December 2017 - corEtan akAsHah

Wednesday, December 27, 2017

Bangkit
December 27, 20170 Comments
#EzRepost @bonda_nor with @repostigapp

Memberontak, membentak, berpencak tanpa otak, itu bukan lagi aku.
Berjuang dengan cara perang, hingga mampu menawan menang, itu juga bukan lagi aku.

Angkuh sudah lama terhakis.
Ego juga sudah lama kukikis hingga segunung yang pernah ada barangkali tidak lagi berbaki walau pun secebis.

Maka tak perlu kau hairan mengapa semudah ini aku tunduk dan enggan melawan.

Tak perlu kau tanya mengapa aku sudi untuk diam-diam melangkah pergi meninggalkan apa yang aku kasihi sepenuh hati. .

Sungguh aku telah lama mendefinisikan kehilangan sebagai satu pengorbanan.
Aku sudah belajar melepaskan apa yang aku sayang di bawah nama pengertian. .

Dan kerana takrif itu kini berbeza,
Maka jangan kau hairan andai aku masih mampu tersenyum bahagia.

Kerana bagiku kini bahagia itu bukan cuma ada pada memiliki,
Tapi lebih penting lagi ada pada melindungi apa-apa yang aku kasihi. .

Bahagia itu bukan cuma ada pada kebersamaan,
Bahkan juga ada pada perpisahan yang berintikan penghormatan pada pilihan takdir Tuhan!

----_---------------_---------------------------------------------
Td beli buku throwback siri pujuklah hati tak perasan plak buku bangkit ni.huhai.. Takpe satu2..
Kian lama menanti..akhirnya tercapai idaman hati..siri pujuklah hati... Baru selak2 pon dah ada kata terasa di hati.. Cuba memujuk diri.. Harap terhapus segala benci atau tersemat iri.. Biar suci dari penyakit direka sendiri.. #pujuklahhati5  #bondanor #krisisseorangaku

Bila penulis reply kat post kita..
πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Review buku bangkit
Buku ni muncul pada masa yang tepat. Dikala hati seorang bernama Akashah sarat berkalang benci, sakit hati, dan macam-macam rasa lagi. Terlalu berat rasanya hukuman demi hukuman yang diri sendiri jatuhkan dalam menghadapi situasi. Kesian kan kat diri sendiri.
Sesuai dengan siri pujuklah hati, memang kenalah pada gayanya. Memujuk hati pada penyakit hati yang aku sendiri yang reka. 

Tak ada 1 pon helai yang tertinggal, 
tak ada 1 helai pon yang tak menyentuh hati,
Macam-macam rasa ada
Kadang rasa ditampar, tersindir, lebih-lebih pada kata-kata yang terkena batang hidung sendiri.
Bila lagi nak bangkit dari semua yang sebenarnya buat merana sendiri?

Bab 1 yang menampar diri: 
belajar bangkit

Nak memperjuangkan ketenangan hati? 
Asyik menyalahkan orang lain atas sesuatu musibah. Ini memang selalu jadi kat kasha. Entahlah hati ni selalu berbolak balik.. Nak berjuang, perlu kembali kepada pencipta hati macam yang disebut dalam bab ini.

Ayat-ayat yang menyentap hati

Kadang kita stress bukan sebab tak percaya Allah akan beri rezeki yang lain, tapi sebab kita ego. 
Kita marah bukan sebab kita tak redha dengan ujian Allah. tapi kita tak nak mengalah.
Ego membelit hingga nafas ketenangan kita menjadi begitu sempit.

Yup, perasaan nak menang yang sibuk rasa tak nak kalah buat kasha jadi ego tinggi melangit. Rasa nak meraih simpati manusia sedang pencipta sedang menanti kita meraih simpati dariNya. 
Semua benda nak stress. Tapi bab "bukan hak kita" sangat-sangat memujuk hati ini untuk mengawal ego seorang akashah. Dah bertambah umur, takkan nak sama naik tambah ego?

Puisi akhir

Duhai diri
Kau tak perky ada semua untuk bahagia. 
Kau cuma perlu ada jiwa: yang memandang sekecil-kecil nikmat sebagai rahmat
Dan segala musibah sebagai kafarah

Petikan puisi akhir dalam buku Bangkit dah jadi penguat semangat dalam menghadapi ujian hidup. 

Kan?kasha dah cakap dari cover page (hadapan) bawa ke cover page (belakang), tak gagal untuk memujuk hati..
Apa lagi isi dari tak ada page number, bawa kepada grafiknya.. Apalagi isinya yang tak sanggup lepas 1 pon ayat-ayat pujuk hati.

Kalau pickup line boleh chia chia chia untuk mencuri hati
Bangkit kasha bagi berjuta chia chia chia untuk pujuk hati ini

#memangkenapujukhatisendiri
Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.