2023 - corEtan akAsHah

Wednesday, December 06, 2023

Buat sijil mudah Canva dan autocrat
December 06, 20230 Comments

Dulu, buat sijil kemain susah buat sijil kan? Nak kena copy paste satu persatu. Design sijil satu hal. Nak ukur- ukur pula tu untuk letak nama. Ayat lain dia malas nak explore merge mail guna word tu.

Ada dua cara yang Kashah pernah kongsikan. 

1) Auto crat dengan fungsi google drive

Kelebihan guna auto crat ni, 

i) boleh terus send sijil ke email. Khas untuk e-sijil

ii) Kesilapan error nama sangat kurang sebab peserta yang taip sendiri nama dia.

Simple je cara, 

a) bagi peserta isi form guna google form

b) sistem autocrat akan terima respon form, untuk generate sijil ke email.

Kekurangan dia, 

i)  auto-crat ni tak berfungsi, kita kena resume kat autocrat.

ii) disebabkan sijil tu akan tersimpan dlm google drive email kita, cepatlah penuh storage kita kalau asyiklah jadi jk sijil manjang. 

iii) peserta lambat isi form, program dah berakhir pun ada lagi runcit-runcit minta link. adudui. Kena set limitation date ni.

iv) sehari boleh generate 100 sahaja. selebihnya kena tunggu next date

v) design sijil kena buat sendiri

2)Bulk create dengan fungsi Canva

Kelebihan guna bulk create ni 

i) lebih sesuai untuk sijil bercetak sebab dia boleh auto generate sijil dalam bilangan banyak

ii) design dah ada sebab dalam canva banyak dah template sijil yang menarik

Kekurangan

i) tak de lagi fungsi direct ke email peserta

ii) 1 project file cuma bole 100 sijil sahaja. Nak lebih kena copy project file baru.

iii) possibility nama salah tinggi sebab kita yang kumpul nama sendiri. 


Reading Time:

Tuesday, December 05, 2023

Kolokium Rukun Islam
December 05, 20230 Comments

Pertama kali buat design letak gambar attraction kat belakang.
Selalunya lebih kepada gradient atau nature environment sahaja. Semuanya Kashah design cuma guna Canva je.

Ada beberapa tips dalam design ini. Antaranya ialah:
1) Guna gambar mercu tanda Terengganu sebab kolokium ni akan berlangsung di Terengganu. Pilih gambar waktu siang dan malam. Actually Kasha suka yang design malam. Tapi sebabkan event tu siang, design pertama dipilih.
2) Masukkan gambar panel dan moderator menggunakan fungsi remove background.
3) highlight tajuk dengan kombinasi tulisan.
4) higlight detail menggunakan infographic banner
5) logo. Ha senang letak satu logo buat masa ni. Tak tahulah nak dekat event nanti kena bertambah ke tidak.


Untuk pertama kali juga, design ini diterima tanpa adjustment. alhamdulillah lega. Selepas ni nak simpan semua design yang pernah buat kat dalam blog ni untuk rujukan. Jadi senanglah nak ambil idea. Kalau tak kadang tepu juga kepala otak nak merekacipta.


Tak lama dah event kolokium ini. Sebenarnya event ni terbuka kepada awam. Siapa yang berminat boleh ke https://bondanor.onpay.my/order/form/kolokiumrukunislam




Korang yang nak cari idea design lepas ni boleh ke tab blog ini GRAFIK. yang mana semua guna Canva je.


Reading Time:

Monday, December 04, 2023

Publish Website guna Canva
December 04, 20230 Comments
Seronoknya design simple website cuma guna Canva je. Antara template yang ada selain sijil, poster,, video, presentation, website pun boleh buat guna Canva tau. Jadi mudah pula nak rekod semua bahan dalam bentuk digital.

simple je wei,

1) buka canva, cari template website

2) isi detail dan kandungan website kita macam buat presentation slide juga

3) jangan lupa letak nama pada setiap slide untuk dijadikan navigation button

4) publish website, dah siap


1) WEBSITE SIJIL KARNIVAL SUKAN PMKu

Siap setting navigation button okay. Senang. Cuma linknya menumpang akaun Canva user la . Macam ni digitalaks tu kasha yang letak. Jadi apa-apa website yang kasha publish akan keluar digitalaks. yang belakang tu baru boleh set sijil.

https://digitalaks.my.canva.site/sijil-karnival-sukan-pmku-2023


SIJIL KARNIVAL SUKAN PMKu 2023 by Akashah Kassim


2) website PMKu Edu 
https://digitalaks.my.canva.site/edu-pmku

EDU PMKU by Akashah Kassim
Reading Time:

Sunday, December 03, 2023

cap Cut Creator
December 03, 20230 Comments

 

Masih ada rasa segan sebenarnya nak buat perkongsian apps video menggunakan capcut. 

Tapi tiba-tiba capcut hantar notification ni. Agaknya sebulan dua ni banyak sangat buat video dek task penghasilan video di tik tok.

Sebenarnya banyak dah guna video editing baik kat tempat kerja, yg luar tempat kerja & sekadar mengisi masa lapang, hobi suka-suka. Cuma maybe sebelum ni tak simpan sebagai template.

Bila buat jadi template, baharulah dia keluar notification macam ni. Boleh jana income daripada template yang kita cipta. Haa gitu. Entah bab ni belum explore sebab lebih teruja menggunakan untuk sendiri dan tugas-tugas sendiri.

Insya-Allah akan berkongsi ilmu cap cut minggu ni. Nak tumpang doa para hafiz hafizah pula.

Reading Time:

Friday, December 01, 2023

Rekod bahan pra graduan guna canva
December 01, 20230 Comments
Pernah kan? dalam satu event nak simpan video, gambar, slide dalam laptop. Jenuh pula nak download sana sini. Pernah?

Jom Kashah share satu teknik mudah, simpan je semua dalam satu tempat. Guna Slide presentation. Semuanya guna canva je, slide sempena pra graduan. Senang je. Semua orang boleh buat dengan Canva.
Begitulah. Benda dah dipermudah. Apa yang penting ada liputan internet. Nak simpan rekod video tanpa guna space kita pun senang. Kan?

SLIDE MAJLIS PRA GRADUAN by Akashah Kassim

Tips penting: pastikan guna template presentation untuk senang move dari slide ke slide lain dan juga senang play video dalam slide view.
Reading Time:

Saturday, November 25, 2023

Bunting guna Canva
November 25, 20230 Comments

Siapa kata main hp tak dapat duit?
ini jenis kerja yang main HP boleh dapat duit. Digital income. 

Semuanya cuma guna Canva je.
simple step juga
1) set saiz bunting 24 inch x 72 inch 
2) masukkan background
3) gunakan element - flag, dan sebagainya
4) nak blend guna white/black shadow. ni pun guna element
5) dah siap? save as pdf (pilih yg for print)
  
Mana dapat sumber inspirasi nak blend design?
Kadang tu terlalu video pendek tutorial di platform lagi satu. Dapat ilmu tak sengaja, esok terus dapat job. Terus guna. Bila dah jadi tu, boleh senyum panjang.


Reading Time:

Tuesday, November 14, 2023

Tuesday, November 07, 2023

Achievement lock 2023: Canvassador
November 07, 20230 Comments

 Alhamdulillah...
Boleh senyum sampai ke telinga. Bersinar-sinar mata. Terima email pengesahan member of the Empower Canvassador program daripada pengurusan Canva di pagi Jumaat yang lepas, 3 NOV.

Nak cakap apa rasa?
Rasa nak melompat! Hah gitu. Rasa je lah. lompat betul tak boleh dengan fizikal yang ada.
Seronok sebenarnya guna apps dan website Canva ni. Kita share design untuk manfaat semua orang yang boleh rebut kebaikan bersama.

Badge Duta Canva aka Canvassador
Secara rasminya dapatlah cetified badge sebagai tenaga pengajar Canva yang bertauliah. Hakikatnya banyak dah buat perkongsian.
Pengalaman paling manis
Canva dan aku gitu. Apa yang paling manis masa berkongsi ilmu Canva ialah melalui platform youtube live seramai 9000 views anjuran IPGKTHO Batu Pahat. Sampai sekarang view tu dah mencecah 13,000 view. Ingat lagi, waktu tu kena serangan Covid19 pada hari pertama. Gigih juga teruskan live sebab suka berkongsi. Dia macam manis dalam pahit lah kan gitu.
Tapi perkara yang paling indah,
Apabila dapat memudahkan urusan jawatankuasa sijil dengan fungsi bulk dalam Canva.
Adudui bestnya rasa..
Lagi bersyukur apabila selalu Allah beri ruang untuk menerima ilmu baru secara tidak langsung.
Benarlah kata Bonda Nor,
𝐀𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐝𝐞𝐭𝐢𝐤 𝐧𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮, 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐛𝐞𝐫𝐢.
𝐀𝐧𝐠𝐠𝐚𝐩 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐛𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧.

Insya-Allah doakan Kasha sentiasa dapat follow ilmu baru sepanjang baki kehidupan yang ada. Tenang-tenang berbakti.



Reading Time:

Wednesday, October 11, 2023

Sebab apa kita makin jauh dari Allah?
October 11, 20230 Comments

Tak ada apa nak tulis. Sekadar pesan untuk diri sendiri.
Ada masa, sibuk sangat mengejar dunia yang berselindung dengan nikmat yang tak berhenti Dia curahkan.







Reading Time:

Tuesday, October 10, 2023

Kalau kita sombong, nanti ...
October 10, 20230 Comments

Kadang-kadang kita tersentap membaca kata-kata dalam poster perkongsian orang lain. Kita rasa disindir oleh orang tersebut.
Tapi sebenarnya dia cuma pengantara, yang sebenarnya menegur ialah Allah.
#myselfreminder yang kadang terperosok lama dalam sifat sombong.



 

Reading Time:

Sunday, October 08, 2023

Update hati ...
October 08, 20230 Comments

Sentiasa beringat ...

Usia yang berbaki ini entah esok atau lusa, entah-entah sekejap lagi. Hanya Dia yang mengetahui. 


Dalam sibuk membersihkan kekotoran fizikal, luangkan juga sucikan hati dengan istighfar sebanyak-banyaknya.


Dah tak lama dah, kan?

 "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supa
ya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran." 

(Surah al-Asr 103:1-3).

Reading Time:

Saturday, August 05, 2023

Berani Menjadi Aku
August 05, 20230 Comments

sini

𝐓𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐧 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒂𝒌𝒖𝒊 𝒌𝒆𝒍𝒆𝒎𝒂𝒉𝒂𝒏, 

𝐓𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐬𝐚𝐥 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒕𝒂𝒌𝒅𝒊𝒓 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝑫𝒊𝒂 𝒕𝒆𝒕𝒂𝒑𝒌𝒂𝒏.


Bacalah tagline naskah berani menjadi aku ini. Mesti ada sesuatu magnet yang membuatkan kita tertarik untuk menyelak satu demi satu satu helaiannya. 


Merakam kata-kata dalam naskah ini untuk diri sendiri.

Tentang 𝑩𝒆 𝒚𝒐𝒖𝒓𝒔𝒆𝒍𝒇

Tak perlu meniru orang lain. Buat saja apa yang

kita suka. Semua orang bebas menjadi dirinya sendiri. 

Namun jangan lupa -dalam menjalani kehidupan indah bersyariat. 


Tentang 𝑪𝒊𝒕𝒂-𝒄𝒊𝒕𝒂

Kita mengintai cita-cita dengan pandangan yang terbatas, sedangkan Allah mengatur cinta-Nya dengan pengetahuan yang tidak terbatas. 

Pilihan Allah tidak pernah tersalah. Yakinlah!

Sesekali membaca. Banyak lagi yang menarik untuk dihayati dalam karya ini. Rata-rata macam kena-kena saja. 


Tekan link di sini untuk mendapatkannya.


#beranimenjadiaku

#bondanor



Reading Time:

Monday, June 12, 2023

PC3: bangunkan video guna canva
June 12, 20230 Comments

DESIGN POSTER TERUS JADI VIDEO GUNA CANVA

Kali ini slot personal coaching bersama staf Tourism Johor. Selesai satu lagi kelas Canva, buat poster, tapi dapat terus jadi video tik tok pun boleh.

Layanz.


#kashahtutorial

#cikguonline

Reading Time:

Saturday, June 10, 2023

Friday, June 09, 2023

Thursday, June 08, 2023

Wednesday, June 07, 2023

Saturday, June 03, 2023

Cari Novel Komik Remaja Terbaharu?
June 03, 20230 Comments

Menyahut cabaran menghasilkan novel komik remaja, alhamdulillah Sweet 17 adalah salah satu novel yang melalui sesi suntingan di bumi Madinah. 

Tenang bunyinya. Semoga isinya juga memberi ketenangan buat pembacanya. 

Penulis Sweet 17 mempunyai latar belakang berbeza, disatukan idea dalam karya Sweet 17. Terasa aura muda menyatu dalam wajah kami. Haa gitu.

Nak feeling muda, jemputlah baca dan dapatkan Sweet 17.

Seronok melihat tim penulis Bestie. Watak dalam cerita bestie dibawa keluar sepanjang mempromosi buku novel ini. Kalau tengok dengan lebih dekat, tudung yang dipakai pun seragam, khas ditempah dengan tulisan bestie.
Lawa aih.
Siapa yang tak ada bestie?
Membaca karya bestie pastinya mengenang kembali cerit persahabatan yang pernah terjalin saat remaja. 
Bagaimana mengekalkan persahabatan yang kadang turut teruji dengan pengkhianatan?
Ok jangan lupa dapatkan bestie.

Ok yang lain nanti free Kashah sambung. Letak je gambar dulu.





Sebenarnya baru pandai buat background gradient manual guna canva. Jadi excited lebih la edit poster begini.
Reading Time:

Saturday, May 20, 2023

Online Class Canva bersama pelajar PERSADA USIM
May 20, 20230 Comments

Cikgu Online kembali gais!

Sesi kali ini pada hari Sabtu. Risau juga pada mulanya. Almaklumlah sejak balik kembara Haramain, suara cuma keluar waktu jumpa student je. Habis kelas terus hilang. Hahah. 

Magik kan?

Sebab semangat cikgu tu kuat sangat. Nak juga bercakap. Cuma alhamdulillah, hari Jumaat ada trip kembara ke alam semulajadi di Cherating dan Kemaman, memujuk suara kembali. Haa gitu. 

Antara barisan urusetia.
Ready!

Sesi cubaan teknikal suara, sharing function zoom dan lain-lain. Jelas semuanya. Syukur, nampaknya Allah izinkan suara ini menyebar lagi manfaat. lagipun mic levalier membantu. Sebut slow je, tapi dapat pantulan suara profesional.

Sebiru hari ini...

Haa muka cikgu online apabila dah bersedia. Berdebar tetap ada. Risau internet bergurau pula tengah live nanti. Cuma selfie tetap selfie, buat kenangan. Susah benar nak cari gambar sendiri.

Semangat!
Ada beberapa peserta yang ada asas penggunaan Canva. Cuma mungkin beberapa fungsi belum digunakan sepenuhnya. Jadi kita pandu sahaja untuk memudahkan kerja. 
Apa yang penting, menjimatkan masa.

Maklumbalas 

Alhamdulillah... 

Berbaloi rasanya apabila sesi perkongsian bersama pelajar-pelajr PERSADA USIM dapat dimanfaatkan sebaiknya. 

Nak 2.0? 

Entah kenapa macam pendek sangat masa perkongsian. Eh.. eh kejap je dah habis. Mungkin sebab dah lama Cikgu Online tak beraksi atau memang tak cukup masa. 

Siap terlajak waktu rehat. Betul sebenarnya Canva semakin hari semakin banyak features menariknya. Jadi 2 jam adalah jangka masa pendek untuk tabur semua ilmu. 

Tapi rasanya asasnya tetap dapat disampaikan. Syukur, buat mengubat rindu.

 

Reading Time:

Thursday, May 11, 2023

Andai rindu bertamu
May 11, 20230 Comments

Kata-kata daripada seorang perindu,

"Kalau rindu bertamu, tak dapat tengok tuan badan, dapat tengok bumbung rumah pun jadilah. Cukuplah buat pengubat hati."


30 April 2023 mencatat sejarah.

Begitulah sedikit kata terdetik saat pertama kali diri ini menjejakkan kaki di hadapan kubah hijau yang terletak di Masjid Nabawi, Madinah al-Munawarah. 

'Inilah kubah hijau yang di bawahnya terdapat makam Rasulullah s.a.w, dan kedua sahabat baginda, Saidina Abu Bakar r.a. dan Saidina Umar al-Khatab.'

Belum masuk tetapi seakan punya suatu perasaan seakan menyambut kehadiran kami. 

Sampai di hadapannya, disunatkan memberi salam dan sampaikan salam buat baginda, kemudian salam kepada kedua sahabat baginda. 


Salam Sejahtera atasmu wahai Rasulullah. Rahmat Allah dan berkah-Nya untukmu. 

Salam sejahtera atasmu wahai Nabiyullah. Salam sejahtera atasmu wahai Kekasih Allah.


Terus terngiang-ngiang bait-bait lagu,

Ya rasullullah ya habiballah,

Tak pernah ku tatap wajahmu,

Ya rasulullah ya habiballah,

Aku rindu pada-Mu,


Bak kata mutawif, Ustaz Zulfikar kita bagi salam pada nabi, baginda dengar dan jawab salam kita. Bagaimana? Jangan difikirkan kerana di luar kuasa kita.

Ziarah nabi ...

Andai belum rezeki sampai di sana, 

Jangan pula bermuram durja,

Perbanyakkan selawat ke atas baginda terutamanya pada hari Jumaat,

Semoga beroleh syafaat di hari akhirat,

Semoga dikenali sebagai umatnya yang hampir dengan baginda. 


Insya-Allah,

Sambil itu tanamkan azam dan usaha dapat menjejakkan kaki ke sini. 


Kita doa baik-baik.

Kita mungkin bukan umat yang terbaik, tetapi usahalah dari kudrat yang ada sebaiknya.


Rasai sendiri jiwanya. 


#kembaraharamain

#coretanakashah

Reading Time:

Wednesday, May 10, 2023

 Tips luggage beg
May 10, 20230 Comments
Nak bercerita pengalaman kembari ke bumi haramain pada Mei yang lepas. Akhirnya cita-cita destinasi pilihan tercapai juga akhirnya. Alhamdulillah.

Nak tahu? Ketika itu, hampir 250 orang jemaah Andalusia Travel & Tours menaiki pesawat MH156 memiliki saiz dan warna beg yang sama. Semuanya biru semuanya atas lane bagasi. Seragam gitu. Maknanya, makan masa juga nak mencari beg sendiri setiap kali naik turun flight atau bas. Kiranya boleh teleng jugalah kepala nak mencari yang mana satu beg kita sepanjang line track bagasi.
Sebenarnya sebelum trip, Kak Hani ada berkongsi beberapa tips kepada Kashah dalam pengembaraan ke tanah suci ni. Antaranya ialah bagaimana cara mudah untuk membezakan beg kita daripada orang lain. Beliau pergi umrah berderet-deret dalam beberapa selang masa ni. Rasa macam gaya dekat sangat je kan.

Antaranya ikat reben. alahai comel benar dia ikat.
Nak tengok tak?
I is terpegun ok tengok benda comel gitu. Katanya getah rambut je tu buat ikat kat atas beg.
Yes memang nampak lah kan. ala-ala girlish gitu bila tengok dari jauh.
Kreatif kan?

Sekarang jom tengok cara Kasha pula buat luggage
Luggage tag
Mula-mula gigih juga nak cari getah comel gitu. Tapi bila pergi ke DIY jumpa pula tagging beg comel ni. Mur mur je pula harga dia. Ada design vector gini memang tak tahan tengok. Terus grab 2. Belakang design tu boleh lah tulis.
Ingat nak cari sama kaler, tapi tak ada. ni pun ok juga kan. cuma still tak puas hati sebab dia macam kecil sangat untuk dilihat dari jauh. Jadi apa lagi nak buat?

JOM KACAU SADIAH
Sadiah ni keje kat KLCC, jadi nak kacau dia jalan2 kat sana cari apa patut senang sikit.
Sejenis rajin merayau. Ada tak nampak reben comel cenggitu.
ha kau, dia wasap selambak ok reben, pilih je nak macam mana.
Merah tu juga yang jadi pilihan. Masa tu dah rasa relaks dah lah. Ok la tu buat ada2.

Tibe-tibe ada orang meracun sarung beg umrah dalam group
Nampak tak sejenis mudah terpengaruh.
tapi tak nak la sarung tu ada tulisan umrah nanti tak fleksibel untuk guna lain kali.
Kacau sadiah lagi. Dah dia keje KLCC tu, cover luggage berlambak lah. Laju je dia send gambar. Cun.
solusi mudah pakaikan sarung rare sikit kat dia.
Tu dia haa bagi dia catwalk elok kat situ. Senang hati tuan dia, sebab dari jauh dah nampak.
Ada juga yang memilih untuk letakkan tagging nama bersulam, hiaskan reben pada pemegang beg, dan bermacam teknik. Tapi hati-hati tau, takut terpasang reben sama ngan orang. Confident bawa balik salah beg.
Terpulanglah nak buat macam mana.
Setakat ni, beg sarung rare ni Kashah sorang je pakai. Senang.
Mungkin kalau terlebih rajin travel, beli tag bag macam kunci kete. Tekan je menyala & berbunyi. NFC tag, smart GPS tracker? Tengoklah cemana.
Kalau awak pula, kenal beg macam mana?


Oklah begitulah sedikit sebanyak cerita buat cam beg sendiri. Yang pasti jemaah lain pun dah kenal beg kasha la. Tu pelik-pelik sangat.layan
Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.