pd Ilahi

sekadar berkongsi isi hati bersama sahabat juga berkaitan dengan tajuk ni: Hamidah Haron

untuk menulis bukan hnya sekadar di atas kekunci,
tapi dialirkan daripada hati untk turun ke jari jemari
lalu menari di papan kekunci...
barulah hasilnya disenangi untuk ditatapi dan
akan terkesan kembali pada hati...
hakikatnya menulis bukan hanya untuk ditontoni
tetapi lebih kepada membentuk diri sendir
Reading Time:

Sunday, March 11, 2012

1001 tentang ungkapan Pujian?
March 11, 20120 Comments


Dalam sedar,
suatu masa kita memuji mereka..
dalam alpa
kadangkala terkeji mereka..
Dalam tidak sedar..
kita lupa menghargai kebolehan diri sendiri..
dalam diam
kadangkala kita hampir tergolong dalam apa yg kita keji itu..

Satu pujian adalah penghargaan..
tapi seribu pujian
mampu meletakkan insan di ruang yang tidak tercapai akal

Pujian bak penggerak motivasi..
terlebih menjadi lali..
tiada lagi istimewa kelebihan pada diri..
panjatkan kesyukuran pada Ilahi..
insyaAllah hidup diberkati..kebahagiaan & kejayaan dimiliki

Pujian yang ikhlas biarlah dari hati yang suci
bukan pujian diberi dari hati yang benci;
dalam diam menikam diri sendiri

Nukilan serikandi akashah 2012
Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.