May 2022 - corEtan akAsHah

Wednesday, May 11, 2022

Wanita Bangkit, karya Akashah Kassim 2022
May 11, 20220 Comments
Sambil-sambil cuti berhari raya, sempat juga singgah Kedai Buku Popular Aeon Kulaijaya. 

Eh buku Wanita Bangkit dah bersusun di rak sebelah cermin. Seronoknyalah! Macam biasa aktiviti wajib, selfie di barisan rak buku tersebut. Haa sebelahnya tu Buku Pujuklah Hati hasil karya guru penulisan kita Bonda Nor pun ada berbaris sekali. 

Haa kalau nak tahu kali ini Kashah menulis cerpen berjudul peluang kedua. Ia merupakan kombinasi kisah tragedi bersama geng 404, Shah Alam dan inspirasi tokoh belia. 

Masihkah kau ingat?
Kisah lemas beberapa tahun lalu, mungkin masih tersemat di ingatan Norshalinda Bachok Norfarhana Ali Farida Ahmad Nur Hidayah Zulkifli di lokasi air terjun, satu kisah yang menjadi pengajaran dalam hidup. Rakamkan kenangan dalam penulisan cerpen Kashah yang pertama bagi tahun 2022. 

Kisahnya bukan cuma di Popular Kulai malah di Kuantan pun ada juga. Asalkan namanya kedai buku popular. Ada je la kan di mana-mana cawangan?
"Sebenarnya dah dua minggu lepas lagi buku Wanita Bangkit tu dah ada depan kedai Buku Popular, Megamall tu Kashah"
"Ye ke? Betullah hari tu ada perasan buku ni dah tersenarai antara pilihan popular kat situ. Alaa tak sempat lagi pergi sana. Tak de ambil gambar ke?"
Begitulah punca kejadian bidikan gambar dari jiran sebelah, Shadariff Sadariah pada hari ini. Haha sejenis ulat buku juga dia ni. Rasa macam setiap minggu dia akan ada rutin dia menjengah kedai yang satu ini. Pencinta novel!
Haa kan, bahaya kalau dah mula membaca novel. Mahu tak tidur semalaman dibuatnya gara-gara nak tahu jalan ceritanya. 

Buku antologi Wanita Bangkit ini paling pantas siap dalam tempoh waktu 15 hari sahaja.

Cerita berbentuk cerpen yang diinspirasikan daripada kisah-kisah benar bukan biasa-biasa. 

Turun naik emosi membaca setiap bab didalamnya. 
Nak tahu tak kenapa?

1. Membangkitkan rasa syukur atas apa yang dikurniakan dalam kehidupan.

2. Mengambil tahu kisah-kisah yang terjadi dalam masyarakat.

3. Seandainya diri juga teruji dengan hal yang serupa, kisah-kisah kejayaan dan kebangkitan wanita dapat disedut semangat dan inspirasi agar diri boleh bangun dan lebih berjaya.

4. Dapat dihadiahkan kepada ahli keluarga atau sahabat yang sedang diuji dengan pelbagai masalah kehidupan.

5. Setiap kisah ada ibrah yang diulas oleh setiap mentor agar pembaca dapat mengambil pengajaran dan pembelajaran melalui setiap perkongsian cerita.

Buku tebal dan sangat cantik design dalamnya. Kertas juga berkualiti tinggi. Saiz tulisan yang lebih besar dan mudah mata untuk membacanya.

Yeayyy.💪💪💪💪
Jadi begitulah tuan puan,
Nak bagitahu, kalau malas mahu dapatkannya di kedai. Pm sahaja, boleh sahaja kita runding secara online untuk diposkan. Gituu... 

Apapun terima kasih semua dan kawan-kawan atas sokongan. 🥰
#wanitabangkit
Reading Time:

Monday, May 02, 2022

Dia pergi macam tu je
May 02, 20220 Comments

Dalam kekalutan Syawal menjelma,
Kita terlupa ... 
Sebenarnya Ramadan sudah pergi meninggalkan kita.

Dia pergi macam tu je ...
Tamu yang hadir sempurnama lalu mengetuk pintu pamit tanpa bertemu,

Entahlah tiba ada rasa menjengah, Mengapakah begitu?

Malam tadi,
Ada insan yang sedang bersedia menunaikan tarawikh terakhir,
Namun rupanya peluang itu tidak muncul tanpa kita duga,

Malam tadi
Ada jiwa yang baru mula mengatur indahnya berada di tahajud dan sahur untuk sekian kalinya,
Namun akhirnya berkumandang takbir raya memecah suasana,

Apakah ceritanya?
Buat kita tertanya-tanya...
Adakah ada Ramadan lagi untuk kita? 
Adakah ini Ramadan terakhirku, Allah…😔

Cuma yang harunya
Dia yang satu lagi muncul tiba-tiba ...
Ibarat satu gendang bergema satu Malaysia,
Entah mahu bersorak
Entah mahu menangis
Atau entah mahu apa lagi?

Kata Ustaz
Alah, tenang-tenang aje...
Baru kalut tiba-tiba raya, 
Cari lauk, ayam kambing semua
Kalau tiba tiba kiamat, apa nak cari ya?

Menulis pagi ini,
Rakamkan kenangan di sini,
Usai maghrib tadi, 
Dia pergi macam tu je...

Entahlah 
Terlalu banyak peristiwa sekarang

Kata orang,
Dua tahun Syawal dihadapi dalam pandemik,
Kita mengeluh kerana tak dapat berkumpul,
Tup-tup Allah bagi kita pembuka tirai Syawal dalam panik!
Nikmat yang satu ini cubalah disyukuri,
Alhamdulillah ...

Apapun yang Tuhan atur,
Kita terima seadanya,
Doa agar amalan sebulan diterima,
Teruskan beramal untuk hari yang seterusnya,
Penghujung ibadat bukan pada pergimya dia tapi sehingga ke hujung nyawa,
Teruskan beramal,
Semoga dipandu olehNya,
Insya-Allah


Coretan Akashah
6.29 pagi
2 Mei 2022


Salam Aidilfitri semua

Salam kemaafan moga amalan kita diterima




Reading Time:

Sunday, May 01, 2022

Notification apa?
May 01, 20220 Comments

Petang tadi menerima notification daripada google calendar. Kemain lagi, minta plan party katanya

Maaf seperti tahun sebelumnya seorang Akashah tak berminat nak sambut hari lahir dengan kek dan lilin semua. Tak perlu susah payah merancang kejutan. Rasanya masuk posting ini dah kali kedua menyatakan pendirian yang sama dalam posting blog ini. 

Bukan menolak tapi tak menjadi kebiasaan. Cukuplah dengan peluang dan nikmat yang diberi yang mana sebenarnya memberi tanda tak lama dah hayat ini.

Serius talk. 
Kashah tak menghalang orang lain untuk meraikan untuk diri, keluarga dan kawan masing-masing. Terpulang. Masing-masing punya cara tersendiri.

Cuma Kashah lebih selesa begitu. Kalau nak juga, asingkanlah peruntukan pemberian tersebut di rumah anak yatim atau nilainya dijadikan sebagai sedekah kepada yang lebih memerlukan. 

Cukuplah kiriman doa dihantar semoga seorang Akashah tahun ini dan seterusnya
🌺 Dikurniakan keberkatan sepanjang hidupnya serta di dalam rahmat Tuhan
🌺Dijauhkan daripada sifat yang menjengkelkan orang sekeliling
🌺 Setiap tindakannya tidak menyusahkan orang sekeliling
🌺 Diberi kesihatan yang baik agar dapat beribadah dan memberi manfaat kepada orang lain.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, jadikanlah kami orang-orang yang menyenangkan hati dan sentiasa memudahkan urusan orang di sekeliling.
Sedikit perkongsian
Gantikan lagu dengan doa. Seeloknya kita tukarkan nyanyian “Selamat Hari Jadi” dengan ungkapan yang lebih bermakna, lebih berkat dan indah seperti contohnya

Maksudnya, “Semoga dipanjangkan umur dengan segala kebaikan dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan”. 

Ucapan-ucapan doa sebegini lebih dituntut dan dianjurkan oleh syariat Islam.


Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.