October 2012 - corEtan akAsHah

Thursday, October 25, 2012

Politeknik Ibrahim Sultan menang Anugerah Pelancongan Johor 2012
October 25, 2012 2 Comments

gaya bergaya lah konon nye
Pengarah bersama pensyarah JPH

JOHOR BAHRU, Rabu, 24 Oktober: Penganjuran Anugerah Pelancongan Johor 2012 yang berlangsung di PERSADA International Convention Centre Johor telah menobatkan Politeknik Ibrahim Sultan sebagai pemenang anugerah dalam kategori 'Best Tourism Education and Training Provider' dengan membawa pulang tropi dan sijil tersebut. Politeknik Ibrahim Sultan merupakan satu daripada 3 politeknik premier ini juga sebelum ini dikenali sebagai Politeknik Johor Bahru terlatak di Pasir Gudang.

Kemenangan bergaya dari PIS 

Anugerah yang disampaikan kepada pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, Tn Hj. Azizi Bin Lin dengan pemberian sijil dan trophi Anugerah Pelancongan Johor 2012. Turut hadir bersama adalah Ketua Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Hajah Rosnah Binti Rahmat, Ketua Program Unit Pengurusan Pelancongan, Pn Zaiton Binti Sarman, Ketua Program Unit Hotel Katering, En. Mohd. Amin Bin Zakaria,Ketua Unit Penyelidikan dan Inovasi, Tn. Syed Sheikh Bin Syed A. Kadir, 9 orang pensyarah JPH.
Menurut Tn. Hj. Azizi Bin Lin, pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, anugerah ini akan menjadi satu motivasi kepada Jabatan Hospitaliti dan Pelancongan dalam menubuhkan Polytravel dalam tempoh yang akan datang. Beliau berharap Politeknik Ibrahim Sultan akan menyertai lebih banyak kategori dalam pertandingan pada masa akan datang.

Senarai yang tercalon dalam anugerah pelancongan Johor


YB Datuk Hoo Seong Chang berkata " Penganjuran Anugerah Pelancongan Johor kali ini mempertandingkan sebanyak 22 anugerah dalam 7 kategori. Beliau berharap ia menjadi motivasi kepada penggiat industri pelancongan untuk memartabatkan produk pelancongan di Negeri Johor. Antara pemenang anugerah lain adalah seperti Thistle Hotel Johor Bahru, Pulai Spring Resort, Pulai Desaru Resort, Grand Blue Wave, JB, Grand Sentosa, King Palace, Restoran Rahmat Pasir Gudang, Cahaya Jauhar, CityTour Guide, Tn Haji Sulaiman dan banyak lagi.



Majlis yang turut melancarkan lagu pelancongan Johor yang dicipta oleh anak jati Johor iaitu komposer dan penyanyi popular iaitu Ajai atau Mohd Faizal Bin Maas berjudul Cintailah Johor kita.


 Penutupan majlis dimeriahkan dengan cabutan bertuah yang menarik seperti tiket masuk Legoland, penginapan di hotel-hotel sekitar Johor, Baucer membeli-belah di JPO, dan banyak lagi. Kemuncak cabutan bertuah ialah TV LCD Samsung yang dimenangi oleh Presiden Media.


sy suke pegang kamera, tapi susah pandang kamera.. hik hik
Reading Time:

Sunday, October 07, 2012

Bila Rasa Itu..
October 07, 20120 Comments


Bila rasa itu datang lagi,
Sesaat itu juga aku ingin kembali,
Merakam detik-detik bersama disisi,

Bila rasa itu hadir menghantui diri,
Terdetik dihati mungkinkah ia mampu kembali,
Mampukah aku berdepan lagi,
Adakah impian akan menjadi realiti,

Bila rasa itu menggamit mimpi,
terasa ingin masa itu jangan berhenti,
Tiada nokhtah terus didalam hati..

Namun makin aku kejar,
semakin pantas ia berlari,
semakin aku cari,
Terus hilang bayang tiada lagi..
Ingin ku rakam,
Tiada ilusi mampu ditayangi,

Bagi yang silap mentafsir,
terus meniti di lubuk hati,
bagi  yang terus menghukum,
tiada kalam mahu ditabur,
bagi yang membawa kabar,
kelak nanti bawa bahana..

Mencari hakikat mimpi,
Mencari erti realiti,
Mengenal diri tak rugi,
Berbalik pada ketentuan Ilahi,
Mencari keredhaan, mencapai keberkatan..
Memohon ketenangan, mencapai syurgawi..

nukilan asli: akashah

amik.. haha.. terjumpe post yang jd draft kat previous post yg x sempat publish..actually da siap separuh cuma sambungkan aje.. mungkin agak celaru di situ.. tp ada aku kesah..













Reading Time:

Friday, October 05, 2012

Puisi Hati
October 05, 20120 Comments

Berteladankan ombak memukul pantai,

Menghilangkan cakaran dek tingkahnya lawan,


Berpandukan angin,

Dari barat ia bertandang ke timur,

Titisan hujan tidak dihirau,

Hilang pasang surutnya air,


Yang dicengkam tiba masa perlu diurai,

Yang dipendam tiba masa harus dipadam,


Ibarat orang darat ke pulau,

Tiba masa naik ke darat,

Umpama  penyu bertelur dipantai,

Akhirnya laut juga tempat bermain..

nukilan (akashah, 05 oct 12, 10.20 pm)

ni penangan gi sibu sampai 2 kali dlm sebulan.. 
jd pencetus ilham lak.. stlh sekian lama blog ni berhabuk kot




Reading Time:

Thursday, October 04, 2012

Seloka Rasa
October 04, 20120 Comments
Yang selerak sudah disusun
Beralas cantik bertatah delima
Yang retak sudah meruntun
Hati dicarik duri terluka

Bukan suasa bukan berlian
Hanya meranti berhias mawar
Tersilap rasa dek katamu tuan
Sakit dihati tiada penawar

Meniti jambatan bertali reput
Hati-hati terputus talinya
Rasa terkilan terlalu berlembut
Akhir diri sendiri merana


Cantik tidak bukan puteri
Apa lagi emas untuk berbudi
Hanya berbekal ikhlas dihati
Salah tafsir berkalang benci


Berkaki ayam cuba berlari
Sayang kaki terpijak duri
Hendak diam cuba menyepi
Tapi rasa tak sampai hati




-nukilan akashah, 4 oct 2012, 9;41pm
Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.