January 2021 - corEtan akAsHah

Friday, January 29, 2021

BILA?

Thursday, January 28, 2021

Awak ... Mereka bukan penjenayah
January 28, 20210 Comments
Awak ...
Mereka bukan penjenayah

Mereka terpenjara dengan gelang pink percuma
Ada yang sekejap, ada yang lama
Malah ada juga yang tewas
Saat ajal menjelma.

Ingat ...
Mereka bukan penjenayah

Awak ...
Ada masa mereka dikunjung jua
Barisan frontliner
Jemputan ambulan buat jiwa merintih hiba
Sedang mereka sekadar menjalankan amanahnya
Demi keselamatan dan kepentingan bersama

Awak ...
Mereka bukan penjenayah

Usah dipandang serong dek terkurungnya
Jangan dihina perjuangannya
Apa lagi dimomok ahli keluarganya
Kini bukan masa mencari salahnya
Apa lagi menghukum kiraan dosa pahala

Awak ...
Berilah sokongan dalam apa jua
Andai bukan sumbangan yang nampak nyata
Mungkin hanya pada sebaris kata-kata
Berilah,lagipun ia kan percuma

Awak ...
Ia cerita perkara tak terduga
Singgahnya tak siapa yang minta
Biar beribu wang sebagai galang gantinya
Perginya satu kesyukuran buat mereka
Mungkin ada yang rasa teraniaya
Namun cuba lepaskan ia

Untuk awak ..
Barisan frontliner
Pesakit COVID19
Semua keluarga terdekat
Seramai semua kontak rapat

Jom pasakkan diminda
Semua ini akan tamat

Allah bagi ujian untuk kita
Sebab bekalan kekuatan jiwa yang kita ada
Allah tak pernah uji kita dengan benci
Ia datang dengan Arrahman dan ArrahimNya

Ingat ...
Allah sentiasa ada untuk kita.
Allah sayang uji kita sebab sayang kita

Awak
Anggaplah doa-doa yang tidak putus 
daripada insan yang baik-baik
sebagai satu rezeki  dari Yang Esa
datang bukan saja-saja

Kita jaga kita ...
Jadikan ia nyata
Bukan hanya sedapnya didengar pada kata-kata 

Coretan Akashah 
28 Januari 2021






Reading Time:

Wednesday, January 27, 2021

๐—ง๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ ๐—บ๐—ผ๐—ฏ๐—ถ๐—น๐—ฒ ๐˜ƒ๐—ถ๐—ฒ๐˜„ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฒ๐˜€๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฝ ๐˜€๐—ถ๐˜๐—ฒ
January 27, 20210 Comments

Pejam celik, pejam celik, kita dah pun berada di penghujung Januari 2021. Tak terasa dah sebulan pun berlalu. Dengan macam-macam kejutan yang berlaku, begitulah. Dah nak akhir zaman kan? Masa tu dah makin pendek rasanya. Oh itu cuma intro entri yang tetiba emo entah apa-apa.

Ok sebenarnya nak share pasal ni

๐—ง๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ ๐—บ๐—ผ๐—ฏ๐—ถ๐—น๐—ฒ ๐˜ƒ๐—ถ๐—ฒ๐˜„ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฒ๐˜€๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฝ ๐˜€๐—ถ๐˜๐—ฒ

Kadang tu stress bila tengok carian google chrome pada smartphone. Paparannya nampak agak bersepah dan kadang sukar pula untuk dibaca. Puncanya ada web yang tidak mobile friendly dan ada beberapa fungsi yang tak serupa macam web kita buka di komputer.

Siapa macam ni? Angkat tangan.

Tahu atau tidak yang sebenarnya web browser boleh dipaparkan di smartphone kita boleh dibuka sama seperti paparan komputer. Untuk yang dah tahu, boleh tinggalkan bacaan ini. Manakala yang belum tahu boleh teruskan bacaan ini.

Yelah kan? Kadang nak buat perkara seminit dua, malaslah kan nak buka komputer. Benda boleh pakai hp. Guna jelah. Buat apa beli hp yang smart tu kalau cuma buka whatsapp yang panjang berjela aje. Ye tak?

Ok jom! Caranya mudah je:
STEP 1: Buka google chrome.
ok bila buat carian, dah terbiasa guna chrome kan. Kat hp pun install tu aje. Malas nak fikit. tu icon kat HP, berwarna kunng, hijau, merah.
STEP2: Klik 3 titik bertindih
Bila buka paparan google, nampak macam kat atas ni kan? Klik pada titik 3 bertindih tu. (nampak tak belah kanan yang dah kena conteng ngan anak panah merah tu? Ini paparan android ya. Kalau iphone mungkin berbeZa sikit. 
STEP3: scroll down ke desktop site
Biila dah klik tadi, paparan macam ni keluar, scroll down sikit kalau tak nampak perkataan Desktop site tu.
Step akhir: klik pada kotak sebelah desktop site
Pastikan dia keluar tanda right. Bila dah jadi maknanya proses tu dah berjaya. Tengok background tu dah jadi paparan macam dalam komputer. Kalau tak jadi silalah refresh page tersebut
tu dia button untuk refresh page.
Cuma pandai-pandailah guna zoom in dan zoom out bila paparan dah semakin mengecil di skrin. Gunakanlah kecomelan jari untuk besarkan atau kecilkan paparan mengikut kesuaian mata yang memandang.

Jadi faham ke tak?
Kalau tak faham, pergilah on komputer aje. huhu.
Hakak tak pandai melukis nak terang. hehe
Reading Time:

Wednesday, January 20, 2021

BAHAYA TIK TOK
January 20, 20211 Comments


Perkongsian menarik tentang bahaya tik tok oleh Bonda Nor. Kasha simpan sini bagi ingatan bersama.

Dari tahun lepas, berkali-kali team marketing Galeri Ilmu ajak saya join Tik Tok.

"Kita kena pergi ke tempat anak muda berkumpul, Bonda."
Saya angguk. Faham keperluan dakwah. Setiap kali Tuan
Resha Hamzah
kirimkan video Tik Tok mereka mempromosikan buku-buku Galeri Ilmu, saya tonton saja.
Menarik, namun masih tidak mampu menarik minat saya untuk ke sana.
.
.
Masa jumpa Ustazah
Asma Harun
pun, beliau bagitau yang beliau juga sudah mula mengatur langkah untuk berjinak-jinak dengan Tik Tok.
"Bonda Nor, kita lihat di situ mad'u kita. Maka kita akan turun ke sana."
Mad'u - khalayak yang kita nak dakwahkan.
Saya angguk.
Ya, ada benarnya. Pendakwah mesti sentiasa siap sedia. Saya faham tuntutan dan keperluan ini. Tapi entah kenapa, saya masih tidak berminat untuk mula aktif di media sosial yang satu ini.
.
.
Tadi, dalam program BACK TO SCHOOL, Ustaz
Abdul Muiez Ruslee
, kaunselor remaja yang juga merupakan seorang Youtuber menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan fungsi, kelebihan dan keburukan beberapa media sosial.
Termasuk Tik Tok.
"Tik Tok bukan hanya dipenuhi dengan hiburan, joget-joget saja. Ada banyak sumber ilmu juga di sana. Ada banyak akaun yang kita boleh follow. Ustaz-ustaz dan cikgu-cikgu juga banyak dah buka akaun Tik Tok."
Ya, realitinya begitulah.
Kalau tuan puan biasa ke Tik Tok, mungkin akan jumpa beberapa akaun selebriti ilmuan seperti Ustaz Dusuki dan Irfan Khairi.
Ya, saya faham mengapa mereka berada di sana. Bak kata Ustazah Asma, di situ mad'u kita berkumpul. Pendakwah kena turun ke sana untuk sediakan alternatif bahan tontonan.
Biar dalam lautan lagha dan lucah di situ, masih ada kalimah-kalimah Allah. Masih ada yang memperjuangkan dakwah!
Namun tuan puan, biar saya beritahu satu rahsia.
Sebenarnya, diam-diam saya sudah lama berada di Tik Tok. Mengikuti dan cuba memahami trend di sana.
.
.
Dan ini pandangan saya.
1. Ketika ini, Tik Tok lebih dikuasai oleh bahan-bahan yang menjurus pada dosa dan lagha. Kalau nak jaga mata, nak jaga iman. Jangan ke sana. Jangan buka akaun Tik Tok!
Kita adalah apa yang kita pandang dan kita dengar setiap hari. Kalau setiap hari itu yang kita pandang, maka itulah yang kita akan jadi
Tuan puan,
Saya kenal seorang wanita yang baik. Saya ikuti perkembangannya di Tik Tok.
Mula-mula dia kata dia tak suka tengok orang berjoget-joget dengan pelbagai video trending di sana. Tapi dia follow juga. Tengok. Tengok.
Dan hari ini, dia juga telah pun melakukan hal yang sama. Dia juga sudah banyak video gedik-gedik dan joget-joget di Tik Tok. Dengan alasan, mahu sporting. True story. Sad story.
.
.
2. Bagi para pendakwah dan ilmuan yang buka akaun Tik Tok dengan niat untuk beri alternatif suapan video bermanfaat buat Tik Tokers di sana, nasihat saya - cukuplah fokus mad'u di sana saja.
Jangan bawa keluar akaun kita. Jangan promosi di Facebook dan Instagram agar orang follow Tik Tok kita. Jangan.
Kita tak mahu orang yang tak ada akaun Tik Tok pun buka akaun semata-mata untuk tengok Tik Tok kita yang kononnya baik itu. Namun akhirnya macam-macam hal yang tak baik mereka akan jumpa. Kemudian terpengaruh pula.
Hati-hati. Niat baik kita buka akaun Tik Tok mungkin nak jadikan yang jahat itu baik, rupa-rupanya tanpa sedar kita dah jadikan yang baik pula jahat. Maaf saya guna kalimah 'jahat', senang nak bagi faham.
Seperti kisah wanita tadi. Asalnya nak tengok-tengok saja. Akhirnya terpengaruh buat kerja 'jahat' juga! Astaghfirullah. Dah tua-tua begitu, saya tengok pun malu!
.
.
3. Mak ayah, tolong larang anak-anak ada akaun Tik Tok. Saya juga lakukan ini. Tak mudah nak kawal mereka, tapi kita kena selalu ingatkan, kena pantau, spotcheck!
Saya tetap mengatakan bahawa Tik Tok lebih bahaya, tak sama macam media sosial lain.
Kalau Instagram dan Facebook, kita hanya tengok apa yang kita follow.
Tapi Tik Tok, sentiasa ada video suggestion yang akan keluar di newsfeed. Kita tak play pun dia tetap automatik play sendiri setiap kali kita skrol. Terutamanya video yang trending.
Video trending jarang ada video bermanfaat. Ini kita kena faham. Jadi, setiap kali scroll, mesti jumpa video yang lagha dan membuahkan dosa. Tak dapat lari!
Dan akhirnya, berlakulah apa yang tak sepatutnya bila mana kita melihat hal yang membuahkan dosa sudah jadi biasa. Biasalah tu. Biasa! Padahal itu tetap dosa!
.
.
4. Kalau berdegil juga nak ada akaun Tik Tok, kena tegas kawal konten. Selalulah search akaun-akaun bermanfaat. Search nama-nama Ustaz. Search nama-nama cikgu, usahawan dan ilmuan.
Semakin banyak kita search dan follow akaun begini, maka suggestions akan banyak keluarkan video yang baik-baik juga.
Berkuranglah sedikit chances video lagha muncul walaupun hakikatnya sesekali ia tetap akan melintas juga. Nah, pandai-pandailah jaga konten dan jaga mata!
.
.
Tuan puan,
Tik Tok aplikasi yang simple. Video ringkas seminit dua saja. Tapi ingat, yang sekejap-sekejap itulah yang akan buat kita leka dan akhirnya tanpa sedar, banyak masa berlalu begitu saja.
Bagi saya, ia sarat dengan fake. Seronok kat sana sebab banyak aplikasi filter untuk video. Kedut di muka, jerawat, jeragat boleh hilang macam tu saja. Tak payah pakai make up pun boleh cantik macam real. Flawless belaka!
Bagi saya, ia aplikasi membosankan. Sarat dengan ikut-ikutan. Sorang buat macam ni, yang lain ikut. Lalu ia trending. Semua nak cuba. Lepas tu dah jadi macam perbandingan. Siapa lebih best?
Oh, paling saya bosan bila banyak video main tunjuk-tunjuk perkataan. Video bisu, yang asyik-asyik style itu, ya walaupun ada nilai ilmu. Bosannya tengok style yang sama.
Bagi saya juga, video Tik Tok juga bukanlah video yang baik untuk menuntut ilmu. Terlalu pendek. Satu minit. Apalah sangat yang sempat dipelajari dalam masa sesingkat itu.
Apatah lagi, banyak video cikgu-cikgu pun yang gedik-gedik saja. Ilmu dikongsi sepicing dua, tapi disampaikan dengan aksi menggoda. Tersengih-sengih tanpa punca. Haih Letih menengoknya!
.
.
Ya, Tik Tok pun ada baiknya juga. Tapi peratusannya sangat kecil. Ia lebih menjurus kepada hiburan. Lebih banyak buruk daripada baiknya. Itu yang mampu saya simpulkan tentang Tik Tok.
Namun hakikat dunia akhir zaman, yang buruk itulah orang cari. Dan inilah cabaran pendakwah masa kini. Inilah yang terpaksa mereka buat walaupun hati tidak gembira. Tapi demi menggalas amanah, kadang terpaksa!
Suatu hari nanti mungkin Bonda Nor juga terpaksa terjun ke sana demi penuhi tuntutan dakwah bagi mad'u di sana.
Tapi, saya tetap dengan pendirian saya iaitu buat masa ini, Tik Tok lebih banyak buruk daripada baiknya.
Yang tak terjebak lagi, jangan pergi. Yang dah terjebak, yang terpaksa menjebakkan diri, hati-hati. Jaga konten yang kita pandang setiap hari. Jaga kepada siapa kita promosi.
Jangan pertaruhkan iman sendiri!
Reading Time:

Tuesday, January 19, 2021

Bersangka baik.
January 19, 20210 Comments

Pada segala aturan yang mendatang

Bersangka baik pada setiapnya


Walaupun

Pada datangnya membuat engkau gelisah

Saat munculnya membuat engkau bahagia

Atau mungkin juga membuat engkau rebah!

MasyaAllah ...


Kawan ...

Bertenanglah walaupun tak mudah

Teruskanlah melangkah walaupun rasanya sangat payah.

Pujuklah hati sendiri dengan zikrullah


Hasbunallah Wanikmal Wakil Nikmal Maula Wanikman Nasir yang berarti Cukuplah Allah sebagai penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baik pelindung


Kawan

Ingat pada yang satu ini

Allah sentiasa ada untuk jaga kita

Dengan sifatNya Yang Maha Penyayang pada setiap hambaNya


Tulis dan kongsi baik-baik

Doa dan fikir baik-baik. 


Kawan

Mungkin hari ini bermula sejarah baru yang terlakar buat diri terluka

Bukan sedikit-sedikit

Tapi

Pandanglah ia pada sisi yang satu lagi

Walau bukan rasanya di dunia

InsyaAllah di akhirat nanti


Kawan

Husnu Dzon

Bersangka baik

Agar datang yang baik-baik


Pagi!


Coretan Akashah

19 Jan 2021

#coretanakashah

#semogasemuanyabaikbaikaje

Reading Time:

Saturday, January 16, 2021

Koleksi Pilihan Mutiara Kata
January 16, 2021 3 Comments

Sebuah kata-kata hikmah yang cantik susun dan mesejnya oleh Ustazah Rohamiah di Facebook buat seorang Akashah laju menyunting gambar.

  • Belek-belek stok gambar sesuai dalam galeri Hp. Eh adalah masa jalan-jalan kat Desaru aritu.
  • Buka apps canva dan pilih template sesuai
  • Dah siap! 

Jadi kita suka simpan sini buat koleksi diri  dan sebarkan sesuatu yang baik-baik untuk semua.


Ayat-ayat dari Fb Ustazah Rohamiah. 

 ๐ŸŒนJika mahalnya batu permata itu kerana tidak terusik, maka mahalnya wanita itu kerana auratnya tertutup rapi. Ia terpelihara daripada mata jahat lelaki๐ŸŒน

Reading Time:

Friday, January 15, 2021

Review Waris Ifrit
January 15, 20210 Comments

Sebenarnya dua tiga kali juga fikir betul ke nak update buku seram dalam blog ni?

Punca dia apa?
Sebab sebelum ni Kasha ada cuba share cerita seram, kemudian malam tu mimpi pelik-pelik. Fuh! Terus bangun tidur cari hp dan laju-laju delete entri tu dari blog ni.Yang peliknya sempat juga jeling view tinggi kot pasal cite seram tu! Padahal baru 2 hari upload. Eh apahal eh. Hahah tak mau dah serik nak share cite seram.

Tup! Tup! Hari ini cubaan lagi menulis review cerita seram.
WARIS IFRIT!
Tu dia, selak page satu dah bagi jawapan dah kepada persoalan persimpangan dilema nak tulis ke tak review pasal buku ini. hehe.

Akashah,
    Takut Tuhan,
    Bukan takut hantu ...

Tu dia pesanan dari penulis, En. Rafiuddin Rohani. Haa apa lagi nak takut kat dunia ni kan?
First klik buku + penulis

Belek sikit sinopsis kat belakang buku ni
Wafa, pewaris Silat Petala Sakti.
Memiliki kelebihan bertarung dengan hanya melintaskannya di dalam fikiran.
Terkandas di dalam dunia berbeza tanpa mengetahui cara untuk kembali.

Rizal, pewaris Silat Petala Sakti.
Memiliki cita-cita menguasai takhta penguasaan dua dunia.
Mempertaruhkan nyawa manusia untuk menjadi raja di alam yang berbeza.

Wafa dan Rizal, telah disatukan.
Kini bertarung melunas dendam …

Bismillahirahmanirrahim.

KISAH SERAMISTIK berketebalan 120 mukasurat, sekejap je buat bahan bacaan harian.  Cuma agak gelisah bercampur baur gak lah emosi saat mula membacanya. Okaylah nak mengikuti gaya penceritaan. Mudah. Yang jadi berkerut-kerut dahi bila ada misteri yang perlu dirungkai. Siapakah? Kenapa? Bagaimana? Tak senang duduk kita dibuatnya.

Terlerainya Balutan Kafan. Kalau sejenis yang membaca sambil membayangkan memang mengundang seram juga. Lebih-lebih lagi bila tengok cover page buku ini.

Perkongsian Bismillah lima Bukan cerita biasa, ia turut disertakan amalan bismillah lima untuk dijadikan sebagai amalan. setidak-tidaknya bukan cuma kisah seram semata.

Pengembaraan ke alam lain penulis berjaya membawa pembaca bersama ke alam lain dalam misi yang ingin dicapai. Ujian demi ujian, halangan demi halangan yang ditempuh dimana nyawa yang menjadi taruhan. Demi kuasa takhta yang menjadi taruhan.

Oklah nak cerita banyak sangat tak berapa pandai, sebab memang kena baca sendiri baru rasa penangannya. Cuma dinasihatkan jangan baca celup-celup sebab takut tak faham nanti. Sesekali baca buku seram layan juga. Nampak macam kisah seram biasa, namun banyak mesej tersirat yang terjadi ingin disampaikan. Tinggal nak dijadikan panduan atau tidak sahaja. 

Meh Kasha kongsi satu part yang lain macam rasanya bila menyelak helaian demi halaian naskah ini ...

Alam Roh ...
Kita bukan sekadar kita
Kalam kita kalam dia
Kalam dia kalam kita

Kata bukan sebarang kata
Kata niat kata rasa
Kata rasa niat kita

Detik yang lahir dari jiwa
Dendang dari dua dunia
Dendang dunia yang nyata 
"Diam!" tiba-tiba aku tersentak apabila ...

Haa ... itu baru satu part wei. Sama tersentak kita yang tengah baca ni.
Apa pun, nak bagitau sesiapa yang teringin nak menghidangkan mata dan jiwa dengan cerita berbeza, bolehlah mencuba naskah ini. Memang lain macam. Syabas diucapkan kepada penulis atas persembahan penulisannya

Dan rasa nak tanya je
ada sambungan tak? Sebab macam ada yang tak habis ni. 
Akhir sekali, doakan takde mimpi pelik-pelik lepas buat review ni ya. Hahah


oklah itu je review kali ini. Review tahun baru walaupun buku tu dah mula beli tahun 2020.Ok azam nak review buku yang berderet dalam almari tu. 
Doakan ya
Reading Time:

Thursday, January 14, 2021

Ride 6km je
January 14, 20210 Comments

Setelah berhari-hari BDR, musim hujan dan jalan naik air akhirnya dapat juga keluar untuk mengayuh. Hahah tapi malas nak keluar jauh-jauh sebab tak cukup fit lagi. Hmm ... 

Rupa-rupanya ramai je jiran-jiran dewasa yang round taman ni. Ada yang slow jog, ada yang pusing-pusing sorong baby, ada yang bawa anjing keluar. (Hah part ni, tengha rest sebab mengayuh pun, kita sanggup lari cepat-cepat. Nervous) 
Rantai terlepas selepas ride 6km. Mujurlah senang aje nak betulkan semula.
Alhamdulillah hari ni dapat melepasi rekod sebelum ni mengayuh sejauh 6km (walau pusingnya tempat sama) 

Nampak tu gayanya. Slow aje max speed pun 11 je. Sampai kena tegur "Kak! Laju sikit,kak." Hahah relaks relaks sudah. Inilah punca kenapa tak layak join orang lagi. Hehe. Tapi sekarang PKPB tak boleh ride berkumpulan.  

Jaga diri semua.
Aktiviti sihat, elok juga. Tapi SOP kena jaga juga tau! 


Reading Time:

Tuesday, January 12, 2021

Cabaran Spaghetti dan marshmallow
January 12, 20210 Comments

Naik cuti tahun baru, terus kena kursus wei. Sejenis kegigihan jugalah di awal tahun masuk kursus kerja berkumpulan. 

"I is Okay selagi tak keluar kertas mahjung. Alergik sikit kertas mahjung bebanyak ni."
Bersama ahli kumpulan (En Shahrul, Lee, Nadia, & Me). Mesti bergambar sebab dah siap. Menang dengan ketinggian 136cm dan paling kukuh sampai selepas tempoh perjurian. 

Selepas pembahagian kumpulan dibuat, bermulalah spaghetti and marshmallow challenge. 
1. Setiap kumpulan diberi beberapa bahan seperti di atas iaitu :

sebungkus spaghetti

sebjiji x marshmallows 

gunting

tape lutsinar

2. menggunakan semua bahan tersebut, bina menara yang tertinggi dan kukuh yang boleh dilakukan

3. Mulakan ... 

kata cikgu "teamwork yang bagus ialah yang lebih banyak bertindak daripada bercakap". Jadi berbekal hp di tangan, laju je lah dok search macam mana nak buat. Selebihnya guna kreativiti sendiri.

haa, gitu macam-macam gaya menara ada. Layanzz.

menara kumpulan Anim, K dayah, K fatihah dan KJA. nice juga
 rasanya kalau tak melentok menara dia, mungkin boleh menang. based dia dah stabil, atas tu ada teknik imbang kena buat.

Oklah sekali- sekala ada aktiviti gini. Jangan selalu. hahah. Kursus Isnin & Selasa disampaikan oleh Ustaz Hasni dan Pn Norsidah. (Masa ni belum isytihar PKPB) Terima kasih atas ilmunya. 










Reading Time:

Monday, January 11, 2021

PKP2.0 2021
January 11, 20210 Comments

Pembuka tirai 2021 menyaksikan pelaksanaan sekali lagi kita berhadapan dengan PKP. Berita yang dinafikan sejak berhari-hari akhirnya betul belaka.
Dengan peningkatan jumlah kes COVID19, langkah pengawalan telah dilaksanakan.

PKP 2.0 
Allahu ... kawan-kawan, ingat tau
Kita masih belum menang!
Jaga diri, jaga SOP

Entah esok, entahkan lusa kita tak tahu keadaannya. Mohon dijauhkan dari wabak yang membahayakan. Memang lemas dan rimas rasanya bila terkurung dengan macam-macam larangan untuk kita. Tapi begitulah ... Hidup mesti diteruskan walau pelbagai bentuk halangan mendatang. 
Ada orang yang tidak terkesan langsung. Namun bagi mereka yang berat menghadapinya, hidup

 Sepanjang tempoh PKP ini, bagi sektor ekonomi, Kerajaan hanya membenarkan 5 sektor untuk beroperasi yang dikategorikan sebagai sektor ekonomi perlu (essential economic sector) iaitu pengilangan & pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan & pengedaran dan perladangan & komoditi. 

Bezanya kali ini diisytiharkan darurat dalam sejarah Malaysia. 

Allahu kita doakan yang terbaik buat kita semua. 


Reading Time:

Saturday, January 09, 2021

Takhta Dunia
January 09, 20210 Comments

Jangan bicara sembarang kata
Kata terlarang simpan di dada
Hendaklah sedar Saling menjaga
Agar tak luka sesama kita

Indahnya dunia
Ketika tiada lagi hitam
Putihkan jiwaku, jiwamu
Agar tiada dendam

Serasi kita dalam bersama
Tujuan cinta terukir nyata
Marilah sucikan hatimu, 
niatmu Di dalam menuju
Takhta yang sesungguhnya terang
Abadi tak tercela
Jangan bicara sembarang kata
Kata terlarang simpan di dada
Hendaklah sedar saling menjaga
Agar tak luka sesama kita

Indahnya dunia
Ketika tiada lagi hitam
Putihkan jiwaku, jiwamu
Agar tiada dendam
Serasi kita dalam bersama
Tujuan cinta terukir nyata
Marilah sucikan hatimu niatmu
Di dalam menuju
Takhta yang sesungguhnya terang
Abadi tak tercela
Reading Time:

Wednesday, January 06, 2021

Memeriahkan aktiviti penulisan dalam talian
January 06, 2021 2 Comments

Memang sejenis mudah terpengaruh ...
Memeriahkan acara menulis kreatif dalam talian se-Malaysia

Sebenarnya bukan nak masuk pertandingan sangat. Sekadar memeriahkan warna-warni penulisan 2021. Semuanya bermula daripada posting Kak Haryati Hamim di FB.

Apa yang penting, menarik pulak sijilnya!
Habis klik button submit terus auto generate kat email kita. Wow! Menarik juga cara dia tu kan? Lepas ni kena explore https://www.certifyem.com/ ni. Tak payah susha-susah copy paste sijil. Dia link google form dan generate sijil.


Jadi benda boleh kongsi, buat apa simpan kan?Jom kita. Yang pasti dah berjaya terpengaruh kak Ezatul Marini dan Sadariah Shadariff

Sebenarnya mudah sahaja caranya.
1) klik link https://forms.gle/atGj183j8bMXWroi9
2) isi maklumat peribadi
Pastikan nama, nombor kad pengenalan dan email diisi dengan betul bagi tujuan pemprosesan sijil nanti.
3) Mulakan menulis
Daripada beberapa keping gambar jadikan satu cerita kreatif.
4) akhir sekali klik submit!
Tunggu dan semak sijil di email. Memang pantas.

Hakak bukan duta cuma nak mengajak memeriahkan majlis sehingga 31 Januari 2021. Kumpul sijil 2021.

Baca iklan dia di sini
MENANGI RM150 DENGAN SERTAI PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF SE-MALAYSIA (DALAM TALIAN) : TEMA COVID 19. SIJIL DISEDIAKAN!
Teknologi masa kini dan pengaruh media massa membolehkan kita ketahui apa itu Covid-19, bahaya Covid-19, cara penyebaran, cara tangani dan sebagainya. Dengan pengetahuan anda, jom sahut cabaran PPANPs dengan sertai Pertandingan Penulisan Kreatif Se-Malaysia (Dalam Talian): Tema Covid-19.
.
BAGAIMANA UNTUK SERTAI?
Sila klik link https://forms.gle/atGj183j8bMXWroi9 untuk sertai! Sijil disediakan!
.
APA YANG PERLU DILAKUKAN?
Mudah sahaja, anda ada telefon pintar? laptop? komputer? cabar diri anda dengan menulis mengenai Covid 19 secara dalam talian MENGIKUT KREATIVITI ANDA SENDIRI berdasarkan kesesuaian gambar-gambar yang diberikan.
.
KEBAIKAN MENULIS
Bayangkan, dengan hanya menulis, anda dapat memberi inspirasi kepada yang lain mengenai Covid-19 dan anda juga berjaya menghasilkan sebuah e-book sebagai bahan bacaan.
.
SIAPA YANG BOLEH SERTAI
Terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 13 tahun ke atas, belia dan dewasa.
.
ANJURAN
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis
 

Reading Time:

Tuesday, January 05, 2021

Bacaan Iyakana'budu
January 05, 20210 Comments

Hati-hati kalau membaca al-fatihah. Bila ada kurang sebutannya, boleh jadi berbeza maksudnya.

Contohnya pada ayat 5 surah alfatihah

Bacaan sabdu di atas huruf ya jika tidak disebut ุงูŠุง membawa maksud matahari 

Keseluruhannya akan membawa maksud

Hanya kepada mataharilah kami menyembah

Haa gittew, bahaya ooh. Jauh maksudnya. 

Jadi awak ... Hati-hati ya. Jom perbetulkan bacaan kita. 

Biasakan yang betul, 

Betulkan yang biasa

Reading Time:

Monday, January 04, 2021

Bateri Kong di tahun baru
January 04, 20210 Comments

4 Januari - selepas 2 tahun 7 bulan tamat sudah riwayat bateri amazon si Veve.  Sebenarnya dah ada tanda dah dia nak tamat riwayatnya sebelum ni. Cuma sejenis lokek. Hahah nak tengok berapa jauh lagi dia boleh pergi. Mujur Hanim belum gerak lagi. Menyelit lah lompat kete dia pergi kerja

Penangan tinggalkan dia 10 hari sorang-sorang.  Pantang kena tinggal, asyik merajuk aje. Memang veve ni tak boleh kena tinggal.  Alhamdulillah kejadiannya cuma di rumah aje, kalau tengah jalan dalam banjir tak tahulah nak react apa. 


Alahai ... seminggu je pun kena tinggal. Dah merajuk!begitulah perangai si silver ni. Pantangnya bila tak dijaga depan mata. Macam-macam hal jadi.

Tahun baru, belanja dia dulu. Tuan dia pun belum shopping tau tahun baru.

Belum cerita kata nak tukar. Eh Kata orang jangan sebut depan dia. Lagi panjang rajuknya. Merana oi! Sayang lagi Veve ni. Banyak jasa dia dah bertahun-tahun dah.

Ok sambung balik, bila bateri kong sekarang dah mudah. Kita hello hello je Bateriku.com, nanti dia datanglah selamatkan. Dah tak payah merayau cari kedai merata. Penat oi nak melilau cari orang nak jumper charge bateri waktu hujan lebat ni. Yang sebernarnya call pon tidak. Malas lah nak call, berat mulut. Buka je web dia.

1. pergi web https://www.bateriku.com/ 

Kalau rajin senang call terus. tanya siap. Boleh juga download apps dia. Tapi malas kan nak bersesak apps banyak-banyak kat hp.

2. Pilih Need rescue. Book Now

3. ikut lah step dia

Yang bagusnya kita boleh tengok dulu harga baterinya, lepas kita key in jenis kereta. Jadi kita boleh sedia duit siap2. Bahagian payment  tu ada yang bayar masa datang (COD), dan online banking. Bab ni guna COD jelah. Sebab sistem ni tak keluar pon online banking tu.

Kalau Kasha yang nak bercerita pasal bateri ni memang taklah. Baca, dan copy paste simpan sini. Untuk panduan di kemudian hari.  Jadi kita simpan sini info tentang penjagaan bateri kereta. 

Bilakah Perlu Tukar Bateri Kereta?
Jangka hayat bateri kenderaan sepatutnya berakhir selepas beberapa tahun digunakan. Bateri kereta misalnya, banyak pengeluar masa kini sudah sedia menawarkan waranti hingga sekurang-kurangnya setahun setengah, malah ada hingga 2 tahun.

Apa Beza Bateri Kereta Basah dan Bateri Kereta Kering?

Bateri Kereta Basah

Bateri kereta basah ataupun sel basah adalah bateri yang menggunakan air bateri. Lazimnya, jangka hayat bateri kereta basah ini bergantung kepada kekerapan anda menggunakan kereta anda. Bateri kereta jenis ini sangat memerlukan penjagaan yang rapi. Jika anda kerap menggunakan kereta anda untuk urusan harian, adalah disarankan supaya anda memeriksa paras air bateri sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk mengelakkan bateri kereta anda kering. Jika anda jarang menggunakan kereta, periksalah setiap 2 atau 3 minggu sekali. Air bateri yang ditambah juga perlu menepati paras yang telah dicatat pada badan bateri kereta tersebut. Air bateri tidak boleh kurang dari paras yang telah ditetapkan ataupun melebihi dari paras tersebut.

Bateri Kereta Kering
Bateri kereta kering ataupun sel kering lebih mudah untuk dijaga kerana ia tidak memerlukan air bateri. Anda tidak perlu risau untuk menambah air bateri kerana memang tiada ruang untuk mengisi air bateri tersebut. Anda hanya perlu tukar kepada bateri yang baharu apabila jangka hayat bateri kereta kering ini habis. Jangka hayat bateri kereta kering ini adalah minimum setahun dan paling lama adalah dua tahun atau lebih bergantung kepada penggunaan kereta dan juga penggunaan peralatan elektronik di dalam kereta. Apa yang anda perlu risau adalah harga bateri kereta kering ini kerana harganya adalah lebih mahal dari bateri kereta basah.

Bateri Kereta Jenis Apa Yang Lebih Baik?
Jadi, adakah bateri kereta kering lebih baik dari bateri kereta basah kerana tidak memerlukan penjagaan? Atau, bateri kereta basah adalah lebih baik dari bateri kereta kering kerana boleh tahan lebih lama dan harganya lebih murah? Sebenarnya, semuanya bergantung kepada jenis kereta yang anda gunakan dan ia juga bergantung kepada keperihatinan pemandu. Ada sesetengah pemandu boleh menjaga bateri kereta basah sehingga 3 tahun ke atas kerana sentiasa memeriksa paras air bateri. Tetapi ada juga pemandu yang kerap menukar bateri keretanya yang kong kepada bateri kereta yang baharu kerana sikap ketidakperihatinan pemandu tersebut. 

Faktor-faktor lain seperti altenator rosak, pendawaian rosak, kecuaian tidak menutup lampu kereta juga memainkan peranan dalam jangka hayat bateri kereta anda. Perbezaan bateri kereta basah dan kering adalah seperti di bawah:-

Bateri Kereta BasahBateri Kereta Kering
Lebih MurahHarga biasa
Perlukan penjagaan rapiTidak memerlukan penjagaan yang kerap

 

Cara Penjagaan Bateri Kereta Untuk Tahan Lama

Semestinya penjagaan bateri juga mempunya caranya. Lain orang lain cara. Tetapi anda perlu mengambil tahu penjagaan asas bagi bateri kereta anda jika anda mempunyai kereta. Antaranya adalah:-

  • Periksa voltan bateri kereta
  • Semak terminal bateri secara berkala
  • Panaskan kereta sebelum berjalan
  • Amati sistem pengisian bateri kereta
Fakta sumber dari 
https://centurybattery.com.my/ms/apa-beza-bateri-kereta-basah-dan-bateri-kereta-kering/.



Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.